Monday, 23 August 2010

ALLAHYARHAM DAN ALLAHYARHAMAH KEMBALI MENJENGAH..

Masa aku kecik-kecik, umi selalu bercerita kebaikan ramandhan, teruja! Time tu lah nak kumpul pahala. Ummi kata setan mula diikat, dan hanya tinggal nafsu. Maka lawan lah kita dengan segala nafsu yang akan mengurangkan segala puasa. Makan jangan ikut nafsu apatah lagi bab bershopping, wah! Kalau bershopping memang orang perempuan suka kan :)




Ummi juga bercerita mengenai roh yang akan di bebaskan selama sebulan berpuasa. Akan di bebaskan dari azab kubur..nauzubillah.... Mula lah aku yang waktu tu kecik bertanya poada ummi, "Ummi, maknanya opah ngan atok boleh jenguk kita ek?"tanya aku.

Ummi diam.

"Jadi, buatlah perkara yang baik agar mereka gembira melihat kita,"kata ummi.


Semalam sebelum tidur, aku terkenangkan arwah atok, opah dan tok habib. Pasti mereka ada datang menjenguk cucu mereka ini.....

TOK HABIB

Tok, walaupon ieda tak ingat rupa atok macamane tapi ieda tetap sayang atok. Atok pergi waktu ieda masih kecil, ketika ummi dan papa baru anak sorang. Tok, pasti atok bahagia disana bersama nenek. Atok terlampau sayangkan nenek sampai nenek meninggal pon atok masih tidur dikubur. Nenek meninggal tanpa atok disisi selepas melahirkan anak yang ke-5. Masa atok menin ggal pon atok masih memanggil nama nenek. Cinta atok pada nenek memang utuh.


NENEK RASHIDAH

Nek, kita tak pernah bersua apatah lagi gambar nenek sekeping pon tiada dalam simpanan. Nenek pergi terlalu awal dan muda. Selepas melahirkan anak yang ke-5, tumpah darah, beberapa jam kemudian nenek pergi meninggalkan anak-anak dan tok. Nek, papa pun tak ingat rupa nenek sebab ketika itu papa baru setahun. Nek, atok menjadi 'tidak sihat' selama seminggu, meratapi nenek di kubur sambil membawa ikan meminta nek buatkan gulai asam pedas. Mereka bawa atok berubat. Atok kuat kan semangat, ada 5 anak kecil yang perlu dibesarkan. Nek, tak lama kemudia atok kahwin lain dengan niat ada orang boleh menjaga anak-anak tapi kasih sayang ibu tiri tidak sama. ya nek...ieda sebagai cucu tiri memang sedikit terasa seperti ada jurang, tak apalah nek....

...................................................................................


ATOK HARIRI

Atok Hariri ku memang kacak, hehehhe! Atok, atok pergi sewaktu ieda berumur setahun, ummi kata atok seorang yang kelakar, rajin memasak dan mengemas, untung opah ya :) ummi selalu bercerita mengenai atok.



OPAH RAMLAH

Oh! Opah paling best dalam dunia! Tiada tolok bandingnya, opah...ieda ingat lagi masa tu ieda kecik, ieda teman opah pergi klinik. Pastu ieda nampak ic opah, ieda mintak nak tengok, pastu opah bagi. Ic lama, waktu dlm gambar opah sangat cantik! "Cantiknya opah!" kata ieda. "Cantik apenyer, hehehhehe!" gelak opah, nampak gigi palsu opah. Heheheheh! Opah, opah tau tak, skang ieda slalu amik mc kat klinik tu, opsss..pecah lobang pulak, opah jangan marah ek. Doktor tu pon dah kenal anak beranak kita semua, heheheh! Opah, ieda rindu dengan kuih muih air tangan opah, sangatlah sedap, ieda rinduuuu dengan opah! Opah ingat tak? Ieda selalu usik opah dengan pegang leher opah yang sudah kendur. Pastu ieda mesti kata," Opah ni comellah!" Memang opah sangat comel pada mata ieda, i luv u opahhhh!!! :)




Semua sudah tiada. Hanya tinggal kenangan dan foto menjadi tatapan. Tok Habib, Nenek Rashidah, Tok Hariri dan Opah Ramlah....hanya doa membasahi bibir, dan ayat suci Al-Quran hadiah buat kamu berempat.

Al-Fatihah.

4 comments:

  1. saya tak sabar tunggu ramadhan sbb tgu arwah adik balik..
    Al Fatihah untuk semua mereka..

    ReplyDelete
  2. agar mereka semua ditempatkan bersama2 dengan para solihin..

    ReplyDelete
  3. agar mereka semua ditempatkan bersama2 dengan para solihin..

    ReplyDelete
  4. ida sedihnya baca kisah tok habib tu

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana ketip-ketip jari korang kat sini untuk komen, jap lagi komen lagi eh..ada lagi..ada..betoi..wa talak tipuu wooo..hahahah!

Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014