Thursday 30 December 2010

BELOG CUTI 4 HARI

Haah, tuan belog sakit. Sakit tak duga, malu je kot...huahuahua! Maknanye hari Isnin baru aku boleh berpeleseran belog korang. Oh! Pasal entri semalam, aii...mencanak betoi! Wakakakka!



Pengakuan berani mati, hahahhaha... suka tapi tak bermaksud cinta, ce korang tengok, ce korang tengok ( ni jangkit cikmot kak limah part 2, hahaha!) tengok entri semalam, I Lap u, Lap je kot..tak de maksud pape, Kalo tengok iedaluvsham...haaa...tu baru betoi LOVE, hahahah! Lagi pon I Lap U tang cara dia tangkap bola, hebat noks untuk negara kita! :)



Ei...geli pulak entri ni, main luv luv pulak, hahahah! Haaa..ramai blogger bagi tau awek dia punya belog, kang kalo aku post entri kat Page Fahmi, agak-agak dia terbakar tak? Hhahahaha! Giler ko! Cari maut namanya! Semoga mereka kawin cecepat tapi I Lap U jugak lahh! Hahahahha!

Wednesday 29 December 2010

I LAP U KHAIRUL FAHMI!!!!





Pelamakkkkkkkkkk!!!! I Lap U lah babehhhh!!! Muaccccxxxxx!!! Dah le ensem, hebat laks tu! Hhhahahhahaha! Bang, terbakar tak bang baca entri ni?? Hahahahahha! mari ramai-ramai LIKE Khairul Fahmi, I Likeeeeeeeee! :)

TAK SUKA DENGAN IKLAN YANG TAKUT-TAKUT KAN LAKI BINI

Hahahha! Sebenarnya bukan tak suka tapi lebih pada penakut, hehehhe! Iklan ape? Ala...iklan yang drama hantu la, mencik tau! Aku ngan laki aku sesedap tengok tv pastu tetiba je bila time iklan, kuar le iklan drama hantu jelangkonglah, pocong mata merah lah, pontianak isap DARA la. tak suko ko!




Bini suka tengok drama ni, sebab tak takut pon, kelakar je tapi bini tengok sambil tutup mata :)



Mau terketar-ketar laki aku tukar chanel, kalo datang angin terkezut tengok pocong mata merah lagi laa....boleh tercampak-campak remote baling ke tv noks! Hahahaha! Bengong. Kalo masa baru kawin dulu lagi lah, tertekan chanel cerita hantu, mau peluk-peluk laki bini ketakutan pastu laki paksa bini suruh bukak mata sikit, tengok dah abis ke belum part hantu, cisss...kejam laki, sian bini sampai kencing sikit dalam seluar, hahahahha! Acah je, ekekek!





Bini tak suka cerita ni sebab laki kata rambut hantu lagi lawa dari rambut bini, getik aku!




Tapi padan muka laki, suka tido lambat, tengok tv, bila alih-alih chanel..sekali pontianak depan mata, amik ko!! Peluk la bantal sensorang sebab bini dah sejam masuk titun, bye-bye! hahahahaha!

Monday 27 December 2010

HEADER BARU NOKS!

Oh! Aku sekarang on da way ke Penang, hantar adik aku masuk Uitm kat de nun. Dengan gaya terkocoh-kocoh, kami seperti orang kampung menghantar anak ke unibersiti. Hantar begitu ramai sekali seumpama menghantar orang naik haji, hahahaha!! Tipu, tipu!!



Eh, nampak tak ape lain dekat belog? Ececece lagi mau tanya, tengok title lah, getik aku, hahaha! Header ok header! Dengan bangga nak mampos aku mengaku aku buat sendirian berhad walaupon hodoh. Usaha tangga kejayaan! Yeahhh!!






Aku rasa kalo korang rajin..rajin laa...(macam aku, hahahah!), korang leh belajar buat header simple sendiri kat belog Hannafauzann. Aku pon belajo kat situ. Alaa... kejap je, dalam 1 jam boleh siap (kalo tak pakar macam aku). Situlah tutorial buat header paling simple dan ngetop yang aku pernah belajar.


Ape lagi...terjah! Terjah bersama abang rambut ketak! :)

Saturday 25 December 2010

SENARAI NAMA PEMENANG ANUGERAH SKRIN 2010

Yahoooooooo! Aku menang! Hahahhaha! Perasan! :)


Rancangan Realiti Terbaik: Showdown 2010 (8TV)

Lakon Layar Terbaik Filem: Syamsul Yusof (Evolusi KL Drift 2)

Drama Komedi Terbaik: Simpang 3 (TV3)

Lakon TV Terbaik: Antara Garisan (Astro)

Rancangan Hiburan Terbaik: ABP 2009 (TV9)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama: Fadzilah Mansor (Sebelum Akhirat)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama: Isma Yusoof (Antara Garisan)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem: Fazura (Pisau Cukur)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem: Aaron Aziz (Evolusi KL Drift 2)

Rancangan Bual Bicara Terbaik: Isu Khas Palestin Gaza Kami Bersamamu (RTM)

Laporan Khas/ Berita Terbaik: Aduan Rakyat (TV3)

Rancangan Dokumentari/Majalah Terbaik: Epik Satu Ketika Laskar Senoi (Astro)

Videografi Terbaik: Datang Bulan (Astro)

Pelakon Wanita Terbaik Filem: Sharifah Amani (Muallaf)

Pelakon Lelaki Terbaik Filem: Bront Palarae (Belukar)

Pelakon Wanita Terbaik Drama: Nor Khiriah (Antara Garisan)

Pelakon Lelaki Terbaik Drama: Fauzi Nawawi (Sebelum Akhirat)

Pengarah Terbaik Filem: Yasmin Ahmad (Muallaf)

Pengarah Drama Terbaik: Murali Abdullah (Sebelum Akhirat)

Rancangan Muzikal Terbaik: AJL 24 (TV3)

Anugerah Khas Juri: Shaheizy Sam

Drama Rantai Terbaik: Nur Kasih (TV3)

Filem Terbaik: Muallaf

Drama Terbaik: Antara Garisan (Astro)

Friday 24 December 2010

SAKIT PINGGANG

*Seksi giler aku dalam gambo ni! Hahahaha! (bukan gambar sebenar)*





Ada MEMBER aku kata dia sakit lutut pagi Jumaat ni. Aku ni... dah 3 malam sakit pinggang! Ni sebab tergeliat tergedik dekat opis, buat kerja opis mengalahkan buat kerja buruh binaan. Hahahahhaha! Malam pertama - takde sapu ubat ape-ape, sebab penat sangat, terus titun. Malam ke2 - sapu minyak angin Afiat. Malam semalam sapu minyak Yuyi Cap Limau sekali tampal ngan Panaflex, pastu telan Panadol Abang Gagah.




*Panadol abang gagah angkat tong gas*



Sakittttttt!


Bangun pagi tadi sakit lagi. Esok ingat nak pergi klinik. Sakittttttt!


p/s: situasi aku ngan situasi MEMBER memang tak sama! Hahahaha!

Thursday 23 December 2010

10 PALING HOT 2010!

*Abang kurang gagah menguasai carta!*





Tengah cuaca redup stim kan..ada lah pulak hot nyer! Kain umah aku tak abis kering lagi dah ada hot nyer! Hahhahaha! Ikuti 10 Paling HOT B*POP :)


  • Kontroversi Raja Lawak musim kedua - Nabil

  • Maya Karin bercerai

  • Raja Azura bercerai

  • Raja Azmi dan tutttt dalam botol dan abang badminton!

  • Keretakan rumahtangga Rita Rudaini

  • Datuk Sharifah Aini berbaik sakan dengan Siti Nuhaliza, hebat noks!

  • Benjy dan tuduhan memiliki dadah

  • Perkahwinan Bung Mukhtar dan Zizie Ezzati, grrrrrrr, miawwww!

  • Dr. Rozmey dan filem 2 Alam nya...

  • Fasha Sendat dan Jejai! T_T

Segala penerangan dan maklumat lanjut untuk bergosip ala-ala cik kiah sila rujuk SINI

hot kerrrr?

KELAB MAK-MAK DUTCH LADY

Anak aku minum susu dalam botol, dah lama dia tak minum susu cap gantung, kering..kering.., kesian anak aku. Memula bagi susu brand SNOW, feel anak boleh putih gebu macam Snow White, hahahah! Susu tu mahal betol! Sebulan guna 4 tin, memang rabak memula tapi cukup je masuk umur setahun, berlari aku ke kedai beli susu jenama lain, tukar pakai yang murah sikit la, hahahah!



Dalam pemilihan ujibakat, makanya susu Dutch Lady 123 jadi pilihan makpak. Menonggeng makpak sejam dekat bahagian susu, nak memilih susu terbaikkkkk punya pasal! Pulanglah makpak dengan muka gembira sebab lepas ni bajet beli susu dah kurang dan mak nyer boleh beli alat makeup mahu pon baju tidur menggoda suami. Samalah juga ngan pak nyer, sengih-sengih sebab leh beli rokok sepapan, sekali sedut 5 batang.




Sudah hampir setahun anak aku minum susu Dutch Lady 123, alhamdulillah...tiada alergic, sembelit dan seangkatan dengannya. Dua tiga empat hari lepas, maknyer ada tengok tv, keluarlah iklan pasal Dutch Lady 123, katanya...jika kita kumpul bukti pembelian, akan ditukarkan kepada hadiah. Bukti pembelian tu ada la poin-poin dia mengikut berat susu tersebut.



Melompat sekukesukaan maknyer! Hoyehhh!! Hoyehhh!!! I likeeeee!! (ayat biasa maknyer) Setelah setahun, barulah maknyer tahu. Agaknya kalau dari dulu maknye kumpul poin, mungkin dah boleh beli sebuah rumah.....mainan untuk anaknya, hahahha! Dengan bangganyer mak nyer pon bukak le laman seserabut Dutch Lady tuu...



*Suka suki riang ria sungguh laman seserabutnya, rasa macam maknya nak terjun masuk ke dalam laman seserabut tu, tapi apakan daya....*




Daftar la dulu kalau berminat. dalam tu ada macam-macam info, contest, latest updates, reward program segala bagai. Dasat nok!






Ini lah cara pengiraan poin mengikut pembelian. Aku biasa beli 1kg tu...dalam sebulan beli 4 pack. Satu pack RM 20 aje...murah..murah..janji anak aku sihat, kenyang, makpak pon suka hati sebab leh main belog, hahahahaha! :)

Wednesday 22 December 2010

BIG GATHERING TIME SQUARE 2010

*Banner dan maklumat lanjut sila lah ke MELZ*



Yee..war-war dan sebar-sebarkan dalam dunia blogger ni. Dah nak tahun baru kan, RMK10 pon dan nak mula. so mari kita menghabiskan duit RMK9 kita di CosmoWorld! Hahahahah! Meamang takde kaitan ok!



Bro Melz kita ada buat Big Gathering Time Square 2010 ok! Ape lagi mari ramai-ramai korang pecahkan rollercoster dengan pekikan manja korang tu bersama-sama blogger yang lain, heheheh!Justify Full


Aku memang nak pergi, tapi aku ni dah tua, umur 40tahun, siap nak bawak askar berderet 5 orang, boleh tak Melz? Jangan riso, akak takde penyakit jantung mahupon sawan tertarik untuk naik roller coster tuu, bimbang korang je terkezut tengok akak yang tua ni cool je naik roller coster dari korang, miahahahaha! Mau tak cool, akak menahan muntah yang sedang membuak-buak dan bergelodak dalam mulut tu!



Oh! Askar berderet tu pastinya bukan anak aku. Anak aku sorang je, mungkin lagi 4 tu korang je yang nampak, aku tak nampak pon, takde..takde..hahahhaa! Makan-makan sendirian berhad ok! Makan-makan mekdi. Ha...senang, ko takde duit ko nganga aje, takpe aku mungkin baik hati sikit hari tu, aku bagi ko gigit skit proshperiti berger aku tu, sikit je tak pon aku bagi ko bijan tang atas roti tu je, hahahahah!



Yang paling best leh la beremas mesra ngan semua blogger yang sebelum ni aku tak pernah jumpe. Eh, yang gegurl tu, leh la lepas pening-pening kepala, boleh la kita pening kan kepala bersama-sama shopping nak? YES tuu YES!!!! Rugi tak shopping!!! :)



KEMALANGAN NGERI CAMERON HIGHLANDS - SIMPANG PULAI : MAYAT 25 WARGA THAI DIBAWA PULANG


p/s : Takut juga kalau pelancong takmo dan serik ke Cameron Highlands. Kesian pula kat peniaga di sana nanti...




IPOH 22 Dis. - Mayat 25 warga Thailand yang terbunuh dalam kemalangan bas di Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai dua hari lepas dibawa ke Pangkalan TUDM Subang dari Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk dihantar pulang ke Bangkok.


Menteri Penasihat di Kedutaan Thailand, Somphong Kang Thong berkata, persiapan untuk membawa kesemua mayat itu mendapat kerjasama pihak hospital, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia bagi memastikan perjalanan yang lancar.


Perjalanan dari sini ke Subang dijangka mengambil masa dua jam tiga puluh minit sebelum mayat diterbangkan ke Thailand menggunakan buah pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Thailand.


Somphong berkata, pihaknya belum membuat keputusan sama ada waris-waris dari Thailand yang tiba di Ipoh sejak dua hari lepas akan dibawa bersama.


Beliau berkata, perbincangan sedang diadakan dengan pihak hospital bagi membolehkan lima daripada 10 pelancong Thai yang sedang dirawat di sini dibawa terus ke Hatyai, Thailand, menggunakan ambulans hospital itu. -Utusan

Tuesday 21 December 2010

KASI PUTING BELIUNG INI BELOG

Angin pasang sudah mari. Kasi puting beliung ini belog.


Sakit mata tak kawan-kawan??????




p/s: kreeekkk...(bunyi pintu opis buka). Cepa-cepat sambung buat kerja, nanti bos marah. Hahahahaha! :)

BLANK

2 jam memandang kertas kerja. Kosong. Tak paham.

5 jam melangut tengok blog (new post).

BLANK abisssss arini!

BLANK!!

Sekian, terima kasih

Titik

Nokhtah

Tutup

erkk...

ada lagi tuuu!!!


:)

Babai.

Monday 20 December 2010

AKU KENE TANGKAP AKIBAT MEREMPIT

Kisah seminggu sudah. Insaf, T_T..........takmo merempit dah......kat litar yang sama, merempit dekat litar lain pulak! Hahahahah! Berita seterusnya SINI

'SAUDARA' ATAU 'SUADARA'?

Budak opis aku nak cuti. Amik borang. Isi. Hantar bilik bos. Pukul 3.00petang bos masuk. Haa...buatlah kerja sebagai bos macam biasa, takkan buat kerja baiki aircond pulak. Pastu dia panggil aku. Ok, macam biasa. Bagi amanat, azimat dan wasiat seperti selalu. Di akhir pencelotehan, dia cakap kat aku,



"Ni tadi Si Polan isi borang cuti, salah eja ni, saya panggil dia kata salah ejaan ni. Ni saya dah betulkan," kata bos


Aku amik borang tu pastu terus keluar. Duduk kat meja. Aku tengok balik borang tu. Memang salah ejaan, Sahh!! Sah!! Sah!! Sah yang amat ejaan salah nya. Lepas tu aku pergi ke meja Si Polan dan berkata,


"Ko tengok 'Makcik' tu, dia kata ko salah ejaan. Dia kata dia dah betul kan. Ko tengok apa dia tulis,"kata aku pada Si Polan.



Si Polan tengok. Hahahahahahhahahahah! Ketawa panjang Si Polan. Hikhikhikhikhik! Tukar rentak gelak pulak! Kuikuikuikuikuikui! Aik..over pulak Si Polan gelak!



Ni lah kesnya kalau bos pandai sangat.....




ko nak 'suadara' pada sapee???? Kalo aku of kos lakiiiii aku! Hahahahhaha!


p/s: si polan = bos = same aje! Menangis Cikgu BM korang! Muahahahah! :)

KACAK LUAR, KACAK DALAM, KACAK SANA SINI


*Gambar khas untuk tatapan Ieda*

Hahahahha!

Giler kentang spring perisa cheese perasan!


Ryzal Jaafar! Perghhhh! Jambu abis! Ini lah jenis muka, ciri-ciri aku paling minat masa zaman sekolah dulu, hahahahha! Muka jambuu tak hengat! Bila tengok dia berlakon dalam drama Hani tv 3 tu, teringat pulak masa zaman sekolah dulu. Haishhh...muka jenis camni memang ramai budak-budak ala-ala gegurl suka! Tapi dulu aku comot, kurus kering macam isap dadah, jalan macam lelaki. Mane ada laki jambu macam ni nak pandang, hahahahah!



Tapi semakin hari semakin berubah 'taste' aku. Ewah..nak bercerita kepoh sekampung, hahhaha! Ape barang muka jambuuuu! Hahahahhaa! (Ryzal jangan marah, i kelik likeeee kat pesbuk u!) hahahaha!



Sekarang ni, dia ni pada aku, memang lelaki abisss, maskulin! Dashing! Giler puji melambung tersedak la ko Remy Ishak! Hahahahha! I likeeeeee!



*I likeeeee! Maskulin abisss u!*


Jangan lah taste aku berubah lagi mengikut arah angin pasang. Tup..tup...tup...minat misai Datuk K, pengsannnnnnn! T_T


No.No.No. Namooo ok! :)

Saturday 18 December 2010

Tengah Download Video Lucah!

Acah je, hehehhehe!



Tengah mendownlod lagu masuk henpon, hehehhehe! Dah dua ploh empat bulan tak buat macam ni, hehehhe! :) Zedge.net

Friday 17 December 2010

KERING BUKAN OSMAN KERING



Esok Sabtu.

Lusa Ahad.

Poket kering. Heheheheh! Dok rumah alahaiii jawabnya :) Makan dan tido sahaja. Kesian anak aku (sebenarnya kesian kat maknya, hahahah!)

Tunggu gaji hari Isnin.

Tapi....

Bukan gaji aku, gaji laki aku!

Hahahahha! Ye...tepat sekali, itu yang kita cari!

Hahahhahahaha!

JIKA ANDA HANTU, HANTU APAKAH YANG SESUAI?

Ini takde kaitan dengan Hantu Kak Limah, kang citer banyak kali Hantu Kak Limah orang getik pulak, hahahahha! Konon nye dia boleh menafsir kite ni hantu jenis ape, merepek betoi, tapi saje jugak nak buat, hahahaha!



Masuk tarikh tahir, tiga ploh empat haribulan sembilan tahun lapan belas lima puloh dua (uikss..tua kerepot nak mampos aku!) pastu tunggu seminit or dua minit or setengah jam or seminggu, bergantung pada kelembapan berukben korang. Berdebar-debar-debar tak nak tau keputusan? tak pon...hahhahaha! Makanya...keluarlah keputusan ujian saringan AIDS begini.....






*Ambik ko, dia bagi aku Hantu Air!*



Aku tak paham, apakah motip dia bagi aku Hantu Air. Gambar pon tak seram (tetiba berani giler). Macam amik gambo American Next Top Ghost Season 102 pulak! Takpe lah..mungkin Hantu Kak Limah takde dalam senarai...opss..Kak Limah lagi, marah kamooo, lariksssssssss! Hahahhahaha!



p/s: Macam tau je aku kecik-kecik taksuka mandi, tu dia bagi hantu air kot. kantoi pulak! Dalam belog pulak tu! Hahahahha!

Thursday 16 December 2010

LAKI BINI BEREBUT

Di dalam kereta. Hari panas terik. Singgah di kedai. Laki turun nak beli air dan jajan. Bini mula minta benda pelik-pelik. Laki kata mane tak gemuk. Hahahahah! Bini gelak jahat tak jahat sangat. Lima minit kemudian laki masuk kereta sambil bawa air dan jajan. Wah! Laki beli air idaman qalbu si bini. Dah lama bini mengidam sampai mimpi jatuh katil nak minum air tu.


Bini kata,"Eee..Twister Blackcurrant lah! Nak!!"





Laki kata, "Haa...tak boleh, tu abang punya, awak ambil Twister Apple"



Bini tak peduli laki. Dah tau bini suka, laki pandai beli satu nape. Dengan rakus bini minum sampai setengah botol. Gulp..gulp... Eh, ada setengah lagi lah, minum lagi lah. Gulp..gulpp...haa..sedap betoi minum Twister Blackcurrant tengah hari rembang ni. Eh, ada suku lagi lah, minum lagi...gulp..gulp...eh, dah ter..ter..ter..ter...habissssss la pulakkk!!!


Mak aii...kompom terbakar laki aku ni, hahahhahaha!


Laki muka tak terkejut, tau bini memang rakus, hahahah! Epal..pon epal lahh... (sayu ke?)


p/s: Twister Blackcurren sedap!

HANTU KAK LIMAH IKUT AKU BALIK RUMAH, LEPAS TU IKUT PERGI OPIS PULAK!

Terbaik dari ladangggggggg. Itu je aku nak cakap, hahhahaha! 99minit dalam panggung tak terasa, sebab best sangat. Aku ni, sanggup amik kerja separuh hari sebab nak tengok Hantu Kak Limah semalam, ekekeke! Tinggal semua kengkawan aku yang banyak aktiviti lain, sekali ngan laki aku pon aku tak tunggu dah kalo nak tengok Hantu Kak Lima, hahahaha! Penuh betul panggung. Gelak guling-guling, kaki pon naik ke atas, siap tepuk tampar orang sebelah (tak kenal), sedar-sedar dah kene lempang Tokyo, haa...baru nak sedar diri, hahahahha!







*Senyum senget, tiru Datuk K, hahaha!*



90% filem Hantu Kak Limah cakap dalam bahasa orang Perak, so so so aku teramat la paham, bahasa teman kann...hahahha! Aku pergi bertiga, dengan Ummi dan adik aku. Ummi cuti sekolah, so boleh la jalan-jalan. Eh, bunyi macam mak aku budak sekolah pulak, tak le..cuti dari mengajar, hehehe :)






*Ummi masih gaya statik, ahahah!*



Penuh betoi panggung, sampai ada yang bersidai kat tangga, tipu aje, hehehe! Masa nak cari seat dalam panggung, tetiba je aku dengar orang panggil nama aku,

"Kak Ieda! Kak Ieda!" suara halus

Ciss...Hantu Kak Limah belum lagi start, hantu mane pulak panggil aku tengah dalam panggung ni. Ah sudah! Kantoi ke? Teleng punya teleng, sekali member aku daa..

"Woit! Kak, hampeh! Sanggup ponteng kerja tengok Hantu Kak Limah!" kata suara halus, hahahah!

"Haah, sebbek kantoi jumpe ko, jangan jumpe bos aku sudahhhhhhh!" kata aku. Ekkekeke!


p/s: pelawok,pelawok,pelawok...sekali hantu kopek pon ada! Hahahahha! Teringat-ingat cerita Hantu Kak Limah sampai ke opis hari ini :)


TAK KENAL JANTINA

Kadang-kadang aku selak sensorang bila berblogging. Sebab ada separuh dari blog yang aku kunjung, aku tak pasti jantina si blogger. So aku tak pasti nak panggil dengan panggilan ape. Senang guna 'saya' dan 'awak'. Kadang dia tak letak gambar. Tapi boleh cam jugak la dari penulisan dia, samada dia lelaki atau perempuan. Hahahahaha!



Tapi dari dulu aku memula baca belog Sharing is Power, memang aku tak dapat tangkap dia lelaki atau perempuan. Hebat betoi dia, hehehhe! Penulisan dia semua hebat. Kenkadang nak tulis komen, aku tak pasti nak letak 'bro' or 'akak', hahahhaha! Tapi bila tengok nuffnang tadi, baru laaa aku tauuu, bro NikSuhaimi77, hehhehehe!



Untuk blogger yang lebih berusia dari aku, tapi kalo aku tak panggil ko akak or abe aku mintak mahapp la yek. Bukan ape, aku tak leh nak tangkap, sebab aku tengok korang ni comei betoi (kalah aku yang muda ni, hahhahaha perasan!). Aku hanya leh tangkap kalo ko memula bahasa kan diri akak. Tapi aku lebih suka bahasakan diri aku akak (mengaku tua yang sediaada, hahahah!). Ape panjang betoi mengarut ni, aku pon tak paham ape yang aku mengarut ni, hahahah!

Wednesday 15 December 2010

ADAKAH INI DARI PLANET ASING?


*Adakah ini dari planet asing?*
Hahahahha!



Oh bukan, anak aku rupanya, hahahhaha! Ni semua kerja adik aku, Azim. Beli cermin mata lampu sebab nak baca komik tengah malam. Bagus laa...baca komik jangan baca majalah lucah sudah, wakaka!






*Tegak. Nyanyi lagu negara ku ke?*



Suka betoi Amanda main cermin mata tu tapi Azim terbakarrrr abissss. Takut rosak, hahahhaha! Tapi tau la budak-budak, main tak lama, kejap aje dah pulang balik bila jumpe permainan lain :)


p/s: macam nak masuk gua aje :)

Tuesday 14 December 2010

CUPCAKES DI IPOH

*cilok dari belog AllCupCakeStory*



Pada aku dok Ipoh ni, payah sikit nak cari orang buat Cupcakes yang betoi-betoi sedap dan cantik. Serius, pilihan tak banyak. Kalau ada pon, harga memang tak masuk akal. Geram betoi, kadang sampai terpaksa order dari KL.



Tapi kali ni aku rasa tak. Sesape yang duduk area Ipoh, korang boleh try lepak kat belog Lela - AllCupCakeStory. Lela ni member sekolah aku. Promote sambil membantu member-member lama, hahahaha!



Aku rasa berbaloi sebab hasil kerja dia kemas. So try ke belog Lela ok! :)

KERUNTUHAN RUMAH TANGGA DALAM TEMPOH 10 TAHUN PERTAMA


Komen 1 (Azimi1) :

  • Terlalu banyak godaan dan rangsangankepada pasangan baru berumahtangga. Kena ikut Siirah Rasulullah ~ Amalkan rendahkan pandangan mata, jangan terikut-ikut kepada nafsu, Jangan terlajak dan cari pasal tak tentu pasal ~ Masalah yang sama dihadapi di Amerika Syarikat~ apabila ramai sangat orang muda yang cantik, semua nya saling tergoda dan akhirnya runtuhlah rumahtangga yang baru dibina kerana terikutan godaan, rangsangan dan kepincangan orang lain di sekeliling ~ Di Malaysia pun nak jadi macam tu jaga sebab dah ramai lelaki dan perempuan muda yang semakin hansome dan cantik-cantik belaka.


Komen 2 (tam):
  • kawin muda bukanlah puncanya,sebaliknya kawin muda adalah baik bagi mengelakkan maksiat,,cuma zaman sekarang ni banyak godaan,jadi apa yang paling penting ialah iman kita sendiri..walau seribu godaan kalau kuat iman,kita pasti dapt menghindari segala godaan..tentang kesefahaman lumrah manusia akan berbeza pandangan,sebaik mana satu2 hubungan tu,pasti akan ada salh faham,itu lumrah..cuma yang penting bagaimana cara kita tangani nya..godaan mungkin datng dari atas,bawah depan dan belakang,pokok pangkalnya hati kita sendiri..


Komen 3 (nadia):

  • pengetahuan agama dan tanggungjawab penting dalam menjaga kerukunan rumahtangga. Kadang-kadang kaum lelaki terlalu mengambil jalan mudah. Apabila isteri membantu mereka dalam kewangan , mereka mulalepas tangan, terlalu banyak masa yang mereka buang bersama-samakawan-kawan. Halini menyebabkan para isteri merasa tertekan, seterusnya menimbulkan bibik-bibik kebencian.

Apa pendapat dan komen kamu? Untuk mengundi, boleh lah ke SINI

BUDAK BIRU LEMAS DALAM PLASTIK

Tolong!!!!!! Tolongggg!!!!!! Saya lemassss!!!!! Tak nampak ke muka saya, badan saya habis semua biru, sebab lemas duduk dalam plastik ni! Tolongggg!!!







Terimalah hakikat bahawa kamu adalah keychai, memang patut duduk dalam plastik, ahhahaha! Comel tak? comel tak? Patung keychain afro biru yang comel!







*Huuuhhh...lega dah keluar dari plastik, yeahhh! Leh pergi tengok Hantu KakLimah Kuala Lipis*



Nama dia Afro, aku tak tau nak bagi nama glamer glam glam blink ape dah kat dia. Dia datang dari Johor, member aku bagi. Aku rasa saloon Ah Lin pon tak mampu nak buat rambut kaler pelangi terang macam Afro aku ni, dasatt bukan! Hhaahahha! Mata stim bagai, baru lepas makan nasi ganja. Kaki tangan kerepot macam mumia pulak, takut pulak aku tengok ko Afro! Hahahahah!







*Tiru macam saya*

Pandangan belakang. Macam gula-gula pon ada rambut tu. Nampaknya tuan Afro pon kene ubah pesen, kene buat rambut camtu gak, wakakak! (mau pengsan mak aku!)







*Kawan baru saya, Cik Siti Kemban Kain Batik*


Ni kawan baru Afro, Cik Siti Kemban Kain Batik, berasal dari Melaka. Jangan pandang sebelah mata beb ngan Cik Siti Kemban ni beb, kemban kemban dia pon, rambut leh tahan, pacak ke belakang gitew! Hahhahaha! Nak tengok?? Takyah le, maleh aku nak tunjuk, ahahahha!

Monday 13 December 2010

FAEDAH BANYAK SENTUH PASANGAN ANDA


BANYAKKAN bersentuh-sentuhan atau menunjukkan kasih sayang secara fizikal dengan pasangan anda kerana ini boleh meningkatkan kesihatan anda berdua.


Pasangan suami isteri yang melakukan demikian akan meningkatkan hormon oksitosin yang juga disebut sebagai 'hormon cinta' dalam tubuh mereka.


Di samping itu, paras alfa amiles - sejenis petanda stres dalam tubuh manusia - juga berkurang, menurut Dr Julianne Holt-Lunstad dan rakan-rakannya dari Universiti Brigham Young di Salt Lake City di Utah, Amerika Syarikat, yang menjalankan satu kajian baru-baru ini.


Beliau berkata sokongan emosi dan moral penting untuk kesihatan mental dan fizikal. Antara pasangan suami isteri, sokongan begini lebih penting.


Salah satu cara menunjukkan sokongan ini ialah melalui sentuhan tanpa seks, tetapi sekadar sentuhan fizikal sebagai tanda pasangan mengambil berat dan sayang seperti berpimpin tangan, memeluk atau duduk dan berbaring rapat, katanya. Satu lagi dapatan kajian Dr Holt-Lunstad dengan rakan-rakannya dalam jurnal Psychosomatic Medicine menunjukkan bahawa bagi kaum lelaki, sentuhan hangat pasangannya boleh meningkatkan kesihatan jantungnya. - SUMBER


P/S:hehhehehe! :)

DAH BOLEH KOMEN KEMBALI, HEHEH!

Dengan kembang idung dan jayanya aku telah kembali ke komen asal, miahahaah! Yeahhhh!!! Saya telah berjaya! Hahhahaha! Eh, tapi kan 32 entri yang lepas, segala komen takdok le, sebab di save ikut intense debate tapi takpe, asalkan semua orang boleh komen barulah best, heheheh! :)


Titik. :)

KESULITAN AMAT DIKESALI

Kesulitan alat sulit amat dikesali. Lain macam pulak bunyinyer, hahahahah! Sengal lah. Mekasih pada korang-korang yang menjawab segala pertanyaan aku yang sengal itu. Ekekekke! Aku buntu beb, tido sabtu ahad tak lena, nak bergomol ngan anak dan (laki aku) tak senang, mandi lite-lite aje, makan bertambah kuat. Ini semua gara-gara kotak komen aku yang sengal tu, ngan aku aku sekali naik angin sengal. Hahhahahaha!



Takpe..takpe...Sabtu dan Ahad aku tak sempat nak gomol-gomol belog, nak betoi kan ape yang patut, sebab sedara mara aku datang dari jauhh denun. Makanya malam ini aku akan bergomol sepuasnya (bukan nafsu binatang ok!) hahahahhaha! Makanya (bunyi cam indon pulak!) esok pagi boleh lah komen seperti biasa, hehehehe!



Fewittt! I lap U babeh!!! (ayat takde kene mengena) Hhahahah!



TERLEPAS HARIJADI SENDIRI, KUIKUIKUIK!

Pagi-pagi buta masuk opis aku dah mula meraban teben. Pergi kerja adik aku hantar, adik aku sengal. Dah sampai depan opis, dia takmo berhenti kereto. Makanya aku terpaksa membuat aksi stunt melompat terjun dari tingkap. Terjatuh tergolek aku depan ahbang-ahbang kurang kacak yang sedang menikmati roti canai liat di kedai mamak. malu? kurang sikit laa...sebab aku pon separa mamai lagi ni. hahahhaha! Ini betul-betul!! Bukan cobaannnn...accobaannnnn!!!



Dengan mata peset-peset, paling penting duduk kat meja sendiri adalah tengok kalender. Oo...hari ini tigabelas haribulan doplas....ok...what?!?!?!@?!?!?


wah..belagak cakap omputih pulak tetiba pagi ni kan. tipu aje. hahahhaha!


Haaaa?!!@?!?! Bio betoiii! (haa..baru betoi ni, hahaha!)


Aku terlepas hari jadi beb, harijadi belog ini, wakakakaka! Aku daftar belog ni pada November 2008 tapi mula mencoret merepek pada 1 Disember 2008. Meh lihat printscreen bawah ni ape yang aku tulih memula, hahahha...!







Hahhahaha! Sengal je. Happy belated beteday buat belog ini, wikit!wikit! Hhahahahaha!

Friday 10 December 2010

PERJALANAN MEMANG MEMENATKAN! ITU BELUM LAGI PERJALANAN HIDUP. TAPI PERLU DITERUSKAN.

*Wassup bro!*





Aku rasa ni festaim tajuk meleret nak mampus. Hahahahah! Perjalanan Ipoh-Jb-KL-Ipoh penat gak, penat dengan tidooo, hahahaha! Biasanya kalo dalam kereta aku bantai tido. Tapi selagi anak tak tido, aku tido jugak lah, ekekeke! Tapi masa perjalanan balik ke Ipoh, anak aku takmo tido. Eh..banyak pulak perkataan 'tido', rasa tengah taip ni pon tengah tido gak (sambil tutup mata....sebelah je, hehehe)




Kalo tak tido, leh la kebek-kebek anak aku. Korek idung dia ke, kilatkan kuku dia ke.. pastu buat susu lah, nak hilang bosan main geletek-geletek. Nak geletek laki aku tak leh, kang terpusing stereng, naya je masuk Kosmo esok pagi.






Lepas puas geletek, main amik gambo pulak. Amik la sebanyak-banyak nyer, pastu delete balik semua, hahahaha! Takde kerja. Kalau nak membaca, aku tak boleh dalam kereta, pening. Kang tak pasal-pasal keluar cerita Badang makan muntah Ieda part 2. Amik gambo dan lagi dan lagi dan lagi, ahahhaha!






*Buncitnyer ko Amanda, menurun ayah ko la tu, hahahaha!*







Paling-paling abis nak suruh anak diam, pasang cerita dalam kereta. Huh! Layan ke? Layan la 15min pertama, pastu kembali huru hara, hahahaha! cerita apa pon sangat dalam kereta, kartun pon takde, layan aje lagu-lagu yang apak aku pasang, hohoho! tapi apak aku kalo pasang lagu melayu asli, semua mesti tidoooo...layan abiss....hahahahahaha! ;p





SUSAH NAK KOMEN KAT SINI KE?


Semenjak aku tukar komen ke jenis Intense Debate, ada jugak 2 3 orang cakap susah nak komen kat belog ini. Heheheheheh! Memula CikMot bagi tau, baru aku nak cek setting CikMot kata dia dah berjaya dengan jayanya bergomol-gomol mengomen kat belog ini, hahahaha! Mekasih kak :)



Dan baru tadi aku perasan Kak Elyies pulak cakap susah nak komen kat belog ni. Hati aku dup dap dup dap. Apakah masalah pulak kali ini. Ciss...dah macam ayat novel cinta 3 segi pulak. Kak Elyies takmo le kata macam tu, saya pon taratau pasai apa kotak komen saya tu bermeslah, nanti saya tengokkan kembali ok :)



Dan ada sesapa lagi yang susah nak komen? Dan ada sesapa yang boleh jelaskan apakah permasaalahan aku ini? Cepattt! Aku memerlukan bantuan! Siapakah hero aku dalam cerita ini? ? Tulun!! Tulun!! Hahahahha!



Atau mahu aku tukar ke sistem asal? Tulun..tulun... :)

GADIS, MAK DARA, BUDAK KECIK DAN BUNGA.

Kalau pergi ke kenduri kawin, aku memang malas nak cerita pelamin macam kayangan, baju lima puluh lima salinan, makeup macam anita serawak. Sebab aku syiok tangkap gambo sendiri, hahahahahaha! Ok ok jangan rasa macam nak sepak aku, aku pasrah. Ari tut kan balik JB, duapupu aku kawin. Bila dah abis makan macam tak makan setahun, kene lah lepak dulu. Maleh lepak bawah kemah, so so so masuk la dalam umah pengantin.



Ei! Ada bunga ros lah! Bunga ros pink separa layu terlepas ke tangan adik aku, dia cilok kat pelamin, hahahahah! Jahat betoi. Ok, mari bergambar dengan ros separa layu. ;p




Kononnya sangat manis buat muka macam tu, hampeh! Hahahahah! Aku masuk picca ni dalam fesbuk, ada member aku kata macam jin pon ade adik aku ni. Cisss...hampeh betoi! Hihihi! Ade macam jin ke? ok la..jin subang gading!






Ayu tak? ayu tak? ayu tak? Sila angguk sambil buat muka menyampah dan menyumpah, hahahahahahha! Bagi la can sesekali aku buat muka baik macam ni, hahahhahaha! Best gak gedik-gedik dengan munga-munga cinta ni, uhuhuhu!







Penutup cerita, rasanya ni la kot paling abis ayu, kalah la anak dara dan mak dara kat atas nunnnnn! Hahahhahaha! Getik aku, ni yang rasa nak kembali ke umur satu tahun sembilan bulan! Semua orang suka! Hahahahahahah!

Gegurl ke Boboi

*Gambar TangkapHendap!*


Festaim dalam hidup aku pergi ikut orang meminang. Sudah serupa makcik-makcik pulak rasanya tapi takpe aku suka, hahahahhaa! Pepagi buta aku dah pergi umah mak aku pastu UncleAunty aku tiba dari KL, ni nak meminang anak dara belakang umah aku je, hahhahaha! Dekat aje, so so so so semua berkumpul dekat umah makpak aku, sebab papa aku jadi wakil jurucakap bagi pihak lelaki.






*Gambar TangkapLentok*


Ni la UncleAunty aku, anak laki dia tak datang, anak laki dia nak nikah 1.1.11 ni. Haaa...melopong aku! Kira ada la lagi 3minggu, ingatkan nikah lambat lagi, ekekeke! Ok, tak pe ikut suka la.






Ni hantaran dari Boboi kepada Gegurl.





*akutaktaunakcaptionape. Kepaladahtepu*







Papa tengah berdiskusi bab duit tarik, tarikh keramat dan segala bagai. Aku kat belakang tengah bergosip cantik betoi ye umah belah pompuan ni, eh langsir ni berapa semeter? Umah ni tambah belakang, atas, bawah tanah pon ye ke? *Sengal*






Muka seolah-olah mendengar perbincangan dalam parlimen membincang harga taik minyak naik tak turun-turun. Fine. Lapar giler sebenarnya, aku ada bau ikan goreng kat dapoo umah orang tu, hehehehe! :)





Ok, sarung cincin cepat, nak makan ni! Hahahhaha! Nama ahli baru adalah Annisa (ye kot), Selamat Mengejoinkan Diri Dalam Kelab Syed Al-Habsyi.





Terus melompat ke cerita makan. Ikut suka ko. Anak aku bukan buat nasi kangkang ok, jangan salah bacaan meter pulak, hahahah! ok, lapar nak mampos, rasa cam nak tarik je semua lauk kat aku, hahahaa! Tapi lauk pauk kampung memang terbaik dari ladang, yummieee! :)





*SambalPelamSangatBest*






Balik dah semula ke umah mak aku, ni hataran dari Gegurl ke Boboi. Abis cerita.





p/s: Belog ini sangat bosan, dapat pangkat 9G. Tahap penceritaan semakin membosankan, mood menaip dah ke laut afrika selatan. Hanya jasad depan monitor membaca belog kawan-kawan. Kembalikan mood aku!!!!!
Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014