Assalamualaikum dan selamat pagi! Agak huru hara blog ni dah lama tak berupdate, tapi thanks sgt buat sue coz sudi buatkan aku header baru. haaa esok-esok nak tacapppp skit blog ni bagi mantop cam zaman dolu kala huahuahua! :)
Ok ari ni kita citer skit mengenai bab susu ibu ye. Setiap kali saya cari tips untuk tambah susu lebih kurang sama je..pam..pam..pam..dan terus pam...Memang betul konsep pam tu..tapi kali ni saya nak share info yang saya dapat.
Ok ari ni kita citer skit mengenai bab susu ibu ye. Setiap kali saya cari tips untuk tambah susu lebih kurang sama je..pam..pam..pam..dan terus pam...Memang betul konsep pam tu..tapi kali ni saya nak share info yang saya dapat.
Tambah masa dan kekerapan
- Ini adalah asas dalam penyusuan susu ibu kerana secara asasnya pengeluaran susu ibu adalah mengikut konsep supply & demand. Lebih kerap menyusukan, lebih banyak yang dihasilkan. Cuba pam setiap kali selepas menyusukan bayi. Hormon prolaktin banyak dihasilkan pada waktu pagi, oleh itu luangkan sedikit masa untuk mengepam sebaik bangun dari tidur. Luangkan masa untuk menyusukan bayi sekerap yang mungkin ketika bersama mereka. Keberkesanan biasanya boleh dilihat selepas sekurang-kurangnya tujuh hari. Ada juga yang lebih sehingga 2 minggu. Menurut Pakar Laktasi Farah (Sarakids Owner), memerah pada masa yang tetap juga mempengaruhi pengeluaran. Walau pun ketika berada di tempat kerja, kita seringkali sibuk dan terleka dalam menyiapkan tugas yang diberikan, cuba sedaya upaya untuk menetapkan masa yg tetap untuk memerah setiap hari. Sediakan satu jadual memerah yang tetap dan tuliskan jumlah hasil yang diperolehi setiap kali. Oleh itu, anda akan dapat melihat sendiri perubahan pada hasil perahan setiap kali memerah.
Minum air yang mencukupi
- Air yang dimaksudkan adalah air kosong/masak semata-mata tidak termasuk teh,kopi,sirap dan air barli. Minimum 8 gelas (bagi seseorang seberat 25kg) lebih untuk yang lebih berat dari itu ;)
Pemakanan seimbang
- Secara peribadinya saya mendapati saya menghasilkan lebih banyak susu ketika kenyang berbanding dalam keadaan lapar. Sekiranya ibu-ibu sedang dalam usaha menurunkan berat badan, makan pada jumlah yang sedikit tetapi kerap bagi mengelakkan rasa lapar. Ini kerana dalam keadaan yang lapar kita lebih cenderung makan berlebihan. Utamakan sarapan pagi kerana ia adalah permulaan hari anda.
Pemakanan yang menggalakkan pengeluaran
- Keberkesanan adalah bergantung kepada individu. Halba, Oats, alfalfa , air soya, sawi, lobak putih, longan kering, daun kucai, kurma, jantung pisang, betik muda dan sebagainya.
Mengambil hormon/suppliment untuk menambah susu - Terdapat banyak suppliment yang dirumus bagi membantu ibu-ibu yang mengalami masalah pengeluaran susu. Contohnya penganbilan Set Penyusuan Susu Ibu Shaklee. Terdapat dalam pelbagai peringkat mengikut bajet anda. Jangan risau, jangan gusar, saya akan bantu anda. Harga sangat mampu milik :)
· Facebook : IEDA AL-HABSYI ( Sila add friend saya dahulu ya )
· Email: iedaalhabsyi@gmail.com
· Sms/ whatsapp: 019 - 593 8876
· Pages Facebook : Supplement Supermall Malaysia
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana ketip-ketip jari korang kat sini untuk komen, jap lagi komen lagi eh..ada lagi..ada..betoi..wa talak tipuu wooo..hahahah!