Thursday 30 June 2011

Minum Air Mani Kuda, Gilalah!

Woitt! Dalam beriban-riban jutan jutan air dalam dunia ni, air mani kuda jugak ko nak hirup, gila lah omputih ni! Kembang tekak aku ni weh, dah macam kembang semangkuk dah, hahahahaha! 







Aku tengok kuda pon aku dah pening, adeh!



Cerita penuh menarik dam dim dum di SINI :)

Wednesday 29 June 2011

#8 Wordless Wednesday - It's Hard To Trust Someone

#7 Wordless Wednesday - Chess - Its More Than Just A Game :)


Sila pilih karektar anda


Hahahahahaha! 

Tuesday 28 June 2011

Mabuk!

Mabuk.



Mabuk dengan twitter sekarang.
Ntah hape-hape aku, dah setahun dengan twitter baru sedar twitter itu sangat best! hahahhahahah!

Elakkan!


Elakkan ye! 

Kang tak pasal-pasal kene ulang skrip "Jack, I kill my brother.." 

teettttt!

Hahahahhahaha! 

Monday 27 June 2011

Karak - Laluan Puaka





Ari tu memang gedik sangat nak tengok citer Karak. Gedik sungguh! Tapi semua member jenis "ape barang layan citer melayu hantu!" Dem! Sentap aku weh 24 jam, hahahahaha! Last-last aku suruh mak aku amik dekat astro first, hikhikhik! Ok, dengan segala hormatnya, kami pon menonton Karak ikut astro first hari sabtu lepas.




Petang tu kecoh je, aku tanya lapan ploh lapan kali kat adik aku, dah amik ke belum, naik kali ke lapan ploh sembilan tanya, bibir kene botox macam Kila Fairy kan kan kan. Senyap terus. Eceh! Malam tu beria, nak tengok siaran jam 11.00 malam, wah bajet abis seram kan, tutup lampu. Gelap, bukak lampu kecik dapor aje. Pastu semua amik parking masing-masing. Ah! Parking wajib sebaris rapat-rapatkan saf ok! Jangan bagi setan mencelah, takut punya pasal. Dari ujung kanan ruang tamu sampai le ke pintu masuk, sape dok kat pintu masuk? mak aku jugakkk...adeh! Yang lain pengecut! Hahahahah!



Pastu kepok bagai semua depan mata, alih-alih ada pulak yang angkat pinggan sekali nasi, lauk, nasi beriani, pisang, puding gula hangus, air sirap limau, ceh! Ni nak makan ke nak nonton wayang?? Hahahahhaha! Lupekan semua yang tak berfaedah itu. Kembali ke Karak. Sedap ke? Best ke?






Suam-suam kuku aje! 


Marah kempulan KRU baca ni, hehehehehe! OK lah dari tak ok kan, hehehehehe!


Yang membuatkan tak seram adalah


Baru 15minit pertama start, anak aku mula buat perangai. Waaaa!!! Melalak nak itu ini, sebagai ibu yang muslimah apatah lagi sejati, banyakkan bersabar, kahkahkah!!! Kan aku kata, pelukan hangat dan manja dari ibu sejati bisa mencairkan beliau, ahhahahahaha! Nak lagi senyap bila muka anak tu menyembam kat tetek, haa..senyap aje, walaupon susu dah kering, kihkihkih! 



Tetiba la pulakkan, time tu jugak le ada mamat security mintak bayaran bulan ini. Ting tong ting tong bunyi loceng, pastu bunyi ekzos moto dia yang sebatu tak sampai lagi dah dengar.



Kucing mak aku sesat masuk umah bila bukak sliding door. Ceh! dah la masuk, bising mengiawwwww, ape lagi operasi bersama batang penyapu lidi menghempas-hempas ke lantai untuk halau kucing keluar dari umah.


Last sekali. Mak aku punya dengkur... Bangun-bangun, mak aku kata eh, dah abis ek, hahahahahaha!



Ieda Al-Habsyi kata :) minggu depan nak tengok transformers. Sebab ape minggu depan? sebab minggu ni gaji tak masuk lagi, hahahahha! Harry Potter adalah wajib bulan 7 nanti :)

Jom Ber'HENNA' :)




Kalau opis semuanya warga perempuan, memang camni, hahahhaha! minggu depan buat facial pulak, minggu lagi satu bukak salon dalam opis pulak, hehehehe, memang best. Eh..eh...korang pernah pakai Henna kelip-kilau lekat camni tak? senang je, best pulak tu, ari tu bebudak opis takde keje, jadi main aje benda ni, hahahaha! :)




Memula proses menggunting kepada bahagian kecik-kecik. Supaya senang nanti nak pakai, eksaited muka makcik eyta kita ye, hahahahahah! Ok, gunting, gunting, sila, sila :)






Nampaknya makcik Rini sedikit gusar, mungkin terpotong jari, kahkahkah! Sambung potong lagi sambil bergosip, sungguh enak kan kawan-kawan! hahahahah!







 Ok, tempat pertama mengatasi segalanya opkos, makcik Nadia, siap gunting. kemudian.....






Bukak pelestik gam, terbalikkan, tekap di atas tangan dan letak sedikit air, ala-ala pakai inai daun alaf baru gitew, hahahaha! Ha...seperti dalam gambar di atas.






Tunggu bebebeberapa saat ek? Aku pon tak ingat, ahhahaha! Pastu cabut, haa..kan dah jadi :)






Semua sangat kusyuk, hehhehehe! :) ok, mari lihat hasilnya beramai-ramai :)






 Taraaaaaaaaa :) Ape lagi, pasang lagu Kuch Kuch Hotak Hang dan menari beramai-ramai! Yeaahhh! :)





Cover majalah MasallaGirl, hehehehhe :)



Ieda Al-Habsyi kata : senang je nak tanggal, just lalukan bawah air, kalo payah, berus aje senang :)

Tenyeh dan Conteng





Ini lah bila anak perempuan, oh, nasib baik perempuan kan, bukan lelaki, heheheheh! Makeup bagai wajib! Kene jugak beli makeup mainan untuk dia, kalau tak, abis patah lipstik aku, eyeshadow dah jadi macam kaler aiskrim padel pop, perfume jadi air mandi, bedak jadi tepung gomak.






Conteng lagi, oh tak puas hati lagi! Mungkin dia mau yang terbaik untuk mamanya, *sedapkan hati*


Hahahahahah! :)

Friday 24 June 2011

Detimmmm = Dating

Tak sabar.





Tak sabar.





Nak tengok. ok!







Jom, sape nak pegi detimmm ngan saya sambil makan popkon letup-letup? Hahhahaha :)

Si Pencuri (bukan kisah curi seluar dalam)




Berapa ramai kah sebegini?  Mudah-mudahan kita semua akan begini, insyallah :)

6 Bulan Pertama dan Bulan Akan Datang

dam! Dengan rasa agak sengal dan kaku, mula gigit kuku, eh...terasa cam pengotor pulak, mungkin lebih enak kalau korek idung yang berkerak dengan hingus hijau pukul 8 malam tadi.  Banyak yang dirasa, dan berlaku buat setengah tahun ini, eh ujung bulan depan dah nak posekan? isk..iskk...kene ganti cecepat! Opss...


Perut semakin membesar dengan kadar yang sedang-sedang aje. ok lah! nak besar macam mane? mungkin telahan mem....ber betul, "kulit perut hang nipissssss!" ok, saya terima dengan hati terbuka 90darjah. Baby semakin aktif, tapi kurang pagi tadi, risau pon ada.


Amanda. Owh! Owh! Semakin bechok, bukan bachok klate ok. Pot pet pot pet. Aktif dengan kadar yang menguji kesabaran. Hei...sudah mula buat perangai menangis berguling-guling sambil buka baju di depan orang, ok! Nak cubit or urutan penuh kasih sayang??? Dakapan manja seorang ibu hanya boleh mencairkan beliau, kahkahkah! :)


 Next.


Ofis. Makin gamat. Semua membara dengan kehadiran staff baru. Aku? Janji jangan kacau aku, kalau tak....ada yang akan rasa terompah masak masalla, atau mungkin dia tekak ala bebarat - Grill Hanger and Iron Board Kiwi with Papper Cirit Sauce, ye mungkin lebih sesuai mungkin. Bos? Selagi gaji jalan, di maafkan segala (baik le tu konon) :p


Kucing peliharaan. Memang takde, tapi kalau menternak sarang labah-labah, mungkin penternak yang berjaya. eh, tapi semalam petang kucing mak aku mati jatuh dalam parit, isk..iskk..sedih berpelukan mak aku dan amanda tengok kucing kesayangan mereka kaku.



 Henpon. Semakin rancak berbunyi lagu dangdut, saya cinta henpon saya :) (ee...geli le pulak) Dan sang suami makin getik dengan aku bila aku cakap, "bang, tolong amikkan blekberi saya atas meja tu". Maka sang suami pon menjawab, " ee..berbulu la, cuba cakap "bang, tolong amikkan henpon saya atas meja tu" kahkahkahkah! - ok, sesesebelum ini sang suami ada henpon keypad a,b,c,d,e asing saya tak cemburu pon! hahhahahaha!


Kereta. Senget benget sudah di baiki akibat pelanggaran atom kurang aktif tempoh hari. Hehehehhehehe! Cuma ekon masih mengikut kadar cuaca tapi saya masih bersyukur! :)


 Dan terakhir.


 Bulan depan. Bagaimanakah? Akan kene tinggal kah aku? isk...isk.... masih tertanya-tanya di kala semua orang akan bersiap untuk pergi. :(


Wednesday 22 June 2011

#6 Wordless Wednesday - Bos Tengok La Ni!


hehehehehhe! :)

Tuesday 21 June 2011

Mengapa Potong Rakyat Punya Subsidi, Bukan Gaji Anda Wahai Menteri?








Ini apa yang Menteri dapat ? betul ke ? renungkan lah .....KLIK SINI

Burger Celah Gigi Ajer

Sangat comel......tangan itu! Hahahhahaha!







Sekali ngapppp ajer! Dengan kertas-kertas pon aku sapu :)











Kecil comel!











Takmo kongsi, apatah lagi kerat 2 ok! eh! eh!












Sedia untuk dimakan :)



Funzug.com

Monday 20 June 2011

Sebab PAPA Raja Kami!




Aku nak tukar - Selamat Hari-Hari Papa! :)


  • Masa kecik, aku gedik nak pergi mandi sungai. Duduk bandar, celah mana nak cari sungai! Hari-hari bising kat telinga papa aku, pastu papa bawak jugak. Kami pergi bertiga, aku papa dan teha. Ummi tak pergi sebab jaga adik aku no.3.
  • Masa umur 4 tahun gedik nak pergi Superkinta. Dulu Superkinta ni la yang paling habis hebat dekat Ipoh, konon macam Midvalley zaman sekarang (tipu-tipu), hahahahha! Hari-hari bising kat papa, nak pergi! nak pergi!. Last-last pergi jugak, buat hal pulak. Aku kencing kat kaunter waktu papa tengak sibuk bayar barang dapor. Meleleh baik punyer. Papa tak marah. Masuk kereta, papa alas tempat duduk dengan surat khabar lama.
  • Kalau sebelum masuk tahun baru, mesti sibuk nak semua kelengkapan sekolah baru. Papa mesti beli, kasut wajib 2 pasang, walhal gaji papa kecik. Serius gaji cikgu zaman dulu kecik, tak macam zaman sekarang.
  • Bila papa naik pangkat, masuk jabatan pelajaran, papa sibuk. Jarang masa bersama kecuali waktu makan malam wajib makan bersama tapi aku selalu marajuk ngan papa sebab papa tegur pasal boifren  tepon. Sentap, darah remaja, takmo makan ngan papa!
  • Setiap bulan mesti papa bagi duit poket yang selalunya buat beli baju baru dan kasut baru, ummi bising sebab katanya mengalahkan orang bekerja.
  • Papa takpernah tinggal kan kami walau ke  mana saja, wajib bawak. Keluarga no.1, kawan no.2.
  • Kalau beraya, papa mesti bawak kami semua ke rumah kawan-kawannya, bukan seperti setengah suami, lebih suka beraya bersama kawan-kawan, anak bini di tinggalkan dirumah.
  • Sabtu dan Ahad wajib bawa kami sekeluarga berjalan, walau hanya naik kereta pusing-pusing sudah membuatkan kami gembira.
  • Papa tak pernah buat hal, papa tak pernah buat ummi bersedih, papa tak pernah buat kami adik-beradik bosan, PAPA RAJA KAMI, Sayanggggggggg Papa!

Senarai kan sikit je, takmo lelebih, banjir nanti opis! :)

Papa gua kalo tangkap gambo wajib tayang perut, seksi mungkin! hahahahha! :)

Hari Khamis Sangat Penting










Laki : Kerajaan


Bini : Swasta.


Bini kata duit mu duit ku juga, hahahahhahaha! (Pepaham lah ye! )  :)

Friday 17 June 2011

Gambar Real Punya Suda Kluar (cakap macam lidah tergeliat)

Gambar real punya suda kluar. Kena banyak hati-hati dengan ini worang. Nanti tarak pasal-pasal kene cucuk itu botox.




Sangat jahat ini worang!

Kerja Aku Goyang Kaki Bila Website Kerajaan Kena Hack

Puan Bos: Ieda, tolong bukak website Kementerian Kewangan, print bla...bla... (blah la kau! <---aku yang kata kat dia)


Puan Ieda: Ok bosssssss!

Tak sampai 5 minit, Puan Ieda pergi bilik Puan Bos.


Puan Ieda: Bossssss, website takleh bukak, kena hack. 

Puan Bos: ala....... :(


Lantak kau lah! Masa untuk bersuka ria ye kawan-kawan, hahahahahha! :) Rakan-rakan di belakang, memberi tepukan sokongan padu gembira, kahkahkah!! :)



Thursday 16 June 2011

Bila Ada Blogger Kutuk Ahkak Geli




Aku marah ok! Sebagai peminat aku bengang jugak, tapi dalam masa aku sedih jugak! Sedih sebab mereka tak reti bezakan penulisan Ahkak Geli. Owh..mengapa mereka perlu jeles dengan trafik Ahkak Geli yang mencanak? Dan sekarang Ahkak Geli berkongsi trafik itu dengan korang, muka ada mauu senyummmm???


p/s: gua minat belog Ahkak Geli, nak marah? marah lah! Dan tak lupe menantu gua, gua minat belog dia jugak ok!(hadiah gipeaway bagi kat mak noks!) Hahahahahhaa! :)

Malam Jumaat - Kopi Kucing Galak!



Memalam Jumaat, baca Yassin. Pastu mungkin aku patot (ke tak patot) untuk minum kopi ini dan buat kerja macam biasa, kahkahkah!!! 

Miaauuuuuuu!

Galak dan lebih menggalakkan! Hahahaha! :)

Lampin Sebagai Penadah!







Ceh! Ceh! Ceh! Apakah maksud gambar diatas? Adakah aku menangis disebabkan jumper spender wanita lain dalam kete laki aku? Adakah seseorang melepaskan gas ketawa yang bisa membuatkan aku pengsan? Atau aku nak cover mulut bau kari sebab makan roti canai pagi tadi? Hahhahahahaha! Sengal!



Gua selsema ok! Kene cakap 'Gua' sebab suara pon macam Romli Sirap, ganti eh? Kahkahkah! Bestkan aku (perasan), amik lampin anak sebagai melampinkan hidung yang mengeluarkan air bah berbah bah, hahahahhaha! Mmata berair, hidung berair!

Wednesday 15 June 2011

#5 Wordless Wednesday - Burung Marah!

#4 Wordless Wednesday - Cute!

#3 Wordless Wednesday - Women In Black, Nice!

Tuesday 14 June 2011

Hari Sabtu Ahad Selalu Sibuk, Kalah Makcik Rosmah (Bini Najib)!




Semenjak memboyotkan diri dari 5 bulan lepas, hari Sabtu dan Ahad selalu sibuk, alahhh....kalah Makcik Rosmah ko tu! Ada je tempat nak pergi, bak kata pepatah, duit kata pergi...pergi..., soping komplek kata mari...mariii!  Tapi bukan pegi sana aje, pergi taman lah, pergi hirup cendol tepi jalan lah, pergi majlis orang kawin lah, kalau ada kematian je aku tak pergi, sebab lemah semangat. Biasanya kalau pergi, balik tu kompom demam 3,4 ari.


adik sayam sayam aku. Kiri Penang, kanan KL, celah mane kompom over! Hahahahha!




 Paling kerap ke Penang, KL. Ni pasal rindu sayam sayam kat adik punya pasal lah! Gedik! Tua bangka ketiak berbulu pon masih nak manja-manja, kahkahkah! Takpe, adik sayam sayam punya pasal. Maybe ujung minggu ni ke Penang lagik, yeehaaa!! Ulang alik macam pergi jamban dah aku ni... haiisshhhh! :)

Menantu Buat Gipeway, Mak Mertua Dipaksa Join Jugak

Tajuk entri adalah bukan seperti di atas, tapi sebetulnya macam kat bawah ni, hehehehhe!

Tajuk Entri : Giveaway Kak Es dan Nesloo


Kisahnya...kalo tak join giveaway yang menantu aku buat, nanti dia sentap. Payah kalo dah sentap, buruk bebeno rupanya! Kang sentap, dia tak balik raya umah aku, payah..payah... Dengan segala hormatnya, mama join yek! Hahahahhahaha!






ini lah banner menantu aku masa kawin ari tu.


eh..eh..silap, ni banner giveaway dia, sekali ngan Kak Es dia haa... hehehhe!!!


Disebabkan menantu aku ni gila follower (dia yang kata, aku main repeat aje, hehehhe!) makanya kene polowww le, I pollowww, sekali ngan Kak Es. Pastu ada lagi pengeras-pengeras yang korang kene sediakan untuk join gipeaway ni, kene rujuk belog Jiji ok! :)


Tarikh tutup lagi 3 hari 3 malam, jam sebelum Maharaja Lawak berlangsung di Johor Bahru ye! 


Semoga maju jaya! Kahkahkahkah!!! :)




Bajet Lonely Abisss..Gambo Terbaru Profile FB


Lonely abis.


Kahkahkah!!!


Thanxx to Amanda dan Baby (walaupon masih berenang didalam perut mama) kerana sentiasa menemani hari-hari mama sejak mama celik penuh taik mata bangun tido, mandi, makan sama-sama, jalan-jalan, lepak sana sini, tengok wayang tapi kita tdo dalam wayang, makan aiskrim sama-sama, berak pon mama cebokkan, mama berak pon korang teman (hahahahha!), tolong kemas rumah, lipat kain dan kita tidooo bersama-sama keletihan menjalani kehidupan seharian. Korang anak yang best dan terbaikk! Mama sayang kamu berdua! :)

Monday 13 June 2011

Official T-Shirt Kumpulan Jambu

Ape pon tak boleh! Ape pon tak boleh! Bila ngamuk sekarang ni cakap macam tu, nak mengamuks pon tak jadi hahahahahhaha!



Sibuk je sekarang nak cari t-shirt Jambu, rasa macam comel je bila pakai macam Yus dan Tauke, kahkahkah!!! Ok, ok, sangat mengarut! Suka warna pink ala-ala gegurl gitew aauuuuwww!!! Heeheheheh!


Cari punya cari jumpe dekat sini. Macam kurang menarik. Suka yang Yus pakai yang kaler pink pastu ada gambar crown, tapi ok lah dari takde kan :)


Kaler Hitam






ni pulak PINK! :)



Thursday 9 June 2011

Pernah Naik Bas Gagap?


Seorang teman bertanya : Pernah naik bas gagap?

Seorang teman pon menjawab : Tak, mane ada bas gagap, eh..tapi ada ke?

Seorang teman lagi menjawab :Ada.... tuuu (sambil muncungkan bibior)!





Sebut betul betul KKKKKKKKKL! Gambar ehsan kesian dari abe google! :)

Ahkak Geli Yang Hebat!

damn! Kak Nowa a.k.a Ahkak Geli memang best! Respek sama Ahkak Geli sampai Gua.com pon amik entri Ahkak Geli pasal Surat Bantahan Terhadap Penyiaran Drama 'Nora Elena'. Kahkahkah!!!


Gelak selak bahak aku baca sejak disiarkan Jumaat lalu, ko hebat la ahkak wehh, heheheh! Meslahnya ada pulak orang lain yang sentap macam kanak-kanak ribena takdapat ribena stroberi yang kata Ahkak Geli itu, ini tak dapat kenyataan lah. Caaiiittt!!! Korang tak paham ke Ahkak Geli tu memang suka bergurau, kalau ikut belog dia dari dulu, memang banyak yang lucu, so tak payah la korang yang tak tau ape-ape, datang baca kat belog dia pastu nak marah-marah dia ok!


Ape-ape pon Belog Ahkak Geli memang best sejak aku ikut dari dulu lagi, segala bagai cerita kenyataan, bak kata ahkak geli jugak, berpijak di bumi yang nyata, kahkahkah! Cayalah lu kak! Eh...kang ada pulak yang kata aku nyibuk, peduli hapeee sebab aku kenal belog ahkak geli ok! cewah, cewah! Hahahahha!



owh! Kenyataan: suka baca belog kelakar macam ahkak geli dari bukak belog bajet best dengan shawl pelangi lilit-lilit tak kemas dengan makeup tebal, dah macam pokok krismas la pulok! Kahkahkah!

Wednesday 8 June 2011

Penat Main

 Penat. Penat. Baru sampai umah balik dari bercuti 3 hari, sambung main game ni pulak. Penat betul main game ni, tapi best!  :)











#2 Wordless Wednesday - Hijab Is My Choice!

Saturday 4 June 2011

Kisah Hati

Lirik Lagu Kisah Hati – Alyah


Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu
Hanya sempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir



Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin tidak bersama
Hadir di angkasana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya



Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir



Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin tidak bersama
Biar ku setia menjaga cintamu



Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya



Hari Panas, Jom Mandi Sama-Sama!


 Kecik-kecik boleh la mandi ramai-ramai, dah besar nanti jangan gateiii! Hahahhaha! Bila cousin balik umah Wan, memang best, boleh main sama-sama, mandi sama-sama, tunggu Zara besar baru Amanda ada geng, hehehhee! :)





Si Bulat Zara belakang sekali, masih kene pegang tak leh main sendiri lagi, hehehh! :)









Wan sibuk melayan cucu, dah penat layan kerenah anak, layan cucu pulak, heheheh! Beli belon buih le pulak! Cucu suka! Eh, bukan cucu aje, menantu pon suka! :)







 Budak-budak sibuk mandi sambil tangkap nyamuk, eh silap, tangkap belon! :)


p/s: on da way ke Terengganu...

Friday 3 June 2011

Red Velvet Cupcake Perrggghhhhh!


 Bila dah mengandung, gunakan peluang kegedikan ini sebaik mungkin, Tapi jangan mintak lebih-lebih, karang ada jugak lebam bijik mata macam panda, hahahahahahaah! Tapi disebabkan mata ni asik tengok makanan yang sedap-sedap dibelog dan fesbuk kawan-kawan, nafsu mula merasuk suruh mintak macam-macam. Hahahahahha! Ye! Dan aku teringin nak makan Red Velvet sekarang jugak! Tak kira! Tak kira! 




Hahahahahaha! Mengada-ngada bukan wahai readers, hahahahha! Gilak ape, menyusahkan orang nak itu ini. Kalau nak ape-ape aku suka cari sniri, kalau takdapat pon takpe.  Tapi minggu lepas mungkin rezeki, terdetik di hati nak makan Red Valvet, dengan izin Allah, adik Teha aku, pulang ke Ipoh hari dengan bawa buah tangan Red Valvet Cupcakes, Yummieeeeeee! 








Sangat sedap ok! Sehingga cup dia pon aku telan, hahahahaha!




Gambar yang kurang ghairah, tak pe, janji aku yang ghairah makan cupcake ni, hahahahahaha! :)

Alhamdulillah! :)

Jin Buat Love Bite Banyak-Banyak

Aku tak tau la korang penah alami or tak, kene gigit jin. Hahahahah! Ntah hape-hape, tu pon nak gelak. Aku selalu kena masa kecik-kecik dulu. Dulu tinggal kat kawasan perumahan sebelah lombong lama, aku selalu main dekat situ. Biasanya selang 2 hari pasti ada gigitan manja dari jin, satu keluarga kena. Seram kot, sebab mak aku asik belek je badan kami, sebab dia pon lebam-lebam, hahahaha! Takkan apak aku buat lovebite kat betis mak aku pulakkan hahahaha! Mak aku kata gamaknyer sebab kami selalu main tepi lombong.




Ok, pastu kami pindah rumah. Kami semua ok, takde pape. Sampai sekarang. Cuma mak ngan apak aku je lebam-lebam kena gigit lagi. Mak aku bising ngomel. Aku gelak hahahaha macam tu sebab diaorang je kena gigit, sah-sah U gigit I, I gigit U! Hahahaha! Mak aku suh aku Google pasal ape dia jadi camtu. Mak aku kata mungkin ada setan yang tak suka mak aku mengaji setiap kali lepas solat. Dan ini jawapannyer..................

  1. Jangan tidur lepas waktu Asar
  2. Jangan mandi bogel
  3. Jangan mandi lewat malam.

Aku bagi tau mak aku. Aku dengar ceramah jugak dari Ustaz Kazim di Youtube. Aku cakap kat mak aku jin tu kalo dah sekali gigit, pasti dia akan datang gigit lagi, haruuuu! Mak aku cuakkk! Kata Ustaz, kalo jin tu dah berkenan, dia akan datang, adehhh...mak aku serammm, aku gelak sebab aku kata agaknya jin tu suka skodeng mak aku mandi manda hahahahha! Tapi jangan risau, ada penyelesaiannya, insyallah :


Ambil sebaldi air, baca surah Al-Fatihah sebanyak 7 kali dan ambil 3 biji limau purut, campur dengan air tadi dan mandi dengan air tersebut. Insyallah tiada lagi gigitan manja dari jin yang berminat dengan korang.



Dengarlah ceramah dari Ustaz Kazim ini :





semoga mak aku tak cuak lagi, insyallah :)

Pengsan Mak Noks!




Hari ni baru masuk kerja,kerja,kerja. Heheheheh! Dari hari Selasa hingga Khamis bercuti di Penang. Bercuti bersama Amanda dan Baby. Bercuti tanpa si suami amat memenatkan tambahan mengandung 5 bulan dan bila cek mek molek sudah mula pandai buat perangai baring di depan pintu utama hotel, berlari sana sini di cafe, meraung nak naik eskelatortortortor! Sabarrrrrrr! Tandanya anak aku normal membesar dengan jayanya! Yeahhhh! 



Esok ke Terengganu pulak! Pengsan mak noks! :)
Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014