Showing posts with label mengandung. Show all posts
Showing posts with label mengandung. Show all posts

Friday, 7 October 2011

Peahhhh... Aku sekarang Menunggu Masa!

kita bagi XL punya gambarrrrrr, hehehehhe! :)



Sudah 38 minggu 6 hari. Insyallah minggu depan bersalin. Peahhhh, nilah gambar terbaru aku. Tengok lah ni sabtu lepas, sempena bufday parti Danish. Boolat, takut tengok kata adik aku kiri kanan tu sebab sebelum ni diorang asik tengok aku selim melim comel *perasan nak mampos* hahahahah! Alhamdulillah, baby boy, semalam scan kompom kali 3 baby boy, nampak "ball" dia yang sangat comel, kuangkuangkuang! :)



Kawan-kawan, sila doakan kami selamat semuanya. Allah yang tentukan, kita semua berdoa dan berusaha. Mungkin petang ni, mungkin malam ni, mungkin sabtu or ahad or tepat pada masanya. Itu janji Allah. 

Thursday, 5 May 2011

"Ubat Ini Akan Merubah Warna Air Kencing Anda"

 Semalam lepas lunch aku terkedek-kedek pergi klinik dekat dengan opis ni, sebab nak buat checkup baby. Sebenarnya aku dah terlewat 3 minggu dari tarikh mengechek, heheheh, makanya dengan hati yang tabah, pergilah aku ke klinik berdekatan, laki aku kat umah dah bising kot aku lewat pergi checkup. Setelah membohong sunat pada bos, lepaslah keluar kejap kan.



 Ok, dah pergi, amik nombor, pastu buat kencing dalam botol, pastu check darah pastu masuk bilik lagi satu jumpe nurse comei sikit lah. Haa...dia pon pung pang pung pang bagi nasihat pemakanan, minum susu, pastu tanya ade ape2 masalah atau demam. Nan ado, sakit tekak aje, pastu dia pon bagi ubat sebeban untuk makan. Banyak weh...dah la aku takut makan ubat, hahahahahaa! kalo dulu nak makan ubat kene sampai 3-4 orang pegang kaki tangan aku untuk makan ubat, macam ospital giler pulak bunyi nyer , ceh kuang hasem korang, cit!




ubat kecik-cecik kuning tu adalah asid folic untuk mengelakkan bayi cacat, yang oren tu vitamin C, dan ubat kaler coklat macam smarties tu adalah ubat tambah darah. Ubat tambah darah tu kan, kat luar pek dia tulis, "Ubat Ini Akan Merubah Warna Air Kencing Anda" aku rasa cam seram je weh, kang kuar kaler biru air laut tak pon pelangi paddelpop tu mau sentap sensorang dalam bilik air nanti :)



Pastu aku pon balik ke opis seperti sediakala, hahahaha! Eh, Khamis depan kene pergi lagi sebab nak scan baby, yaahhh! :) Ingat nak beli mesin scan baby, leh hari-hari aku scan sendiri tengok baby aku, heheheheh! :)

Friday, 4 March 2011

I'M NOT FAT, I'M JUST PREGNANT!




Hahahahaha! Ok2, terimalah hakikat aku tak gemuks, aku mengandung oksss! ;p




Wednesday, 2 March 2011

PERMINTAAN ANAK.....ANAK TEKAK!

 *Hari ni rasa nak minum grape yogurt pulak, masam sedap!*




 *Themen* Anak tekak sudah mula mengada-ngada, tapi lagi mengada-ngada adalah tuan punya anak tekak, hahahahhaa! Tapi saat begini paling sukar sebenarnya, dalam tempoh bulan 2 dan 3, lepas cukup 3 bulan, hilang semua dan kembali ke asal. Tak dapat jadi puteri dah, so gunakanlah saat ini sebaik mungkin, mungkin makan tengahari di Jepun dan makan malam di Australia, hahahhahaha! Jangan mimpi! Lain lah kalo laki aku bawak jet pejuang macam Jejai ;p



 Saat loya mual semua tak lalu, nak masam-masam aje walau hakikatnya tak suka benda masam, bau tu busuk ni busuk, bantal busuk sendiri pon rasa teramat busuknya! Baru lah sedar setelah 5 tahun bantal busuk tak basuh, baru lah tau betapa dasyatnya busuk dia! Hahahahhahaa! Bau anak jugak yang wangi. 



 Over kot citer panjang-panjang, aku sendiri pon geli nak menaip, hahhahaa! 
Ni nak senarai benda masam yang makan semalam dan kelmarin dan kemungkinan hari-hari mendatang ;p


 Semalam mak aku masakkan aku tom yam ayam, ni gambo aku cilok kat google aje, takde masa bagai nak amik gambo, dah kebulur..ape barang nak tunggu hegeh hegeh amik gambo, hahahahha! ;p







 Hari ni mak aku kata nak masak gulai ikan masak asam, untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan, gulai ni mak aku je suka, aku tak suka tapi bila saat genting begini gulai begini beraja di hati sukma dewi buyong, sangat sedap sehingga menjilat jari mak aku :)



 Asik mak ko je masak, malas betoi ko ni, begitulah kata korang kan kan kan, hahahahaha! Ade aku kisah!





3 hari lepas, pergi ke Greentown Mall, nak hirup Ice Jelly Cocktail. Sedappppppppppppp! Licin hirup!


Tuesday, 1 March 2011

SENARAI KOSMETIK YANG MEMBAHAYAKAN JANIN

Wah, sejak memngandung nak cerita pasal baby aje ek, lalala ;p Hei semalam mak buyung pergi jumpa doktor, dia cakap kandungan dan 7 minggu, aiyok..sudah hampir 2 bulan rupanya baru perasan mengandung, hehehe ;p




 Semalam nampak dekat satu belog ni, pasal bahaya penggunaan kosmetik semasa mengandung, serammm ooo! Dah la aku suka makeup bagai ni kan. Jadi, inilah senarai bahan kosmetik yang kalau boleh, elakkan dipakai semasa mengandung, kesian janin kita kan :)


  1.  Perfume Poisen dari Christian Dior (memang poisen abis lah yek! ni mak aku pakai, adoii..dah la aku suka bau dia, sedappp!)
  2. Pantene Pro-V(Healthy Hold)
  3. Deodaran Arrid
  4. Penyembur Rambut Aqua Net
  5. Tresor Au De Parfume
  6. Deodarant intensif 24 jam Rexona
  7. Perfume dari Eternity, Tommy Girl dan Channel No.5
  8. Produk penyembur rambut Vidal Sasson dan Tommy Girl
  9. Deodaran dari The Body Shop danNivea
  10. Mousse rambut dari Wella dan Studio Line

 Ini adalah sebahagian darinya. Apa-apa pon boleh rujuk di belog Zaza, sayangilah janin kita! Yeaahhh!! :)



Wednesday, 23 February 2011

SAYA NAMPAK DUA LINE PINK ITU

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!


Dah rasa lain macam 5 hari, sakit pinggang dan letih teramat sangat dan yang paling ketara, period tak datang-datang, jauh lari dari tarikh sepatutnya. ermmm...

 Ok, pergi farmasi, selongkar konon nak beli pregnancy test abis terbaik la konon nyer, hahaha! Pastu malam semalam, mulalah adegan 3 beranak berdiri depan pintu bilik air, hahahhaa! Kencing kencing dan kencing, ishh..banyak pulak kan, overdos, hahahhaa, melimpah ruah bekas tu, ekekeke! geli tak baca, geli tak? geli tak? hahahaha! Pastu kuar bilik air sambil jinjit bekas tu,


 "Nah bang, cepat la buatkan, ayang over gila nak tau ni,"kata ayang yang sangat over
 "Hah, cepat letak. Uishhh!! Pengau nyer bau kencing perisa durian! hahahah!," kata laki.


 Bini over giler pulak nak sentap-sentap pas dah santap durian 3 bijik. Ok..ok.. dah letak 5 titik tunggu selama seminit. Sementara menunggu bini masuk bilik air kembali, basuh apa yang patut dan buang lelebibihan (taip pon nak over) hahahha! Keluar je bilik air, bapak dan anak jerit,



 "Tahniah mama!!!!"



 Ye, dan mula adegan lompat bintang 3 beranak yang keseronokan, alhamdulillah! :)

Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014