Wednesday, 2 March 2011

PERMINTAAN ANAK.....ANAK TEKAK!

 *Hari ni rasa nak minum grape yogurt pulak, masam sedap!*




 *Themen* Anak tekak sudah mula mengada-ngada, tapi lagi mengada-ngada adalah tuan punya anak tekak, hahahahhaa! Tapi saat begini paling sukar sebenarnya, dalam tempoh bulan 2 dan 3, lepas cukup 3 bulan, hilang semua dan kembali ke asal. Tak dapat jadi puteri dah, so gunakanlah saat ini sebaik mungkin, mungkin makan tengahari di Jepun dan makan malam di Australia, hahahhahaha! Jangan mimpi! Lain lah kalo laki aku bawak jet pejuang macam Jejai ;p



 Saat loya mual semua tak lalu, nak masam-masam aje walau hakikatnya tak suka benda masam, bau tu busuk ni busuk, bantal busuk sendiri pon rasa teramat busuknya! Baru lah sedar setelah 5 tahun bantal busuk tak basuh, baru lah tau betapa dasyatnya busuk dia! Hahahahhahaa! Bau anak jugak yang wangi. 



 Over kot citer panjang-panjang, aku sendiri pon geli nak menaip, hahhahaa! 
Ni nak senarai benda masam yang makan semalam dan kelmarin dan kemungkinan hari-hari mendatang ;p


 Semalam mak aku masakkan aku tom yam ayam, ni gambo aku cilok kat google aje, takde masa bagai nak amik gambo, dah kebulur..ape barang nak tunggu hegeh hegeh amik gambo, hahahahha! ;p







 Hari ni mak aku kata nak masak gulai ikan masak asam, untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan, gulai ni mak aku je suka, aku tak suka tapi bila saat genting begini gulai begini beraja di hati sukma dewi buyong, sangat sedap sehingga menjilat jari mak aku :)



 Asik mak ko je masak, malas betoi ko ni, begitulah kata korang kan kan kan, hahahahaha! Ade aku kisah!





3 hari lepas, pergi ke Greentown Mall, nak hirup Ice Jelly Cocktail. Sedappppppppppppp! Licin hirup!


Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014