Thursday 28 July 2011

Belog Di Tutup, Sekian Harap MakNgah!

Seminggu tak berupdate, kira di tutup lah tu kan! Hahahahah! Tak tau la bila nak bukak kedai kopi lagi, mungkin sehari dua lagi kot, hoiii...korang tak rindu aku ker?? geli ahhh... miahahahaha!


Tutup kedai kopi aku ni ada sebab, nanti kiter citer-citer ek, ewah...ber "kiter-kiter" la pulak! Miahahaha! Ni lah tandanya terlebih jongging sambil berpesbuk bagai! 
 Serius aku tengah tak berapa nak sihat sekarang, oh! Baby dalam perut makin membesar, sampai aku berdiri pon tak nampak kaki dibawah, hehehehhe! Berat. Ok..ok, hospital mula memanggil aku (tak rela, tak suka dok hospital!)

Tuesday 19 July 2011

stor



Rumah macam stor. Giler! Hari ni kene kemas jugak sebelum laki aku betul-betul tido dalam stor.

Friday 15 July 2011

Pesanan Buat Blogger Xera!

Ahkak nak pesan sesuatu kat ko tapi sebelum tu akak nak ceriter ceritut dulu. Semalam berjalan-jalan penuh makna dalam Jusco, nak pergi tengok harryboy..eh..eh.. harry potter. Melautttt manusia sebab ada J Card sekali, segala macam bauuu melekat kat akak, akak terima dengan hati terbuka 45 darjah sebab abang Voldemort punya pasal.




Pastu sedang asik mata menjamu mata sebab duit takde, akak terpandang seseorang yang sungguh akak kenal. Akak terkammmmmm dia! Auummmm (sound efek konon), terperanjat beruk orang tu! Haa... mesti ko kenal kan wahai dik Xera. Bagi mengukuhkan lagi bukti, akak selitkan sekeping foto cumbu rayu kami bersama buat tatapan ko sampai menangis, hahahahahah!











BFF ko! Seha Ngok Ngek! Hahahahahaha! Mesti ko rindu dia kan! Kesian dia jenjalan tanpa ko, dia rindu kat ko Xera, takpe akak jaga dia dekat sini ek, hehehehehe! :)

Thursday 14 July 2011

Gua Rasa Kepammmm Kalau Tak Menunjuk!






Ok! Gua rasa kepammmm kalau tak menunjuk, kahkahkah! ^o^ Jangan lupa semua batch-batch gedik santai untuk menonton malam ini, miahahahahaha! Demi Harry Potter yang terakhir, tinggalkan laki dan anak di rumah mak aku, mak aku leh jaga mereka dengan baik, miahahahahaha!


Tak senang duduk di opisss sekarang, kepammmmmmmm! Miahahahaha! 




Wednesday 13 July 2011

Pengalaman Berak Lepas Beranak

Ni idea masa sedapp mencebuk tadi. Hahahahahha! Serius! Sebab tadi sembelit tak hengat, nak meneran bahaya, kang terberanak naya je beb! Pastu sedang sibuk mengelamun, teringat masa pengalaman nak berak, lepas beranak 3 tahun lepas, miahahahahaa!!






Ok, Lepas 2 jam beranak, memang gua jalan kengkang abis sebab sakit fefet punya pasal. Masih terngiang bunyi doktor menggunting sikit bawah tu sebab baby tak kuar, "KETIPPP" ha...gitew kekdah bunyinyer ok! Dapat rasa tak? dapat rasa tak? hahahahah! Mujur laki aku tak pengsan dekat dalam labour room tu, kang takde sape nak buat CPR kat dia, memang aku tak bagi awek-aweks lain buat CPR kat dia, tambah-tambah nurse yang cun molek tu, hahahahaha!


Sambung balik.


Lepas beranak, besoknya boleh lah balik rumah. Pastu lusa nurse pon datang umah, cek baby, chek aku, pastu nurse tu tanya, "Ada berak?". Dengan lurus aku jawab, " Tak, dah 2 hari" . Ok nurse terkejut! Suruh aku makan limau bagai untuk berak. Weh! Aku takut sakit wehhhh! Pedih lagi tuuuu. Last-last aku berak gak, berdiri, kangkang sikit aje, eh...ok pulak! Tak sakit lah! Hahahahahha! 


Kalau jamban duduk, duduk senget skit, kang luas-luas koyak pulak jahitan tu! Serius! Memang takut nak berak lepas beranak, ahahhahaha! Pasal mencebok macam mane pulak??? Takpayah citer! Pandai-pandai lah mencebok dengan jayanya sehingga hilang bau, rasa dan warna! Miahahahaha! 

#10 Wordless Wednesday - Tengah Sedap Melaborr!




Monday 11 July 2011

Miliki Hosting Sendiri!


Masih berbelah bagi. Hati nak tukar. Tapi takut semua tak menjadi. Tak pandai :( Tapi bila tak cuba, sampai bila-bila tak tahu kan! :) Sangat berminat dengan pakej dari Netkl ni sejak 3 bulan lepassss ok!



Uitss! Sape leh membantu ni? Saya memerlukan seorang sifu! :)



Jual Telor

Pembeli: "Dik, telur sekilo berapa?"

Penjual: "Telur ayam atau telur itik?"

Pembeli: "Telur ayam."

Penjual: "Telur ayam biasa atau ayam kampung?"

Pembeli: "Ayam biasa."

Penjual: "Yang tempatan atau yang import?"

Pembeli: "Yang tempatan."

Penjual: "Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor
atau Tampin?

Pembeli: "Yang Ipoh lah..." (Sambil terlihat kesal).

Penjual: "Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau Selatan?"

Pembeli: "Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?"

Penjual: "Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan
yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang.





Ummi...Baliklah Cepat, Rinduu!!

Ummi. Cun kan, macam aku gak, hahahahaha!




aku rindu kat mak aku. Gedikkah dah tua-tua masih nak dok bawah ketiak mak? Aku peduli hapak! Mak aku pergi lepak kat umah adik aku kat kl, kamis malam jumaat lepas, aku hantar dia pergi stesen bas, papa aku awal-awal dah pergi dulu. Ni bukan kes, mak aku nak pujuk papa aku balik, tapi papa aku ada kerja dekat sana, so mak aku menyusul, dengan mengambil mc sehari, hahahahahaha!




Jumaat, Sabtu dan Ahad aku lemau tanpa ummi. Amanda pon sama, asik cakap "ma...nak wan..." isk..isk... Hari ni mak aku balik. Yahoooo! 

Friday 8 July 2011

Ok! Nak rutbir!

Dari petang tadi sangat teringat ringat dekat rutbir float A&W. Nak pergi dekat Station 18 sangatlah jauh, haishhh! Jadinya ke Marybrown, sebab kat situ pon ada rutbir!


Ok! Sangat puas hati sekarang, boleh tidur dengan lena. Hahahhaha! :)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Semalam Salah Raba, Hari Ni Meraba-Raba

Ah! Busuk la ko Ieda main raba-raba dari semalam, hhahahahhaha! Weh, maunyerrr tak meraba-raba, dashboard aku baru bertukar, aku jadi kampung sekejap noks! Meraba sana sini, mana nak cari post kawan-kawan blogger, mane nak cari new post, mane nak cari layout. Haa...gitew nganga-nganga aku pepagi buta sensorang depan komputer ni. 




Orang lain semua dah bertukar dari tahun lepas, aku punya baru diorang tukarkan. Aduh! Rindukan yang lama, tapi pakai yang baru pasti ada kemajuan! 



Eleh...kejap je tu, esok-esok pandai lah tu! Berlagak giler! Kahkahkahkah! ;p



Thursday 7 July 2011

Tersalah Raba


Pagi tadi opis tak ramai orang, semua keluar ada hal memasing. Tinggal sekerat dua je dalam opis, makanya layannn je radio dengan lelagu jiwang basah-basah. Siap bancuh air kan, eh..eh..stok kat dapo opis dah abis, bancuh air kosong aje, hahahaha! 



Tengah sesedap buat keje, setan tu ada je hasut suh bukak belog, berpelesaran di alam maya bak kata kak Noj, hahahhaha! Sedap je mata layan belog orang lain, terasa dahaga kan, tangan pon meraba-raba kat tepi denun nak amik mug yang berisi air kosong. Mata masih di skrin. Raba punya raba .... dapat la capai mug tuh.  Sekali nak togak, tu diaa.....amik gunting cucuk hidung. Sebbek cucuk hidung, kalo mata, kan naya, buta, sapa pon tak nak, hahahahahaha! Ni kes mug berisi air dok parking baik sebelah mug letak pen pensil, lalalal!


Sila berhati-hati lain kali ok! Jangan dok layan sangat benda-benda lain time keje ni, contohnya belog, eh..eh...terasa teransang aku, kahkahkahkah! :)





Kemain baik parking, side parking ke parking baring ke parking kuak lentang nih.





Kira konon lakonan buat-buat jadi semula lah yek! Hahahahaha!


Haa...gini , salah raba kan! Dapat benda lain ;p





Ini pulak lakononye bebuat terkejut, Opss! Opocot! Salah raba! Gitwe kekdahnya...






Haa...baru betoi...Pegang dengan kemas dan layan air kosong sambil dengar lagu jiwang-jiwang basah. Hahahahha!

Sesungguhnya Cinta Itu Butaaaaa!

Seorang lelaki buta memasuki sebuah restoran. Amin,pemilik restoran itu juga berperanan sebagai pelayan mendatanginya dan menghulurkan menu.


"Saya orang buta dan saya tak boleh membaca menu.Tolong bawakan sudu kotor yang telah dipakai oleh pengunjung sebelumnya dan saya akan menciumnya. Dari situ nanti saya tahu masakan apa yang enak untuk dipesan," kata lelaki buta tersebut.



Amin mengumpulkan beberapa sudu bekas dipakai yang ada dan memberikannya kepada lelaki tersebut. Ia mencium sudu itu dan akhirnya berkata, "Saya pesan ikan pais dan sayur masak asam bang".... Dengan agak terperanjat Amin mencatat pesanan lelaki buta itu.Menu itu memang menjadi kegemaran para pengunjung restoran tersebut. 



Beberapa hari kemudian lelaki buta tersebut datang lagi.Sekali lagi dia minta sudu bekas dipakai untuk dicium, tetapi bukan yang habis dipakai utk makan ikan pais dan sayur masak asam. Hanya ada satu sudu yang habis dipakai untuk makan menu lainnya.









Amin memberikannya kepada lelaki buta tersebut yang kemudian mencium sudu itu dan berkata, "Bau sudu yang ini sedap juga, seperti habis diguna untuk makan ayam bakar dengan sayur ulam dan sambal belacan. "



Amin mengiyakan dan si lelaki buta memesan makanan tersebut. Lelaki buta itu untuk ketiga kalinya datang semula beberapa hari kemudian. Dia datang lebih awal ketika belum ada satupun pengunjung yang datang sehingga tidak ada sudu bekas diguna yang boleh diberikan untuk dihidu.



Entah dari mana datangnya, tiba-tiba sifat nakal bodoh Amin muncul. Dia menghampiri isterinya yang berperanan sebagai tukang masak didapur. Diberikannya satu sudu dan berkata, "Yati, garu ketiak kamu" "Apa-apalah abang ni ?" tanya Yati tak faham. "Sudahlah ikut je lahhhh, untuk kemajuan restoran kita," kata Amin setelah memaksa. Yati menurut, mengusapkan sudu tersebut di "ketiak! nya" dan menyerahkan kembali kepada Amin.



Dibawanya sudu tersebut ke lelaki buta yang duduk menunggu. Lelaki buta melakukan seperti biasa dan berkata,........ "Aku tidak menyangka makwe lamaku Yati bekerja di sini..........boleh saya jumpa dia" Amin: ???????????tang... tang...tang.. Sesungguhnya Cinta itu Butaaaa.......... "



kredit to Kak hati-Hati, sebab share citer ni dalam pesbuk! :)

Wednesday 6 July 2011

Sekali Naik 50 sen



Skang anak aku suka main benda ni, aku mula pening, sekali naik 50 sen, kena naik sampai dua hengget baru ok skit kot. Paling-paling abis, kene dokong sambil nangis jerit-jerit bawak masuk kete. Jadi perempuan hulk hogan melayu terakhir lah aku time tu, hahahahaha!


Bagi senyap dengan umpan eskrem asam masin, tapi anak aku tak suka sangat, aku yang suka lelebih, kena makan 3 batang baru yummiiieee! :) kahkahkah!


Owh, yang tak best nyer permainan ini adalah sebab lagu dia. Ada pulak main lagu "Ulek Mayang Di Ulek"!! Putri dua berbaju serong, putri ua makan eskrem asam masin...bla..bla... cis! Potong mood! Hahahhaha!

#9 Wordless Wednesday - Tikus atau Tetikus??

Tuesday 5 July 2011

Testingggg

Yippieee!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Layan Terangkat Baik Punyerrr!

ntah tak tau nape ni kalo amik seploh kali pon tak dapat ke'center'an nyer, tangan gegor macam parkinson.



Korang tau tak ape kat atas tu? tau tak? Hahahahahha! Itu lah aiskrim coklat ditaburi dengan cornflakes. Nak nama sedap lagi Aiskrim Coklat Lemak Berkrim Disukai Ramai dilimpahi Empingan Jangung Jongkong Emas Vavavava! 



Cer korang terai buat jugak, sedappp wooo...krup krup dalam mulut gitew! Hahhaahhahaa! :)

Bulat dan Tajam


Ada plak si pet mencelah nak durian, jangan harap lah aku nak bagi. Lagi satu. Tipu aje. Bukan baby yang nak, mak baby yang nak makan durian. Hahahahahha!

Sila buang bayangan karut marut dalam pale hotak korang mengenai bulat dan tajam, ianya hanya incik Durian! Hahahahahaha! Ok, sila baca perantaraan jin (izat) dan puteri comel (ieda) di atas. Dapat? Dapat? Ye! Aku dapat lepas ngidam nak makan dorian. Padahal melambak kot orang tepi jalan jual, aku je malas nak berenti, parking, turun, kenyit-kenyit mata skit nak mintak rege murah, sekali bini abam jual durian kat sebelah menjegill dari ujung mata kan..kan..kan.. tak kuasa aku semua tu! Hahahahaha! Sebab ari tu bebudak opis aku dengan rajin nyer nak menketedarah durian kat Kuala Kangsar.




Aku tak pergi sebab dan kompom nya aku takmo berebut makan durian bersama Amanda, hahahahah! Wajib kan kemana-mana bersama si Amanda, tapi dia kuat makan durian! Aku takmo bagi sangat sebab pernah jadi kes (ala-ala berat punya kes je konon) pukul 3 pagi dia bangun berpeluh-peluh, panas terlebih makan durian, 5 bijik kot dia makan eh..eh..giler ape 5 bijik, 5 ulas dia makan ngan aku dekat dapor. Baikkkk punyer parking 2 beranak dekat dapor kan kopak durian sambil gelak-gelak dan tangan siap tunjuk thumbs uppp best yang amat, hahahahah!




Ok, dapat 3 bijik durian dari Izat, thanxx bro! Punya lama nak tunggu Amanda tdo, sebab aku nak layan durian sensorangggg, hahahahaha! :)






Baru Perasan, Mungkin Selama ni Takde Perasaan - Gadget Favicon

 Heheheheh! Tetiba je gelak kan macam angry bird. Semalam sentap. Sibuk yang amat. Tak sempat nak makan, tido, kencing, berak apatah lagi nak update belog. Kira hari ni kena buat seploh entri boleh? Nak cover semalam, boleh? Takpayahh gegateiii! Tak kuasa mak noks! Hahahahhaa!


















Weh, weh, weh, aku baru perasan pagi tadi. Selama-lama ni mungkin takde perasaan kot. Dah ada pulak tambahan untuk favicon kan kan kan. Senang ha...picit aje punat, segala bagai leh kuar sekarang kan, Lepas ni aku nak tukar. Sibuk je citer kat korang (yang dah tau O_o), aku sendiri pon tak tukar lagi, kahkahkahKAHAK! :)

Friday 1 July 2011

Eee..Berbulu!


Bulu oh bulu! Dulu masa sekolah kalo member tengok tangan kita berbulu lebat katanya "Haa...ni mak mertua sayang ni!" Fine. Apakah kaitan bulu dan mak mertua? Hahahahaha! Adakah berbulu lebih atau panjangnya 5cm membuatkan kita terer memasak (bagi perempuan) atau pon boleh duit banyak dengan kereta mewah dan harta menimbun (bagi lelaki)?


Photobucket



Banyak betoi ayat bulu atau berbulu ni. Ada yang fikir bulu tu berkaitan dengan lelaki yang seksis seksis. "Wah! Abam banyak bulu di dadada, keringting gitew, seksis la abammm!" kembang kempis lelaki tu yang berperasan perasaan macam pelakon hisndustan. Ceh!



Malah ada yang kata lelaki atau pon perempuan yang banyak bulu itu gila seks. Adakah kajian perogol seks bersiri mahu pon tak bersiri atau sambung setiap minggu itu, sungguh berbulu? Iskk..iskk...kejap aku pergi tanya dekat perpustakaan. Mungkin dia pak guard di sana boleh membantu.



Ada jugak aku pernah dengar ayat macam ni, " Ee...ko ni Tipah, bawah dah berbulu pon masih tido bawah ketiak mak ko!" oh! Itu saya sangat paham maksudnya! Hahahahah!



Dan ayat paling sesuai bila getik dengar orang tertentu,



"Berbulu je aku tengok minah tu! Cakap besar bla..bla.. macam lah boipren/laki dia bla... bla...."



Itu sangat biasa didengar. Heheheheh! :) 

Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014