Showing posts with label kenangan. Show all posts
Showing posts with label kenangan. Show all posts

Monday, 23 August 2010

ALLAHYARHAM DAN ALLAHYARHAMAH KEMBALI MENJENGAH..

Masa aku kecik-kecik, umi selalu bercerita kebaikan ramandhan, teruja! Time tu lah nak kumpul pahala. Ummi kata setan mula diikat, dan hanya tinggal nafsu. Maka lawan lah kita dengan segala nafsu yang akan mengurangkan segala puasa. Makan jangan ikut nafsu apatah lagi bab bershopping, wah! Kalau bershopping memang orang perempuan suka kan :)




Ummi juga bercerita mengenai roh yang akan di bebaskan selama sebulan berpuasa. Akan di bebaskan dari azab kubur..nauzubillah.... Mula lah aku yang waktu tu kecik bertanya poada ummi, "Ummi, maknanya opah ngan atok boleh jenguk kita ek?"tanya aku.

Ummi diam.

"Jadi, buatlah perkara yang baik agar mereka gembira melihat kita,"kata ummi.


Semalam sebelum tidur, aku terkenangkan arwah atok, opah dan tok habib. Pasti mereka ada datang menjenguk cucu mereka ini.....

TOK HABIB

Tok, walaupon ieda tak ingat rupa atok macamane tapi ieda tetap sayang atok. Atok pergi waktu ieda masih kecil, ketika ummi dan papa baru anak sorang. Tok, pasti atok bahagia disana bersama nenek. Atok terlampau sayangkan nenek sampai nenek meninggal pon atok masih tidur dikubur. Nenek meninggal tanpa atok disisi selepas melahirkan anak yang ke-5. Masa atok menin ggal pon atok masih memanggil nama nenek. Cinta atok pada nenek memang utuh.


NENEK RASHIDAH

Nek, kita tak pernah bersua apatah lagi gambar nenek sekeping pon tiada dalam simpanan. Nenek pergi terlalu awal dan muda. Selepas melahirkan anak yang ke-5, tumpah darah, beberapa jam kemudian nenek pergi meninggalkan anak-anak dan tok. Nek, papa pun tak ingat rupa nenek sebab ketika itu papa baru setahun. Nek, atok menjadi 'tidak sihat' selama seminggu, meratapi nenek di kubur sambil membawa ikan meminta nek buatkan gulai asam pedas. Mereka bawa atok berubat. Atok kuat kan semangat, ada 5 anak kecil yang perlu dibesarkan. Nek, tak lama kemudia atok kahwin lain dengan niat ada orang boleh menjaga anak-anak tapi kasih sayang ibu tiri tidak sama. ya nek...ieda sebagai cucu tiri memang sedikit terasa seperti ada jurang, tak apalah nek....

...................................................................................


ATOK HARIRI

Atok Hariri ku memang kacak, hehehhe! Atok, atok pergi sewaktu ieda berumur setahun, ummi kata atok seorang yang kelakar, rajin memasak dan mengemas, untung opah ya :) ummi selalu bercerita mengenai atok.



OPAH RAMLAH

Oh! Opah paling best dalam dunia! Tiada tolok bandingnya, opah...ieda ingat lagi masa tu ieda kecik, ieda teman opah pergi klinik. Pastu ieda nampak ic opah, ieda mintak nak tengok, pastu opah bagi. Ic lama, waktu dlm gambar opah sangat cantik! "Cantiknya opah!" kata ieda. "Cantik apenyer, hehehhehe!" gelak opah, nampak gigi palsu opah. Heheheheh! Opah, opah tau tak, skang ieda slalu amik mc kat klinik tu, opsss..pecah lobang pulak, opah jangan marah ek. Doktor tu pon dah kenal anak beranak kita semua, heheheh! Opah, ieda rindu dengan kuih muih air tangan opah, sangatlah sedap, ieda rinduuuu dengan opah! Opah ingat tak? Ieda selalu usik opah dengan pegang leher opah yang sudah kendur. Pastu ieda mesti kata," Opah ni comellah!" Memang opah sangat comel pada mata ieda, i luv u opahhhh!!! :)




Semua sudah tiada. Hanya tinggal kenangan dan foto menjadi tatapan. Tok Habib, Nenek Rashidah, Tok Hariri dan Opah Ramlah....hanya doa membasahi bibir, dan ayat suci Al-Quran hadiah buat kamu berempat.

Al-Fatihah.

Friday, 26 March 2010

KAMU DAH ADA BOYFRIEND KE IEDA?

"Kamu dah ada boyfriend ke Ieda?" tanya papa aku

Slurrrppppppppp....aku tercekik air liur jap

"Takde..." kata aku

"Heehhee!! Kalau ada bagi la tau papa, boleh kita kongsi cerita & pendapat," kata papa lagi

-------------------------------------------

Itu dialog 13 tahun yang lepas, hahahah!! Waktu tu aku baru naik form 1, balik dari kokurikolum (koko crunch) sekolah, dalam kereta papa amik aku. La...betoi takde boifren sebab aku sekolah semua perempuan, miahahaa!!!


Time form 1, tak yah korang pecah kepala pikir mana 1 aku,sebab aku takde dalam gambo, hahaha!!!



Ye...papa dan ummi aku sporting, kami boleh share story. Aku dulu time sekolah, nak kemana pon mesti bagi tau ummi & papa, sebab papa dah pesan, apa2 saja kongsi...bagi tau mereka..



Kalau nak cerita pasal bab boyfren, aku kategori lewat bercinta, hahaha!! Ingat lagi, adik aku ada boyfren dulu, pepagi budak laki dah telephone..adik aku tgh tdo, boleh terjaga bedesupp dengar telepon berbunyi, dasat betul! Siap betul2 suara lagi, ehem...ehem..ntah hape-hape betul, pastu suara itik serati jugak yang keluar, hahhaha!! Ek eleh...kata aku <---jeles le tu ;p


Ni pic masa form 4, aku masuk sekolah teknik :) Teka-teka yang mana satu aku, takde hadiah pon sebab aku kedekut, miahahaa!! :)



*Maaf entry pendek + tergantung, cam terasa nak terkencet pulak, miahahaha!!
* Rindu kat adik aku, harap selamat tiba di KLIA 21 April ni, :)



Thursday, 4 March 2010

KENANGAN ZAMAN TADIKA LAH YANG PALING BEST!


Tadikan tetiba je aku teringat zaman tadika dulu-dulu, hehehhe!! Aku tak tau nape, tapi rasa nya memang best giler! Aku tadika pada tahun 1990, kat Taski Abim. Pakaian seragam color hijau, eheheh!! Hari pertama aku daftar, pastu papa aku terus balik tinggalkan aku. Aku cool je (ececece!! poyo tak hengat!). Aku tengok semua parents tunggu anak diorang. Sebelum papa balik, papa pesan balik nanti naik bas yang ada kat depan tadika waktu tu, aku angguk je (bukan bisu yek).



So hari-hari aku naik bas sekolah oren yang comel tu, eh...mercedes benz gitew! Ahahah!! hari-hari aku naik mercedes, ekekek!!! Dulu rasa cam bas tu besar giler tapi bila dah besar ni, tengok bas tu kecik je, hehehe!!



Aku ingat lagi member-member kat tadika tu. Ingat lagi suka main kejar anak ayam yang masuk kawasan tadika tu. Anak ayam sape ntah, pastu tangkap bawak masuk kelas, kene marah ngan cikgu...hahaha!! ;p Suka main lumba lari, main buaian, pastu petik-petik bunga :) Yang tak tahan, ada sorang member siap cakap, kalo nak petik, bagi salam dulu, pastu cium bunga tu, hahaha!! Budak-budak betul! ;p



Kalo time makan paling aku suka, tambah-tambah menu hari Jumaat - roti canai! Sedap giler! Memang aku ingat sampai sekarang, kadang tak cukup mintak lagi ngan cikgu, hehehe!! Nasib baik cikgu bagi lagi, heheheh!!



Ingat lagi, tadika ada buat lawatan ke Lapangan Terbang Ipoh, berderet-deret masuk airport, miahahaha!! Pakai seluar jogging, t-shirt tadika, topi hijau + botol air jenis telefon warna biru! heheheh!!! Pastu ambil gambar ramai-ramai :)



Last sekali, hari penyampaian hadiah. Waktu tu aku tak tau hari tu last day ke tadika. Aku hairan, nape lah cikgu ni peluk-peluk aku, cium-cium. Aku nampak air mata cikgu mengalir...sedih pulak...iskk..iskk.. T_T



Semua tu tinggal kenangan. Sekarang kalau aku lalu depan tadika tu, senyum sorang-sorang. Tapi dah takde tadika dah kat situ, dah jadi umah orang. Fuhh...kenangan zaman tadika lah yang paling best!! :)






Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014