
1. Saling Mempercayai
Setiap pasangan kekasih mestilah mempunyai sikap ini. Anda mestilah  mempercayai kekasih anda dari setiap aspek. Samada dari segi percakapan,  pemikiran mahupun perbuatan yang dilakukan oleh kekasih anda.
Memang sukar untuk memberikan kepercayaan sekiranya anda pernah dikecewakan. Tetapi apa salahnya sekiranya anda memberikan si Dia kepercayaan anda. Ianya tidak salah bukan?
2. Saling Memahami
Fahami diri kekasih anda. Sekiranya anda mengajak si Dia keluar, makan  bersama atau pergi menonton wayang dan sebagainya, dan si Dia menjawab  “tak nak”, “tak mahu”, biarkanlah si Dia. Maksud biarkan itu adalah,  jangan dipaksa-paksa dan fahami kenapa si Dia menjawab demikian. Adakah  si Dia sedang sibuk dengan urusan lain? Atau si Dia ada masalah lain?  Cuba fahami dirinya.
3. Bertolak Ansur
Setiap lautan, akan ada pasang surut airnya. Begitulah juga dalam  berpasangan. Tidak dinamakan berpasangan sekiranya tiada sedikit salah  faham atau pertelingkahan. Di sini, anda haruslah bertolak ansur dan  menurunkan sedikit ego anda. Jangan mengharapkan si Dia bertolak ansur  dulu, tapi, andalah yang perlu mulakan. Jangan biarkan pertelingkahan  itu berlanjutan kerana ia ibarat seperti kanser. Semakin dibiarkan,  semakin parah jadinya.
4. Kejujuran
Anda, ketika berpasangan hendaklah jujur. Jujur bukan hanya ketika  dengan pasangan anda, tetapi juga pada semua masyarakat. Tidak kisah  sama ada ibu bapa anda, adik-beradik, rakan-rakan dan sebagainya.
Jujur dalam berpasangan adalah anda tidak berkata dusta, tidak bohong, tidak menipu dan tidak mengkhianati pasangan anda itu. Mungkin ada dikalangan anda berkata, ‘Kenapa aku nak jujur pulak pada dia? Lantak aku lah.” Anda mesti ingat, pada mula anda berpasangan, anda sayang pada si Dia, anda minat pada si Dia, anda suka pada si Dia. Sekiranya anda tidak jujur, adakah segala sayang, suka dan minat itu semuanya dusta belaka?
5. Kesetiaan
Apabila anda berpasangan, kesetiaan merupakan faktor yang anda perlu  jaga. Janganlah anda mencari pengganti bagi si Dia ketika anda  berpasangan. Ini kerana, si Dia telah memberikan kepercayaan pada anda  dan sekiranya anda menduakan si Dia, anda telah memusnahkan harapan dan  impian seseorang yang anda pernah kata-katakan ucapan cinta.
Cuba anda letakkan diri anda dalam situasi “ditinggalkan”. Adakah  anda akan berasa sedih? Kecewa? Hampa? Sudah semestinya anda akan  katakan Ya. Oleh itu, fikirkan perasaan si Dia dan setialah dengan  pasangan anda. - credit 2 blogaku.net :)



sgt2 stuju .. hehe
ReplyDeletepaling penting saling percaya..tapi kene 99.99% jer..hehehe.percaya sangat tak boleh jugak
ReplyDeletesaling bertumbuk ad x?hehehe
ReplyDeletewahhhh..
ReplyDeleteieda sedang memberi tips upenyer.. bagus uge tu kan!..
yer la.. mesti bertolak ansur & saling memahami, jujur harus ada dlm perhubungan..
owh..
ReplyDeleteromantik punye entry...
i like..
:)
akak, kalo sblh pihak jek yg cm2????
ReplyDeletecmne nk kekalkn ea?
ke, kene lpskn gak????
jgn bagi hilang kepercayaan, sentiasa jujur dgn pasangan ..sekali tipu dah kantoi baru padan muka..
ReplyDelete