Wednesday 31 March 2010

10 KEBAIKAN SEKS

Kebaikan hubungan seks tidak berakhir di kamar tidur sahaja, malahan mempunyai manfaat kesihatan lain yang menakjubkan. Di antara kebaikkan seks yang disokong oleh kajian saintifik termasuklah:



Seks mengurangkan tekanan
Kebaikkan seks yang utama ialah ia mengurangkan tekanan darah dan ‘stress’ secara keseluruhannya. Mengikut kajian yang diterbitkan oleh Biological Psychology, terdapat kaitan yang kuat diantara hubungan seks dan penurunan tekanan darah.



Seks meninggikan Immuniti badan
Aktiviti seksual yang bagus bermakna anda mempunyai kesihatan fizikal yang baik. Membuat hubungan seks 2-3 kali seminggu dikaitkan dengan tahap antibodi A yang tinggi yang melindungi kita dari demam dan jangkitan kuman yang lain.


Seks membakar lemak
Seks selama 30 min membakar 85 kalori atau lebih dan merupakan kaedah senaman yang baik kerana ia melibatkan aktiviti fizikal dan mental yang menyeluruh, kata Patti Britton, PhD, Pakar seksologist dari US.



Seks menguatkan kesihatan jantung
Ia bukan sahaja menguatkan jantung malahan mengurangkan serangan jantung berbanding dengan mereka yang lebih kurang aktiviti seksnya.



Seks meninggikan Self-Esteem
Seks meninggikan ‘Self esteem”. Kajian yang diterbitkan dalam Archives of Seksual Behavior menunjukkan, seks membuatkan kita merasa lebih bangga terhadap diri sendiri.



Seks membuatkan kita lebih menyayangi
Pelukkan mesra semasa hubungan seks merembeskan hormon oxytocin yang dipanggil “love” hormon yang mempengaruhi rasa sayang dan mengasihi.



Seks mengurangkan sakit
Semasa hormon oxytocin meninggi, tahap endorphins meningkat dengan tinggi menyebabkan rasa sakit berkurangan. Jadi sekiranya sakit kepala, sendi dan simtoms PMS semakin berkurangan. Anda boleh berterima kasih kepada hormon oxytocin dan hubungan seks anda.



Seks mengurangkan risiko kanser Prostat
Didapati ejakulasi yang kerap pada usia 20’an mungkin boleh mengurangkan risiko kanser prostate semasa lebih berusia, demikian menurut kajian yang diterbitkan oleh British Journal of Urology International.



Seks menguatkan otot pelvis
Senaman kegel semasa seks menguatkan otot pelvis seterusnya mengurangkan risiko rahim jatuh dan masalah terkencing apabila usia menopos nanti.



Seks membuat anda tidur lebih lena
Oxytocin yang dirembeskan memberikan rasa mengantuk dan mendorong tidur yang lebih nyenyak menurut kajian.

SAYA MAHU BERCUTI.....TAPI BUKAN DENGAN AHLI FIQIR :)


Hahahaha!! Tolong jangan marah aku ye Ahli Fiqir :)



Ye, saya mendambakan percutian yang terindah abad ini, miahahaha!!! Saya mahukan percutian saat ini, pergi ke pulau-pulau yang paling best, boleh mandi laut, lepak-lepak kat pantai, tambah skit...romen-romen dalam air, hahahaha!! Lucah betul korang ni, hehehe...korang pulak yang kene, huhuhu!!!


Justify Full
Bestnyer...kalau dapat pergi spa, bangun breakfast semua tersedia, lunch pon terhidang dan dinner bawah lampu malap-malap, haa...pastu tercekik tulang, malap-malap jugak la korang sensorang tak de sape nak tolong, hahahaha!! Wah...kalau breakfast, lunch & dinner semua best-best belaka, kompom balik buncit :)



Ada terdengar Hot.fm dalam minggu ni, Bercuti ke Pangkor Bersama Ahli Fiqir, ee....bestnyer kalau dapat pergi, FREE pulak tu, sapa tak mau! Tapi aku memang tak mau sebab bersama Ahli Fiqir, miahahaha!! Yela...mesti aku nak bercuti ngan family aku jer kan :)



SIAPA SUKA KUCING? BOLEH GENG AMANDA!


Rasanya ssesape yang dah baca entry yang lepas2, tau umah mak aku memang banyak kucing, tapi skang dah tak banyak la...tinggal 2 ekor je, kalau dulu dah macam pusat jagaan kucing pulak, bau pon acceemm...hahahhaa!! Tapi dah mak aku suka, tak pe la...mak aku kan penyayang macam aku, miahahaha!! :)


Ni anak aku, Amanda menurun neneknya, suka sangat dengan kucing. Kalau sebelum ni aku tak bagi dia pegang, tapi dah masuk setahun ni...aku bagi la...tapi pastu cepat2 basuh tanga, takut tak tahan bulu...

Kalau nampak je Brownie, mesti jerit sambil tunjuk ke arah Brownie ngan tersengih-sengih,

" Aaaaaaa....!!!!"

" Jangan tarik ekor dia tau.." kata aku


Ecececec....sukanyer...bangga ek Brownie landing baik kat ko :)







Cewah...layan tv sambil urut-urut kepala Brownie :)

Tuesday 30 March 2010

AKU INI WANITA BIASA....MAAFKAN AKU


Aku ini wanita biasa
Bisa sakit luka karena cinta
Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga


Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana



Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih


Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih hatiku


Kekasih hatiku maafkan aku
Aku wanita biasa


Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga


Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana


Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih


Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih
Hatiku… maafkan aku..


Jangan mengharap yang lebih dari ku...

kerna...

aku serba kekurangan....

SEMPUT LARI SANA SINI

Nice black hijab + abaya + sunglasss!!!! :) Teka yang mana satu aku? Miahaha!! :)



Saya sangat buat-buat sibuk sekarang ini (sambil mata menjeling-jeling bos). Tak sempat nak update blog sebab semalam aku tdo awal, sakit kepala. Entry aku semua aku buat mlm dan auto-publish, so jangan ingat aku ni macam takde keje je, eh....ni tgh taip kat opis ni, takde keje le tu bedah weh! miahahaha!!!


Bos aku bagi keje aku banyak-banyak hari ni, oh! maybe dia jeles tengok aku pakai baju kurung moden hari ni, ala-ala ikut body skit, so dia tak mau kalah, takpe...aku kan baik hati, so...aku nak kena siapkan Cadangan Teknikal dan Kewangan projek ni, tak best...sebab aku takleh nak meroyan kat rumah korang-korang semua.



Tadi bukak kejap, singgah kat umah blogger lain, wah! Nampak banyak 8tv lah! So siapa yang aku sempat klik alhamdulillah...yang tak sempat, nanti aku datang ye....maaf, hari yang sangat sibuk! :)



pssstttt......benci aku jalan jem nak masuk opis hari nim gara-gara parlimen, ape ke hey nyer yob? Terpaksa cari jalan lain nak masuk opis, abang polis terafik terpaksa menerima jelingan manja tajam maut dari aku :)

Monday 29 March 2010

PLEASE....DONT THINK DIRTY!

Sape sini otak kuning, jom join saya! Hahahaha!! Eh, takde ek, oo...gigi kuning ramai la ye, miahahaha!!! kekek aku tengok video bawah ni, video blue ray nih, cepat-cepat kumpul sini tengok ramai-ramai. Cis...kalau benda macam ni laju je ye...takpe, itu normal. Eh, dosa sendirian berhad tau, huhuhu!!!



Gurau je weh...dulu ada gak video ni dalam henpon aku tapi yang tu tak berapa nampak sangat kehebatan dia, ni aku jumpe lagi, tapi yang ni lagi best kot... tapi music background dia annoying skit, serabut la beb :)







INNITY : SENYUM SAMPAI TELINGA :)

Uiks... toyol hijau melompat-lompat, ada yang bertapa, miahahaah!! Itulah innity ku yang tersayang! :) Dek penangan innity, aku tersenyum samapai ke telinga setiap hari. Dalam hati ada taman RM..wink...wink...hahahha!!! :)


Ramai yang tanya, eh...hari tu ko pasang innity kan? Amacam?


Yang boleh aku jawab, "Masyukkkkkk!!! Amin..." hehhehee!!


Pendek kata, dalam seminggu lebih pasang, dah boleh cashout. Itu pendek kata, panjang lebarnya baik korang try sendiri, miahahaha!! :) Aku takmo cashout lagi, tengok la bile...berapa earning aku?? Please...please...please...(versi Aliff Aziz Sattar sakit tekak) try pasang sendiri, miahahah!!


psstttt....kawan aku kata kat mata aku ada lambang RM....try korang tengok pulak, :)

PELAKON BADRUL MUHAYAT PUKUL ISTERI


AMPANG: Jika dulu dia menjadi idola peminat serta rebutan pengarah untuk membintangi filem dan drama, kini lain pula jadinya apabila pelakon kacak yang pernah mengecapi kehidupan glamor, Badrul Muhayat Ahmad Jailani, 41, menjadi antara orang paling dikehendaki polis.

Pelakon terbabit dikehendaki polis bagi membantu siasatan empat kes masing-masing dua jenayah ugutan dan dua kes pukul yang dilakukan terhadap isterinya, sekali gus memungkinkan dia bakal ditahan di mana-mana tempat.


Malah, Badrul Muhayat boleh dianggap licik kerana setiap kali polis ke rumah untuk menahannya, pelakon terbabit seolah-olah dapat ‘menghidu’ kehadiran pihak berkuasa itu sebelum menghilangkan diri.


Sebelum ini, pelakon terbabit pernah dilaporkan menjadi buruan polis dan terbaru, dia sekali lagi membuat hal apabila didakwa membelasah isterinya selepas menyedari wanita berkenaan mungkin sudah mengetahui dia mempunyai hubungan sulit dengan perempuan lain.


Kejadian Rabu lalu seolah-olah mengulangi kelakuan panas baran Badrul Muhayat kerana dia sebelum ini pernah dilaporkan melakukan perbuatan sama terhadap isterinya.


Dalam kes terbaru ini, isteri pelakon terbabit mendakwa dia diperlakukan dengan kejam apabila dipukul, ditumbuk serta ditendang selain dicekik leher.


Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan, berkata dalam kes terbaru itu, Badrul Muhayat naik angin selepas isterinya mengesyaki dia menghisap dadah dan mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain ketika mereka berada di rumah di Kampung Cheras Baru di sini, kira-kira jam 7 pagi.


“Ketika itu, pelakon terbabit baru pulang ke rumah selepas sekian lama menghilangkan diri dan isterinya yang mengesyaki dia mengambil bahan terlarang cuba bertanyakan perkara itu.


“Selain itu, isterinya terbaca kandungan SMS dan meminta penjelasan sama ada dia mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain,” katanya.


Menurut Abd Jalil, ketika itu berlaku perselisihan faham dan pelakon terbabit yang tidak dapat mengawal kemarahan mula naik angin dan terus memukul isterinya.


“Ketika pergaduhan itu, isteri mangsa terpaksa melontarkan pinggan untuk mempertahankan diri dan keadaan kecoh itu turut didengari jiran.


“Mangsa yang cedera kemudian dibantu dan dibawa jirannya untuk membuat laporan di balai polis,” katanya.


Menurutnya, polis berharap Badrul Muhayat segera menyerah diri dan memberikan kerjasama bagi membantu siasatan kes terbabit yang disiasat mengikut Seksyen 506 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan.


Pada masa sama, polis berusaha menjejaki pelakon terbabit bagi membantu siasatan kes berkenaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat atau pernah ternampak suspek diminta menghubungi balai polis berhampiran.


Harian Metro pernah melaporkan kes membabitkan pelakon terbabit yang berlaku dua tahun lalu apabila dia didakwa pernah mengugut membunuh dan mencederakan isterinya. Selain itu, dia dilaporkan pernah memukul isterinya dan menendang perut wanita terbabit yang ketika itu mengandung sehingga mengalami keguguran. - myMetro

Saturday 27 March 2010

SAMBIL MAKAN TAPAI JANGAN MENGEMBEK

Semalam lepas balik kerja , aku kecoh-kecoh bersiap. Nak pegi majlis doa pak selamat masuk umah baru, tapi bukan umah pak selamat ujung kampung nun, umah officemate aku, Kak Intan.


Aku bercadang tak bawak Amanda, ye la...malam kan, pastu balik takut lewat balik. Ececece alasan...padahal nak senang makan, miahahaha!! Aku tinggalkan Amanda kat umah ummie. Pukul 7.40pm, Mas datang amik aku, eceh...cam bos pulak ada orang datang amik kat umah, hahaha!! Dushh!! Dushh!! Amik..perasan ko jadik bos ek! ;p


Pastu g umah Kak Intan, aiyakk...ramai la orang! Kami lewat, kalo ikut agenda solat maghrib, bacaan yassin dan solat isya'. Hehehehe!! Takpe2...masuk ikut pintu belakang lah! Malu je orang nampak, miahahaha!! Sambil mata menjeling kat menu yang terhidang, wah...ada kambing golek2 lah! Lapo...lapo... :)


Time makan la saat yang penuh nikmat! Nasi ni...memang tak nampak pinggan dah nih! Weh...ko makan dengan jin ape?! Hahahaha!! Tau takpe, jin aku kata nak tunggu ko blanje kfc pon tak lepas. Aku, Mas, Nadia ngan Kak Atie amik port baik...kat belakang umah ada meja santai bawah sinar rembulan dan lampu romantik solar, cis...port memang baik! Boleh aku makan sambil angkat kaki! Miahahahha!!! :)


Member2 aku g amik kambing golek-golek ngan tapai. Aku tanya Mas,

"Sedap ke daging kambing? Rasa Macam mane? Aku tak tahan bau la..." kata aku

Belum Mas jawab, ada pulak yang menyampuk....

"Kambing rasa ngemmmbeeekkk..." kata Kak Atie.

"Eh, ada pulak kambing kat sini, hahahaha!!!" kata Mas

Haahahhahaa!! Aku gelak wajib panjang! Tambah2 time nak kenakan Kak Atie.

"Ye la, kambing siap makan tapai lagi, miahahaha!!!" kata aku.

"Kurang asam korang," Kak Atie muka malu.

"Tu la...menyampuk lagi, padan muka! Eh, kambing nak tambah tapai lagi?? Hahahaha!! " kata aku....


MORAL : Sambil makan tapai jangan mengembekk.. :)

Friday 26 March 2010

KAMU DAH ADA BOYFRIEND KE IEDA?

"Kamu dah ada boyfriend ke Ieda?" tanya papa aku

Slurrrppppppppp....aku tercekik air liur jap

"Takde..." kata aku

"Heehhee!! Kalau ada bagi la tau papa, boleh kita kongsi cerita & pendapat," kata papa lagi

-------------------------------------------

Itu dialog 13 tahun yang lepas, hahahah!! Waktu tu aku baru naik form 1, balik dari kokurikolum (koko crunch) sekolah, dalam kereta papa amik aku. La...betoi takde boifren sebab aku sekolah semua perempuan, miahahaa!!!


Time form 1, tak yah korang pecah kepala pikir mana 1 aku,sebab aku takde dalam gambo, hahaha!!!



Ye...papa dan ummi aku sporting, kami boleh share story. Aku dulu time sekolah, nak kemana pon mesti bagi tau ummi & papa, sebab papa dah pesan, apa2 saja kongsi...bagi tau mereka..



Kalau nak cerita pasal bab boyfren, aku kategori lewat bercinta, hahaha!! Ingat lagi, adik aku ada boyfren dulu, pepagi budak laki dah telephone..adik aku tgh tdo, boleh terjaga bedesupp dengar telepon berbunyi, dasat betul! Siap betul2 suara lagi, ehem...ehem..ntah hape-hape betul, pastu suara itik serati jugak yang keluar, hahhaha!! Ek eleh...kata aku <---jeles le tu ;p


Ni pic masa form 4, aku masuk sekolah teknik :) Teka-teka yang mana satu aku, takde hadiah pon sebab aku kedekut, miahahaa!! :)



*Maaf entry pendek + tergantung, cam terasa nak terkencet pulak, miahahaha!!
* Rindu kat adik aku, harap selamat tiba di KLIA 21 April ni, :)



Thursday 25 March 2010

APA YANG LELAKI SUKA DAN TAK SUKA


Lelaki suka:

  • Sikap kelakar
  • Budi pekerti dan kesopanan
  • Murah hati
  • Senyuman manja
  • Pandai memasak
  • Pandai dalam mengenakan pakaian
  • Penampilan/imej yang sesuai dengan citarasanya
  • Tak mudah naik angin
  • Seorang wanita yang sanggup meminjamkan keretanya pada lelaki bila kereta laki tersebut rosak
  • Tak terlalu seksi dalam berpakaian
  • “Tak apalah, tadi U dah belanja I makan, jadi sekarang biar I belanja tiket wayang”
  • Wanita yang dapat menjalin hubungan rapat dengan ibu atau keluarganya
  • Berwawasan atau bercita-cita tinggi
  • Mempunyai keyakinan diri yang tinggi
  • Tahu menjaga maruah diri. Bersemangat dan tak mudah mengalah dalam situasi yang tertekan.
  • Sentiasa berada di sisinya saat duka dan gembira
  • Tak berleter walau terpaksa menghantar lelaki ke lapangan terbang pada 2 pagi
  • Sediakan secawan teh atau kopi tanpa disuruh oleh lelaki
  • Wanita yang mengambil berat tentang lelaki
  • Sikap keibuan
  • Sukakan kanak-kanak
  • Suara lembut tanpa dibuat-buat
  • Pandai membawa diri. Tak kekok dibawa ke mana pun
  • Boleh dibawa berbincang dan memberi pendapat
  • Memberi sokongan moral dalam apa jua usaha yang dilakukan lelaki
  • Tak memperkecilkan kelemahan lelaki sebaliknya menerima seadanya diri lelaki tersebut
  • Tahu bersyukur
  • Pandai berjimat-cermat
  • Tak mengharapkan lelaki dalam semua hal


Lelaki Tak Suka:

  • Wanita yang suka mengumpat
  • Sombong dan bongkak
  • Menunjukkan sikap yang terlalu memiliki
  • Hisap rokok
  • “Kau ni macam orang tiga suku!” Mengutuklah tu…
  • Wanita yang melayan lelaki seperti alas kaki
  • Wanita yang suka menunjuk-nunjuk untuk dapatkan perhatian
  • “Tak bolehkah U lakukan sesuatu yang betul!”
  • “Jangan cuba beritahu I apa yg patut I lakukan dan yang tak patut I lakukan..”
  • Wanita yang hipokrit
  • Pembohong dan suka mencari alasan
  • Terlalu ingin mengetahui hal peribadi si lelaki
  • Sukar buat keputusan terutamanya hal berkenaan hubungan mereka
  • Kurang sifat kasih sayang walaupun terhadap binatang
  • Pengotor dan pemalas
  • Tak bertanggungjawab langsung
  • Tak pandai mengemas
  • Terlalu bebas dan kuat bersosial hingga tiada batasan pergaulan
  • Kuat berleter walau hal remeh temeh
  • Boros berbelanja
  • Tak tahu memasak
  • Sikap manja yang terlalu menyakitkan hati
  • “Queen Control” atau suka mengarah-arah
  • Tak pandai bergaya atau selekeh
  • Suka bermekap tebal sehingga hilang keayuan asli
  • Suka mengungkit-ungkit hal-hal lalu
  • Panas baran
  • Kuat merajuk dan sukar dipujuk
  • Terlalu pendiam sehingga susah untuk berkomunikasi
  • Tak mahu mengakui kesilapan dan ego

CREDIT TO TIPS CINTA

Wednesday 24 March 2010

BILA POCONG MELOMPAT- LOMPAT BELAKANG AKU

Ada seram tajuk entry?? Tak seram langsung! Bagus...clap!! clap!!! Sebab kamu tak kene, yang kene, aku. Betoi ke? Hahahaha!!!


Ni cerita 2 malam lepas. Laki aku kerja malam. Anak aku pukul 9.30mlm dah tidur. Aku sensorang dalam bilik tengah melayari blog-blog korang semua. Tak semena-mena....eh jap, ada ke perkataan semena-mena? Ada kot, tapi jarang je guna, hehehe!! Pastukan aku dengar cam benda lompat-lompat, dari dapur, Sumpah!! Aku tak bohong! Dari dapur, bunyi tu makin kuat melompat-lompat melintasi bilik tengah yang tengah aku duduk tu. Aku mula tak sedap hati. Anak aku kat bilik depan. Pastu bunyi lompat-lompat terus berbunyi ke ruang tamu, pastu senyap.


Lepas je senyap, nak tak nak, aku kuar cecepat dari bilik tengah. Dalam hati...Ya Allah...kalau betul-betul terserempak dengan benda tu, kompom aku pengsan! Tapi tak leh, aku kene kuat jugak sebab kalo pengsan kang cian anak aku nak susu tengah malam. Aku pandang kiri, arah dapur. Takde apa-apa.


Pastu aku berjalan ke ruang tamu, tak de apa-apa jugak. Fuhh...lega..alhamdulillah...Pada aku mujur yang lompat-lompat tu tak muncul depan aku, mungkin dia lalu je, lega...Aku takmo pikir bukan-bukan lagi, so aku terus merewang-rewang jadi pocong kat blog korang pulak, ehehehe!!! :)


p/s: aku pikir mungkin katak yang melompat-lompat, heheheh!! :)

JU-ON HISAP PUTING


Uiks! Anak cina sesat mana pulak dalam blog aku nih? Miahahaah!! Ahad ari tu, nak g umah mak aku, pepagi buta aku dah siap, pastu call papa suh amik, pas amik aku papa berenti kat kedai jap, aku ngan amanda lepak je dalam kereta.


Tetiba pulak ada budak muncul tepi tingkap aku, ingatkan ju-on mana lah tadi, haah...ju-on hisap puting, hahahha!!! Pastu dia tengok je anak aku sambil senyum, aku cakap kat amanda " babai kat abang tu.." Amanda pon babai...pastu anak cina tu senyum, hehehe!!! Comel pulak dengan putingnya di nyot-nyot. Tapi dah beso gajah hisap puting lagi, almaksudnya jongang....jongang....jongang...! Oh Ah Seng jongang! Hehehehe!! Sedap je aku boh nama dia, ;p


Pastu papa masuk kereta, dah nak balik. Pastu aku babai budak tu, pastu dia pon babai sambil senyum. Pastu nenek dia kuar dari kedai... :) Dasat seksi loloi neneknya, aiyakkk! ;p




Amanda merenung jauh, memikirkan kenapalah mak aku ni asik berbelog aje!

* Maaf pic maknyer terpaksa dikaburkan di atas permintaan Amanda, hahahah!! :)

Tuesday 23 March 2010

HARI INI SANGAT SLOW!

Hari ni sangat slow! Segala-galanya...sampai aku pon cam rasa selebet jer, huhuh! Masuk opis jer, internet buat pasal, pastu lembab cam siput sedut lagi sedap, masak lemak lagi,hehehe!! Ok, fine. Pastu nak bukak Geng Blogger hari ni tak boleh langsung, adoiyaiii....sapa pulak buat masalah kali ni...cian Kong, mesti kena settle cepat, ramai yang merungut sebab rindu ngan Geng Blogger, heheheh!!


Hari ni nuff pon asyik tdo je, pagi ada la juga, pastu dah takde....aku tak pasti la orang lain camne, tapi aku punya kurang aktif hari, macam tuannyer, heheheh!! Innity pulak tengah malam semalam sangat lah rancak, yes...memang best! Tapi pagi ni takde pulak.. :(


Buhsan...buhsan...buhsan...malas nak update blog. Eh, yang ni bukan update ke? Miaahahah!! :)



Tdo jap ek...tdo pon mesti senyum, tdo dalam iman...hehehhee!! :)



5 TIPS DALAM BERPASANGAN




1. Saling Mempercayai
Setiap pasangan kekasih mestilah mempunyai sikap ini. Anda mestilah mempercayai kekasih anda dari setiap aspek. Samada dari segi percakapan, pemikiran mahupun perbuatan yang dilakukan oleh kekasih anda.


Memang sukar untuk memberikan kepercayaan sekiranya anda pernah dikecewakan. Tetapi apa salahnya sekiranya anda memberikan si Dia kepercayaan anda. Ianya tidak salah bukan?


2. Saling Memahami
Fahami diri kekasih anda. Sekiranya anda mengajak si Dia keluar, makan bersama atau pergi menonton wayang dan sebagainya, dan si Dia menjawab “tak nak”, “tak mahu”, biarkanlah si Dia. Maksud biarkan itu adalah, jangan dipaksa-paksa dan fahami kenapa si Dia menjawab demikian. Adakah si Dia sedang sibuk dengan urusan lain? Atau si Dia ada masalah lain? Cuba fahami dirinya.



3. Bertolak Ansur
Setiap lautan, akan ada pasang surut airnya. Begitulah juga dalam berpasangan. Tidak dinamakan berpasangan sekiranya tiada sedikit salah faham atau pertelingkahan. Di sini, anda haruslah bertolak ansur dan menurunkan sedikit ego anda. Jangan mengharapkan si Dia bertolak ansur dulu, tapi, andalah yang perlu mulakan. Jangan biarkan pertelingkahan itu berlanjutan kerana ia ibarat seperti kanser. Semakin dibiarkan, semakin parah jadinya.



4. Kejujuran
Anda, ketika berpasangan hendaklah jujur. Jujur bukan hanya ketika dengan pasangan anda, tetapi juga pada semua masyarakat. Tidak kisah sama ada ibu bapa anda, adik-beradik, rakan-rakan dan sebagainya.

Jujur dalam berpasangan adalah anda tidak berkata dusta, tidak bohong, tidak menipu dan tidak mengkhianati pasangan anda itu. Mungkin ada dikalangan anda berkata, ‘Kenapa aku nak jujur pulak pada dia? Lantak aku lah.” Anda mesti ingat, pada mula anda berpasangan, anda sayang pada si Dia, anda minat pada si Dia, anda suka pada si Dia. Sekiranya anda tidak jujur, adakah segala sayang, suka dan minat itu semuanya dusta belaka?



5. Kesetiaan
Apabila anda berpasangan, kesetiaan merupakan faktor yang anda perlu jaga. Janganlah anda mencari pengganti bagi si Dia ketika anda berpasangan. Ini kerana, si Dia telah memberikan kepercayaan pada anda dan sekiranya anda menduakan si Dia, anda telah memusnahkan harapan dan impian seseorang yang anda pernah kata-katakan ucapan cinta.


Cuba anda letakkan diri anda dalam situasi “ditinggalkan”. Adakah anda akan berasa sedih? Kecewa? Hampa? Sudah semestinya anda akan katakan Ya. Oleh itu, fikirkan perasaan si Dia dan setialah dengan pasangan anda. - credit 2 blogaku.net :)


Monday 22 March 2010

SAYA HAPPY DAPAT MENOLONG MEREKA :)

Yabeda beduuuu!!! Yehaaa!!! Seronok! Ye saya sedang gembira, bukan dapat bonus, bukan mengandung lagi tapi saya gembira dapat menolong blogger Masithah & Intan memasang iklan nuffnang di blog mereka, hehehhe!!







Kecoh siott satu kampung, miahahahaha!!! Mereka happy nuff rancak di belong mereka dan saya pon tumpang happy! :)


Lepas ni rajin2 update ek :)

CHEESE CAKE....I LIKE! :)


Aku lupa nak buat entry cheese cake ni, ni atas permintaan biras baik ku, Kak Sha. Sorry lewat lapor resipi, hahahah!! Aku dah lama tak masak cake, aiyokk...! Tapi masih ingat lagi, mana leh lupa punya sebab 3 tahun menuntut ilmu hitam selok belok dapur, miahahaha!!



Ok, ni Bake Cheese Cake, Chill Cheese Cake lebih kurang sama jugak, yang lain-lain cam American Cheese Cake, Blueberry Cheese Cake kekdah basic semua saja, so jangan risau sebab yang pasti Cheese Cake pasti menjadi, cewah...cewah...cam kompom je aku, kalo tak jadi korang tampo aku, hahahah!! Kalo rasa nak tuko nama cam Mek Salmah Dari Scotland Cheese Cake pon boleh, takde masalah, huhuh!!



Ingredient:
Method:
  1. Pukul cream cheese dan gula sehingga sebati.
  2. Masukkan telur satu per satu.
  3. Dah agak-agak cun, masukkan whiping cream, kacau...
  4. Masuk dalam acuan, bakar selama 30 min / 160 darjah celcius, darjah 5 4 3 2 pon boleh, hehehe!!
  5. Siap! :)


Senang je kan! :) Ade setengah Cheese Cake ada base (tapak bawah tu...) Ada yang base buat dari biskut marie atau oreo. Kalau nak buat camtu, just hancurkan biskut tersebut, kemudian gaulkan dengan butter yang telah dicairkan, nak lagi sedap tambah desicated coconut (kelapa kering dalam tin). Butter yang dicairkan jangan terlampau banyak, sebab akan mengakibatkan base keras, patah gigi orang makan, heheheh!



Ada juga sesetengah Cheese Cake yang dibakar bersama air disekeliling. Itu untuk menjaga kelembapan cake, so aku try buat tak letak air disekeliling, ok! Cake masih menjadi, cuma kita kena selalu pantau, supaya cake tak merekah dan masak didalamnya.




Kalau nak rasa masam-masam sedikit untuk Cheese cake, sila perah sedikit lemon kedalam adunan. Rasa masam lemon ni pon bagus juga sebab ia akan potong sedikit rasa muak terhadap cheese, tapi yang pasti aku lebih suka Cheese Cake biasa tanpa apa2 tambahan seperti, blueberry atau oreo atau lemon :)



Selamat mencuba :)




Psssttt....senang hati membaca entry Hajar masak lauk asam pedas menjadi, huhuhu! :)





Sunday 21 March 2010

DAH LAMA TAK TERIMA PINGAT DAN INI JUGA UNTUK KAMU SEMUA

Tadi aku baru teringat aku di tag untuk join LAC REBRANDING CONTEST! Ya ampun....gue baru teringat lor! So aku dengan rajinnyer menaip la apa yang patut, sekali last-last...la semalam tarikh tutup! Aiyarkkk....sorry sangat pada Kak Wan & Hayati, sebab terlepas, maaf sesangat ye, sila tarik telinga saya, jangan tarik tudung ek, hehehe! :)





Ok2...dah sekali gus ni, aku nak amik pingat, pingat B.B.A, hehehe!! Beautiful Blogger Award, korang jangan nak pepandai tukar maksud B.B.A tu lain pulak,miahahaha!! ;p So...saya dengan berbesar hati menerima ini pingat, see...aku pakai cantik2 ni nak amik pingat, baju kelawar, hahahha!! :)


Weh, aku dah lama tak dapat pingat nih, suka giler nih, huhuhuh!! :)


~ Thanks & Link The Person That Gave U Da Award..


~ Pass Da Award Onto 15 Bloggers You've Recently Discovered & Think Are Fantastic..
  • 15 je?? mana cukup, so aku nak bagi pada semua follower aku, sebab korang memang fantastik & bombastik mister loba-loba, heheheh! :)


~ Contact Said Blogs & Let Them Know They've Won Da Award..
  • Kepada 651 follower ku yang kacak dan jelita, silalah amik, jika terbaca entry ini, hehehe!! Kalo nak singgah semua rumah, patah jari aku nak menaip, huhuhu!!

~ State 7 Things About Yourself..
  • Aku dah kawin, anak baru seorang :) mudakan lagi...hahahha!!
  • Aku ni rabun jauh tapi hanya akai spek time memandu & menonton tv sahaja
  • Saya suka suasana yang ceria, benda yang lucu dan kelakar, merepek dan meraban :)
  • Saya suka bersembang, berjalan2 walaupon tiada duit dalam poket, hahahah!!
  • Saya sukakan benda yang cantik
  • Saya suka makan tapi sekarang kena ikat perut sebab nak kurus, hahahah!!
  • dan yang terakhir.... I ♥ Blogging! :)

Saturday 20 March 2010

CETUSAN CINTA SONGSANG

KUALA TERENGGANU: “Saya mencintainya sepenuh hati sebagaimana saya mencintai seorang lelaki dan dalam hati ini hanya ada dia. Saya tak sanggup berpisah dalam masa terdekat ini,” akui Trisya (bukan nama sebenar), 20, yang sudah lebih setahun menjalin hubungan cinta terlarang dengan seorang pengkid.

Im (bukan nama sebenar), 21, hadir dalam hidup Trisya saat dia sangat memerlukan seseorang selepas hatinya hancur dikecewakan seorang lelaki yang amat dipercayainya selama ini.


Sebelum ini, Trisya pernah beberapa kali dikecewakan dan dia mula muak dengan perangai lelaki buat masa ini kerana menganggap lelaki bercinta hanya untuk memuaskan nafsu dan mahukan duit semata-mata.


Justeru, dia mengambil keputusan bercinta dengan kaum sejenis yang dianggap lebih memahaminya selain mempunyai naluri sama.


“Saya mengenali Im melalui seorang kawan sekadar untuk ‘suka-suka’, namun lama-kelamaan perasaan sayang terhadapnya semakin mendalam ditambah pula dengan rasa cinta yang menebal,” katanya ketika ditemui Harian Metro, baru-baru ini.


Menurutnya, kali terakhir dia bercinta dengan lelaki tiga tahun lalu ketika dia baru menamatkan zaman persekolahan dan sepanjang percintaannya bersama bekas teman lelakinya itu dia tidak pernah bahagia seperti sekarang.


Katanya, bekas teman lelakinya itu seorang yang tidak pernah mengambil berat terhadapnya dan sering memaksanya melakukan hubungan seks selain meminta duit perbelanjaan harian.


Namun, akibat tidak tahan ujian berkenaan, Trisya akhirnya mengambil keputusan memutuskan hubungan cinta mereka dan berpisah walaupun hatinya masih mencintai lelaki berkenaan.


“Kehadiran Im dalam hidup saya pada Oktober 2008 benar-benar membawa bahagia kepada saya kerana dia lebih memahami, apatah lagi hati saya ketika itu remuk selepas dikecewakan insan bernama lelaki.


“Selepas beberapa minggu mengenali Im melalui seorang kawan, saya dapat rasakan hati kami mula serasi sehinggalah mengambil keputusan untuk berhubung lebih mesra dan tinggal serumah sebelum terdetik perasaan cinta,” katanya.


Menurut gadis itu, sejak dia bercinta dengan Im hidupnya sangat bahagia walaupun tahu ia salah dan berdosa besar di sisi agama, namun katanya pengkid itu melayannya tidak ubah seperti seorang isteri.


“Dia faham apa yang saya mahukan dan saya juga begitu. Saya akui kami memang ada membuat hubungan seks seperti pasangan lain, namun dia juga tidak pernah memaksa saya untuk melakukan jika saya penat atau ada masalah yang tidak dapat dielakkan, itulah yang membuatkan saya bertambah sayang pada Im,” katanya.


Menurutnya, dia kini bimbang jika keluarganya mengetahui rahsia itu kerana keluarga kedua-dua belah pihak langsung tidak tahu mengenai hubungan mereka yang hanya diketahui sekadar rakan rapat.


Menurutnya, dia sedar realiti kehidupan dilaluinya sekarang salah tetapi memerlukan masa untuk berubah.


Katanya, dia dan Im akan berubah pada satu masa nanti tetapi bukan sekarang kerana buat masa ini mereka masih memerlukan dan akan menyimpan rahsia ini daripada terbongkar terutama kepada keluarga.


Kata Trisya, dia juga sudah banyak berubah sejak mengenali Im. Jika dulu dia tidak bekerja dan sering berfoya-foya, tetapi kini dia dan Im sudah mula berjinak-jinak dengan perniagaan kecil-kecilan, manakala pada waktu lapang dia lebih selesa berada di rumah ‘bermesra’ dengan pengkid berkenaan.

“Walaupun Im menjadi pengkid sejak zaman kanak-kanak lagi tetapi dia tidak seperti pengkid yang saya kenal sebelum ini yang mengambil minuman keras, dadah serta banyak menghabiskan masa dengan perkara tidak berfaedah. Im sekadar menghisap rokok dan ketika saya mengenalinya dulu, dia seorang ahli sukan,” katanya. - myMetro

______________________________________________________________

Ee...geli aku...

“Dia faham apa yang saya mahukan dan saya juga begitu. Saya akui kami memang ada membuat hubungan seks seperti pasangan lain, namun dia juga tidak pernah memaksa saya untuk melakukan jika saya penat atau ada masalah yang tidak dapat dielakkan, itulah yang membuatkan saya bertambah sayang pada Im,” katanya." <----alahai...boleh pulak macam tu...adoiyaiiii...dunia...dunia..




SAYA TAK SUKA MIMPI MENAKUTKAN!

Mimpi. Ada best, ada yang menakutkan. Aku tak suka mimpi menakutkan, menci...menci.. Semalam aku mimpi yang sangat menakutkan sampai dalam mimpi pon aku nangis-nagis. Bila tersedar ada air mata mengalir tapi tak banyak, dalam mimpi cam banyak jer, heheheh!! ;p



Kadang bila mimpi menakutkan macam jumpa hantu, nak lari pon tak boleh, padahal jaguh 100 meter Kampung Dusun, kalo lari cam tak lari je, hahahah!!! Scary gila rasa ;p Kadang kalo dalam mimpi, nak baca ayat qursi pon tak lepas, hantu tu gelak je tengok aku, bodo betoi... huhuhuhu!! pastu cepat-cepat cakap, " Ni mimpi! Bangun! Bangun!" terus tersedar, aminn...selamat aku dari hantu mata merah, hahhahaha!!!


Tapi semalam aku bukan mimpi hantu, mimpi lain...tapi menakutkan. Aku tak suka. Apa-apa pon, mimpi hanya mainan tdo.


p/s : perasaan aku terasa lain, sejak 2 minggu lepas, mungkin aku yang perasan, miahahah! ;p

Friday 19 March 2010

CHUCKY LOADED LEMAK TEPU :)



Korang tau...al-jahat sungguh la bebudak opis aku nih, dapat pamplet pizza hut promo yang baru, diorang gantung kat pintu masuk opis. Aku yang meja depan pintu ni hari-hari terpandang je pizza chuncky loaded tu, heheheh!!! Cian aku kan...saje nak goda aku la tu, hahahah!!!



Tidak...tidak..tidak!!! Aku tetap tahan tak mau makan walaupon semalam mulut aku terpeleot cakap "Eh, jom makan pizza nak??" Oh pleaseee :) Please belanja aku, miahahaha!!!


Aku tak tau le sedap ke tidak. Pizza Chunky Loaded ni ada 10 lapisan, base dia nipis;


  1. Atas sekali - Mozarella chesee (kalo aku mesti mintak lebih sampai melimpah, bayar lebih sikit pon tak pe, janji banyak cheese :)
  2. Layer ke2 - ada tortilla strips (berselang-selang gitew, macam tikar mengkuang gitew, miahahah)
  3. Layer ke3 - Dice tomato (Aku tak suka tomato! Patut kulit aku tak cantik ;p)
  4. Layer ke4 - Chicken or beef topping
  5. Layer ke5 - Roasted veggie mix (sape tak suka makan sayur, lupakan saja niat nak makan pizza ni, hahahha!)
  6. Layer ke 6 - Tortilla crust - Ekceli aku tak berapas sukas dengans tortillas...miahahahas ;)
  7. Layer ke7 - Roasted veggie mix (see...sayur lagi, pizza ni untuk sape yang makan sayur je, huhuuh!)
  8. Layer ke8 - Mozzarella chesee..yum...yum... :)
  9. Layer ke9 - Napolitana sauce
  10. Crunchy crust


Sudah....siap! leh makan! :) Pizza ni pusing-pusing topping dia macam tu jugak, lebih kurang je semua, apa-apa pon....NASI, SAMBAL BELACAN dan IKAN KERING jugak yang sedap! :)

Thursday 18 March 2010

KERAS...PEGANG...TAK CAIR DI TANGAN

Pada zaman dahulu, ada seorang puteri yang cantik rupawan. Namanya Puteri Sheila on 7Eleven. Sejak lahir lagi puteri ini telah terkena sumpahan. Apa je menda yang dipegang oleh puteri akan cair. Oleh sebab tu, semua lelaki tak mahu dekat dengan puteri sebab takut, kalau puteri tu terpegang mereka maka meraka akan cair jugak.


Maka musykil la Ayahandanye kerana alamat tak kawin la puterinya itu. Maka, dengan nasihat memanda perdana menteri, Maharaja pun membawa puteri berjumpa den
gan seorang bomoh untuk berubat. Mengikut kata bomoh tersebut, puteri akan terlepas dari sumpahan jika puteri dapat memegang sesuatu yang tak kan cair.


Tapi bomoh itu sendiri pun tak tau apakah benda tersebut. Atas cadangan memanda perdana menteri, Maharaja telah mengistiharkan bahawa barang siapa lelaki yang dapat membawa sesuatu, yang apabila puterinya pegang tak cair, lelaki itulah yang akan kawin dengan puterinya itu.

Maka pada hari itu, berduyun-duyun lah lelaki datang membawa benda masing-masing dengan harapan dapat menjadi menantu raja. Kemudian, pertandingan pun berlangsung. .... Muncul lah lelaki yang pertama,


Maharaja:Ha, apa benda yang kau bawa tu?
Lelaki#1 : Hamba membawa batang logam Titanium. Logam inilah yang paling keras dalam dunia. Pada zaman akan datang, logam ini menjadi batang golf, bateri dan kapal terbang.

Maharaja : Ok, biar puteri Beta pegang benda itu.
Lelaki#1 : Silakan....

Maka puteri itu pun pegang la logam Titanium itu. Ahhhhhh Cair nampaknye logam itu. Kecewa lah lelaki itu, Maharaja dan tuan puteri...


Muncullah lelaki ke-2.....

Maharaja: Ha kamu! Apa yang kamu bawa tu?

Lelaki#2: Hamba membawa batu berlian. Menda ini lah yang paling keras dalam dunia. Pada masa akan datang, menda ini bukan saja menjadi perhiasan malah digunakan untuk memotong besi dan digunakan untuk menggali minyak di dasarlautan.

Maharaja: Kalau begitu, biar puteri Beta mencubanya.
Lelaki#2: Silakan.....


Maka puteri itu pun memegang le berlian tersebut. Ahhhhhhhh Cair jugak berlian itu nampaknya. Kecewa la lelaki itu, maharaja dan puteri.


Seterusnya, lelaki-lelaki lain pun mencuba juga tapi malangnya semua benda yang dipegang oleh puteri tetap cair hendaknya... Kemudian muncul lah lelaki yang terakhir. Eh!! Dia datang berlenggang je tanpa membawa apa-apapun!


Maharaja: Hey Kamu! Apa yang kamu bawa? Kenapa datang berlenggang
je?

Lelaki: Patik ada membawa benda tuanku. Tapi benda hamba tu ada dalam poket hamba ini.

Maharaja: Kalau begitu, keluarkanlah benda kamu tu.Biar puteri Beta cuba memegangnya.

Lelaki: Tak boleh tuanku. Kalau puteri nak memegangnya, seluklah dalam poket hamba ini...

Maharaja: Hmmmm.... Kalau begitu, baiklah!

Maka terpaksalah puteri itu menyeluk dalam poket lelaki itu. Puteri
teragak-agak sebab puteri tak tau apa yang ada dalam poket lelaki itu.Kem
udian puteri terpegang sesuatu... Mukanya merah menahan malu. Lelaki itu hanya tersenyum saja. Tiba-tiba puteri menarik tangannya kembali. Puteri berlalu dari situ kerana malu. Maharaja hairan... Maharaja tanya puterinya

Maharaja: Anakanda dapat pegang sesuatu?

Puteri: Dapat....

Maharaja: Benda tu cair?

Puteri: Tak....

Maharaja: Baiklah, dengan ini Beta istiharkan lelaki ini menjadi menantu Beta!

Lelaki: Hehehehehehehehehehehe......

Tapi..... Apakah yang puteri itu pegang? Kenapa lelaki itu ketawa? Dan kenapa benda tu tak cair? Apakah yang korang rasa puteri itu telah pegang? Apa yang korang terlintas dalam kepala korang haaaaa?
Hehehehehehehehehe. ....






BENDA ITU IALAH------



COKLAT M&M, CAIR DIMULUT, TIDAK DITANGAN!







KORANG INGAT APA? OTAK TU BIAR BETUL SIKIT AAAAA...TAK SESUAIII TAU KORANG!



HAHAHAHHAHAAHAHA!!

SUAMI GILA SEKS DITINGGALKAN ISTERI


KUALA LUMPUR: Kemaruk mengambil ratusan jenis pil rangsangan seks semata-mata untuk menjadi ‘jaguh marathon’ di ranjang menyebabkan seorang lelaki akhirnya ditinggalkan isteri yang tidak tahan melayan nafsu melampau suaminya itu yang dianggap gila seks.
Lebih menyeksakan apabila lelaki berkenaan akhirnya menderita apabila racun kimia berbahaya daripada pil perangsang ditelannya turut mengakibatkan saluran darah pada kemaluannya membengkak selain menyebabkan zakarnya menjadi bengkok.


Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Tapa, 40, berkata dia mula mengambil pil perangsang seks sejak zaman remaja sekitar lewat 90-an selepas terjebak dengan seks bebas dengan beberapa teman wanita.


Ketika itu, dia mendakwa mempunyai ramai teman wanita yang dikenalinya ketika bekerja di sebuah kilang elektronik di Sungai Way, dekat sini.


“Mungkin kerana kerap melakukan hubungan seks haram ketika itu saya memberanikan diri mencuba pelbagai kaedah tradisional seperti gambir Sarawak, minyak lintah, rebusan cula buaya dan pelbagai pil jamu perangsang nafsu,” katanya, ketika ditemui wartawan Harian Metro semalam.


Dia yang kini bekerja sebagai penjual kasut di pasar malam di sekitar ibu kota mendakwa, pelbagai kaedah sampingan turut dicuba antaranya melakukan urutan batin oleh bomoh pada alat kemaluannya bagi memastikan ia mampu memberi daya juang tinggi di ranjang.

“Saya ketika itu betul-betul ketagih seks, malah adakalanya sanggup melakukan onani dalam tandas lebih tiga kali sehari untuk memenuhi kepuasan batin,” katanya.


Menurutnya, atas desakan keluarga, dia akhirnya mengambil keputusan berumah tangga dengan gadis pilihan orang tuanya yang juga sepupunya pada 2006.


“Walaupun usia saya ketika itu menjangkau 35 tahun, saya akur dengan permintaan keluarga demi menjaga hati ibu yang sudah uzur. Bagaimanapun isteri tidak dapat menghidu tabiat gila saya kerana saya banyak mendiamkan diri ketika awal perkahwinan.


“Namun selepas beberapa bulan berkahwin, nafsu saya kembali tidak terkawal dan dia menjadi tempat saya melepaskan keinginan tidak kira siang atau malam. Walaupun ada yang tidak percaya, namun saya mampu mencapai eraksi sehingga lima kali sehari,” katanya.


Menurutnya, bagi memenuhi tuntutan selera luar biasanya itu, dia gemar membeli pil perangsang seks termasuk Viagra tiruan daripada penjual produk seks kaki lima terutama di sekitar Chow Kit, di sini.


“Kebanyakan pil perangsang seks terbabit mampu membuatkan kelakian saya menjadi ‘kuat’ bagi tempoh antara dua hingga empat hari tanpa menunjukkan tanda-tanda layu.


“Akibatnya saya menjadikan isteri sebagai bahan eksperimen untuk menguji pil perangsang seks berkenaan. Walaupun dia kerap kali menolak akibat tertekan, namun saya sering gagal mengawal perasaan,” katanya.


Akibatnya, mereka kerap bergaduh dan pernah beberapa kali dia berkasar dan menggunakan kekerasan untuk memaksa isterinya melakukan hubungan seks.


“Saya tahu tindakan saya melampau dan tidak wajar sebagai suami, namun pil perangsang seks yang dimakan berulang-ulang kali itu tidak ubah seperti candu dadah yang menyebabkan saya ketagihan melakukan seks.


“Malah jika nafsu saya tidak dilayan, saya sanggup pergi ke rumah pelacuran atau melanggan pondan,” katanya Tapa berkata, rumah tangganya yang retak menanti belah akhirnya gagal diselamatkan apabila isterinya bertindak melarikan diri pada awal Januari lalu.

“Saya pernah memujuknya untuk kembali namun, `S’ hanya meminta dia diceraikan segera atas alasan tidak berupaya untuk memenuhi keinginan melampau saya,” katanya.


Pada masa sama, dia turut menunjukkan contoh beberapa produk rangsangan seks haram yang didakwa berbahaya dan memberi kesan jangka panjang kepada kesihatannya.


“Mungkin kerana terlalu kerap mengambil pil perangsang seks haram, saya kerap berasa kebas, berdenyut dan sakit pada alat kemaluan hingga tidak dapat tidur dan membuang air kecil.


“Urat pada kemaluan mula menonjol keluar dan kemaluan saya menjadi bengkok dipercayai akibat tekanan darah berlebihan. Lebih memeritkan apabila ubat rangsangan seks itu sudah tidak lagi berkesan sebaliknya menyebabkan saya kini menderita mati pucuk,” katanya kesal dengan perbuatannya pada masa lalu.


Menurutnya, dia kini menyesal dengan apa yang dilakukan dan sudah meninggalkan tabiat memakan pil perangsang seks haram terbabit sejak sebulan lalu atas nasihat doktor dan keluarga. - myMetro

KELIWON BERTWIST DALAM KERETA

Semalam aku bz giler kat opis, mula-mula macam tak percaya je banyak keje, lama-lama aku terima gak hakikat, ;p Semalam aku sempat buat satu entry je, disebabkan terlalu bz, perangai aku mula bertukar pelik-pelik, belum jadi hijau oren kuning pon...jangan riso semua...cewah! hahahah!!


Ok2, aku takmo mukadimah panjang sangat, kang jadi macam entry yang sebelum ni, hahahha!! Jangan mara arr.. ;p Ni, kan aku balik kampung jumaat lepas, ada kenduri skit. Pastu ahad tu aku bertolak balik ke Ipoh, hari kan panas, jajan pulak takde dalam kereta. Pastu sampai Bukit Bunga, laki aku berenti nak beli jajan. Ok, aku duk dalam kereta je, malas! <---giler siap tanda seru, memang pemalas! Laki aku amik jajan, pastu aku tengok dia amik air dalam peti, wah!! Laki aku amik twister oren! Suka-suka-suka!! :) Aku yang kengkonon dahaga ni, tak sabo-sabo la nak minum. Laki aku masuk kereta.

Aku : Beli ape?

Sham : Jajan skit, tolong bukak kan kacang tu.


Ok, aku bukak kan. Baik kan aku, isteri solehah, hahahhaha!! Tetiba puji ;p

Aku : Beli air ape bang?
Sham : Mineral ngan oren, tolong bukak kan abang air mineral tu.


Dah siap bagi semua yang laki aku nak, tetiba aku teringat kan air oren tu, dari tadi aku tak pegang pon, Aku selongkar dalam plastik, tetiba....


Aku : La...ingatkan twister oren! Ni tiruan ni bang...
Sham : Mane de tiruan...
Aku : Ye..tengok, made in thailand lagi tu! Meh nak bukak rasa...Ee...manis letin!!!! ;(
Sham : Mane abg tau...cam twister, amik je la, tak perasan pon, hahahhah!!!


Hawaii lagi, tak tahan...huhuhuh!!


Tetiba je rasa nak jadi keliwon time tu, ingatkan twister oren.....rupanya oren thailand! Keliwon bertwist dalam kereta ;p

Wednesday 17 March 2010

HARI NI TAK MAU LUNCH

Pagi ni tak tau nak breakfast pe, dari last week lagi, memang raser malas giler nak makan. Kalau tak makan takde tenaga pulak nak buat kerja-kerja amal kat opis, amal la sangat... ;p Semalam petang masa kat opis, ummi aku tepon,



Ummi : Ieda, ummi nak bawak amanda pegi Mc D la petang ni, nanti ummi amik dia kat umah pengasuh. Jom, ajak bad sekali.
Ieda : Ok, nanti ieda sampai umah, ieda call ummi, pastu ummi amik ieda ek, heheheh!! Ummi : Ok.


Aku kuar awal 15minit dari opis, hahhaha!! Cam best je kuar awal time yang lain-lain sibuk gelisah buat kerja tapi hati gedik nak balik.Babai korang, aku blah dulu! Haahahah!! Sampai je umah tengok2 laki aku pon baru sampai, rindu ek...sampai sama-sama, hahahha!! Pastu aku ajak laki aku g Mc D skali, tapi laki aku penat...ok, kesian pulak, bini dia je gedik2 nak berjalan-jalan, huhuhu!!!


Eh...jap-jap...panjangnyer aku melalut. Ekceli aku nak citer semalam pegi Mc D, dapat kupon free, untuk breakfast.
So pagi ni aku pegi ngan Mas, dari umah bos amik barang. Itu je nak citer. Sekian, hahahhaha!! ;p

Tuesday 16 March 2010

MAMAK TING-TING DAH LAMA TAK LALU DEPAN UMAH AKU

Sudah berminggu-minggu mamak ting ting tak lalu depan umah aku, rindu?? wek!!! Lupakan saja, hahahaha!!! Aku nak beli rotilah! Malas nak drive ke kedai, kalau ada mamak ting-ting ni senang sikit. Eh, korang paham ke mamak ting-ting tu ape? hehhehe!! Ala...yang naik motor jual jajan dan roti tu....kat kawasan umah korang pon mesti ada kot, hehhehe!! Yang kat tempat aku ni mamak yang menjual, tu yang aku panggil mamak ting-ting :)



Giler dasat bley bawak banyak camtu, mat rempit pon kalah



Aku pandai-pandai je aku bagi nama dia "Mamak Ting-Ting", dah...dia asik bunyikan loceng ting..ting...ting...kalau lalu kat kawasan perumahan kami, pastu dia berhenti satu tempat, ramailah budak-budak berkerumun nak beli jajan.


Teringat masa kecik-kecik dulu pon macam tu, hehhehe!!


*pic credit to google :)

TIPS UNTUK YANG MALAS BERMAKEUP


Sape suka makeup? Sila angkat tangan. Eh...takyah, bacin ketiak kamu tu, kang pengsan pulak aku. Aku suka makeup walaupon aku tak pandai bermake up, sekadar conteng-conteng boleh la, hhehehe!!! Ada sesetengah perempuan tidak bermakeup. Tak salah...mungkin dia lebih selesa begitu, tapi sedarlah bahawa kamu akan kelihatan sangat pucat seperti mayat berjalan tambahan kalau kamu kering melidi. Jahat sungguh mulut ku, ;p



Perempuan yang tak bermakeup ni biasanya simple orangnya. Tapi janganlah sampai pasangan kamu memandang ke arah lain, lagi-lagi maknyah! hahahha!! Tak jeles ke tengok maknyah makeup lebih vouge dari perempuan asli?? Ape-ape pon dia maknyah, lebih baik kita yang asli ni, miahahaha!!



Ok-ok aku ade sedikit tips untuk sesiapa yang malas bermakeup waktu keluar rumah, aku tak suruh kamu bermakeup macam topeng cina opera, kurang-kurangnya berlipstik lah ya :)


  1. Kalau rasanya korang ada eye-bag, atau pon mata tu dah macam panda, sila lah pakai sunglass, lagi besar lagi bagus! Sunglass ni boleh cover mata korang yang berapa menggoda tu, macam aku, ahahahah!!!
  2. Sekurang-kurangnya pakai lah lipstik yang natural, tak de lah pucat sangat kan :)
  3. Berbedak lah sedikit, compact powder kan banyak kat pasaran.
  4. Sedikit blursher, sikit je..bagi nampak fresh :)


Itu saja, tapi kalau takmo jugak ikut tips di atas pon tak pe, coz aku ade lagi tips untuk wajah lebih bersinar tanpa makeup:


  1. Minum air yang banyak, makan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran. Diet yang sihat akan memancarkan wajah yang ceria!
  2. Bersihkan wajah dengan pencuci muka dengan menggunakan an antibacterial acne wash, setiap hari.
  3. Scrub muka setiap 3 hari. Ini akan menyegarkan wajah.
  4. Gunakan moisturizer with sunscreen setiap hari.


*pic credit to google
Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014