Friday 30 April 2010

KISAH SUAMI ISTERI


Isteriku ..

Seorang lelaki sedang melintas jalan bersama isterinya pada suatpetang. Nasib malang menyebabkan dia kemalangan. Isterinya selamat tetapi si suami mengalami impak dikepalanya menyebabkan dia koma selama
beberapa hari. Akhirnya si suami telah terjaga dari komanya.


Bila dia membuka matanya, dia dapati isterinya sedang bersedih disisinya. Si suami pun memegang tangan isterinya sambil berkata dengan suara penuh kesayuan; " Ayang sentiasa disisi abang tak kira masa. Masa
abang tengah belajar di U dulu pun, abang sering gagal, dan ayang sentiasa berada di sisi memberi dorongan supaya abang terus mencuba..."



Si isteri menjadi sayu. Si suami menambah " Masa abang tengah cari kerja dulu pun, abang gagal nak dapatkan sebarang jawatan dalam iklan, ayang masih di sisi, tanpa jemu. Siap tolong carikan dalam paper lagi
jawatan kosong untuk abang..."



Air mata si isteri bergenang. Disekanya air mata dengan hujung baju. "Bila abang dah dapat kerja, abang kerja sunguh-sungguh untuk kita.Tapi bertahun-tahun tiada kenaikan gaji dan pangkat. Hinggalah sekarang.. ayang masih di sisi abang.



"Dan baru ni abang dah terlepas kontrak RM5j hanya kerana silap yang kecil, abang dipecat dengan notis 24 jam, ...ayang masih disisi.


Mata si suami pula bergenang, "Dan.. sekarang abang terlantar disini. Bila abang sedar ayang masih juga disisi." Esakkan si isteri bertambah kuat...



Si suami berkata lagi, "Abang rasa ayang ni bawak sial la .... BERAMBUS KAU SEKARANG!!



Suami Yang Pening

Pada suatu hari sepasang suami isteri yang agak berusia umurnya sedang dalam perjalanan menuju ke Johor Bahru melalui highway. Tujuan mereka adalah untuk melawat cucu yang baru lahir di sana. Mereka bertolak semenjak subuh lagi. Perjalanan itu agak jauh juga, maklumlah dari Lumut, Perak katakan. Sesampai mereka di perhentian rehat Pagoh, mereka berhenti melepaskan penat memandu. Si suami minum air "PowerRoot" dan si isteri pulak minum air kacip fatimah, nak segarkan mata agaknya tu. Setelah berehat agak lama juga, mereka pun menyambung perjalanan menuju ke JB.



Lebih kurang 15minit selepas meninggalkan Pagoh, tiba-tiba si isteri
teringat sesuatu lalu berkata,
Isteri: Abahnya, cermin mata saya tertinggal kat tempat makan tadi!!

Suami: Ya Rabbi, awak ni menyusahkan betul la, cermin mata tu pun tak boleh
nak jaga, nak kena pusing balik lagi, kena bayar toll lagi, lain kali letak cermin mata atas kepala, baru tak tertinggal. Dah tua makin nyanyuk pulak dia ni.


Si suami terus membebel sepanjang jalan, manakala siisteri terus membisu
kerana salah sendiri. Walau macamana pun si suami pusing balik jugak untuk ambil cermin mata si isteri, tapi cuping telinga panas membara kena leter.
Bila sampai ditempat tadi si isteri turun tergesa gesa untuk mengambil cermin matanya yang tertinggal.Tetapi Tiba -tiba si suami memanggilnya semula.


Suami : Nak pergi mana?
Isteri : Nak ambil cermin mata saya la, apa lagi!
Suami:Tolong ambil cermin mata saya sekali, saya rasa tertinggal jugak atas meja tu!
Isteri : ???? @#%$*!?>/&$( %#@#@$%&^%*&^?>&%$#^!@~>

Thursday 29 April 2010

SILA BERHATI-HATI DENGAN PEREMPUAN CANTIK TAPI KAKI BELIT

Jangan terpedaya kerana dia cantik, manis tapi kaki belit rupanya! Siapa sangka nasi hujan panas di tengah hari..memang sedap dimakan dengan ayam masak merah :) yum.. yum...



Buat lelaki jangan terpedaya ya...si cantik manis ini memang sentiasa diberi perhatian lebih oleh kaum lelaki tapi......



Buat wanita juga jangan mudah terpedaya dengan si cantik manis ini kerana dia memang kaki belit!


Siapakah si cantik manis itu??? Klik SINI untuk terus bertemunya, tapi hati-hati ya!



Lariiiiii!!!!!!!! :)

Wednesday 28 April 2010

TUTORIAL : NUFFNANG STATIC



Berkurun lama...kurahsiakan.... cinta ku pada mu... hahahha!! tengah-tengah hari buta ni nak berjiwang pulak. Berkurun jugak la aku tak buat tutorial. Akan ku buat jika ada pertanyaan dari teman-teman, waduhhh! :)


Ni tutorial Nuffnang Statik atau nama melayunya Nuffnang Terapung ;p tu...contoh cam picture kat atas. Nampak tak? Nuffnang tu kejong je kat hujung bawahnun...sonang ajoo... meh kita buat sesame :)




1. Dashboard --> Layout --> Edit Layout --> Page Elements --> Add Gadget --> Add HTML



2. Copy coding bawah ni.



3. Letakkan code Nuffnang code nuffnang anda. Kedudukan nak sama ada kiri atau kanan juga boleh diubah seperti yang ditanda warna 'left' tu.



4. Yakin tanpa was-was (ubat gigi jenama Zaiton), save. Siap! :)

JOM TUKAR-TUKAR BANNER :)







Hikssss!!! Blog ni dah ada banner, hehehhe!! Tetiba dengan hidung yang kembang ini terasa vonggey..vonggey...thanxx to Azfar buat lencana ni tapi akak tukar jadikan banner. Aku malas nak mengedit so amik je lencana yang Azfar buat jadikan banner, pandai kan aku *wink*wink* :) wakakaka!!!Justify Full




Dengan ini saya mengishtiharkan perang!!! Perang tukar banner sesama blogger. Senang aku nak berjongging dan buat aksi menembak ke blog korang, hehehhe!!! :) Sesape yang takde banner jangan risau...akan aku jenguk jugak blog korang seperti biasa...wokeyyyhh :)




Coding banner ada kat sebelah kanan tu ye... Ada setengah yang aku dah tepek banner diorang kat blog ni, so kalau sesape berminat nak tukar2 banner, komen di entry ini or kotak menjerit ditepi sinunnnn :)

Tuesday 27 April 2010

BUAT PEMINAT CROCS - WAREHOUSE SALE!

Okeyss...buat peminat kasut cik buaya dengan nama glamer dan masyukkk nye CROCS, cepat!! cepat!! ada warehouse sale! Yeahhhh!!!






Warehouse Sale CROCS

Pre-Sales up to 70% off

*Free RM20 Cash Discount Voucher for purchase above RM200 at the warehouse sale in a single receipt.

10 am - 10 pm

29th April 2010

Location :

IKANO Power Center
2nd floor,
Lot S3
03-62758908
State: Selangor

SAYA ADA HADIAH UNTUK KAMU JIKA KAMU BERI IDEA YANG MENARIK UNTUK KU :)

PAKAI PAKU TAHAN KARAT SAMPAI 10 MEI 2010!



Tahukah korang semua yang aku sekarang sedang aku memikirkan sesuatu? Ye...ulangtahun perkahwinan yang ke-2 akan tiba 16 May depan, hehehhe!!! Makan tak lena, tidur tak basah, mandi pon tak kenyang memikirkan apakah hadiah yang menarik untuk laki aku :)



Mula entry ini, bermulalah perang memberi idea, buat kamu yang berminat untuk turut serta. Saya akan memilih seorang pemenang dengan cadangan hadiah yang menarik hati aku. Jika penyertaan yang banyak (cewah..konon2, heheh!) saya akan memilih 3 pemenang.



  • Senang saja, tak yah buat entry.
  • Just tulis, hadiah yang sesuai buat laki aku dekat komen entry ini.Kalau tetiba mood korang rajin nak huraikan kenapa hadiah tu dipilih, silalah...hhehehe!
  • Hadiah tak semestinya mahal, cukuplah sekadar ianya memberi makna dan bererti (ayat aku yang kering poket, wakakaka!!)
  • Penyertaan dari semua blogger diterima tapi jika kamu adalah follower blog ini, perhatian akan diberi lebih terhadap kamu :)
  • Hadiah? Jangan risau...ianya mengikut kesusaian jantina anda, hehhee!! Jangan dua alam, nanti aku peninggg! ekekeke!!! :p


"AMOI, SAYA MAU TUKAR STYLE LOR..."

Saya suka rambut panjang! :) Tapi cik suami suka saya berambut pendek berstylo, wahhh!!! Macamane tu beb... *wink*wink* Terpaksa menobekkan kepala ku lagi ke salon T_T (takpe, laki punya pasal...huhuhu!!)



Tapi lagi best teringat masa sekolah dulu, aku potong botak, ala-ala Punk Girl gitew, ahaksss!!! Cam haremmmm hahhaha!.....tak cayer tanyer BFF aku masa sekolah dulu, lalalala....ameh (siap kaler merah nama ko, jangan risau..takkan choi punya! hahhaa), menyampah aku ingat waktu sekolah dulu kan, wakakaka!!! :)



Selang sebangku...ala-ala gaduh gitew, hahhahaa!!! :)





Anak aku mula mencari aku, mane mama nih?!?!?!

Dia dah nampak! Menjerit 1 kedai nak kat aku! Waaaaa!!!!






Alololo...cian...nah, gigit pampers! huhuhuhu!!!





Opsss!! cover "pouch" mama ngan watermark! Hiksssss! :)




RAHSIA RAMBUT WANITA

  • Wanita yang rambutnya berjurai ke depan menutup dahinya adalah tanda lurus hatinya dan kerana kelurusannya itu dia selalu diperdaya. Wanita ini juga selalu kehabisan wang.

  • Wanita yang rambutnya berjurai ke belakang menandakan dia keras kepala, panas baran dan terburu nafsu. Dia bersifat ketuanan dan cepat marah jika kata-katanya tidak dituruti. Tapi mereka ini pandai bercerita, baik pula kepada keluarga dan suka memberi.

  • Wanita yang rambut tumbuh rendah di dahinya menandakan bahawa dia adalah wanita yang tamak dan banyak putar belit, tidak bergaul, haloba dan penipu.

  • Wanita yang rambutnya berwarna cokelat muda, panjang lurus dan lembut adalah lembut hatinya tapi cepat marah. Dia punya timbangrasa dalam hubungan dan tubuhnya sihat. Tapi dia tidak begitu bernasib baik dalam hidup.

  • Wanita yang mana rambutnya cerah adalah sehat, punya tujuan hidup, punya cinta berahi yang baik, tapi sukar bila bersamanya. Wanita ini suka dipuji kecantikannya. Dia suka bersukan dan umurnya panjang.

  • Wanita yang rambutnya merah dan panjang itu banyak cekapnya dan sombong pula. Dia pemarah dan tidak sabar. Bila marah dia ganas. Dia juga mempunyai nafsu syahwat yang kuat. Tubuhnya nampak lemah tapi dia sihat dan kuat. Umurnya mungkin tidak panjang. Dia wanita yang suka mendesak dan bersemangat. Fikirannya selalu melayang. Bila merasa kecewa wanita ini jadi dukacita dan kecewa.

  • Wanita yang punya rambut pendek, hitam dan kerinting suka berkelahi, tidak stabil emosinya, berlebihan nafsu syahwatnya, dan tidak boleh dipercayai. Pada awalnya wanita ini nampak sungguh bersemangat tapi akan berubah fikiran selepas itu. Dia adalah mata duitan dan mahu jadi kaya tapi akan merasa hampa kerana niatnya ini.

  • Wanita yang punya rambut pendek lebat berwarna hitam cokelat itu panas baran, sihat orangnya, subur orangnya dan banyak anak. Hatinya selalu gembira. Tapi bersifat tidak mahu mengalah, keras kepala dan degil. Dia wanita yang bersemangat, suka kepada kepelbagaian, bersifat ingin tahu dan kelihatan fleksibel. Dia suka bertemankan lelaki tetapi setia dalam hubungan.

Monday 26 April 2010

APA KAMU RASA BILA DITINDIH?

Siapa ada pengalaman ditindih oleh makhluk halus? oh! Aku dah kene sekali cukup lah masa kat asrama dulu! Sesak! Berat! Dan 'si dia' berada didepan mata! Nak jerit tak boleh! Tapi bila ingat-ingat balik, aku gelak sensorang, hahahhaah!!!! Sedaya upaya menolak dan melawan :) Kuatkan beta, kuikuikuik!!!



Bila bangun jer terus cam hirup udara cam nak mati, siap jerit kat member, "Woit! Aku kene tindih la tadi!" Member aku cakap, " Yeke! aku nampak ko cam tdo mati jer tadi, hehehe!!" Esoknya member aku pulak kene tindih, hahaha!! Gelakkan aku lagi :)



2 hari lepas, laki aku kene tindih. Bukan aku yang tindih dia ek, hahahah!! Dalam pukul 3am, tetiba jer aku dengar dia baca Ayat Qursi kuat-kuat banyak kali, aku terjaga dari tido. "Abang kene tindih" kata laki aku. "Gelap, hitam macam asap dah kuar dari bilik tadi" kata laki aku lagi. Haaahhh!!! Seram aku!!! Seram sebab nanti mesti anak aku bangun nak susu, mesti aku la yang kena pegi dapur buat susu! Wawawwawa!! Meremang jap bulu ketiak aku.



"Ludah belah kiri 3 kali cepat, pegi cuci muka,"kata aku. Pastu laki aku bukak lampu tdo. Silap kami juga tdo dalam gelap sebab syaitan memang suka kegelapan. Esok pagi nya aku tanya laki aku, ada bukak pintu ke tengah malam semalam lepas aku masuk tdo. Sebab laki aku suka hisap rokok bukak pintu. Mungkin benda tu singgah kejap. "Entah la...tak ingat," kata laki aku. Sabo je lah...ye le tu... Kesimpulannya jangan hisap rokok waktu malam, hahahha!!! Takde kaitan langsung! wakakaka! :)

Saturday 24 April 2010

RINGTONE SUARA SANGAP SEKS!




Very-very de vodoh la....hahahhaha!!! Siapakah yang sedang mencari "Ringtone Suara Sangap Seks", hahaha!! ape kata kalo si pencari tu sendiri yang buat, pastu ko save, masuk dalam movie maker, touchappp skit, pastu masuk dalam henpon ko, pasti menjadi! Menjadi rebutan si penggila seks macam ko! Hahahaha!!!



"Pengakuan Kiah Beromen" lalalla....Kiah mane ni weh? Nasib baik kawan aku takde nama Kiah, hahaha!!!



"Badrul Muhayat Kacak Youtube" jap...jap...nak tanya ni, KACAK KER?? Hikssss! :)



Ini adalah nuffnang : kata kunci untuk hari ini ya murid-murid, hahahha!!

Friday 23 April 2010

KENA DERA. ADA SESAPE LAGI NAK DERA AKU? HEHEHE!


Kamu memang suka dera akak ek...ekekek!! Kali ni yang dera aku bdk_SkemA, takpe...aku tak report teledera ko dera aku, hahhaa!! Asal banyak bebeno soalan ko ni, aku ni dah lama tak masuk dewan peperiksaan tau, last amik pekse pon masa ujian kursus kawin, hahahah!! (Itu aku 100% LULUS, hiksss!!! :))



1. Apa yang anda akan buat bila anda tahu kawan anda tikam belakang anda?

UIshhh....ko ni tanya soalan tikam belakang pulak, memang aku tikam balik! Ni tikam betul2 tau, siap kasi tembus lagi, siap kasi dia ingat aku sampai mati, hahahhaa!! <--Jawapan orang separa gila.



2. 7 orang dihati anda?
  • Suami
  • Anak-anak (cewah...cam ramai je, padahal baru 1, heheh!)
  • Parents aku
  • Adik-adik aku
  • Dah cuku tu je...hati aku kecik, takleh ramai2 masuk, :)



3. Anda rasa anda kacak comel?

saya COMOT, itu yang sesuai :)




4. Single or taken?

Jawapan pada soalan NO.2




5. Blog yang mana anda suka?

Banyak....tak rugi baca semua blog orang lain, banyak maklumat leh dapat :)




6. Adakah bilik anda kemas setiap hari?
Ya, (jawapan tipu)




7. Lagu yang terakhir anda dengar?
Cok cok pin, pin dalam gantang, masuk tikus putih, keluar dalam ketiak... eh, silap. Tu lagu yang aku nyanyikan tuk anak aku baru jap tadi, ;p



8. Last text message?
oh! tak leh bagi tau, 26sx from laki aku,hahahhaahha!!!




9. Last phone call?
from my Ummie




10. Hari terakhir anda menangis?
Tak ingat le bro, ;p




11. List 5 warna kegemaran anda?
  • Hitam
  • Merah
  • Pink
  • Oren
  • Purple

12. Orang yang terakhir anda ber'YM' ?

Cik Naha, budak bekas praktikal opis aku. Pastu mengadu takde duit nak beli ubat gigi, hahaha!! Sengal la ko Naha :)




13. Game yang anda paling suka ?
Weh, lama aku tak main game, ekekeke! Last aku main game kereta, Need For Speed Underground kot namenyer, 5-6 tahun lepas, huhuhuh!


14. Adakah anda peminat MCR?
Ape tu? hahahha!! Soalan lain...next!! :)




15. Ape perasaan anda masa jawab tag ini?
Terkepit-kepit tahan kencing




16. Anda rasa tag ini best?
BEST sebab pas ni aku nak dera orang lain pulak, hahahhaa!!




17. Tag lagi 10 orang.
Amik ko...10 tu.... jap aku nak tanya cermin ajaib aku sape yang sudi buat.




SAYA MAU TEMBAK BLOGGER BERJARI LANUN


Hahahaha!! Itu bukan ayat yang marah, itu juga bukan ayat aku bertukar menjadi hijau. Itu ayat aku akan bertukar menjadi purple, yeahhh Barney! I love u, U love me, we are happy family...bla..bla..bla..




Lanun disini tidak bermaksud cetak rompak a.k.a pirate, juga bukan En. Lanun Sepet (jangan main-main, dia kawan aku arr...cewah! heheh!), kerana Lanun Sepet baik dan berbudi pekerti, hiksss...skema ayat aku, hahhaha!!! Blogger berjari lanun kadang menyakitkan hati aku, kadang aku buat tak tau je, tapi itu kadang arr...tahun lepas punya citer. Entah kenapa baru sekarang aku nak ber-kadang menaip benda yang ape kejadahnyer aku tengah menaip ni haa??? hahahahha!!!



Oh! Berhenti sekejap dari merapu. Pendek kata, aku ada menerima komen yang menyakitkan hati tahun lepas, tak tau ape masalah dia ngan blog aku ni, hahahha!! Kesian dia sakit hati ngan blog aku, huhuhuh!! Setiap entry aku mesti dia komen macam tak puas hati, ada bau-bau kentut jeles gitew, aku cerita pasal anak aku pon dia komen cam tak puas hati, aku gelak je baca, siap approved komen dia lagi, biarkan.... Lama-lama dia senyap sudah sampai sekarang dia tak komen dah.



Hahahahaha!! Sape menang skang? Yahooo (dibaca dengan nada melodi tau! :)) Itu la...suka sangat kan buat ayat cam tak puas hati, tapi aku relax je...mesti ko lagi sakit hati kan, hahahha!! Eh, ntah2 skang ko tengah baca lagi ni, hehehe!!! Ececece....nak komen lagi ke? Hahahah!!!



Ala....tapi pompuan tu lama dah tak komen kat blog aku ni, ade la kat setahun jugak. May b waktu tu aku baru nak berblogging, macam vodoh-vodoh skit la...biasa la, newbie...takkan nak terus hebat kot...



Tapi yang aku tau....aku sayang semua member blogger aku!!! Cuma tak berkesempatan nak berjumpa korang semua, al-maklum aku dok Ipoh nak ke KL tu kena plan dulu, ngan anak kecik dan encik Hubby bam-bam aku yang terchenta, wakakaka!


BREAKFAST TAG CEKODOK....AIYARKK...APASAL AYAT AKU TUNGGANG TERBALIK!

Aku suka tag ni, cam special skit sebab kalo nak post entry pasal tag ni, kene buat pagi9, tak leh masuk tengah hari, nanti jampi serapah tak menjadi, hahaha!!!




Tag ni dari Kasih Suci, mekacih kerana bagi cekodok pepagi ni, nak pulang bekas...tapi takde benda nak bagi, hehehe!!



kenapa cekodok pisang menjadi sarapan pilihan saya.....
  • Sebab sedappppp sangatt!!! Tak le heavy sangat pon kalo amik bekpes :)


pass kan tag game ni kepada 4 rakan2 anda yang lain..

Syarat2nya :
kepada sesapa yang di tag,
1. sila copy gambar cekodok di atas
2. Sebutkan nama Penghantar Sarapan cekodok
3. Bagi tahu kenapa cekodok pisang menjadi sarapan pilihan anda.....
4. Tag game ni hanya boleh di post kan pada waktu pagi sahaja.. 'before noon'
5. Last sekali,pass kan tag game ni kepada 4 rakan2 anda yang lain..

Thursday 22 April 2010

RASA MACAM KESIAN PULAK TENGOK TIAP-TIAP JUMAAT PACAK DEPAN PINTU OPIS.


Hari ni aku tak kerja, MC. Bawak anak aku pegi klinik lagi, Dah seminggu demam on/off...susah hati aku, malam pon tido-tido ayam je. Semoga anak aku sembuh cepat, kesian aku tengok..



Dah le, takmo citer pasal demam, kang aku sedih, huhuhu! Ni...kat opis aku ni setiap pagi Jumaat, mesti ada sales girl dari Yakult datang menjual. Masuk minggu ni dah kali ke-4, kesian pulak aku tengok, hiksss :)
Justify Full


"Akak, ada mau beli Yakult tak pagi ni?" Amoi comei tanya aku.
" Tak pe la, hehhehe!" kata aku
" Baik, terima kasih, jumpa lagi minggu depan," amoi bagi senyuman masham dia, huhuhu!!



Camtu le dialog sama tiap-tiap minggu, tapi rasa cam nak ubah je dialog tu esok. Hahahaha!!! Saya mau!!! Rasa cam tak sampai hati kalo menolak orang jual barang. Kadang kalo orang datang nak jual barang, kalo aku takmo, mesti aku cakap tak tengok muka dia. Bukan pe, takut dia buat muka sedih aku tak beli barang yang dijual, hikssss!!!! :)



Dah....jangan korang nak jual barang kat aku pulak! Hahahaha! ;p

Wednesday 21 April 2010

75 KES BARU H1N1 DIKESAN


Seram lah! H1N1 ada lagi...

PUTRAJAYA: Sejumlah 75 kes baru Influenza A (H1N1) dikesan sehingga pukul 5.30 petang semalam, menjadikan jumlah terkumpul kes itu setakat ini ialah sebanyak 13,274.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, bagaimanapun berkata tiada kematian baru dilaporkan semalam.


Beliau berkata, bilangan yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula adalah 11 orang dengan lapan daripadanya mempunyai faktor-faktor risiko.


"Jumlah kes penyakit serupa influenza (ILI) yang masih dirawat di wad di seluruh negara adalah sebanyak 624 kes.


"Daripada jumlah tersebut, 85 kes telah disahkan positif H1N1," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Dr Mohd Ismail berkata, sehingga jam 8 pagi ini, pihaknya menerima sejumlah enam laporan kejadian kluster ILI dari dua negeri iaitu Selangor dan Melaka.-myMetro


code - U35HNT2X99TN

BUANG BAYI CACAT - LAHIR TANPA MATA DAN HIDUNG


Pagi tadi, aku nak bersiap-siap ke pergi kerja, macam biasa...bukak tv, bagi Amanda tengok, sementara aku nak bersiap. Pastu ada berita pagi tadi, Bayi Cacat Tanpa Mata dan Hidung ditinggalkan di rumah Kebajikan Kanak-Kanak Cacat Ipoh.



Ya Allah...sedih, hina sangatkah sampai diserahkan kepada orang lain? Bayi suci dan tak berdosa, memerlukan sokongan dan kasih sayang keluarga saat ini, mengapakah ditinggalkan?? Adakah kamu malu??? Adakah sebab dia tidak sempurna seperti bayi lain??? Janganlah kamu buat begitu!!!! Kamu sungguh kejam sehingga tidak ambil tahu keperluannya!



Sedih....memang sedih....sebab bayi itu memerlukan kasih sayang ibu bapanya saat ini.




Setelah kamu tinggalkan dia di rumah kebajikan, tahukah kamu...lebih ramai orang ambil berat mengenainya, melimpah ruah kasih sayang dari dari insan bukan darah dagingnya, rasa kasihan menggigit hati rakyat Malaysia... - Baca lanjutan di myMetro

102 POSISI SEKS

Wakakaka!!! Pagi-pagi Rabu ni nak buntangkan skit mata korang ngan tajuk entry yang ala-ala kamasutra gitew, ahahaha!!! Tak yah cari posisi seks kat sini, memang takde dalam blog ni, hahahah!! Tapi info 10 kebaikan seks adalah, sila klik kat tei nunnn ye...hehhehe!! :)



Ni...ada la dalam 2 - 3 hari ni, e-mail pasal ebook ni selalu la masuk kat kotak ajaib aku tu, bosan betul lah! Pastu email konon-konon menang loteri...ee....orang tak main la cara gitu dah...tak de kerja betul sape yang hantar.




Pastu email konon bisnes partner, hiksss!! Nama pon tak leh blah, Al-Sagofff lah, Al-Gedikss lah. Tapi kan aku dah lama la tak dapat email yang lucu, dulu biasanya datang dari seseorang, pastu aku pon cam konfius sebab dia 2 tahun dia tak hantar email yang best-best. Kalau ada pon, dalam 4-5 bulan sekali, itu pon email politik, hehehe!!! Maybe dia dah join politik kot, pengsan!!!

Tuesday 20 April 2010

ANAK AKU JADI BOS PULAK

Hari Khamis lepas, aku terpaksa bawa Amanda ke office. Memula aku cam malas je g office. Memang malas dan tak jadi pegi, pastu officemate aku mesej, suh datang gak, bawak Amanda sebab diorang nak main ngan Amanda. Cis........hahhaha!!! Lagi pon bos aku takde, kalo amik cuti pon cam rugi jer cuti aku, hehhee!!







Naurah, ko tanya kan, dia tak kaco ke?...Ya ampunn....memang kacau, hehhehe!!! Tapi nak buat camne, nasib baik baik bos aku takde, leh jugak main kejar-kejar, ngeee :)





Petang tu baru Amanda demam, terlebih main aci kejar ngan mama le tu, huhuhu!!! :)

5 HARI TAK UPDATE BLOG, 5 HARI JUGA AKU JADI DOKTOR.

Assalamualaikum (nada lembut + ayu macam malam pertama) heheheh!!! Ape kejadahnya citer malam pertama pagi-pagi ni, miahahah!!! Jari tembam ku rindu nak menaip kat blog nih, selama 5 hari aku tak update blog :)




Jangan cakap aku g holiday ek, ni dah lama tak g holiday...kang aku bertukar jadi mancis cap king kong baru tau.....tak la, anak aku demam la....anak aku si Amanda tu la, mana ada yang lain lagi, takpe....takpe...aku sedang gigih berusaha untuk main tambah-tambah, hahahha! Lucah betullah korang nih ;p




Anak aku demam start hari khamis, masa tu aku bawak dia g opis....eh, tu nanti aku citer lain entry lah ek, hahaha!!!



Start demam hari khamis, Sabtu dah ok. Pastu semalam tengahari panas balik, malam semalam alhamdulillah....ok dah. Amanda demam sebab nak tumbuh gigi lagi, cian dia....





Bila demam biasa aku bagi ubat Fepril ni je, sebab dia baru setahun aku tak berani nak tukar mana-mana ubat demam lagi.




Bagi badan sejuk sikit lagi, aku ikut kata-kata orang tua, minum air kelapa, tapi tak banyak pon...sebab yang banyak nye mak dia dah tolong minumkan, hahaha!!!





Pastu lap badan dia dengan air asam jawa, ni petua ummi & papa aku. Tapi ramai pon dah guna petua ni, bagus asam jawa ni sebab banyak gunanya. Dah macam periuk nujum pak belalang tilik mana lembu hilang pulak, hehhehe!!




Pastu tepek asam jawa yang campur skit air, tepek kat dahi...cam orang dalam pantang tu, hahaha!!!




Pastu minum air yang banyak....itu sahaja. Demam ni memang merisaukan! Bahaya bila demam panas sebab kalau dibiarkan urat putus dan boleh jadi sawan dan cacat, sebab tu la ibu-ibu kalau anak demam mesti tak tido malam kan. Semoga Amanda cepat sembuh sepenuhnya, amin... :)



Bila dah sihat skit, ni la jadinya, ASHKAR WATANIAH, hahaha!! Amanda jom ikut mama tembak blog geng mama semua, hehehe!

Wednesday 14 April 2010

JANGAN TANYA KENAPA RUMAH AKU MACAM TONGKANG PECAH



Ni kalo korang singgah ke blog aku ni, sila buat-buat rabun ye. Sebab aku nak tukar template ni. Aku suka template skang ni tapi aku nak tukar ke template yang mesra SEO...ala-ala mesra alam gitew, ahaks! :)



Aku dah jumpe tadi baru nak pasang, bos aku soh pegi opis arkitek jap, sabo je lah, hehhee!!!


Babai :)

TERIMA KASIH BEN ASHAARI




Hari ni hari Rabu = Hari Terima Kasih, hehehe!!! Pagi tadi aku bukak facebook, member sekolah aku, Faizal, bagi tau yang blog aku dah direview oleh Bro Ben Ashaari. Yiiippeeee!!!!



Terima Kasih Bro Ben :) Terima Kasih juga kepada Faizal coz bagi tau kat aku. See...banyak perkataan Terima Kasih hari ni, Terima Kasih, hehehe!!!



Owh..dikesempatan ini (macam bagi ucapan merasmikan sukan tahunan sekolah pulak), aku nak korang terjah blog Ben Ashaari yang best dan sentiasa update, tak lupa gak aku member aku Faizal yang baru dalam dunia blogging nih, support sesama blogger okeyhhh! Yeahhh! :)



TERIMA KASIH AZFAR90

Aku sebelum ni ada le gedik-gedik jugak terasa cam nak buat banner untuk blog nih tapi belum berkesempatan. 2 hari lepas, cam biasa lepak kat Geng Blogger, masuk forum kat situ, nampak pulak, ada seorang blogger yang baik hati dan rajin untuk tolong buat kan Lencana Blogger untuk sesiapa yang berminat, FREE beb...diulang FREE, thanxxx dik Azfar coz buatkan untuk akak, hehehe :)



Sebab pe Azfar buat Lencana Blog ni? Kat bawah ni ada Azfar terangkan (dik, akak copy dari blog ko ek, heheheh! )...


"Untuk menajamkan lagi teknik penghasilan grafik seni yang agak tumpul, baru-baru ini telah membuat satu topik forum di komuniti GengBlogger dengan menjemput para blogger untuk sudi berkerjasama memberi alamat laman blog mereka untuk dijadikan lencana (badge) untuk blog saya sendiri, disamping mencari lebih ramai kenalan blogger dan saling kunjung-mengunjung sesama laman blog (untuk tingkatkan trafik :P). Tambahan pula, ini pun satu langkah untuk mendekatkan diri dalam dunia blog dengan mengenali lebih ramai para blogger dengan blog mereka yang popular dan memiliki kandungan/info yang amat menarik untuk dikongsi...


Berkenaan lencana blog, ianya digunakan sebagai penanda di laman blog sendiri. Jadi, tak perlulah nak tulis laman blog seseorang. Hanya klik saja dan dapat pergi ke laman blog tertentu...Walaupun pada asalnya hanya nak letakkan dalam bentuk teks saja, tapi rasanya macam tak menarik pula..Jadi, lebih baik buat dalam bentuk grafik yang lebih menarik sikit...


Lencana-lencana ini diletakkan dalam 'sidebar' blog ini (lihat sebelah kanan blog). Disebabkan terlampau banyak dan tak nak memanjangkan blog ini, kesemua lencana ini disusun dalam 'scroll box'...

Jadi, bagi sesiapa yang ingin berkongsi link blog anda untuk dijadikan lencana blog ini, bolehlah beri komen di ruangan topik forum GengBlogger di sini:

http://www.gengblogger.com/thread.php?t=1685


atau tinggalkan komen di sini. Untuk membuat lencana ini, apa yang diperlukan:

- Nama Blog, atau mungkin nama penuh/samaran anda

* Kalau boleh nama jangan panjang sangat, takut tak muat pula untuk lencana

- Link blog/laman web anda

* Wajib diberi. Kalau tak, dah tentu bukan untuk dijadikan lencana blog, kan?

- Gambar anda atau gambar kartun, haiwan atau apa saja yang berkaitan dengan blog anda

* Gambar yang diperlukan melambangkan rupa blog anda atau tuan punya blog. Dengan kata lain, ianya satu subjek utama blog. Logo pun boleh diterima.

- Selain itu, boleh beri permintaan tambahan seperti jenis font yang disukai atau jenis latar belakang yang lebih mencerminkan latar sebenar blog anda.

Satu lagi, gambar lencana ini anda boleh simpan di komputer untuk diletakkan di laman blog/web anda sendiri. Hanya klik kanan pada gambar lencana dan simpan ke dalam komputer anda. Kemudian, muat naik di mana-mana laman 'image hosting'. Jadi, tak perlu nak risau tentang hak milik pembuatan, sebab ini boleh digunakan secara umum, tak ada hak milik persendirian..Benda sebegini memang patut dikongsi bersama..Tak baik kedekut hanya untuk diri sendiri saja..

Diharap anda boleh teruskan berkongsi laman blog anda untuk dijadikan lencana..."




Sesiapa berminat silalah ke blog AZFAR90 :)

Tuesday 13 April 2010

CINCIN NIKAH BERDARAH NIA RAMADHANI



Aku suka lakonan dak pompuan ni cerita bawang Putih Bawang Merah, jadi jahat memang betoi-betoi jahat! Hahahaha! Best..best, aku tak suka watak baik-baik,cam pura-pura baik pulaks, hehehe!!


Budak Nia dah selamat nikah dah, aminn....yang menariknya bab cincin kawin ni pasangan ini,



"Cincin perkahwinan pasangan ini berbeza berbanding pengantin lain kerana bertatahkan darah. Ia diambil daripada darah Nia dan Ardie yang kemudian disatukan di atas batu cincin sebagai lambang mereka kini telah hidup bersatu dan akan setia selamanya."



Wawawaw....Dasat korang, hehehe :) Jangan lepas kawin jadi Dracula ye, hehehe!! Ape-ape pon hati yang suci sukar dicari, eh....cam ayat iklan pencuci baju pulak, hahahha!!!


Untuk cerita yang panjang lebar kiri kanan, meh lepak SINI

KALAU AMIK ORDER SILA TULIS YE....OTAK KAMU BUKAN KOMPUTER!




Aku paling tak suka kalau g kedai makan, bila kita order, dia tak tulis, menci! menci! Nanti lain yang di order, lain yang sampai, kalau sampai betul pon mesti cam tak cukup sifat je, sabo je lah!



Biasanya kedai mamak lah. Ummi aku mesti sound mamak tu, "Dey....tulis lah! mana mau ingat banyak2, yang penting saya punya cili padi," kata ummie aku, hahaha!!



Kadang kedai makan biasa pon bukan nak tulis, ingat pale otak ko tu komputer pe, komputer pon leh masuk virus, ini kan ko punya otak, nampak awek cun lalu tepi trus keras lupa semua order yang amik tadi, huhuh!!

Monday 12 April 2010

NUFFNANG : SUDAH MELEPASI TAHAP SUKAR

Macam biasa hari Isnin hari tengok pencapaian blog masing2 kat nuffnang. Kadang benda ni bagi semangat jugak sebab hari isnin kan hari moody sedunia, hhuhuhu!!



Dan aku melompat-lompat cam main skipping sebab sebab aku sudah melepasi had minimum, hahhahaa!! Setelah 3 bulan pasang, baru leh buat cashout, tapiiiii aku takmo cashouttt lagi, sebab aku ni kan mata duitan, hahahha!!! Tunggu la dulu, biar bercicit skit, lagi pon tengah tunggu kalo ada ape2 yang best baru cashout.



Aku tengok Buffered Earning tak de pulak, cam biskut sugi pulak, jap ade pastu dah masuk perut. Metered Earning ada lagi dan bertambah, tak pe la....aku tak kisah pon bab metered ngan buffered ni, janji setiap minggu kasi up skit, hehehe!! :)



Aku tak print screen cinema ni, maleh le....korang banyangkan sniri ek, huhuhu!!

SEGMEN BARU : JELAJAH BLOG IBU


BEN ASHAARI


Al-kisah....taibbbb....maka tersebutlah kisah....taibbbb...Saya dengan malu-malu + alim kucing cuba melayak diriku yang separa comot ini dalam top 5 IBU, hehehhe!!! Ok..ok, aku memang follow blog Bro Ben Ashaari, memang aku selalu menyinggah sebab selalu Bro Ben akan up date dan ada saja new and fresh entry kat blog beliau. Dan setelah 2 hari aku bertapa kat umah, dan aku tak bukak blog sebab melayan Amanda, pagi ni baru aku perasan, ada segmen baru kat blog beliau : JELAJAH BLOG IBU MUDA melalui member blog yang mesra ENA


t & c :

  • Header blog Ben Ashaari - sudah tersergam macho di atas, hehehe!! :)
  • Linkkan ke entry INI
  • Ceritakan serba sedikit mengenai blog anda
Mula berblogging pada Disember 2008, waktu tengah mengandung. Konon nak buat blog tu khas untuk anak tapiiii lama-lama aku menaip dah ke lautan pasifik, mulalah aku menconteng segala merepekmerapumeraban aku dalam blog ini, hehehehe!!! Saya mula mabuk berblogging sebab dapat ramai kawan tak kira tua, muda, ibu-ibu, bapak-bapak, adik2 yang comel dan saya sayangkan kamooo semua, yeahhh! Eh, dah macam ucapan Anugerah Facebook pulak, miahahah!! Sekian, terimalah kasih ku :) I ♥ blogging!
  • Dari mana tau segmen jelajah ibu ni? - dari member blogger, ENA

Toing....toinggg...nak g makan jap, ngeee :)

BENARKAH AIS / AIR SEJUK MEMBUNCITKAN PERUT?


Teringat dulu ada seseorang cakap " Haa...minum la bebanyak ais, gemuk macam Rotipah tu baru tau!" Errkkk....tetiba je tangan aku dengan slow motion nyer bergerak ke arah teh panas! Takmo gemuk cam Rotipah! Adus...putus haid mood!



Tadi baru aku google, benarkah minum ais sejuk boleh menggemukkan, dalam kata sadis *perut buncit T_T* menci...menci...betul, aku dah le hantu ais batu!



Memang tak jumpe pon. Fine. Dan aku try e-mail member-member kalau mereka ada artikel yang berkaitan, then aku dapat artikel yang sangat berguna. Artikel untuk semua.



Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung SERANGANJANTUNG!!!! Secara logik..., mungkin ada kebenarannya.. Orang-orang China dan Jepunmengamalkan minum teh panas sewaktu makan... dan bukannya air berAIS.

Mungkin sudahtiba masanya kita meniru amalan minum air panas sewaktu menikmati hidangan!!!! Kita tidakakan kehilangan apa-apa... malah akan mendapat faedah dari amalan ini.
Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca (termasuklah aku yang bam-bam ni).

Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan.
Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita. Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, iaakan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemakberkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT.



Dan sebaiknya spare tayar kamu itu, dapat dihilangkan dengan bersenam, insyallah.... Malas pulak bersenam? Dr. Rozmey mungkin membantu! Hikss :)


Friday 9 April 2010

TIPS: PENJAGAAN RAMBUT BAGI YANG BERTUDUNG

Wardina sangat cantik di mata ku :)




Percaya atau tidak, penjagaan rambut bagi wanita bertudung bukan terhad sekadar terhad kepada pemilihan syampu yang sempurna namun fabrik tudung kita juga memainkan peranan penting. Udara yang minima ketika bertudung juga mampu merosakkan rambut kita. Wanita yang bertudung perlu menjaga kesihatan rambut. Jika tidak ada penjagaan rambut akan berbau, kusam, sugul dan tidak bermaya. Walaupun kita bertudung, pastikan rambut kita sentiasa terjaga dengan mengamalkan beberapa tips berikut:




1. Pilihlah tudung dari jenis kain yang mudah menyerap peluh seperti fabrik dari kain kapas. fabrik yang mudah menyerap peluh akan memudahkan aliran udara dikepala anda.



2. Trend pemakaian tudung terkini menyaksikan gabungan beberapa lapis tudung bagi sekali pemakaian. Kita boleh menvariasikan gaya anda begitu namun ingat, jangan melebihi empat lapisan kain. Ini kerana semakin tebal tudung anda semakin sukar rambut anda bernafas.




3. Janganlah memakai anak tudung yang terlalu tebal atau berlapis-lapis kerana ini akan membuatkan rambut sukat untuk bernafas dan mudah lembab dan berbau.




4. Jika kita memakai tudung, sebaiknya potong rambut anda pendek dan biarkan ia lepas mengurai. Jika ingin mengikat rambut, janganlah terlalu ketat. Pilihan terbaik jangan simpan rambut anda melebihi 60sm.




5.Hindari pemilihan kain tudung berwarna gelap seperti hitam jika kita banyak menghabiskan masa di bawah sinar matahari. Warna hitam akan menyerap sinaran matahari lebih banyak dan ini kadangkala akan membuatkan anda tidak selesa, berasa pening dan kulit kepala akan mudah gatal.


Selamat mencuba!!!!

S.O S.I.C.K

Saya letih.


Saya penat.


Penat atas segalanya.


Ya Allah....berikan hamba mu ini kekuatan.



Thursday 8 April 2010

AZIZ M OSMAN BERCINTA LAGI, GADIS 21 TAHUN JADI PILIHAN


KUALA LUMPUR, 8 April — Kegagalan dalam perkahwinan terdahulu, tidak melunturkan semangat pengarah filem Aziz M. Osman untuk mencari cinta baru.

Selepas perkahwinan ketiganya dengan seorang guru agama berakhir dengan kontroversi, pengarah berusia 48 tahun ini bakal bertemu jodoh pula dengan gadis 21 tahun.

Aziz bakal menamatkan zaman duda dengan Puteri Sarbainun Lokman (gambar) atau Puteri Lily pada Jun depan.

Pasangan berkenaan akan mengikat tali pertunangan pada 18 April ini.

“Biarpun bakal isteri saya muda setahun daripada anak sulung saya, Puteri Nurul Fateha, namun dia sangat matang dalam banyak aspek.

“Saya sangat bersyukur dan gembira kerana dia (Puteri Lily) boleh menerima bukan saja saya tetapi juga anak saya seramai enam orang,” kata beliau dipetik Utusan Malaysia hari ini.

Puteri Lily juga seorang pelakon.

Aziz dipetik berkata pada awalnya hasrat beliau untuk berkahwin kali keempat ditentang oleh ibunya, seniwati Afida Es.

Menurut Aziz, ibunya menentang keputusannya itu kerana bimbang bakal menantunya tidak dapat menerima kehadiran cucu-cucunya.

“Saya faham perasaan bonda (panggilan buat ibunya) yang sangat mengambil berat tentang saya dan juga cucu-cucunya.

“Mujur tidak lama selepas itu, bonda dapat menerima hakikat yang saya dan Puteri Lily saling menyayangi antara satu sama lain,” kata Aziz lagi.

“Pertama kali mata duda ‘gatal’ ini terpandang Puteri Lily, bagai ada kuasa besi berani yang menarik saya.

“Setiap kali berehat untuk babak berikutnya saya sentiasa mencuri pandang ke arah Puteri Lily walaupun dia tidak memandang saya,” kata Aziz lagi. — Oh!Bulan

THINK OUT OF THE BOX MELUCAH, MIAHAHAHA!

Di sebuah sekolah, seorang cikgu bahasa inggeris sedang membuat satu aktiviti yang dipanggil "add to the picture". Ni konon2 nak bagi budak2 ni tak bosan dan seronok waktu kelas dia. Cikgu tu melukis satu objek di papan hitam dan cikgu tersebut akan memanggil seorang murid, dan murid itu akan kedepan menyambung lukisan itu untuk menjadikan sebuah lukisan. Ok, cikgu mula memanggil Ali.



Ali kembali ke tempatnya. "Ok, sekarang Halimah kedepan sambung pulak," kata cikgu



Halimah pun menyambung. "Ok, bagus. Sekarang Muthu pulak sambung," kata cikgu




Muthu pon menyambung lukisan dengan asyiknya. " Sekarang Linda pulak kedepan," kata cikgu




Linda mula melukis." Ok,bagus. Matahari ya murid-murid, sekarang saya mau Abu pulak sambung," kata cikgu. Abu ni murid yang nakal. Konon-konon cikgu nak test si Abu ni lah. Sekali................




Murid-murid semua ketawa terbahak-bahak! Hahahahaha!!! Cikgu pengsan dihujung kelas! Aiyakkkkk!!!



*Entry singkat + merepek sebab aku sedang gusar.Tq

Wednesday 7 April 2010

KALAULAH SEMUANYA MR. BEAN......

Mr. Bean Tomb Rider, mata tak tahan....laki-laki diluar bisa cair! hahaha!!



Cak!!! Avatar la pulak ye! :)



If Mr. Bean was Justin Bieber....gulp!




Wow! Hottie Pie!!!! Ngehhh..ngehh... :)




Lady Gagap a.k.a Mr Bean, lalalala :)




Phewww....If Mr.Bean in Legally Blonde :)





If Mr.Bean was in Oprhan, hahahah!!





Oh my Johny De..........what?!! Mr.Bean was a pirate!;p




Ini bisa buat aku marah! Grrr Harry Potter ni peberet aku ok, no...no...no....





If Mr.Bean was in Twilight! Scary giler!! Miahahahaha!!!! :)



* Hari merepek sedunia, sekian, terima lah kasih ku :)
Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014