Saturday 15 October 2011

Mari Mula Berjuang! :)

Sabtu, 4.40ptg, Pusat Perubatan Islam Ar-Ridzuan.
Pukul 1ptg tadi, jumpa doctor. Ok, seluk punya seluk bukaan sudah 3cm tapi masih tiada sakit dan tanda bersalin yang lain. Doktor pakar suruh datang pukul 4ptg untuk admitttt masuk ubatttt. Eawwww! Sekarang sedang menunggu penuh debaran! Doa kan kami selamat dan berjaya, insyallah! Hoyeehhhhh! :)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday 12 October 2011

Cencorot Berdangdut Di Dapur

Selalu lepas balik kerja, amik si Amanda, berdesuppp aku pergi lepak umah mak aku sampai kul 10 malam. Laki aku balik kerja lepak minum ngan member dia, so takde pasal aku nak tercongok sensorang kat rumah kan kan. Bila dah nak balik baru dia call aku, then sesama jumpa kat rumah. 



Sangat lah tidak menyenangkan hati bila sang cencorot chrootttt chroottttt mula berdangdut kat dapur umah mak aku. Geli wehhhh bukan takut tapi geli hahahahahha! Kisahnya.....


Mak aku bebel. Seminggu tak masak sejak terserempak cencorot kat dapurr, siap jerit "Makkkkkkk!!!" hahahahaha! kata mak aku, terkejut opah kau dalam kubur. *toinggg!!* Aku tak tersempak polis entry wan tu jaga lagi ngan cencorot, makanya cakap besar lah kan. "Apa laa....tu pon nak takut! Buat tak tau sudeyyy".


 Nak jadi cerita, time setan mengambang, maghrib, time tu jugak aku dok teringat mempelam kat dapur kan, cicah pulak dengan kuah rojak Mak Bee, perghhh...serius meleleh. Ah! Persetankan cencorot chrottt chroottt! Turun ke dapur. Bukak lampu dapur. Amik kauuuuu, sekali dia main cat cilok at at ngan aku, jerittt la mak buyonggg macam orang nak beranakkkkk," aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!! (sambil melompat setempat)"




Ni lah cencorot, muncung panjang skit. Geli weh bukan takut ;p







Ni hamster. Jangan yang nak kata comel, aku lempang kang. Apa kau ingat comel macam mickey mouse??? Hahahah!








Mak aku dari atas jerit, "nak beranak ke mak buyongggggggggg???". "Cencorottttttttttttttttttttttttttttttttt!!!!" 


Mak aku gelak besar kat atas," Amik kauuuu! Padan muka kau jahhhh! kata berani sangat!" hahahahahah! Masa aku jerittt sambil lompat setempat, aku tengok cencorot tu pon lari tak jejak tanah, ahhahahahahahaha! Lawak siot, macam dalam cerita kartun, kuangkuangkuang! :)


Masuk minggu ni dah 2 minggu mak aku tak masuk dapor memasak. Ni nak tunggu Rentokil datang hari Jumaat. Aku datang sana pon terus naik atas, takmo turun ke dapor. Bawak segala air panas ngan susu si amanda ke atas, ahhahahaha! Gelas minum semua letak dalam peti ais, so penuh gelas dalam peti ais, hahahahah! sebbek peti ais ke depan skit, kalau tak, gamak nyer nak minum pon kene lepak mamak! Hahahaha! 


#15 Wordless Wednesday - IKEA Job Interview :)

Tuesday 11 October 2011

Maharaja Lawak Mega Pulakkan..



Kali ni semua otai, amik kauuu. Haaa..mau jugak aku bertepuk tampar dengan laki and amanda tengok show ni. Kalau dulu Maharaja Lawak memula sokong Jambu, pastu tak sedap sokong Jozan pastu rasa-rasa macam Sepah boleh menang, sokong Sepah pulakkan, lalang betolll, hahahahhaa! Eh! opkos aku sokong the best terbaik bagai yang boleh menang, hahahahah! 






Untuk Maharaja Lawak Mega ni, jom tengok senarai peserta yang otaiii (bak kata mereka) :


Berkumpulan:Pimai ( Sathiya, Imuda, dan Mat Over)
Hiro (Hamdan, Ilya, dan Ropie)
Boboi (Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik) (Sokongggggg ketat-ketat! :))
Anje (Achong dan Joey)
Osbon (Mr Os dan Abon)
Bawal Power (Bob Kuman dan Sobri)
Rap (Aziz Kota, Pak Lah, dan Rama)
Comel (Radhi Khalid dan Bell ngasri)
3G (Yassin, Didie Alias, dan Enot)
Syok (Suhaimi, Ifa Raziah dan Arif Sudin)
Gebu ( Hani dan Azian)
Bawel (Dodon Jambul, Amin Bawel, Dadang Ragas)
Lanun ( Jegan, Elyas dan Saiman Al Farisi)
Saehu (Eko, Bocil dan Vicha)
Caer (Adeteo, Mister Ibo dan Lugiana)

Solo:Adlin Aman Ramli
Jalil Hamid



Heyyy, yang solo mesti powerrr kan! Payah ooo nak memikir sensorang, so patut respek dengan yang solo :)


Bakal memulakan siaran secara langsung pada setiap hari jumaat, jam 10.00 malam bermula 28 Oktober (pakej mustika), program ini menampilkan 47 orang pelawak professional dari tiga buah negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia. 

Monday 10 October 2011

Ubat Apalah Ni





Harapnya tak de lah yang ting tong lepas makan ubat ni, hahahaha! 

Mari Menjulingkan Mata Pagi Isnin




Pagi Isnin. Normal la kalau korang very the basai-basai kan, hahahahha! So pagi ni jom kita main skit, ala..sikit jer, hahahahahha! Ikut arahan di bawah. Ecececehhhh...pendek je! Nak cakap orang putih bolehhhh? Hahahahha! :)


Stare at the dot. If the circle disappear, please click LIKE and TWEET! 

Aceh! Kejam dan memaksa kan, hahahahaha! Hoiii! Jangan sampai juling! :)



Sunday 9 October 2011

Kami Kumpulan Biru!

Hari ni 9.10.11 kannnn, so banyak la orang nak buat kenduri hari ni. Kami dari kumpulan biru hadir memeriahkan lagi kenduri kendara korangggg.

Tak sabar nak pergi kenduri tokey murtabak, dengar kata ada cendollll paling marbelesssss, eeeuuwwww! :) Murtabak nan ado ko? Hikssss :)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday 8 October 2011

Bayi 23hari Diliwat Bapa - Apa Gilerr Ker!!






GOMBAK: Berang isteri dalam pantang enggan melayan kehendak seksualnya, seorang lelaki berusia 28 tahun bagaikan dirasuk syaitan apabila sanggup meliwat bayi lelakinya berusia 23 hari di dalam bilik di rumahnya di Taman Sunway, Batu Caves, di sini, kelmarin.


Lebih kejam apabila tangisan bayi malang yang menahan kesakitan itu langsung tidak diendahkan si bapa durjana, sebaliknya dia menjadi lebih rakus dengan bertindak menutup mulut anaknya itu menggunakan tangan dengan kuat, sekali gus menambah derita si kecil.

Bapa yang kejam itu berbuat demikian untuk mengelakkan tangisan bayi malang itu didengari isterinya yang ketika kejadian dilaporkan sedang berehat di ruang tamu rumah.



Sumber polis berkata, tindakan keji dan kejam itu hanya disedari ibu mangsa berusia 39 tahun kira-kira jam 4 petang apabila melihat mangsa tidak bermaya ketika mahu memandikannya.



“Si ibu terkejut apabila melihat bahagian mulut mangsa lebam. Pemeriksaan wanita itu kemudian mendapati bahagian dubur mangsa turut cedera.- myMetro


p/s: Ni bukan manusia dah ni, ni tahap iblis! Amik kau si bini pon tak beragak nak berlaki muda!

Friday 7 October 2011

Pak Imam dan Rebonding

Seorang pak imam terkejut melihat rambut anaknya yg kerinting bertukar menjadi lurus .

Imam : Kenape dgn rambut kamu tu ?

Anak : rebonding, yah.

imam : ape rebonding tu ?

anak : diluruskan yah.

imam : Oooww...





Tiba waktu solat, pak imam g ke masjid. Sblm mengangkat takbir, pak imam
 
menoleh ke blkg dan berkata,



imam : safnya tolong direbondingkan ya




coiii! :)

Peahhhh... Aku sekarang Menunggu Masa!

kita bagi XL punya gambarrrrrr, hehehehhe! :)



Sudah 38 minggu 6 hari. Insyallah minggu depan bersalin. Peahhhh, nilah gambar terbaru aku. Tengok lah ni sabtu lepas, sempena bufday parti Danish. Boolat, takut tengok kata adik aku kiri kanan tu sebab sebelum ni diorang asik tengok aku selim melim comel *perasan nak mampos* hahahahah! Alhamdulillah, baby boy, semalam scan kompom kali 3 baby boy, nampak "ball" dia yang sangat comel, kuangkuangkuang! :)



Kawan-kawan, sila doakan kami selamat semuanya. Allah yang tentukan, kita semua berdoa dan berusaha. Mungkin petang ni, mungkin malam ni, mungkin sabtu or ahad or tepat pada masanya. Itu janji Allah. 
Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014