Monday 22 August 2011

Rugi Sape Tak Join Octove.com





Register Octove.com memang bestt! Rugi kalau tak cuba weh, bukan kena bayar pon. Ramai blogger kat sini, so korang leh tukar-tukar pandangan dengan group yang ada. Eh, menarik! Dengar Bro Framestone menang IPhone dari octove.com, dah tuuu..koranggg pon takmo ke IPhone leh melaram pakai raya nantiiii, hahahaha :)



Friday 19 August 2011

10 Malam Terakhir



10 malam terakhir. Hampir penghujung. Sedih.




p/s: malas update belog, gaji dan bonus tak masuk lagi, eh..eh.. :)

Wednesday 17 August 2011

#13 Wordless Wednesday - Perasan Model Cermin Mata Mickey Mouse!

hahahahahhaha! :)

Tuesday 16 August 2011

Malam Lailatul Qadar - Dapatkan Tips 10 Malam Terakhir Disni

Bila bulan pose, rasa cam kekang skit nak bercerita. Kena jaga, kurang kang pahala aku, dah le aku suka cakap yang merapu kan, buat kurang ailio je, kena plak bibir kering sampai telinga pon jadi bengang-bengang gitu. So dok dendiam main fesbuk. Eh, jangan menyibuk dengan fesbuk orang yang mengumpat dan mengata orang lain jugak. Ok, beralih ke tweeter, sedappp spammm dekat timeline tu pon buat orang menyampah kat aku, hahahahha! Jawap nya tdo lebih baik, hahahahaha! 



Aku malas nak cerita juadah berbuka puasa bagai. Sama je semua kan, nak nak komen wah...nampak sedap! Ko rasa pon idak, ini kan aku, balik-balik bazar takde kerja nak snap picca bagai, baik aku melangut tengok upin dan ipin, hahahaha! Persiapan raya? Semua dah siap, aku beli ari tu baju raya amanda ngan laki aku kat Jakarta aritu. Yang aku punya baju kurung 2 helai sudah. Tak payah nak sampai 30 pasang, hahahahha! 








Sekarang dah masuk 15 malam terakhir kan. Tak lama lagi 10 malam terakhir iaitu Malam Lailatul Qdar. Kejar selagi mampu, selagi sihat, selagi hidup. Bila dah terlantar ape pon tak jadi. Malam Lailatul Qdar adalah lebih baik dari seribu malam. Ia nya berlaku 10 akhir daripada malam ganjil di bulan Ramadhan. Dapatkan tips 10 malam terakhir DISINI. Insyallah membantu :)

Monday 15 August 2011

Seluar Dalam Raya







Hari Sabtu lepas pergi beli baju tidor raya untuk amanda. Untuk aku? takde makna, pakai baju kelawar sudah, nak pulak pakai baju tidur seksi meksi bila hari raya kat umah mertua, kang ketuk-ketuk pintu bilik tak keluar sampai sudah kan kan kan, nak pulak lepas reraya cenggini, hahahahah! Ish..ish..ish.. korang-korang nih! ( hahahahha!) 



sila baca dari bawah ke atas, ko pening ko punya pasal, hahahaha! ;p





Bila aku tweet kat tweeter (nak tweet kat mane lagi kan), member aku gelakkan aku pasal beli baju tdo raya, hahahaha! Aku pon nak tergelak sebenarnya. Aku tak tau orang lain buat camtu jugak or tak tapi kalo family aku memang camtu, baju tdo raya pon hadooo, wajib, tradisi zaman berzaman, hahahaha! 

 

Pastu member aku tanya, spender (seluar dalam aka seluar kecik) raya ada gak ke? Nak tergelak aku baca, pastu aku jawab : Itu adalah yang wajib. Kalo takde tak complete raya. Misi masih mencari gambo kiss kiss, bangga sidai kat ampai depan sedara hahahahah!


Gila kau! kata member aku ;p


Friday 12 August 2011

Penghujung Cintaku, hakhakhak!



Hikhikhik! Petang Rabu lepas, gateiii tetibe bukan fesbuk kan..ecehh...memang selalu bukak pon time tu, tetiba nampak soalan dari Faizal Ismail (FBI) macam kat atas denun, time tu baru 15 saat soalan tu kuar. Sibuk je aku nak jawap sekali kan. Siap google bagai lagi jawapan, kahkahkah! Presss enter lelaju gitew. Gegar-gegar keyboard nak menaip laju punya pasal, hahahaha! Bajet nak menang kan. Lepas tu refresh balik, haa.....amik kau! Kira dalam senarai komen, aku nombor ke berapa ntah, dup dap dup dap jantung, macam masuk marathon gitew, ntah hape-hape kan. Pastu aku baca komen-komen yang kat atas tu, bukan semua yang bagi jawapan, siap tanya soalan yang ntah apa-apa kat FBI, hahahahaha! Ok-ok. Pura-pura cool, tak dapat pon takpe, tapi benda free sape takmo, terbaru gitew, hahahahaha!!!



Balik dari terawikh, lepas anak dah tdo, bukak pesbuk kat rumah pulak kan. Gila pesbuk la pulak tetibakan,  hahahahaha! Tak pernah-pernah tetiba je. Sekali begini yang keluar.......





Ok, sila baca lapan ploh sembilan kali ok, nama aku tertera di atas, hahahahahahhaha! Mak suka noks! Hahahahahah! Eh, pastu pon FBI bagi mesej kat fesbuk nak detail ukuran baju nak bagi baju raya sekali, hahahahahah! tipu jek! Kahkahkah! Dia nak alamat bagai. Ok, puas ati menang, dok sesenyappp pas ni, rezeki, alhamdulillah! :)




CD Penghujung Cintaku, 

"Vokalis Kumpulan Ungu iaitu Pasha telah pun selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya, Adelia beberapa bulan lalu. Bersempena dengan perkahwinannya yang cukup gilang-gemilang tersebut, Pasha telah pun menghadiahkan Adelia sebuah lagu yang digubah khas sebagai buah tangan perkahwinan mereka berjudul 'Penghujung Cintaku'. 


Lirik serta melodi yang puitis membuatkan Pasha memilih Adelia sebagai gandingan duetnya dan juga sebagai tanda cinta mereka berdua. Selain lagu cinta Pasha dan Adelia yang berjudul Penghujung Cinta, album ini turut mengandungi 12 buah lagu cinta artis-artis lain antaranya adalah lagu-lagu dari Dato' Siti Nurhaliza (Bukan Cinta Biasa/Percayalah), Naff (Akhirnya Ku Menemukanmu), Sherina (Cinta Pertama dan Terakhir), Ungu (Aku Ingin Selamanya/Tercipta Untukku), Sofaz (Janjiku/Dan Bila Esok), Rossa (Wanita Yang Kau Pilih), Kumpulan Kotak (Masih Cinta) dan sebuah lagu duet Pasha bersama Rossa berjudul Terlanjur Cinta" - google

Thursday 11 August 2011

Kuih dan Maksud Tersirat

Kuih paling gangster= Lompat Tikam
Kuih paling sexy= Puteri Mandi
Kuih paling keji= Taik Itik
Kuih bajet cute= Cek Mek Molek
Kuih untuk awet muda= Seri Muka

Kuih paling alim= Kuih Ketayap
Kuih penyakit lelaki kronik= Batang Buruk
Kuih suka pukul= Kuih Lompang
Kuih dalam zoo= Badak Berendam

Kuih untuk Sam Polis Trafik= Kuih Sampreeeeettttt
Kuih yg bangun sendiri= Kuih Bangkit
Kuih org x mandi= Kuih Bau-lu
Kuih paling tenteram= Kuih Makmur
Kuih paling lembap= Kuih Siput







dan persamaannya adalah



hahahahahaha!!!

Credit to my cousin Bro Azrul Mansor :)

Wednesday 10 August 2011

#12 Wordless Wednesday - Hoiii! Awal Lagi Dah Dengar Lagu Raya Kegemaran!



Hahahahah! Satu hari di hari raya...aku makan kueh raya...lalalala!!

Mati Selepas Makan Juadah Dari Bazar

MERU: Seorang murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Binjai dekat sini, meninggal dunia pagi kelmarin, selepas mengalami muntah dan cirit birit kira-kira setengah jam selepas menikmati juadah berbuka puasa yang dibelikan bapanya di sebuah bazar Ramadan berdekatan rumahnya di Taman Seri Mewah di sini, petang Ahad lalu.

Selain Nurdini Mohamad Ali, 11, hampir seluruh ahli keluarganya turut mengalami simptom sama sehingga terpaksa dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, selepas memakan juadah sama.


Mereka ialah ibunya, Noraliti Ramli, 37, yang kini hamil lima bulan, dan empat abangnya, Mohammad Syafiq, 14; Mohammad Irfan, 13; Mohammad Fitri, lapan dan Mohammad Hazimi, tiga tahun serta pembantu rumah dikenali sebagai Pati.


Mohammad Irfan dan Mohammad Fitri turut disyaki dijangkiti penyakit taun, manakala Mohammad Hazimi menghidap demam denggi.
Bapa mangsa, Mohamad Ali Khir, 37, yang ditemui di HTAR, berkata jam 6.10 pagi kelmarin, beliau ke bilik air dan terdengar bunyi dengusan seperti lembu disembelih dari bilik air.
“Sebaik membuka pintu bilik air, saya terkejut melihat Nurdini dalam keadaan terlentang dengan mata terbeliak dan mulutnya berbuih,” katanya.

Mohamad Ali yang tidak dapat menahan sebak, berkata Nurdini meminta air batu campur (ABC) dan otak-otak sejak awal Ramadan lagi, tetapi hanya Ahad lalu beliau berkesempatan membeli juadah berkenaan.


“Kira-kira setengah jam selepas berbuka dengan juadah itu, perut saya mula berasa tidak selesa dan kira-kira sejam kemudian kami sekeluarga dan pembantu rumah mula muntah serta cirit-birit sehingga tidak larat untuk bangun ke bilik air.

“Sebaik melihat keadaan Nurdini yang semakin teruk, saya membawanya ke HTAR tetapi sebaik tiba di hospital, doktor mengesahkan dia sudah meninggal dunia,” katanya.


Ahli keluarganya yang lain dibawa ke hospital sama dengan bantuan jiran.
Mohamad Ali berkata, biarpun beliau turut mengalami simptom sama, beliau menggagahkan diri dan tidak mahu dirawat di hospital kerana tiada siapa untuk menguruskan jenazah anaknya.
Jenazah Nurdini dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Meru, selepas Zuhur, petang kelmarin.

Ditanya sama ada beliau mahu mengambil tindakan terhadap peniaga yang menjual makanan yang disyaki tercemar, Mohammad Ali berkata beliau tidak mahu menyalahkan sesiapa, tetapi menasihati peniaga bazar Ramadan mengambil iktibar dan berhati-hati ketika mengendalikan makanan yang dijual supaya kejadian menimpa keluarganya tidak berulang. 

credit to Berita Harian


Tuesday 9 August 2011

Roh Di Bulan Puasa

Pagi tadi sempena hari Jumaat bulan Ramadhan yang mulia ini, aku menghadiri majlis ilmu yang membincangkan tentang amalan di bulan Ramadhan. Satu perkara yang menarik perhatian aku tadi, ustaz penceramah bercerita tentang keadaan roh di bulan Ramadhan. Menurut satu hadith Rasulullah.. (maaf aku tak sempat catat perawi hadith ini).. menceritakan apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.





Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.Perkara ini akan berlarutan sehingga la tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.



Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.


Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.


Sebarkan e-mail dakwah ini kepada seberapa ramai orang terdekat anda, dan mintalah mereka untuk melakukan hal yang sama. Ini bukanlah ancaman surat berantai. Yang jelas jika anda tidak meneruskan e-mail ini, maka anda telah melepaskan kesempatan untuk saling menasihati dalam kebenaran dan beramal soleh. Jika anda melakukan dengan ikhlas insya Allah anda akan mendapat ganjaran pahala kebaikan dari Allah.  Mari berlumba dalam kebaikan.

Sumber : E-mail

Pepatung Baru




Dah lama nak beli patung angry bird. Bukan tak jumpe, padahal bersepah kot, tapi taknak beli pakai duit sniri, nak pakai duit laki jugak, ahhahahaha! Dengan ayat-ayat kias gitew "Iskk..nak cari patung angry bird ni, kat mana ek bang?" Hahahhahaha! Ok, sape yang belum kawin boleh tiru ayat tu, kompom pakwe korang berdesuppp cari, hahahhaha! Mungkin sebab aku dah kawin, coverage tu sampai lambat skit, *toinggg!toinggg!!* kahkahkah!



Ok, cukup patung angry bird, susun la dalam kete aku, ala..biasa la..kete gegurl la katakan hahahahah! Tapi takde la hello kitty bagai, hahahahah!  Ada gak patung dinasor amanda yang aku berkenan betoi sampai terjerumus ke lembah kereta aku, *amanda bengang ok* hahahahha! 



Bonus Kakitangan Awam Kerajaan 2011 - Setengah Bulan Gaji

Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.
“Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.
Perdana Menteri berkata kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

“Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga merupakan satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam,” kata Najib.

Katanya pemberian bonus dan bayaran khas itu akan melibatkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.

Sumber: Berita Harian


ehem....ehem...aku yang swasta ni hape criter? hikhikhik!  :)

Monday 8 August 2011

Beg Kene Curik, Kena Beli Makeup Baru


 Eh, aku tak citer lagi pergi holiday Jakarta dan Bandung ari tu kan? Tak pe lah, nanti-nanti la wehh... ni kes beg kena curi dekat airport Jakarta. Tapi bukan beg aku, beg adik aku, hikhikhik! Tapi disebabkan siap kelam kabut, ada satu dua benda aku selit dalam beg adik aku yang hilang tu. Putih mata??? Nganga aje, Beg makeup aku yang hilang noks! Mau gak sedih sadissss!



Makanya aku berjalan dengan gaya natural beauty gitew, kahkahkah!  Bila balik sini, nak pergi kerja pon malasssss, makeup takde noks! Ok, last weekend gian makeup telah meluap-luap bagai. Nak tak nak kena beli jugak, nanti raya kene potong duit raya anak sedara, duit kureng beli makeup, miahahahaha! *dasar kedekut*



Beli separuh dulu, separuh lagi kendian :) Maleh nak pikir banyak, pergi ajer Elianto dan SaSa, tengah sale kan beb!





Lipstik kaler lebam-lebam bagai ditumbuk. Nak bercium pon tak ghairah, hahahahaha! Murah saja, ada less dapat le RM 24






Lip gloss! Santekkk sangat! natural gitew! Kalau beli lipstik, lip gloss dapat potong 50% so jadi RM 9.00 sajok! :)










Eye shadow Vabrian and Luminous dah macam bunyi spell Harry Potter! Hahahahha! Ni kaler-kaler nak pergi nite kelab blogger, hahahahha! Acah jer! :)




Berus vevulu vulu, woiii ni bukan berus cat dinding! Ni  nak cat pipi ku yang mulus! Hhaahhahahah!






Blusher! RM 42 ada less 20%, kira sendiri yunk! :)






Mascara waterprofessor! Ni yang paling cikai abis aku amik, dah less jadi RM 19, cikai-cikai pon aku sayang dia, best! :)






Eyeliner - liquid paper, hahahahah! Ni paling best cinta ati aku abessss, tak hengat berapa hengget, hahahah!

Pepagi Dah Nak Kecut-Kecut Ailio kan kan kan

Jeruk kalerful bagai!





Hoiii! Pepagi dah tayang gambar jeruk kan, hahahahaha! Alaaa...pagi lagi kan, korang tak rasa ape-ape kan kan kan, kira aku tak salah la kan kan kan? Hahahahah!  Jeruk ni member laki aku punya bini bagi, haaa.... dari Penang. Dia kata jeruk ni tak macam jeruk biasa, kira orang mengandung leh makan. 


Aku ni bukan jenis suka makan asam, jeruk bagai pon tapi bila rasa yang ni sedapppp la pulak kan, sekali makan nak lagi dan lagi dan lagi, macam kene menderem pulak bunyinya kan, hahahahah!! Tak la weh, memang jeruk ni sedap, tak mashammm sangat dan tak manishhh sangat, hikhikhik!



Friday 5 August 2011

Abang Tembam KL Gangster



Hahahahahhahah! 

Jangan Menipu Pasangan Anda

Heiii.. Memalam camni takleh lelappp kan, cik kak sorang tu mesti tau kalau aku tak leh lelapp memalam cenggini. Eh tadi ada baca kat tweeter seseorang berbunyi cenggini

"Jangan menipu pasangan kamu sebab dia adalah pasangan kamu. Walau lidah mu menipu dan kamu menghapuskan bukti, dia boleh membaca gerak gaya tipu helah mu. Allah Maha Berkuasa!"


Hamikkk kau si penipu! Hahhhahah!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday 4 August 2011

Musim Putus Tunang - Ally Iskandar Pulak Putus Tunang?

Lama tak menyibukkan diri dalam gosip artis kannnn, baru tadi baca dekat Oh!Artis pasal Ally Iskandar putus tunang, ye ke noksss??? Diorang tunang awal tahun ari tu, pastu putus sebab masing-masing sibuk dengan kerjaya, pulakkk....masa bercinta takkan tak sibuk kot?? 





Last year jumpa Ally Iskandar dekat airport masa raya nak balik ke Ganuuuuu :) Oh! Amanda sangat lucu masa kecik-kecik! Hahahahahah!



Takpe lah, kalau takde jodoh kan...pasti ada yang lebih baik yang menanti. :)

Credit : Oh! Artis

Kemaruk Air Jambu

Dekat Ipoh ni, bukan mainn panas lagi cuaca, cuma petang dan malam semalam hujan lebat, alhamdulillah! :) Cuaca panas memang sinonim dengan bulan Ramadhan, tapi takpe semua tu kan...dalam pepanas gini, kalau berbuka tu udah 3 hari berturut-turut wajib berbuka dengan air jambu asam boi. Sedapppp wooo!! Sejuk gitew mengalir di tekak pastu usus bagai, sampai la ke baby dalam perut ni, ekekeke! :)









Takmo air lain dah, nak air jambu dan air masak ajer okehh! Hahahhaha! Balik jer dari kerja, terus pergi bazar dan serang gerai ahkak yang jual air jambu tu, heheheh! Lauk dan makanan lain malas nak citer, semua sama saja, aku semua boleh makan, alhamdulillah :)

Wednesday 3 August 2011

#11 Wordless Wednesday - Bersama Ibu Baiti dan Pak Hasnol Jelajah Jakarta dan Bandung Siri 1















Tuesday 2 August 2011

Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2011

Haa...yang mak bapak dok tanggung lagi tu, elok jugak amik tau ye.. aku dulu walaupon dah bekerja dan masih makpak dok tanggung, aku bayar jugak ok! Ecececece menunjuk riak baik konon kan! Isk..is..isk..Hahahahaha! 




Haa...sekali besarrr letak Kadar Zakat ni, bagi teranggg skit mata korang, hehehehe! 

Monday 1 August 2011

Rindu Dekat Pak Engku Kacak!

Ok! Malam semalam macam biasa seperti setiap tahun beria nak dengar pengumuman puasa. Mengadappp tv kan, pastu bila umum puasa esok hari, meloncat bagai budak 4 tahun, padahal dah 27 tahun tua bangkanya! Hahahahha! Peduli apa kan, selagi aku bayar cukai pintu, suka hati la nak loncat bagai kat rumah bapak aku tu..eh..eh..rumah bapak ok! Hahhaahhaha!





Eh, semalam pengumuman puasa 2011 telah di umumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, Datuk Syed Danial Syed Ahmad. Aku cakap kat bapak aku, "eh, mane Pak Engku ensem dulu tu??" Kempunan ok! Aku minat Pak Engku sejak aku kecik lagi, simpan perasaan senyap-senyap dalam hati hahahahah! *wink*wink*




Ok, ni video malam semalam









Dan yang ini tahun lepas punya... YM Engku Tan Sri Dato' Sri Ibrahim Bin Engku Ngah, miss u so much Pak Engku!! :)

Hoi! Aku belum beranak lagi :)


Salam Ramadhan tawan-tawan! Aku kembali, kuang! kuang! kuang! Seminggu lebih takdok citer, sebab ape? sebab aku pergi meroyan dekat Jakarta de nun, nak hapdet pon tak sempat, semput-semput gitew. Balik ajer terus penat tak henti-henti, siap ada rasa nak berak tapi versi nak terberanak. Aku penah dengar orang cakap, kalo nak beranak, ada yang rasa cam nak berak, tapi masa amanda tak rasa, cuma sakit pinggang aje, lain orang lain rasanya kan kan kan, hikhikhik!!!




Hoii! Camne sahur tadi? Hahahahah! Aku bangun pukul 4.30pagi dengan semangat waja siap goreng-goreng bagai, air 4,5 jenis, nasi bermacam-macam jenis, kalah orang nak moreh, hahahahah! Pukul 5.00pagi siap boleh sahur. Beria bersungguh aku, almaklumat, sahur yang pertama, nanti masuk sahur minggu ke-3 maunyer 10 minit jer siap, pastu boleh makan, kes takde goreng bagai, main perhangat aje ape dalam peti, air pon air sejuk kosong ajerrr!!!! Hahahhahahahah!!!!!!





Ok, Khayra Amanda mengucapkan selamat berposeeeee buat semua pembaca :)








ni kes pakai kamera henpon apak hang yang tak best tu, mata pon dah macam keliwon, kuang!kuang!kuang!
Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014