Monday 31 January 2011

Hana Tajima, Ko Ado?


Ape ko ingat ko je ada, aku pon ado ok! Ini baru Hana Tajima Tajudin Terjunam,miahahah! Eh,sekarang dalam mood bercuti sampai la minggu depan, update via SE sahaja ok! Da..!! :)

Friday 28 January 2011

LEBIH TENANG DENGAN BLUE

Kembali kepada asal. Lebih tenang dengan biru.




Sekian, terima kasih.


p/s: aku tengah rasa nak curang dengan dot dot dot. Tolong jangan buat spekulatator yang bukan-bukan, ceh..bajet mak datin, miahahhahaha!

Thursday 27 January 2011

TANGKAP + MUAT


Inilah hasil tangkap + muat yang tak berapa nak hot. Tangkap gambar dan muat kan topi, crown dan seangkatan dengan nya atas kepala. Bosan dekat rumah, edit pakai henpon cam ayam saja. Cool huh adik aku dengan misai Datuk K, miahahahaha!




*bangga Datuk K dengan gambar ni, ada juga yang nak tiru*

T_T

SEMUA BINI AMIK HENPON DAN TAIP MESEJ PADA LAKI MACAM NI

*Kucing pon rakus, apatah lagi korang semua, miahahahah!*






Semua bini cepat-cepat amik henpon sekarang dan taip mesej ni pada laki korang,


"Abam cayam, malam ni malam Jumaat, saya tunggu abam cayam di pintu "syurga""


Tak payah kata pintu "syurga", korang sambut dia balik dari kerja, dia dah terkam korang kat depan pintu umah!


Miahahahahhaha!

Wednesday 26 January 2011

DI MANA TEMPAT SHOPPING SAMPAI PENGSAN?

*shopping sampai pengsan ok*



Want to shop for new clothes for Chinese New Year but hate the shopping crowd and constant rush? No worries! You can now shop till you drop at Jipaban.com with the awesome Chinese New Year and V’day promo. Check out our 'browse by category' at http://www.jipaban.com/mall/#browse-jipaban products and click on the Chinese New Year or V’day tab to view all the promotions run by selected retailers for these special occasions.



Do also drop by at our blog for constant exciting updates! Share these exciting CNY and Valentine’s day promotions at Jipaban with your friends! Maybe they will give you a bigger ang pow to shop even more ;P



Are you looking for some exquisite that will impress your other half? Well, you've come to the right place. @Jipaban can surprise you with a lot of goodies in their online shopping mall.



p/s: macam biasa, bila petang lidah aku tergeliat nak bercakap omputih, miahahaha!

AKU JATUH CINTA DENGAN : SKEMA ITU HOT!

Yeayyy! Dia sangat cute, gojes, hot, dan bold and beautiful (macam drama tv pulak!). Siapa?? Siapa?? Aku kerr?? Hahahahhaha! Dia adalah Lilianna Mardiana! Fine. Aku baru kenal blog dia dalam bulan lepas. Tu pon adik aku yang tunjukkan. Memula baca terus suka, tak tau pasai pa, ye lah setiap orang ada sebab dan pandangan masing-masing kan.




Cik mek molek ni pon ada entri pasal tips-tips kecantikan dan rambut. Patut la akak tengok rambut ko cantik beralun, thanxx kongsikan tips-tips tu, boleh lah akak peraktiskan sebelum membuat cakaran harimau twinkle twinkle little star kat laki aku, miahahaha!




*Header yang simple tapi menarikss!*



Memula rasa nak tepek picca Lilianna kat entri ni, tapi aku belum mintak izin lagi, kang ko sumpah aku jadi iguana pulak, hehehe! Tak pe lah T_T hey bloggers..jom lepak blog Lilianna, yang lelaki pasti suka sebab dia memang hot!



p/s: ini bukan entri berbayar, miahahaha! Aku ♥ belog dia sebab simple :)


APA KAU RASA DENGAN CHURP CHURP?

Ciappp! Ciappp! Tu bunyi burung tua. Aokkk!! Aokk!! tu pulak bunyi burung gatal merenyam. Churp! Churp! tu bunyi burung bawak wang besar! wang besar! Besar la sangat kan, hahahahhaha! Ni semua pasal Churp Churp. Hei, mula-mula dulu aku memang down giler dengan Churp Churp ok! Sebab ape? Sebab lu kena banyak konco dekat twitter baru boleh dapat iklan, pangggg!!!! Aku ada sekerat dua aje, tapi hajat besar giler nak burung montel bawak wang besar, earning pon dua hengget berbulan-bulan tak berganjak!






Tapi lepas sistem baru, baru lah ada semangat. Tapi tu pon aku main tarik tali aje, kalau rasa nak buat..buat..kalau takmo aku biar aje sampai tamat tempoh iklan. Tapi semalam aku terkejut badak ko! Lagi terkejut member opis aku tengok aku berpusing-pusing happy macam badak. Satu kegembiraan bila earning dua hengget tu dah meninggkat ke dua puluh enam hengget empat puluh lapan sen. Giler over seronok walaupon nak cash out lambat lagi! Hahahhahaha!



SENARAI PEMENTASAN DI ISTANA BUDAYA 2011

Senarai pementasan di Istana Budaya sepanjang tahun 2011. Kot kot le nak bawak laki bini pergi tengok kan, asik tengok wayang aje, ce ubah selera pulak tahun ni, ececece..jangan ubah selera ke lain udah, miahahaha!




*suka, rasa nak tengok yang ni, jom sape nak pergi ngan aku??*




  • Konsert Jamal Abdillah yang dah lepas
  • Don Quixote - 14 Januari - 16 Januari 2011
  • Muzikal Tun Mahathir - 21 Januari hingga 30 Januari
  • Konsert Keunggulan 33 Tahun Francissca Peter - 5 Februari - 6 Februari
  • Terima kasih Cinta - 17 Februari - 6 Mac
  • Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal - 16 Mac - 3 April
  • Maher Zain - 8 April - 10 April
  • West End Stars - 14 April - 17 April
  • Wings Opera Hidup Bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan
  • D'Llyods...Semalam Di Malaysia - 6 Mei - 8 Mei
  • Wayang - 13 Mei - 17 Mei
  • Swan Lake - 20 Mei - 22 Mei
  • Muzikal Kenangan Mengusik Jiwa...60an - 1 Jun - 5 Jun
  • Teater Naskhah Sastera - 15 Jun - 25 Jun
  • Festival Muzik KL - 1 Julai - 3 Julai
  • Dreamgirls - 14 Julai - 24 Julai
  • Konsert P.Ramlee - 8 Sepetember - 21 September
  • The Secret World of Nora - 29 September - 23 Oktober
  • Magic Miror The Musical - 25 November - 4 Disember
  • Semerah Padi - 16 Disember - 25 Disember

Tuesday 25 January 2011

WAH! HENSEM BETOI HENPON TU! TERIMA KASIH CELCOM!

*wah! ensem betoi henpon tu!*



The EVERYONE SALE is here and it’s gonna be the BIGGEST SALE of the year! We’ve got awesome offers for EVERYONE! Xpax is launching this sale at a perfect time to start off the brand new year! It’s the best time for people to go out shopping for new phones and gadgets, at AWESOME DISCOUNTS! You shoppers out there won’t wanna miss out on this! Share this mind-blowing deal now!


Percayalah! Aku taip omputih! Hehehehehhehe! ;p



Thank you for your amazing promos #CelcomEveryone! We can have a new gadget & crazy promotions!

p/s: ceh! bodek giler tajuk, hahahaha!

KORANG SIBUK JE PASAL FASHA SANDHA, HATI AKU MACAM MANE???


Cehh....ni nak caras fofularitutt Fasha Sanda dalam ABPH, miahahahahaah! Hati ku 'Sepi Tanpa Cinta'. Gilakkk! Aku tengah baca novel ni, tahun berapa punya keluaran aku pon tak tau, masuk bilik tidur adik aku, mulakan operasi mencegah maksiat. Last-last aku berkhalwat dengan buku ni. Kuak lentang abisss atas katil sambil menitiskan air mata melayan novel.











Ciss....kutuk aku la tu, kutuk la...kutuk la aku sebab baca novel overdos menangis bagai tengok filem Kuch Kuch Hotak Hei.....sebab aku tipu aje, novel tu aku tak baca pon, pegang aje, lepas tu aku tidoooooo...zzzzzzzzzz......miahahahahah! :)








KAD KAWIN MACAM COKLAT

*kemusykilan. eja 'kemusykilan' aku ni betoi tak?*




Serius cool gempak giler. Minggu lepas lepak kat umah mak aku. Tetiba pakcik semat pakai baju kaler macam pos opis datang kat umah. Dengan ghairah berlari ke pintu. Sambutan hangit untuk mendapatkan pos ekspress pakcik semat itu. Eh, apa hal pulak pos ekspress atas nama apak aku. Lupe, ini kan rumah apak aku, bukan aku. Hehehehe! Sengih sengal sensorang. Musykil giler apak aku dapat pos ekspress, paling hot pon apak aku dapat pos laju, tu pon sebab saman V3 anak dia atas jalan raya. Lagi musykil dapat 2 pos ekspress dalam masa yang sama!




Dalam kegedikan nak tau jugak, aku tunggu lah apak aku balik dari kerja petang tu. Gedik gelisah, eh pehal aku pulak overdos nak gelisah. Mak aku relax aje, miahahaha! Fine. Apak aku balik, mulalah acara bukak sampul pos ekspress yang menjadi tanda tanya ramai seramai 3 orang dalam rumah tu. Rupa-rupanya...ceh..kad kawin rupanya T_T










*cool*




Memula aku tengok, siap cakap wow! ish..macam tak gempak kan, balik semula. Wooowwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww!! Ha..baru cool, hahahahah! Cun betoi kad kawin ni, dari sape? ofkos dari adik ipar aku. ni nak kawin tahun baru cina ni. Giler gempak kad kawin, macam coklat! Rasa nak gigit-gigit, yummieee!!!




*Hasnol & Baiti*

Sunday 23 January 2011

JIWANG PUKUL 10.30MALAM

EHEM..EHEM...TESTING 1,2,3!! ketuk-ketuk mic



Dalam usikku merajuk seketika
Laluku pergi meninggalkan dirimu
Tanpa ku duga
Lilin menjadi bara
Gurauanku jadi dilema prasangka

Kau menyangka aku pergi kerna dia
Yang tak pernah wujud dalam alam cinta
Belum sempat ku jernihkan suasana
Engkau pula yang hilang
Entah ke mana

Puas sudah ku mencari
Ku tinggalkan pesan
Ku kirimkan berita
Agar dapatku temui dirimu
Umpama sebutir permata yang sirna

Andai dapat
Ku undurkan putaran dunia
Inginku ubah semula kata
Dan tingkahlakuku yang salah
Agar kita dapat seiring
Di mercu asmara

Tak ingin lagi
Dan tak mahu lagi berpisah
Bukan dengan kerelaan hati
Penyesalan yang tiada kesudahan
Ku tersepit dalam jerat sendiri



Amanda, tolong ambilkan mama air segelen. Ok, nak nyanyi lagu apa pulak lepas ni? Miahahahah!

Saturday 22 January 2011

MAMA BOSAN!


Fine! Amanda kena buli dek mama dan aunty rara yang tengah bosan bapak!

Muka tenang macam ustazah walau dibuli. Tak berbaloi membuli kata aunty rara

CEPAT LAH HARI SELASA!



Grrrrrr.....petang ni duduk taman sambil beli cokodok dua hengget dan bawa bekal air sirap buatan sendiri. Hehehehehhe!

Prepaid untuk internet? Layari internet dengan harga rendah dari RM 1.70/sehari tanpa komitmen! Dapatkan sekarang!


Prepaid untuk internet? Layari internet dengan harga rendah dari RM 1.70/sehari tanpa komitmen! Dapatkan sekarang!



Adakah anda berada di Kota Bharu atau ada rakan-rakan di Kota Bharu? Kami ada berita gembira untuk anda! Kini Happy Prepaid bukan sahaja untuk telefon bimbit, tetapi kini terdapat prabayar untuk internet.



Layari internet dirumah, dipejabat ataupun dimana sahaja anda berada dengan harga rendah dari RM 1.70/sehari tanpa komitmen! Jika anda berada di Kota Bharu, kongsilah berita gembira ini dengan rakan rakan dan keluarga anda! Tetapi jika anda tidak berada di Kota Bharu, anda masih boleh menyebarkan berita ini kerana mungkin mereka yang anda kenali berada disekitar Kota Bharu. Happy internet prabayar, pilihan terbaik internet untuk anda!

Friday 21 January 2011

TUNJUKKAN SOKONGAN ANDA DENGAN MENEMPEK BADGE "ANTI FRAUD BLOGWALKING, FRAUD CLICK" DAN ADIK-BERADIK DENGANNYA.




Ecececce..bersemangat giler tajuk entri kali ni, hahahahhaa! Ok, serius kembali (dengan muka serius menaip dan berhenti seketika sambil bangun dan melaungkan "saya anti fraud blogwalking!!") Huh! Penat, minum air kejap.



Rasanya ramai dah baca pasal penipuan di chat box belog masing-masing dan aku juga salah soram mamsam nyam, erkk..sori tergeliat, hari ni banyak makan kari ;p



Dapatkan badge ni dibelog Kak Wan dan yang penting jangan lupa lock shoutmix korang!! Yeaahhh!!

Wednesday 19 January 2011

VANIDAH IMRAN KATA "SAYA CUMA TEMANKAN ANAK SAUDARA"



Kalau nak ke mahkamah syariah, kenapa mesti berpakaian hitam seolah-olah kamu pulak dilanda masalah!




Sumber: Kosmo

Tuesday 18 January 2011

NAK PERGI OFIS TAPI TAKMO PAKAI SELUAR

Inilah dia. Pakai kasut dan beg tangan mama. Pastu salam mama siap cakap 'babai'. Lepas tu tolak walker konon ala-ala drive kereta lah tu!






ok, saya mau ke ofis, boleh? lariksssssss mama kejar paksa pakai seluar!

EE... GELI AKU!

AMARAN!!


(SIAP HURUF BESAR, BETOI-BETOI AMARAN NI!)


KALAU TENGAH MAKAN JANGAN BACA ENTRI INI



Poyo je ayat, hahahahaha! Kalau jenis tak kisah macam aku, radak le. Eh, lupe nak citer. Semalam aku pakai foot detox pach masa titun. Ni biras aku bagi. Kalo nak beli sendiri tahun akan datang pon belum tentu aku nak beli, heheheh.



Ni katanya untuk membuang segala anak beranak toxin dan melansing badan. Bab melansing kan badan tu aku tak berapa pasti tapi aku ada baca jugak kat dalam majalah memang foot detox ni boleh membantu. Tapi kalau lemak dah tepu bagai beranak pinak datuk cicit, tak tau lah membantu ke tak, heh! ;)





dan inilah hasilnya malam semalam



ee......banyaknyer toksin! Yaauucchhhh!!! Malam ni kene buat lagi. eh..eh..abang jangan kacau saya ok! Hahahahahhaha!



Monday 17 January 2011

MiloFuzeJamPack



Don't you just love the thought of starting your day with the aroma of Milo Fuze? Not only Milo Fuze has taste that makes you crave for more, it also re-energizes your day! What's better than a more jam-packed with great Milo Fuze taste you know and love?



Now we bring you a game that lets you Jam-Pack a bunch of fun-loving characters and Jam-Pack your winnings! Here are some prizes that you could stand a chance of winning:
  • 4 x Macbook Air
  • 4 x iPhone 4 16GB
  • 4 x iPad 16GB WiFi + 3G
  • 5 x Sony PS3 320GB
  • 3 x iPod Touch 32GB
  • 5 x iPod Shuffle 2GB

Quick! Start playing the Milo Fuze jam-pack game and share it to your friends! It’s addictive! Contest ends on March 9, 2011!

Whoa! #MiloFuzeJamPack is having a contest and to start off, all you gotta do is tag your friends with respective personalities. I know who is going to be my Pretty!

NAK PERGI BELI SARAPAN UMPAMA LARI 100 METER SUKAN TAHUNAN SEKOLAH

*auuu!! au!!! aaiii!! aiii!! - bunyi anjing putus ekor*



Tengok gambar saja. Harap dapat mengaitkan tajuk bersama gambar. Rasa penat nak menaip akibat berlari 100meter semata-mata nak beli kuih karipap satu, kuih kasturi satu dan popia goreng rangup krupp krupp satu. Mujur lari tak berganti-ganti, eh, lari berkumpulan. Tak boleh tertinggal ahli 6 orang ;p



Sebenarnya tak penat sangat tapi lebih rasa malu, apasal lah aku pakai baju kurung hari ini, hehehehhehehehehe! :)

Sunday 16 January 2011

ASHRAF MUSLIM DAN PUSAT PERUBATAN SYIFA' AL-HIDAYAH

*si kacak ku!*




Pagi-pagi buta aku keluar rumah sebab nak cari KOSMO, nak baca pasal Ashraf Muslim - *si kacak ku* ahaks!! :)



p/c: jangan malam-malam buta aku mengigau berjalan ke sana pulak!

Friday 14 January 2011

ASTRO FIRST - DARI PAWAGAM TERUS KE RUMAH

*sambil berblogging sambil tengok wayang*




Mesti ramai dah tau kan pasal astro first ni, promo banyak kat astro gitu. Sape suka? sape suka? tapi bagi kaki wayang mesti nak ke wayang gak, siap peluk-peluk pop corn dengan air coke. Lagi-lagi nak pergi nak pakwe makwe korang. Feel la konon time bercinta.




Tapi bagi aku, aku suka astro first! Sebab tak bayah bayar tiket : sebab bulan-bulan bil astro laki bayo, boleh tengok dengan anak aku sekali siap boleh berenti kejap nak basuh berak kencing anak aku, boleh peluk-peluk dengan laki siap baring-baring lagi depan tv, hahahahahha!




Sesiapa yang berminat nak menempah boleh klik SINI. Dan segala pertanyaan lanjut mengenai segala pembayaran, siaran dan filem, boleh baca SINI.



Ape lagi..langgan dan tonton sampai pengsannnnnnn :)

KLIK UNTUK MASUK KE ALAM LAIN

Syoknyer Blogging

Klik untuk masuk ke alam magika!




Aku lepak kat sini sekarang. Kak Nojj pon ada. Bro Zulkbo pon adooo. Banyak manfaat, segala masalah berkaitan blogspot or wordpress ada penyelesaian disini. Dan yang penting, aku suka yang ini :


Bukti Laman Forum Menyumbangkan Backlinks Pada Blog



Hehehhehehe!


Owh! Sesape berminat menjadi moderator, boleh apply sekarang. Silalah isi kekosongan hati saya ini, eccece..silap taip, hahahaha!



Kekosongan Moderator



Jumpe disana! :)

Thursday 13 January 2011

SURAT BLOGGER UNTUK MAK DARA

Kak Eyta Comel,
No.11 A, Nama Jalan Nak Glamour,
Simpang 3, Tv 3,
Jam 2100 malam,
Ipoh,Perak

Tuan eh..Puan dah, lupe pulak ;p,


Adalah saya dengan segala hormatnya merujuk perkara diatas yang maksudnya memang tak sama seperti selalu yang adakalanya saya je yang paham. Tapi takpe lah...hehehehe!



2. Bersama-sama ini dilampirkan picca-picca terhangat dipasaran, senjakala Kak Eyta kawin tempoh hari. Adapun gambar Kak Eyta hanya sekeping dan melebih-lebihnya hanya gambar kami, apepon gambar kak Eyta berada di atas sekali. Kira kaw kaw kawtim boleh?



3. Ape-ape pon kami memohon mahap atas kelewatan mengepos picca-picca ini didalam belog iaitu ini bukan belog saya tapi belog Ieda lap Sham. Dan kami memohon ampun sekiranya ada terkurang dan biasa berlebih-lebih makan nasi minyak siap tambah 5 kali sekali makan angkat kaki yang sangat enak bersama ayam merak masak merah. Yummie :)














Sekian, terima kasih



Yang tak palsu,

Ieda Al-Habsyi
(Ubat batuk cap ibu dan anak melegakan batuk kot laa...)

Wednesday 12 January 2011

ROTI AIR PANAS

*tepung + air panas*




Uli dan ramas mesra. Adun dan canai. Goreng tanpa minyak. Makan bersama telur atau cicah kari ikan karipullek ammakkk padiyappakk!



Yummieee!


Walaupon rupa mu hodoh tapi sedap dan mengenyangkan, hahahahha! :) Biar rupa hodoh janji sedap (takde pape maksud tersirat, takde...takde...)

TIBA-TIBA JE AKU BUTA WARNA

Hari ni malas nak berblog. ececece..aku menyampah betul kalau buat ayat macam tu tapi ni update gak, hahahha! ok2 pastikan tak buat ayat macam tu dah dalam kamus hidup berbelog.



Suci musalmah tak belog ni? Ada bau-bau dari syurga tak? Putih melepak abiss. Ni terus terang aku cakap aku tiru CikMot. Hahahahha! Giler tak malu mengaku tiru orang. Jujur tu beb..jujur! CikMot tak marah kan kan kan? Hehehehhe! Suka tengok belog CikMot yang suci tu tak ternoda dek kalerpul, aku pon nak gak. 





Ni pon sebab dah bosan pakai kalerpul-kalerpul.








Dah memang takde alasan lain, pendek kata tiru CikMot aje lah! Hahahahha! :)

AGAKNYA DIA DENGAR JERITAN BATIN KU



Terima kasih daun bunga raya, kalau nak bagi lagi aku terima aje. Serius takde bakat langsung nak jadi juara berpantun peringkat kampung. Haa...semalam dapat dah BE baru untuk tahun 2011. Hehehehehehe! Muahh!! Muahh!! I lap u babeh! Hahahahha! :)




Dengar
Oh! Jeritan batinku
Memekik-mekik
Memanggil-manggil
Namamu selalu
Sehari kurasa sebulan
Hatiku tiada tertahan
Ku pandang kiri
Ku pandang kanan
Di kau tiada...


Risau
Batinku menangis risau
Makin kau jauh
Makin hatiku bertambah kacau
Mengapa kita berpisah
Tak sanggup menahan asmara
Oh! Dengarlah
Jeritan batinku

Hahahhahaha! Terima kasih , jasa mu ku kenang.

Tuesday 11 January 2011

AKU DAN KENDURI KAWIN DAN MASAALAH BAJUNYA




Ujung bulan ni ada kenduri kawin sepupu sepapat ipar duai bagai. Badan belah 6, semua wajib pergi. Sebenarnya bukan 6, 2 aje, hahahah! 6 tu dikira macam ni :

  1. Majlis nikah apis & nana (Johor)
  2. Majlis umah nana (Johor)
  3. Majlis umah apis (Johor)
  4. Majlis nikah umah ina adik ipar aku & hasnol (Besut)
  5. Majlis umah ina adik ipar aku (Besut)
  6. Majlis umah hasnol (KL)


Haa...kan dah jadi 6 tu, ahaks! Aku takde baju nak pakai. Bukan bermaksud telanjang boolat tapi takde baju baru. Getis getik betoi kan aku, nak baju baru konon. Tapi takpe, aku pasrah. Pasrah sambil mengharapkan bantuan turun menghulurkan kertas purple untuk beli baju baru, hahahaha!



Mimpi lah kau! Adik aku bagi cadangan. Aku banyak kain batik sarung. Sepuluh helai kot (belagak giler, opah kat kampung tu ada tujuh puluh helai pon tak bising), itupon pakai waktu dalam pantang aje. So adik aku cadangkan pakai lah kain batik sarong mengikut tema dan kaler umah pengantin. Baju tu pakai le ape-ape pon. Nak sweet lagi, kemban aje. Memang semua orang terpana melihat nanti.


Serius tak kelakar.


Giler! Sakit ati aku adik aku merepek.\\\\ <---ntah nape pulak aku taip batang senget ni, hahahha! Takpe le, aku pasrah. Kang kalo aku buat entri kenduri kawin 6 majlis, korang jangan tanya camni, "semua majlis dalam hari yang sama ke? (sebab pakai baju sama)" T__T



Aku pasrah, hahahahahhahahahhahahahah! :)

ANU AWAL ASHAARI BESAR




Giler! Sape search ni weh?!?!?! Gay or girl, ececece ngaku cepat! Dosa tauu.

INNALILLAH....KANAK-KANAK MATI DI DERA IBU TIRI


*semoga dikau aman disana..*

*Al-Fatihah*

Gambar dan sumber : Normiali

Monday 10 January 2011

LAGU UNTUK AYAH



I love you,
You love me,
We're a happy family,
with a great big hug,
and a kiss from me to you,
Won't you say you love me TOO!

I love you,
You love me,
We're best friends like friends should be,
With a great big hug,
And a kiss from me to you,
Won't you say you love me too







*Amanda dan Mama nyanyi sama-sama sambil mata pejam dan lenggok kiri kanan, khas buat ayah tersayang, hahahahaha!*



BLOGGER GODA BLOGGER

Hahahahaha! Ok..ok, jangan bimbang, takde sape yang ternoda kali ini. Ni semua entri Kak Asha pagi tadi. Hihihi aku gelak macam tu.



Maapkan saya kerana segala jualan tidak langsung telah menjamu hati Kak Asha, ekekeke! Tak pe, pasni kita sesama kurus dan memantopkan channel V kite, huahuahua!



Pasal tudung lilit-lilit semeter tu, nanti ieda tanyakan pada adik ieda, takpe..tak susahkan ieda pon, eceh, tetiba je jawab, tau dah nanti akak asha cakap cam tu, hahahhaa! Gurau je kak :)






*Ni picca terbaru Ieda*



Acah je, hahahahha! Ni adik Ieda, ntah ape kejadahnyer dia amik gambo kat dinding kulat ni, mintak kene kencing aje dinding ni. Abis seni lah tu, hahahaha!

Sunday 9 January 2011

MIMPI DAN MENGIDAM BENDA YANG SAMA

*Tengok gambar pon jadilah. Gambar cempedak sape ntah aku pinjam dari google, pinjam je...*


*Sedih*


Susah betoi kalau mengidam, siap mimpi-mimpi lagi. Mengidam ni bukan untuk terma orang mengandung aje sekarang ni, biasanya yang tak mengandung tu lagi lebih-lebih, hahahaha! Sudah sebulan setengah aku meratap merayau mencari 'CEMPEDAK GORENG' sekitar Ipoh ni! Amik haa...siap tulisan besar lagi menandakan betapa tingginya cita-cita aku nak makan cempedak goreng tu, hahahah!




Betoi..sebulan setengah aku cari tapi semua kata "takde musim lah dik", (wow!! dia panggil aku adik! hahaha!) uisshh...frust..frust..frusttt yang amanat. Kalau mengandung ni, mau leleh-leleh ailio anak aku kuar nanti. Nak cari cempedak mentah pon tak jumpe. Tak pe la...sabo lagi, takpe, petang ni pusing Ipoh lagi naik beskal, kot-kot jumpe cempedak goreng.




Oh, lupe pulak. Sebenarnya petang ni nak pergi cari waffle lah! Ni pon dalam senarai kategori mengidam nombor empat ploh empat. Walaupon setiap selang tiga hari makan waffle, masih mengidam gak, hahahahha! Baik aku kumpul duit beli mesin buat waffle tu daripada selang tiga hari beli, pastu boleh la makan waffle sampai pengsan. Hahahah! Tak logik langsung makan sampai pengsan, makan sampai tercekik lah. Korang pon main baca aje ;p





*Lat talilat tali tam plom, yeahh aku dapat waffle kat atas :)*

Saturday 8 January 2011

SENARAI KAKI REMPIT

Hikhikhik! Gatei pulak bubuh widget ni, heheheh! Ape lagi, mulakan proses merempit lagi pas ni :)






*merempit dan berkhemah di sini, hehehe*

Friday 7 January 2011

KANG AKU CURANG, AKU MADU KAN KAU, BARU KAU TAU!

Wa..ganaz tak bunyi? ganaz tak? ganaz tak? Hahahahha! aku tau tak, jangan arr kutuk aku, hahaha! Aku jeles la, semua orang dapat BE sempena dah masuk tahun baru ni, aku ni?!?! Grrrrr....habuk pon tarak. Tu BE yang lama, bukan jalan dah pon, aku tengok dah dekat seminggu je dok kejong banyak tu.



Tak pe, sabar..sabar..kan, kan, kan. Tapiiiiiii apakah?!?!?! Hahahahhaa!




*Boleh pandang-pandang, jangan curang-curang, hahahah!*



cepatt!!! promosi dari slimming center hanya RM 1.00!!!





ChurpChurp | Social Share » Get the Bizzy Body RM1 Deal today! (Preview)

MUKA KETAT



Macam ini lah muka ketat aku. Cuma tukar pakai tudung, pastu jambul tolak ke dalam sikit. Ada sesape boleh lawan muka ketat ngan aku? Mesti korang menang, terutama time berak, uhuhu!


*Pitam jap!*

Thursday 6 January 2011

ADA 6 HARI LAGI PELUANG UNTUK MENANG HTC! :)





ChurpChurp | Social Share » Om Nom Nom your way through, and WIN HTC Smartphones! (Preview)

HUH! MACAM-MACAM AKU BUAT NAK KURUS, KALI NI MAKAN UBAT KURUS PULAK!

*persediaan tradisional untuk dimakan oleh orang moden, ahaks!*





Selain azam tahun baru nak bayar PTPTN, nak kurus jugak masih dalam senarai utama. Dari tahun lepas heboh sekampung nak kurus, hahahhaa! Tak tau la nak kurus camne, selagi bacaan timbang berat tak ke 45, selagi tu kene cuba lagi ;p




Ok, sekarang nak cuba pil Nightriem pulak. Abis ko dia trim segala lemak, esok pagi mula upacara amazing race berebut jamban ngan laki aku. Sebagai tanda isteri solehah, aku bangun lambat sikit, bagi laki aku bercinta dengan jamban dulu. Aku paksa mata tutup rapat-rapat tapi perut dah menggelodak. Hahahhaa! Nasib baik tak terkencet, oppss! T_T




Makan pil ni 4-6 biji sebelum titun. Aku amik 4 biji je sebab aku pon bukan la obes mana, ececece, takmo mengaku tu, hahahah! Bau dia macam bau akar kayu la...ala..macam bau ubat tradisional la..haa..aku telan cepat-cepat sambil minum tutup hidung, nak kurus punya pasal! Hahahahaha!




Lepas tu, untuk memantopkan channel V , aku makan Pil Binari untuk wanita berkahwin. Hahahahah! Untuk anak dara pon ade. Yang ini dia bijik bulat (maleh amik gambo, berebut ngan anak aku dia ingat cokelet!), warna hitam, kecik aje, takde bau sangat. Makan 2biji 3 kali sehari.


Haaa...kebaikan dia adalah untuk mengetatkan dalam dan luar chanel V, mengurangkan keputihan, mengurangkan senggugut dan segala anak beranak dalam lah!


Sambil telan ubat sambil nyanyi, "Pil Binari menceriakan hubungannnn" sambil gelek-gelek, kompom time tu jugak laki ko terkam, hahahah! Bengong! ;p



* erk..tu bukan gambar aku tau :)*

Be part of the Invent Your Own iPad Application Contest and Win! (Preview)

ChurpChurp | Social Share » Be part of the Invent Your Own iPad Application Contest and Win! (Preview)

KALAU PERGI KEDAI NI AKU SUKA TENGOK AJE, PASTU AMIK GAMBAR, HEHEHE!




Hari tu aku pergi ikut mak aku. Pergi kedai yang orang kata english style. Mak aku memang suka betoi, aku ikut aje. Kalo nak tengok umah aku, takde style-style, abis semua aku sodok, hahhaha! Kalo kat KL tu bertambun kedai macam ni, kalo kat Ipoh ni, ada la 1,2 je...


Aku suka pergi kedai sebab wangi. Hahahah! Segala perhiasan ada. Aku tengok aje :)







Terletak dekat Greentown area. Sape dok Ipoh tau le, kalo tak tau pon selalunyer orang akan buat-buat tau. ''Haah, tau..tau..'' padahal dalam paleotak kosong, ;p







Amanda ngan Aunty Umai





*Gaya mutusamy keunggulan* T_T
Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014