Monday 31 May 2010

CARA BERHADAPAN DENGAN ORANG SUKA CAKAP BESAR - VERSI DEKAT OFIS

Memang menyampah kalau dengan orang yang suka cakap besar, tambah-tambah dekat opis, hari-hari dah la nak mengadap muka dia, kalau dia bos tak pe jugak, ni pencacai biase je, hahahha! Cis jahat sungguh mulut aku tapi mulut si suka cakap besar lagi takbest, hehhee!!



Tips berhadapan dengan orang suka cakap besar - versi dekat opis.


  • Bila si suka cakap besar nak bukak mulut, ape lagi, sila nyanyi kuat-kuat, biar pon kalah speaker panggung wayang. Nak lagi best sila berduet seperti Dua Insan Bercinta - M.Nasir dan ApeNtah. Takpe, tak kisah kalau tak sedap sebab lagi tak sedap telinga nak menanggung konon-konon dia yang paling hebat + best di dalam dunia ini! Kalau ada skill yang terpendam selama ini macam zapin atau breakdance tu lagi bagus untuk jadi selingan.

  • Yang kedua - bersin. Ye perkataan yang pendek, simple tapi bawak penyakit 1 dunia. Ape lagi...kalau si cakap besar mula bangga diri dia yang hakikatnya tak best, korang bersin je....Haccchhuummmm!!! Nak lagi best depan muka dia, tambah skit perisa hingus cair pasti menarik tertarik memang kebabommm. Dia takkan kebabommm muka korang, pasti dia akan menjauhkan diri dari korang sebab kalau dia sakit, tak dapat la dia nak cakap besar dan menunjuk depan korang, amacam best tak?


  • Yang ketiga - Buat-buat macam dengar bos panggil. Eh, bos panggil aku lah! Eh, mane de bos kan pergi bercuti kat langkawi, tettttttt!!! Kantoi pulak dan pandai-pandai la nak selamatkan diri dari orang macam ni, hahahhaha!!! Nak lagi best, "Eh, Makcik housekeeping panggil aku la, nak mintak tolong tukar cadar bilik" yee...buat la macam tu walaupon korang kerja di Sales Department! ;p


  • Yang keempat - Kentut dalam bilik/area dia (tips ini kurang digalakkan) . Ape lagi....bila si cakap besar sedang sedap membangga diri, kasi psssssssssstttt(sopan) / prrootttt(ganas) baikkkk punyer, hahahha!!! "Eh, sorry lah, terlepas. Skru kawalan longgar" dan berlalu pergi tanpa rasa bersalah. Nak lagi best, tutup kan pintu bilik dia, bagi sebati kentut ko dengan bilik dia, pasti dia pengsan!


  • Yang kelima merangkap yang terakhir - Lawan balik cakap besar dia! Yeahhhh!!! Tapi juga kurang digalakkan, sebab ape? Sebab takkan ko nak jadi macam dia kot, ntah hape-hape...adeh!

Selamat menjamu selera :)

BERTUKAR DOMAIN - www.iedaluvsham.com

Selamat pagi :) Sabtu lepas tidak berapa baik, ada beberapa perkara yang tidak elok berlaku. Tapi yang lepas jangan dikenang, cuma beringat masa akan datang.



Alhamdulillah, blog ini selamat bertukar domain yang aku beli dari NetKL,

www.iedaluvsham.com :) Thanxx pada semua yang beri pendapat, hehehhe!! Thanxx pada KancilBiru yang menjawab segala pertanyaan aku, ngeee :)



Cuma yang tak selamat adalah segala komen yang lepas-lepas, hilang selepas bertukar domain. Harap ada yang dapat membantu dan beri pendapat :)

Friday 28 May 2010

JIN THAILAND MULA MERASUK AKU

Hari ni jin Thailand telah rasuk aku. Phrong phrang kap kap ular sawas dhee khap - maksudnya aku kena masak Thailand hari ni, ehehehe! Fine, masakan Thailand mudah sikit, tu pasal banyak kedai makan kalau menu mesti ada menu Thailand, paling abis simple Padprik.


Mari menjamu mata cik akak, abang, adik semua. Sedap! Ciss...puji sendiri, sapa lagi nak puji, hahahha!!


Menu simple - Nasi Putih, Padprik Ayam, Ikan Kembong Goreng, Timun/Ulam Raja. Nak buat sambal belacan tapi lesen dah mati, belum renew lagi, ;p (malas sebenarnya)




Start masak pukul 11am - 12pm, di samping bersilat bersama Amanda, aduh...penat!

Thursday 27 May 2010

BILA AKU MULA MENCORET KEMBALI.....wah! menyampah aku tajuk ni, hahahha!

Sekarang memang musim mengawan kot. Eh...silap, musim aku malas update blog. Suka ronda-ronda kat blog orang lain, baca-baca pastu pegi blog lain pulak. Silent reader la konon, hahaha! Serius! Kena servis skit otak aku tengah malas, sebab yang aku hanya ingat sekarang adalah cuti! Yeahhh... next week memang aku nak berjalan sakan, tambahan adik aku tiba Malaysia hari Isnin ni.



Esok cuti, so opis aku mengada-ngada nak buat main bowling, cisss!!! Aku memang nak pegi tapi banyak benda perlu difikirkan kalau aku pergi. Eh, esok cuti hari Wesak kan? Aku tanya budak opis aku, "Esok cuti Wesak kan?" Dengan bijaknya dia menjawab, "Haah, yang ada veel...vell...vell...!" "Itu Thaipussam lah dol!"kata aku. Hahahaha dia gelak camni! Sengal budak ni :)



Berbalik pada main bowling, pesan aku pada korang, jangan lupa aku, jangan ingat pin tu aku, so korang nak tibai je, hahahha!!! Mesti budak-budak opis bengang, aku cakap kompom datang! Sebelum subuh aku dah terpacak depan lane! Tapi memang salalunya gitu, aku akan tak datang, mujur budak-budak tu paham, nanti mesti diorang jerit depan muka aku, "Kak Ieda!!!!! Selalu tak joinnnn!!!!" busuk mulut ko jerit depan muka kau, hahahhaa!!! Tapi kalau karaoke aku jalan.........waktu opis pon takpe, aku leh tibai pegi, hehehehe!!



Esok nak buat pe ek? Masak....pastu nak planning nak tuju ke mana bila sampai Penang nanti. Oh ye....aku akan ke Penang 4,5 dan 6 Jun ni, Yipppeeee!!! :) Proses anak nombor 2 a.k.a honeymoon, hakhakhak!! :p Setengah orang kata "Ape barang Penang..." Hello...aku punya suka la beb! :)

JANDA DICEKUP DALAM KEADAAN BERBOGEL...MIAWWWW!!!!


Ayokk...kalau sudah manyak gersang, lu kawin lorrr....Boleh kasi "cocok" hali-hali wo.....bikin malu saja lor....sikalang sulah lapat cop mohor kemaluk sekss woo!! Hahahahah!
___________________________________________________________

DUNGUN – Seorang janda montel kemaruk seks dicekup dalam keadaan berbogel bersama pasangannya di sebuah bilik hotel murah, dekat sini, pagi semalam.



Ketika serbuan di sebuah hotel murah di bandar Kuala Dungun, kira-kira jam 7.30 pagi itu, pasangan terbabit dikatakan dalam keadaan memalukan dan hanya menutupi badannya dengan selimut dibekalkan pihak hotel.



Dengan pelaburan RM15 untuk menyewa bilik hotel murah, janda beranak satu yang difahamkan sudah dua tahun kesepian setelah bercerai dengan suaminya itu mendaftar masuk kira-kira jam 7 petang sebelum menghubungi teman lelakinya yang tinggal di Kuala Terengganu untuk dijadikan pasangan bagi menyempurnakan aksi panas.



Walaupun terpaksa menaiki bas awam sejauh hampir 80 kilometer, buah hati janda berkenaan yang bekerja di kedai aluminium di Kuala Terengganu itu sanggup datang dari jauh semata-mata untuk memenuhi keinginan seks pasangannya yang bekerja sebagai tukang masak.



Janda terbabit ketika pengakuan beberapa kali melakukan hubungan seks dengan teman lelaki 'import' yang masih bujang itu dan perbuatan terkutuk itu dilakukan di rumah saudara angkatnya di Kuala Terengganu. - Tabik untuk Paapaada :)

Tuesday 25 May 2010

HAID TIDAK TERATUR PUNCA SAKIT JANTUNG


Tadi melawat ke blog R10 dan terbaca mengenai "Haid Tidak Teratur Punca Sakit Jantung". Sangat menyeramkan jika betul. Ada sesetengah wanita yang memang perjalanan haid nya kurang teratur, ada yang kata mungkin hormon, ada pula yang kata mungkin stress. Macam-macam andaian tapi kalau nak pasti pergi tanya doktor masing-masing.


Meh aku nak selitkan apa yang aku baca tadi.


"NEW YORK - Wanita yang mengalami kitaran haid tidak teratur mempunyai risiko tinggi untuk menghidap penyakit jantung, menurut satu kajian terbaru.

Kajian selama 10 tahun yang melibatkan 23,000 wanita Belanda berusia 50-an itu mendapati wanita dengan kitaran haid tidak teratur mempunyai 28 peratus lebih risiko menghidap penyakit jantung.

Kajian itu juga mendapati wanita yang mengalami kitaran haid tetap yang lebih panjang atau lebih pendek daripada kitaran normal tidak berhadapan dengan risiko berkenaan.

Bagaimanapun, majoriti wanita yang mengalami kitaran haid tidak teratur tidak mendapat penyakit jantung semasa tempoh kajian.

Seramai 150 daripada 4,000 wanita yang melaporkan kitaran haid tidak teratur disahkan menghidap penyakit jantung sepanjang tempoh kajian.

Sebab utama yang mengaitkan kitaran haid tidak teratur dengan penyakit jantung masih belum dikenal pasti."



Ini adalah kajian terbaru tapi sebab utama yang mengaitkan kitaran haid tidak teratur dengan penyakit jantung masih belum dikenal pasti, so sama-samalah kita menunggu laporan yang seterusnya wahai kaum wanita kawan-kawan ku.


p/s: kawan aku buat kajian sendiri, lelaki hodoh memang perangai buruk! Aku kata, takde benda lain ke ko nak kaji??? Pangggggg!!!!

PERKATAAN BERLAWAN


Murid : Selamat pagi, cikgu.

Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?

Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!

Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.

Murid : Selamat sejahtera cikgu!


Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?

Murid : Faham, cikgu!

Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid : (senyap)

Cikgu : Pandai!

Murid : Bodoh!

Cikgu : Tinggi!

Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!

Murid : Dekat!

Cikgu : Keadilan!

Murid : UMNO!

Cikgu : Salah!

Murid : Betul!

Cikgu : Bodoh!

Murid : Pandai!

Cikgu : Bukan!

Murid : Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!

Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!

Murid : Dengar itu!

Cikgu : Diam!

Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!

Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid : Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu : Kamu gila!

Murid : Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!

Murid : Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!

Murid : Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid : Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!

Murid : Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!

Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!

Murid : Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!

Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!

Murid : Duduk!

Cikgu : Saya kata UMNO salah!

Murid : Kami dengar KeADILan betul!

Cikgu : Bangang kamu ni!

Murid : Cerdik kami tu!

Cikgu : Rosak!

Murid : Baik!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid : Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)
_________________________________________________

ahahahah!! padan muka cikgu tu. Eh, ini takde kaitan dengan politik ok! Jangan pilih jalan hitam! Wakakakkaa!! :)

Monday 24 May 2010

PATAH HATI RETAK CERMIN MATA PATAH

Hehehehe!! Tajuk berangkai pulak :) Gila tajuk nak sedih dari hari sabtu, ngeee.... :)




Semalam hati aku ada prappppp sikit la, hehehhe!! Sebab aku tengok cermin mata kucing aku yang sedia bengkok sudah retak menanti belah, sedih tau...itu cermin mata kesayangan yang murah aku, hahahha! dah 4 tahun aku pakai. Meh aku nak tepek cermin mata yang nazak-nazak, jadi bahan permainan Amanda, kalo repair rasa nya bernyawa kot tapi malas arr...beli baru je, abis citer.



Yang ni spek yang baru je aku beli 4 bulan lepas, patah dah....





Yang ni tak cun sangat, boleh arr buat tengok tv
(padahal lebih kurang je ngan atas color je lain, hahahhaa!)





Yang ni, batang dia ok lagi, cermin je terbabas dari landasan





Haaa....yang ni lah kesayangan aku, sian dia tempang skit tapi skang dah retak kat bawah kanta..





Semua motif kerosakan adalah lebih kurang sama, suspek yang bertanggungjawab adalah Amanda yang baik hati, hehehe! :)


Dan semua kesalahan tetap pada mamanya, kasi arrow patah balik skit cucuk mata aku! Padan muka, sapa suruh leka bagi budak yang tak bersalah main, amikkk koooo!! ;p

BERTUKAR DOMAIN - YANG MANA LEBIH OK?

Masa korang baca entri ni, mesti aku tengah mengacau kawan-kawan opis, sebab cpu aku belum sihat lagi, harap-harap tengahari nanti, mat repair tu call bos aku :)



Sudah berbulan-bulan aku asik intai NetKL, hehehhe!! ye...aku ada rasa gatal nak menukar domain. Kenapa? Jangan ditanya, nak tolong garukan boleh jugak. Dan aku buat keputusan hujung bulan ni nekad!!!! Tukar! Tapi masih ragu-ragu memilih domain yang sesuai, sebab nama aku panjang bebeno.



Dari sekolah dulu aku rasa panjang bebeno nama aku ni...lupakan kisah nama panjang. Kepada semua, harap dapat membantu, boleh tak? Rasa-rasa yang mana lebih sesuai dan senang ingat?

1) www.iedalhabsyi.com

2) www.iedaluvsham.com

3) www.iedaprops.com

4) www.iedahabsyi.com


Atau ada yang nak bagi cadangan lain, sangat di alu-alukan, jangan yang nama tak elok sudah ok. Terima kasih kerana membantu saya yang kerdil ini...eh, silap kerdil, perasan pulak, saya yang gemuk tapi comel, hahahha!! Jangan marah arr... :)

Saturday 22 May 2010

DIA PERGI MENINGGALKAN KU...

Semalam aku tak jenguk blog. Tak update. Aku kecewa. Aku hampa. Aku sedih. Aku murung.... Tak tau nak buat ape.....Pukul 2.00petang semalam aku hanya memandang sayu dia dibawa keluar oleh Aqilah....Wwwaaaaaa!!!!! Ops, nangis tak sopan langsung, sob...sob...T_T, ok macam ni nangis baru ayu sikit.


Dia dibawa pergi.....pergi repair! Komputer opis aku rosak, sabo je lah! So aku tak leh nak merayap ke blog kengkawan. Semalam aku seharian tak buat ape kat opis, hehehhe!! Pergi meja orang lain, kacau2. Kalu diorang nak tekan keyboard aku ketuk tangan diorang, ini simptom cemburu namanya, cemburu komputer aku rosak, hahahhaha!



Malam semalam aku ngantuk giler, aku online kejap je, aku sempat singgah blog KakYong, tumpang seronok sebab Kak Yong telah bertukar domain, yeahhh!! Congratzzz my dear :) Aku juga mungkin bertukar hujung bulan ni, tapi asik memikirkan apakah domain yang sesuai dan senang diingat, hehehhe! :)



Pagi ni aku tak tau jin mane yang rasuk aku. Tetiba je aku rajin buat breakfast, hehehe!!!


Dah lama tak makan baked beans, baru aku perasan yang cheese sekali. Ok, sedap, rasa dia masin sikit je, tapi masa masak bau parmesan cheese memang kuat :)


Yummie! :)




Layan dengan scramble egg, wow! :)


*Pic credit 2 google, aku malas nak amik sniri sebab baked beans asik memanggil aku je! Hiskkkk :)

Thursday 20 May 2010

APABILA PINTU BILIK HOTEL ANDA DICEROBOHI - GUNAKAN TUALA SEBAGAI PENYELAMAT!

Bercuti memang seronok! Tambahan kalau tinggal di hotel, tak kisah berapa bintang, ikut kemampuan dan keselesaan masing-masing. Tapi hati-hati ya...Orang jahat + tak betul memang ramai yang nak ambil kesempatan. Kalau cerita hantu kat hotel tu memang biasa, tapi lagi bahaya kalau kita jumpa penjahat yang nak cerobohi bilik hotel kita!


Lagi bahaya kalau anda seorang wanita dibilik hotel bersama anak kecil. Orang jahat sekarang bermacam-macam cara nak masuk ke bilik hotel. Lihat video kat bawah ni, memang senang kalau mereka nak masuk, dan penyelesaiannyer amat mudah - tuala! :)

PEREMPUAN ADA MISAI...EH,BUKAN MISAI, BULU HALUS OK! :)


Petang semalam laki aku call, katanya nak amik kereta dan dia nak pergi Penang kejap, ada hal kerja. Ok, pas laki aku sampai kat ofis, aku pon hulur dengan manja kunci kereta, pastu salam. Pastu laki aku kata "Ok, babai Mek Misai," pastu laki aku gelak berdozen-dozen, hahahahahhaa!!!! Eee....serius aku 10% geram 90% malu sikit (malu kategori sikit sebab dia laki aku) hahahahha!!



Fine! Ekceli bukan misai tebal cam lelaki, tapi bulu-bulu halus manja, hahaha! Dah lama aku tak menebas atas bibir ni,hahahhaa!! Tapi isu ni jarang cakap, padahal aku pon nampak gegirl-gegirl opis aku pon lebat je atas bibir tu, ekekekeke! Pastu aku naik opis, aku tanya Kak Eyta, "Akak, Ieda ada misai ke?"



Yang aku nak tergelak, dia pulak kalut meraba misai dia, "Eh, akak pon ade" kata Kak Eyta, kami gelak, hahahaha!!!



Setengah perempuan memang jelas kelihatan bulu halus atas bibir, mungkin sebab hormon, weh...tapi aku takbanyak ok, ade pon sebab dah lama tak menebas, hahahahaha!!! Kadang ada yang tanya, boleh ke cukur misai? Kita ni perempuan....



Yang ko cukur tu buat pe diknon....ko cabut la, pakai pencabut kening (tapi cabut kening haram ok!) Kalau cukur, dia akan tumbuh lebih tebal dan kasar, itu yang aku nampak sebab aku ade kawan yang cukur, makin lama makin kasar teksture atas bibir dia, kesian pulak aku tengok... udah ghoper jantan pakai skirt pulak, hehehhe!



Percayalah...kadang-kadang lelaki lebih prihatin terhadap penampilan seseorang wanita berbanding dirinya sendiri :)


p/s: dah selamat menebas malam tadi, nak aku tunjukkan foto? hahahaa! :)


Ada citer menarik untuk dikongsi, berlaku pada bulan 2 yang lepas :)

BATAL KAHWIN, ISTERI ADA MISAI DAN JULING

DUBAI: Seorang duta Arab membatalkan perkahwinannya serta merta selepas mendapati isterinya berkumis dan mata juling. Pengantin lelaki tidak dinamakan itu tidak pernah melihat wajah pengantin perempuan kerana dia memakai niqab sepanjang perkenalan mereka, menurut laporan.


Beliau turut membatalkan jamuan perkahwinan dan terus merujuk kes ke Mahkamah Syariah.
Beliau menuntut perkahwinannya dibatalkan serta wang AS$137,000 (RM468,677.20) untuk hadiah perkahwinan dan perbelanjaan lain dikembalikan selain meminta pengantin wanita diperiksa atas ‘kecacatan hormon.’


“Beliau amat terkejut, Pengantin wanita mempunyai personaliti yang baik, namun ada alasan bagus menyembunyikan wajahnya. “Pengantin lelaki terus ke mahkamah meninggalkan pengantin perempuan yang menangis teresak-esak,” lapor akhbar Daily Mail.


Duta itu mendakwa, bakal ibu mentuanya menunjukkan gambar adik perempuan isterinya untuk menipunya berkahwin dengan wanita yang lebih gemar duduk di rumah berkenaan. - Agensi


Wednesday 19 May 2010

AKSI SEKS DALAM KERETA

GEMAS – Akibat berang, bapa menyerbu dan membelasah seorang lelaki berumur 26 tahun yang leka memadu kasih dengan anak perempuannya di dalam sebuah kenderaan di Felda Jelai 2, di sini, awal pagi semalam.


Dalam kejadian jam 2.45 pagi itu, bapa berkenaan tidak dapat menahan perasaan marahnya apabila mengetahui anak perempuannya berumur 18 tahun melakukan perbuatan tidak senonoh dengan lelaki terbabit yang bekerja sebagai buruh.



Menurut sumber, semuanya bermula apabila seorang penduduk berhampiran menyedari pasangan itu memadu kasih dan memaklumkan kepada bapa gadis berkenaan.



“Tanpa melengahkan masa, bapa gadis itu dan penduduk kampung menyerbu pasangan terbabit.



“Ketika serbuan, berlakulah insiden bapa gadis berkenaan membelasah pasangan anaknya itu, sebelum menyerahkannya ke Balai Polis Gemas untuk tindakan lanjut,” katanya.



Sumber berkata, buruh berkenaan mengalami lebam pada bahagian muka dan bengkak bahagian bibir.



“Remaja perempuan terbabit kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Gemas, jam 9 pagi tadi (semalam) dan mendakwa dirogol sebanyak dua kali.


“Sementara suspek pula dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin untuk siasatan lanjut,” katanya.


Menurutnya, ketika serbuan dilakukan, pasangan itu juga didapati khayal dan keletihan, dipercayai telah melakukan hubungan seks.


“Gadis itu dikatakan keluar rumah pada sebelah petang dan bersiar-siar di pekan Gemas.

“Bagaimanapun, sebelum menghantar gadis berkenaan pulang, pasa­ngannya cuba membawanya ke rumahnya,” katanya.


Sumber berkata, gadis itu enggan naik ke rumah kerana takut perbuatan mereka diketahui keluarga lelaki terbabit.


“Sebab itu, pasangan berkenaan mengambil keputusan melakukan perbuatan tidak bermoral itu dalam kereta,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu dan pihaknya masih menjalankan siasatan mengenai kejadian itu. - SUMBER

AKAK TUNAIKAN HASRAT KO WAHAI DIK ECIZ

Selamat menjelang pukul 11 pagi semua, hehehhe! Ni entri nak tunaikan hasrat dik Eciz sebab ko nak culik Amanda yek, jangan lor...kang akak tak tdo malam tau, mandi pon mandi kambing, makan tetap menambah selera :) Disebabkan Eciz nak entri pasal Amanda, ni akak buatkan, hahahah! Poyo je aku tapi kasi can la picture muka akak tepek skali ek, hahahha! :)


Ni aku tak paham nape anak aku terbeliak semacam



Ekceli...cewah nak cakap orang putih lak, benci...benci....aku suka BAHASA MELAYU ok! Hahahaha! Sebenornyer gambar-ganbar ni amik masa dinner sempena birthday ayah amanda. Ingat nak bwak makan ke Koh Sa Mui tapi pegi Black Canyon sebab Koh Samui takut penuh dan susah parking.




Sebelum makan macam biasa, sesekali nak jadi artis amik gambo, hahahhaa!! Aku sebagai mamarazzi, lalalala :)





Saje senget, bagi korang teleng-teleng skit, hehehhe!
Tak kose aku nak teleng tengok gambo ko ieda! <---haippp! sape yang cakap tuh?? hahahaha!



Bagus minum susu kenyang-kenyang, senang skit aku mama nak mencekik, hahaha!!






Air wajib 3, laki aku 1, aku 2, hahahaha!!!


Ni paling tak sedap, diulang...tak sedap! Nama dia Omelet with Fried Rice Filling, konon nyer nak bagi amanda makan nasi sebab amanda ni perut kampung skit, tengahari dan malam mesti nak nasi.




Ni ayah punyer :) welldone baru sedap :)





Ayam keting, hehehhe! Takpe keting janji sedap :)




Yang dan macam ribut taufan ni, mama punya,hahaha! dah makan separuh baru nak amik gambo, buruk perangai aku, hehehe!!!





Dera anak aku makan salad je, hahahhaa!!!



Kesimpulannya mak aku masak lagi sedap, hahahaha!! Dan nasi minyak peberet aku yang MIL aku buat, yum!!! yum!!! :)

Tuesday 18 May 2010

TUTORIAL : REPLY TO COMMENT



Petang yang hujan lebat ni, tambah tengah layan cokodok panas-panas, perghhh...meh aku nak tunjukkan cara buat "Reply to Comment" untuk blogspot. Semalam malam aku dah balas komeng-komeng koreng, hehehe!! Pada aku ok jugaklah cuma hati aku still pada pop-up, uhuhuhuh!!! Tapi cikmin cakap dia punya boleh buat pop up untuk camni, try korang tanya cikmin pulak, huhuhu! :)


Memula macam biasa korang masuk ke Dashboard --> Layout --> Edit HTML.


Pastu tick/tanda pada "Expend Widget Templates"


Kemudian copy code dibawah ini.



Sekarang cari code dibawah ni pula. (Guna CTRL +F untuk senang cari) Bila dah jumpe, pastekan code yang copy tadi bawah code ini.

Lepas paste, korang akan nampak perkataan " BLOG ID ANDA". Pada perkataan ini, gantikan dengan BLOG ID korang sendiri. Camne nak cari Blog ID?


Yang bergaris macam nak tak nak tu lah blog id, heheheh! :)


Save! Siap!!! Yeahhh!!! :)

* Mari ramai-ramai ucapkan terima kasih pada Sue, sebab aku belajar pada dia, hehehe!! Dan aku sarankan korang terus ke blog dia, sebab dekat sana lebih banyak tutorial :)

* Tutorial ini hanya akan menjadi kalau comment anda embedded below post. Kalau pakai pop-up memang tak menjadi. So itulah kelemahannya. Kalau sesiapa ada yang tau boleh reply commet ngan still pop-up window, bagi tau aku, aku pon nak tukar, hahahhaa!! :)


p/s : rindu pop-up, uhuhuhuh! :)

JUMAAT & SABTU - RINDU KU PADA SI DIA

Hahahaha!! Tajuk entri tak leh tahan, jiwang kejap dipagi selasa. Ni aku saje nak bagi korang bosan baca entri ini, hahaha! Sebab aku dah lama tak cerita benda-benda seharian yang aku buat, hahahha!!


Sebenarnya laki aku hari Jumaat lepas pergi Melaka, sebab laki aku terima Anugerah Cemerlang. Congratzzz dear :) Aku sebenarnya gedik-gedik nak ikut, boleh melaram kalah Rozita Che Wan, hahahha!! Tapi yang boleh pergi hanya yang amik anugerah, T_T sob...sob...melepas aku. Laki aku cakap Sabtu malam baru sampai umah balik. Ok, aku harap laki aku leh balik cepat sebab Ahad adalah eniberseri kami. :)




So hari Sabtu tu aku memang malas nak kuar mane-mane. Dok umah je 24 jam. Lunch buat nasi goreng untuk Amanda tapi untuk aku aku order McD, kedekut la mama ni, hahahha! ;p



Saat bosan-bosn, nak tengok blog pon malas, aku nampak durian kat dapur, orang sebelah bagi, hahaha! Sedap-sedap. Pelahap sorang-sorang. Nasib baik anak aku tido time tu, leh layan sorang-sorang ekekekek! ;p



|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Itu je entri kali ini, bosan????? Aku lagi bosan nak taippp! Hahahhaa!! Taip sambil pejam mata sebab ngantok, hahahha!! Eh, suka hati aku la...lalalla blog aku, aku punya pasal! Hahahah!!!

Monday 17 May 2010

SAYA BUKAN SOMBONG, MAAF JIKA TAK BALAS KOMEN ANDA :)

Oh! Jangan tuduh aku sombong, huhuhuh!! Maaf jika sudah lama saya tak balas segala komen di blog ini, kalau saya balas pon saya akan ke blog kamu dan komen kembali, heheheh!!



Tapi mulai malam ini, saya akan cuba sedaya upaya membalas segala komen anda sebab saya dah pasang ini macammm......hehehhe!! Sila rujuk gambar dibawah! :)



"Reply to comment" terus kepada individu terbabit, senang bukan! Hehehehe! Aku sukaaa!! Senang sikit kerja nak membalas komen :)


Tapi yang tak berapa nak best nyer comment form ni bawah post, sebab aku lebih suka guna pop-out window, cepat skit nak loading. Kalau pakai below post ni takut nanti yang jenis internet lemau, mesti malas nak menunggu, hahahah!



Ok, takpe, try dulu. Kalau rasa cam tak best, kita kembali ke asal, hehehe!



p/s: sekejap saya, sekejap aku = aku yang ntah hape2 :) hahahha!

HARAP TAK TERLAMBAT BUAT ENTRI INI :)




Harap tak terlambat tapiiiiiiiimemang dah lambat! Lambat sehari, hehehehhe!! Sibuk berjalan lalala :)


Selamat Ulangtahun Perkahwinan Yang Ke-2


Masih muda usia perkahwinan kami, banyak benda yang nak kena tempuh dalam kehidupan seharian, hehehhe!!! Gaduh salah faham tu perkara biasa dalam rumahtangga, salah sorang mesti mengalah agar rumahtangga tidak meletop. Kalau dua dua meletop salah seorang mesti kena senyap. Biasalah lumrah rumahtangga...


Diusia rumahtangga yang masih setahun jagung, aku harap kan kebahagian yang tiada berpenghujung, hikssssssss giler sesekali aku berjiwang, hahahhaa!! Merah kejap muka tengah menaip ni, bukan sebab malu tapi tahan kentut, nanti semerbak satu office pulak, hahahaha!!!


Ok, sambung balik. Saya cuma nak cakap " Epy Eniberseri Buat Aku dan En.Sham" hehehhe! :)



Hari terakhir jadi anak dara, hahahahhahaha! :)



TERIMA KASIH KAWAN-KAWAN

Uish... rasa cam lama je tak ber entri <--ntah hape2 ayat, hehehe!! Maaf kawan-kawan jika ada yang menanti keputusan. Idea korangg memang mantopp! :) Terima kasih sekali lagi kepada semua yang bagi idea :) 3 - 4 hari ni aku memang sibuk tahap gaban, malam pulak tak larat nak berjaga buat entri baru, buat time opiss la jawabnyer, tu pon curik2, ngeee :)


Ok, dalam banyak-banyak aku tertarik dengan idea................

Jeng...........


Jeng.............


Sape?



Hahahahhahha!!!


Congratzzzzzzzzzzzzz to...................

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|


Dyahaha @ Amor

Dia cadangkan bagi jersi world cup. Yee...laki aku minat bola, dan aku konon-konon T_T menyokong! Hahahahha! So...jersi world cup jadi pilihan, thanxx dear! :)


Kepada yang lain-lain, bukan idea korang tak bagus, bagusss + best + mantop semuanya! Aku terharu + gembira sangat korang share idea ngan aku. Thanxx sesangat semua, jujur aku amat menghargainya :) Terima Kasih semua :)


*to dyahaha, tinggalkan nama, alamat, no tepon kat coolbanana_84@yahoo.com.my :)

Thursday 13 May 2010

JOM BELAJAR HTML, CSS, XML



Hari ni just nak share ngan korang, kat mana korang boleh belajar segala bagai coding HTML, CSS, XML, JAVASCRIPT dan lain-lain yang berkenaan.



Sebelum ni memang aku haprak tak tau ape-ape pasal benda ni semua. So aku try cubit-cubit En. Google dan aku jumpe laman web ni. W3Schools Online Web Tutorial, kat sini semoleknya buat yang baru nak belajar (masih merangkak macam saya, hehehe!), HTML, CSS, XML, JAVASCRIPT dan lain-lain yang berkenaan.



Dah nama pon tutorial, so dia akan ajar korang satu per satu dan siap ada contoh sekali. So kalau rajin dan berminat, silalah selongkar ke W3Schools Online Web Tutorial.

Wednesday 12 May 2010

MALU JE...TENGOK ABANG TRAFIK HENSEM SAMPAI LUPA TUKAR GEAR




Pagi yang gelap kini sudah panas,aku kakak mu dan engkau opah ku....bosan....lalalala....bosan....!


Hidup macam biasa, putaran yang dalam paksi yang sama. Putih saja. Tiada pink tiada biru tiada oren tiada merah.


Ayat mengarut kat atas ni. Pagi tadi buat malu je, selalu memang aku nampak pak cik trafik yang sama tercegat tepi jalan sedang menjalankan tugas. Tapi pagi niiiii.........................



Pak Cik takde, tapiiiiiiiiiii "Abang" muda pulak yang ada! Hahahahah! Masih baru kot sebab naik motor biasa, kulit putih mulus je lagi, hehehehe! Disebabkan abang muda baru yang jaga jalan pagi tadi, dan disebabkan dia senyum kat aku, dan disebabkan itulah aku luperrr nak tukar gear rendah, nasib baik tak mati enjin! Hahahahah!



Cuma slow cam kura-kura skit aku bawak, buat malu je! Lalalala...Pagi yang panas, makin hari makin panas...


* Pesanan penaja - Saya bukan gatal jauh lagi berminat, hahahha!

Tuesday 11 May 2010

OH...DI MANAKAH KEADILAN UNTUK KU?


Di suatu petang yang nyaman, sedang saya syok-syok tidor, ada sesuatu melompat-lompat diatas kepala saya.






Kemudian benda tu bergerak ke badan pula, tapi saya tak tengok lagi, cool kan beb :)






Rasa cam patuk gigit-gigit pulak kat perut pulak, aik...takkan kutu kot! mane ada kutu patuk! hehehe! Suspen betol!







Bila toleh.....la...Si Ijau ni, burung kecik yang tuan saya baru beli semalam. Madu lain spesis! ;p








Saya suruh Si Ijau pegi main jauh-jauh, saya takmo kawan dengan dia...syuhh...syuhh... Lagi pon saya tengah ngantuk ni, baru lepas telan frieskissss tomyam ikan kembung 3 mangkuk







Dia tak mau blah jugak, dan masih patuk-patuk saya...kat kepala pulak tu!







Pastu dia naik atas badan saya pulak! Berat taik ape ko ni Si Ijau?







Tak lama kemudian saya terdengar bunyi patukan. Rupanya dia mengerjakan henpon tuan saya pulak!






Saya pon jerit, "Oit! Rosak nanti, tuan marah lah!"







Cekup dia! Dia melawan pulak tu...tak padan ngan kecik!






Nak jadi cerita, masa saya nak luku kepala dia sedas, tuan lalu baikkkk pulak time tu







Akibatnya saya dihukum tanpa dipanggil untuk membela diri, iskkk...isk.....







Oh! Dimanakah keadilan??? Bukan saya yang buat tuannn....waaa!!!






Hahahhahahha! ;p
Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014