Thursday 30 September 2010

DIGI iPHONE 4 LIFE

Cepat! Cepat! Masih ada sejam untuk semua submit contest iPhone dari DIGI ni, haaaa...ko lambat bebeno ape heii ieda weh...

Aku lambat asik lupa je laa........mujur sempat, miahahahaha!!

Dan kata-kata semangat terakhir buat DIGI :


Kenang daku dalam iPhone 4 mu
Pilihlah daku pemenang yang satu!!


Miahahahaha!!

Nuffnang, cepat la buat contest lagi, aku tengah menggila nak bercontest ni, hehehhe!

BOTOL SUSU KACA : KEMBALI KEPADA ASAL



Botol susu jenis kaca memang jauh terjaga kebersihannya. Aku tak pasti samada budak-budak sekarang tahu atau tidak, yang orang dulu-dulu menggunakan botol susu jenis kaca, bukan jenis plastic macam sekarang ini. Gambar di atas, aku pinjam dari google, cewah...pinjam konon, pastu buat harta dalam blog aku berabad-abad, hehehehe!



Kalau nak jumpe banyak, boleh dapat kat kedai antik, aku pernah nampak sekali, dekat pasar bundle, pagi ahad, yang orang ipoh panggil "Memory Lane". Name tak agak-agak cun, cam kedai Memory Lane pulak, uhuhuhuh!! Cuma tak sempat nak amik picca, sebab mak aku ajak blah dari kawasan tu, ada orang nak ngorat, dia, hahahahah!



Ok, sebenarnya aku sangat berminat dengan botol susu yang diceritakan oleh seorang member blogger - Farra, berkaitan dengan botol susu kaca. Tapi ni bukan macam zaman tok kaduk lama tu, sekarang dah design baru, siap ada protection safety haaa.....so takyah risau la kalau anak ko jenis hulk hogan kan, tetiba je nak balik botol susu kaca ke dinding. Meh usha skit picca botol cun ni, lupa lak nama nya - WEEGO









Comeikan! Ada 6 pilihan warna dan saiz 9oz atau 4oz. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk di blog Farra :)

BERKAHWIN DENGAN ANJING SENDIRI?? TOLONGLAH!


Klau bab perangai pelik aneh melampau dan terlampau, semuanya mestilah omputih kan. Kali ni ada pulak semakin menggila - Berkahwin dengan anjing peliharaan sendiri! Oh tidak!!!! Tolonglahhh!!! Dalam banyak-banyak lelaki, anjing juga yang kau pilih!


Yuckss!!


Geli pulak bila memikirkan tuttt, eh....aku tak sebut ape-ape pon. Hahahahah! Sila baca SINI

AKU SANGGUP TAK MAKAN TENGAH HARI SEBAB NAK MAKAN CHAR KUEY TEAW

Semalam aku sanggup tak makan tengah hari sebab asik teringat dekat char kuey teaw kat pasar malam umah aku tu, sedappppp giler laa, serius!



Balik kerja, bawak kereta lelaju sebab takut bederet beratur nak beli char kuey teaw. Tunggu laki aku balik dari kerja, kul 7 malam baru sampai, padan muka aku, hahahah! Pastu Kul 8.30 mlm baru pergi beli char kuey teaw, mujur laaa hujan renyai-renyai tak ramai orang la, hohohoh!!!



Rezeki-rezeki....amik ko aku balun 2 pinggan, makan harus ikut nafsu, opsss...tak sesuaiii!


notahujungbulangajidahmasukke: sememangnya memang aku tak makan tengah hari, hahahaha!

Wednesday 29 September 2010

MAIN TIUP-TIUP!


Teha, Danish, Faizol dan Khalis Boy


Seorang kanak-kanak lelaki comel telah menyambut hari jadinya yang ke-3 pada hari Ahad lepas, Happy Bufday Mohd Danish Afnan!!! Muahhhh!!!! Dah alang-alang belalang aku kat KL nunnn, tepat pukul 12 tgh malam, kiteorang sambut beteday danish.








Sebenarnya sambut hari jadi masa kecik-kecik la best yang amat, korang ingat tak waktu dolu-dolu kalau sambut beteday korang? Heheheheh! Kalau aku dulu, ummi mesti buat kek coklat tapi takde lilin, sedih skit wooo kalau takde lilin, ummi siap kata, "Kamu bukannyer boleh makan lilin tu pon!!" amik ko seketul. Diam aje lah.



Bila buat beteday parti, mulalah aku ajak kawan-kawan aku kat area taman perumahan, hohhoho!!! Pakai baju cuncun, kawan-kawan yang datang pon takmau kalah baju, skrit nak kembang warna pink pulak tuuu!! Geram aku, aku pakai seluar jeans jerk, ahhahahaha!!! Pastu jajan dan segala bagai ummi ngan papa buat, belon-belon dan semua barang-barang parti. Kalau zaman aku dulu, kami memang buat kecil-kecilan je sebab kawasan umah aku yang tu bukan semua orang senang.



Sambung balik citer beteday, hahahahaha! Jangan bengang wehhh....So danish dapat hadiah kereta bek bek dari atok & wan, aunty dia hadiahkan cake. Laki aku bagi duit suruh aku cari hadiah tapi tak sempat nak pergi beli, hohohoh!!



Khalisss yang noti but soooo cute! Suka usik Amanda tapi bila Amanda mengamuk, Khalis jugak yang akan melalak lagi hebat, huahuahua!!!!




Danish minat kartun Thomas & Friends, so aunty dia belikan cake ni. Habis dah selepat kek, Bebudak ni bila nampak cake gambar kartun mestilah gerammm! Habis di tenyeh-tenyeh nyer cake tu, hohohoho!!! Naik sama ngan mak budak, ekekekeke!







Bapak budak sedang sibuk bukak hadiah anak nya, hahhaha! Khalis geram lah tu, sebab dia dapat kereta kecik skit dar abangnya, apa lagiiii bergonjeng lah lepas bukak hadiah, hehehhehe! Tapi danish good boy, lepas dia main kereta satu round, dia bagi kat adik dia main puas-puas, baru dia main balik :)






Sebabkan aku hanya pakai baju tidur, malas lah aku nak bergambar, hahahahahhaa!!! Dan bila semua dah abis, baru kami 5 beradik bergambar - Azim, "me", Iera, Teha & Umai :)







Inilah bila time amanda ngan khalis bila dua-dua tengah baik, hoohohoho! Kalau time gaduh, mau pecah tanah gusti wrestling tomoi semua keluar, hoohohoho! ;p

Tuesday 28 September 2010

GURU MIMING DI FACEBOOK - TEACHERSHIDA PARITMARI


2 hari lepas, masa bukak facebook, aku ada ternampak video ni, lucu pon ada! Dan hari ni bila aku bukak facebook lagi, dah ada fanpage rupanya. Siapa cikgu miming ni?


Aku pon tak pasti tapi dia menggelarkan dirinya Cikgu Shida, seorang guru rupanya, hehehehe!! Fan page dia - TeacherShida ParitMari! . Aku seronok tengok gelagat cikgu ni miming, bukan seronok nak merendah-rendahkan dia ok! Dan suka ngan kata-kata dia, "LET'S ENJOY...PEDULI APE ORG NAK KATE! YEAH!!!!!!"


Miming Yank Wali Band





Biasalah bila dah buat macam ni semua, tak semua orang suka, ada yang kritik juga. Katanya sebagai cikgu shida patut tunjuk contoh yang baik. Pada aku lahhh...tak la teruk sangat, bukannya dia buat benda tak elok, dia cuma nak menghiburkan orang. Terus aku memang tak suka giler ngan cikgu yang skema dan lurus nak mampos. Student pon boleh fedup.




Ada kriktikan dan ada juga pujian. Terpulang pada pandangan individu masing-masing.


AKU NI TENGAH GEDIK, SILA BACA SAMPAI ABIS

Haaa....serius aku tengah gedik, ni gedik berperingkat - peringkat, miahahahaha!!! Sebenarnya kan....aku kannn...nak bebeno tengok cerita Magika, alah...yang dok sibuk tengah tayang tuu...yang lagu tema dia selalu main kat radio nunnn....haaa....aku peduli hape kalo orang nak cakap,"ekeleh...cerita melayuu yang nak tengok sangat" tak pon ayat sengal "sedapp sangat ke cerita tu?" haaa.....peduli ape kan, miahahahha!!!




Tapi....aku planning nak tengok hari sabtu ni, ngan kawan-kawan aku, aku ingatkan...nak bawak Amanda sekali la masuk wayang. Bolehhhhh ke wehhh? Umur anak aku baru setahun setengah, bolehhh ke bawak masukk? Aku takut anak aku ngamuk je dok 2 3 jam dalam panggung, mau jugak ada yang tengok aku bersilat ngan Amanda dari tengok Magika, hoohohohoo!!!



Ingatnya nak tinggalkan Amanda ngan ummi aku, tapiiii ummi aku pon tetiba gedik nak ikut sekali tengokkk wayang, wajibbb bawak, sangat ummie punya pasal! Hahahahha! So aku ingat nak bawak Amanda masuk panggung sekali, aku bajet nak tengok tengahari sebab time tu dia titun selalunya, so bolehlah dia masuk je panggung terus titun, hohohoho!!! Bijak tak? Bijak tak? ke sengal? hahahahha!




Tapi boleh ke nak titun ngan sound kuat nak mampos??? Aku rasa cam boleh sebab dalam bilik karaoke pon boleh je dia titun masa aunty Tina dia tengah melalak, betulkan Tina hahahahaha!!!



MAJLIS PECAH PERUT BUKAN MAJLIS PECAH TANAH



Semalam lepas je balik kerja, terus aku amik Amanda, nak pergi open house umah member aku, papa aku member ngan ayah dia, mak aku member ngan mak dia, adik aku member skali ngan member aku, hahahahha!! Mengarut...paham?? Buat-buat paham je lah. Bila dah nama open house, uishhhh....rezeki terhidangg, yum! yum! Udah rasa cam kenduri kawin pulak, cuma tukar background muzik, lagu raya, hehehe!!



Hari Sabtu, lepas aku beraya umah pakcik makcik aku kat KL denun...banyak le bebeno umah nak buat majlis pecah perut, tapi aku tepek sekeping picca sodah, hoohoh!! Ini lah namanya kes malas, hohohoho!!


Ni kat umah uncle aku kat Bukit Jalil. Al-sedappp sungguh makan laksa johor ngan soto, yummieee!!! Berselera ko! Pastu pergi pulak umah aunty aku kat Bangsar makan nasi briyani, sedapppp giler ko!!! Dah le peberet aku nasi briyani, makan lah sampai terguling, alhamdulillah...rezeki...




Macam biasa kalau dah pergi open house, mestilah pakai cuncun, dah pakai cuncun mesti le amik gambar, ahhahahahaha!!! Nah amik baldi, sila muntah, ekekekke!!!





Sampai je umah uncle aku, makan tak hengat,anak aku sibuk sangat nak main, biar aku ngapp ngapp dulu sampai pecah perut pastu baru panggei anak aku mamam, hukhukhuk! Papa aku kalau dapat sembang memang tak hengat, bila food dah licin baru nak makan, hahahaha! Gurau je pa... :)





Meliuk lentok tu lah adik aku! Memang style gitew, mane boleh jadi camni, aku nak kene lawan dia gak, ingat dah kawin tak leh nak liuk lentok pe, hahahahahah!!!! Adik aku ni suka giler bergambar, menyampah pon ade, hahahahhaha!!! Asik muka dia aje, pastu paksa-paksa orang amik picca dia, kene penerajang ngan aku baru senyap, isk..iskk...aku pon nak buat muka anak dara jap, huahuahua!!!





Iera kalau tengok picca Umai ngan Amanda ni, mesti dia cakap,"Elehh....konon habis penuh kasih sayanggg le tu! Getik aku! hahahhahaa!!!"







Teha si mak buyong pon mesti nak berposing sakan, huahuahua!!! Kak ai, picca dalam umah teha tak amik sangat lah, hehehehe!! Kak ai dah lepak umah mak buyong tu blum? hohohoh! Teha, aku tengok ko ngandung, serius terasa nak ngandung gak tapiii takutt sakit beranak, hehehehhehe!


Itulah cerita seribu satu malam, hehehehehhe!! Makan sampai pecah perut inilah dinamakan makan ikut nafsu, ish..ishh...ape nak jadi ko ni ieda, tu pasal la ko bambam, hoohoho!! Rezeki, alhamdulillahh....









Monday 27 September 2010

MY RAYA MOMENTS CONTEST

Cop! Cop! Cop! Bagi laluan jap, buat pertama kalinya dan julung kalinya setelah berabad aku.... nak join contest kembali!!! Hahahahha! Lelama bebenau tak join contest tapi dalam banyak-banyak hati eden benar-benar terpaut nak join contest ni, hahahahah! Opss....bukan skandal ok! Nak kene penampo ape! Hahahahah! Contest yang di anjurkan oleh blogger Eyriqazz

Kalau sebut contest, mesti nak tau hadiahnya ape kan. Ape lagi...fuluss...fulusss! Duit kepuk-kepuk beb atau pon topup, besttt tu! Penaja hadiah semua bukan main calang-calang (jangan sebut jalang, kang aku tampo!) kampeni besar-besar beb, miahahaha! Gurau aje, blogger yang rata-ratanya semua aku baca blog mereka setiap hari iaitu
  • Very da vas-vas REDMUMMY - hahaha! blog peberet aku, hari-hari aku ngadap, sampai naik pinau mata ngan merah, takpee...janji aku layan semua cerita yang vas vas :)
  • FITRIHADI - sharing is caring! suka sebab ada je info yang menarik dan membantu tapi bila kuar citer kelakar, guling-guling aku sensorang depan pc, miahahahah!!
  • VIRUSPADU - Blog Angelic Jemah ni lah yang buat aku nak tengok ape-ape tutorial yang boleh membantu, nak pulak citer ibu ngan anak, eh, aku suka nak sibuk nak tau, hahahaha!!

Hah! meletop semua penaja kan! Ape lagi, jom berebut ngan aku nak dapatkan fulus kepuk-kepuk tu, hehehehehhe!



Raya ke-3, bila malam penuh la umah mak mertua ku, semua cucu dah balik. Cucu semua lapan blas orang, pada aku banyak dah tu, hehehehe!!! So malam tu, FIL aku tetap nak bagi duit raya kat semua cucu cicitnya, eh, cicit belum ada lagi, silap.



Aku ngan laki aku tak bawak kamera. Bukan tak bawak, pendek kata rosak. Panjang kata ieda yang buat rosak. Sila jangan marah saya. So aku tengok picca melalui kamera anak buah aku. Nak tergelakssss pon ado tengok muka bebudak ni bersalam amik duit raya ngan aki diorang, miahahahaha!!! Meh layan memek muka bebudak nih ;p




Ni lah cucu sulong, cun? cun? cun? ada berani nak ngorat? hahahahahha!! Muka suka bebeno dapat duit raya, cam dalam facebook dia tulih "dah besar pon dapat duit raya". Takde le beso mane kamu tu Nabila wehh...hahahaha!







Ni Balqis, geng Amanda. Muka lembut kuyu je budak ni, dapat RM51 hengget pon masih senggih ajer, seronok ke? teruja ke? sedih ke? kuikuikuikuiku!






Ni gangster Kampung Pinang, dia siap cakap,"Lu tengok! Atok gua bagi RM51, atok lu ada??!" hahahhahaha!!!








Mek Nurin ala-ala model peraga duit lima ploh satu hengget limited edition ;p







Ni Wafiq. Muka happy giler ko dapat duit. Gigi tersusun sengih. Cuba tengok muka gangster Kampung Pinang"Lu jangan sengih lebih-lebih Wafiq, geli gua tengok!"









Ni muka biasa. Macam muka pemenang yang selalu masuk dalam surat khabar, heheheh!







Haaa....Mek ni selalu buat muka macam terima biasiswa






hehheheheh! Lisa! "Duit ni Lisa nak beli KFC banyak-banyak!" Sudah tu Lisaaaa....makin debab ko tu! ;p






"Cehhhh! Takkan banyak ni kot?????" Fatin tak puas ati dapat lima ploh hengget, sebab budak kecik pon dapat sama je ngan dia yang sedia besar, eh..besar ke ko Fatin? Huahuahua! ;p



Dan yang terkhir.....


Budak ni kalau tengah orang salam amik duit raya, dia pon sibuk melilau....


Tapi.....


Bila kena turn dia.....







Siap kene paksa haaaaaaaa! Anak sapooo lah ni?! Hahahahhaha! " Tidak! Tidak! Lepaskan saya!"






Bila duit dah dapat, dia la palinggggg suka sangattt! Adoiiii....


Aduhh.... Bro Eryqazz, picca saya banyak bebeno, kalau tak suka saya minta ampun sesangat, bukan ape, teman udah teruja bebeno dengan contest ni, huhuhuhu!!!


Ok, jika ada yang minat nak masuk contest ni, sila klik SINI untuk syarat-syarat contest. Good luck untuk diri aku sendiri, hehehhehe!! :)

HAH! SKODENG APE TU?!



Aku tengah menyekodeng baikkk punyer... tapi tu bukan picca aku, dan bukan aku yang di skodeng, hahahahha!!!


Skodenggg ape?


Hahahahah! Biarlah rahsia....tetiba feel Citi Nur Alija pulak, hukhukhuk! (gelak versi batuk)


Skodeng sampai lebammm! Jangan terkantoi sudah! Miahahaha!


Notamataselebethariisnin: Ini bukan skodeng benda tak elok noq...;p

DIGI iPHONE 4 REAL



DIGI iPhone 4 Real!!! Ini betul - betul punya muarahhh!!! Cobaannn....Bukan cobaan menggoda! Tapi ini betul-betul punya murah dan terbaik dari DIGI wwoooo!!!!


Aku tanya ko, mane ko nak dapat plannnn termurahhhh abad ini??? Takde tempat lain selain DIGI!!! Ramai-ramai serbu kat SINI!!



Tak payah cakap banyak, ko tengok FREE!!! dan SAVING!!! yang amat! Miahahaha! Suka! Suka!


Sunday 26 September 2010

DIGI iPHONE 4 PLAY


Apple melancarkan iPhone 4 barunya yang menampilkan FaceTime, yang membuat mimpi dari panggilan video menjadi kenyataan, dan menampilkan layar Retina baru, resolusi tertinggi yang pernah dibuat ke layar telepon, menghasilkan teks, gambar dan video yang super tajam. Selain itu, iphone 4 dilengkapi dengan kamera 5 megapiksel yang memiliki LED flash. HD video recording adalah salah satu fitur dari iPhone 4 yang akan membantu menjuarai pasar smartphone dengan kebanggan.



Ok, itu baru nak citer pasal layar ngan kamera bagai, belum cerita keseronokan pasal Aplikasi-Aplikasi yang best dari iTunes App Store! Beratus ribu aplikasi yang canggih dalam iTunes App Store tapi dalam banyak-banyak aku paling minat





Couch to 5k akan membantu anda mendapatkan bentuk tubuh menggunakan sistem C25K, siri latihan interval, dalam masa 30 minit setiap hari, yang merangkumi 9 minggu, yang berpunca pada kemampuan anda untuk berjalan 5 km (3.1 batu) tanpa berhenti atau berjalan. Aplikasi ini dicipta oleh Lucius Kwok dan Kasten Searles.







.20 hingga 30 minit latihan, ditambah pemanasan 5 minit & rehat 5 minit.
• Alternatif antara selang jogging & berjalan yang jenis mencabar bagi sesi latihan.
• Latihan penuh mengambil masa 9 minggu, tetapi anda boleh mula pada bila-bila waktu.
• Pilihan daripada suara wanita, lelaki atau tiada yang menjadi petunjuk yang memberitahu anda bila waktu jogging dan bila waktu harus berjalan.
• Gunakan dengan playlist anda sendiri - muzik, podcast, atau audio yang lain.
• Gunakan bersama-sama dengan Nike + (Nike Plus sistem untuk melancarkan perjalanan anda).
• Muzik kawalan dalam aplikasi.
• Update Twitter dan Facebook penurunan berat anda akhir setiap latihan.



Aku rasa aplikasi ni sangat menarik, nak pulak yang badan dan perut yang terlebih gebu ni, haaa...sesuaiii sangat lah aplikasi ni untuk aku, hehehehehe!!!! Pulak tu, melayan aplikasi ni dengan melayari internat laman DIGI yang penuh keriangan!

Saturday 25 September 2010

7 PERHENTIAN....EH, NI TAKDE PERHENTIAN LANGSUNG

Malam tadi aku bertolak ke KL, kononnya ingat nak beraya rumah sedara mara kat sini. Doh ari tu beraya kat JB ngan Besut aje, yang sedara mara kat KL ni aku tak jumpe langsung dan dalam erti kata yang lainadalah - sesi mengutip duit raya anak aku, ahahahahha!



So lepas je abis kerja, pecut nak balik umah. sampai je umah...alahaiii....lakibini sebeleh umah aku bergaduh lagi, giler dasat aku dengar kena belasah,sampai Amanda pon dengar, Amanda siap buat muka terkejut, ngan mulut siap cakap, "Hah! Hah! Shuuuu!!!" ekekekek! Buat malu jer... Lantak lah ko lakibini nak tonggangterbalik ke hape....


Pas manghrib papa ngan ummi datang amik aku ngan Amanda, dalam 8.30mlm baru memulakan perjalanan, cewahhhh...apasal cam skema je plak ayat aku pagi ni, ehehehhe! kul 10.30mlm sampai le kat umah adik aku kat Ukay Perdana nih,...



Amanda diwaktu petang, asik nak bergaya je, tu spek mata itam aku yang kali ke tiga plah lapan dia buat patah, nasibbaik cermin mata lima hengget je, hahahah! opss...pecah lobang pulak, hahhaa!!




Tyra Bank pon kalah! hakhakhak!



nota sakithati : tajuk takde kaitan. entri bosan giler, ape kaitan gambo ngan tayra banks???? hahahhahahahah!

Friday 24 September 2010

DIGI iPHONE 4 ME

iPhone 4?? iPhone 4?? iPhone 4?? Woww!!! Wowww!!! Jerit sekali lagilah, cam tak gempak jer, WOOOWWWWWW!!!!! Meh aku tepek skit picca iPhone 4 ni, kot-kot ada yang tak kenal kot, tak pon nak bagi ko terliur skit ngan body iPhone 4 yang mengancam serta kehebatan terbaru yang terserlah abad ini, cewaahhhh! Yehaaa!!



Aku ni nak sangat lah iPhone, skang ni asik main iPhone jenis mainan anak aku punya, ekekeke!! Kalau ada jenis iPhone tabung air tu mau nyer aku dok beli untuk Amanda. Nape aku nak bebenau iPhone 4 ni?? Lagi mauuu tanya plak lu ni bai...aku rasa ko tanya sesape pon dia nak, cuma ongkosnya je nipis, lainlah kalau ko orang kaya, pejam mata pon boleh dapat.


  • Sebab cun! Ko tanyalah sesape pon, mesti terliur beb! Jeniffer Lopez lalu sebelah pon orang tak pandang, uhuhuhu!
  • Sebab saya tak pernah dapat! Pegang 5 minit pon takdapat, miahahaha!!! Asik pegang yang display kat kedai je ape barang, ekekeke!
  • iPhone memiliki ukuran diagonal sekitar 3,5 inci, ini bermakna perangka itu dapat menampilkan 4 kali lebih banyak dari piksel dibandingan layar sebelumnya . Hal itu membuat gambar semakin tajam.
  • iPhone baru ini juga memiliki kamera di depan yang dapat digunakan untuk video conference, sebagai tambahan terdapat pula kamera 5 MP dan flash di bahagian belakang.
  • Bateri iPhone baru ini juga memungkinkan waktu bicara sepanjang 7 jam, perkembangan dari model lama yang hanya 5 jam. Peringkat ini dapat pula digunakan untuk browsing internet selama 6 jam dengan jaringan seluler, serta 10 jam dengan jaringan WiFi.
  • Dasat?! Dasat?! Pengsan kejap! Hahahahha!!!

Sape nak iPhone 4 ni percuma???? Betul percuma! meh aku taip kasi besar sikit,
iPHONE PERCUMA DARI DIGI!!!!



Saya! Saya! dan Saya!!!!

Kalau kamu nak jugak, sila berebut dengan saya! Miahahahha! Ape lagi beb...klik SINI untuk keterangan lanjut :)




VIDEO ANIMASI KES PEMBUNUHAN DATUK SOSILAWATI




Glemar ayam tu....

SEKADAR BERKONGSI...WANITA & LELAKI



LELAKI
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.


BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.
BERATKAN??



Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.


Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa- dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)


Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.






WANITA :
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.... Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.


Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat.
Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya .. Bukankah ibu adalah seorang wanita ?



Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).


Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita :
1. ibunya ,
2. isterinya ,
3. anak perempuannya
4. saudara perempuannya.


Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :
1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya
4. saudara lelakinya .


Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .


Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita .....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. Ssupaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya..( Ali- Imran:103)

Thursday 23 September 2010

EPILOG SYURGA CINTA TAMAT HARI INI, CHINTA BAKAL MENEMUI PENONTON MINGGU HADAPAN


Drama Chinta akan menggantikan Epilog Syurga Chinta bakal menemui penonton pada hujung September ini menerusi slot Akasia TV3, setiap Isnin hingga Khamis jam 6.30 petang selama sejam mengisahkan perjalanan perit seorang gadis baik dengan imej bertudung di sebuah kampung.



Namun hidupnya mula dikaburi seribu satu dugaan yang datang menghimpit apabila abang kandungnya Kamal (lakonan Azhar Sulaiman) sanggup merogol dan menjualnya. Bukan itu saja, sahabat karibnya, Mustika (lakonan Zarynn Min) pula menikam dirinya di sebalik kelembutan sebagai teman hanya kerana cemburu akan sayang seorang jejaka, Fakri (lakonan Ezany Nizariff) yang mencintai Chinta.



Meskipun tidak sesekali ingkar akan tanggungjawab kepada agama dan dirinya, Chinta terus dilanda dugaan yang datang bukan sekali, sebaliknya bertimpa-timpa hingga menyebabkan dirinya lemas dalam suratan yang tertulis buatnya.



Chinta mula mempersoalkan nasibnya dan merasakan Tuhan tidak adil padanya. Justeru, Chinta tekad dan bangkit menentang takdirnya hingga mengambil keputusan meninggalkan kampung halamannya untuk berhijrah ke bandar raya bagi mengecapi satu impian di luar imaginasinya.



Chinta pergi meninggalkan zaman silam yang membunuh jiwanya di kampung. Dia tidak percaya dengan lelaki dan istilah cinta lagi. Fakri ditinggalkan tanpa amaran.



Hidup barunya di KL menemukan Chinta dengan Mayang (lakonan Natasha Hudson). Diarinya mula berubah dan Chinta berdiri sebagai peragawati jelita, seksi dan menarik hingga menyebabkan banyak pihak datang mendekatinya. Kecantikan dan personalitinya yang penuh dengan dendam itu bagaimanapun mengundang rasa kurang selesa di kalangan wanita lain.



Di sebalik kerjayanya, Chinta menyimpan rahsia yang sebenarnya dia pelacur kelas atasan. Namun Chinta kekal dengan misinya bagi melangsaikan rasa dendam di hati yang kian menebal.



Akhirnya, hidup bertopengkan kepura-puraan itu membuka pintu hati Chinta dengan nilai sayang sejati dengan pengawal peribadi kepada seorang Tan Sri yang membelanya, Amar (lakonan Ady Putra).



SEDIHNYA BILA MELIHAT DIA SAKIT...

Mengantukssss! Serius mata macam zombie!


Semalam tengah malam, Amanda demam. Laki aku takde umah, kerja malam. So malam tadi macam tidur-tidur ayam aje. Sekejap-sekejap bangun nak demah kepala Amanda dengan tuala basah.


Kalau anak demam, ya ampunnnn serius aku susah hati! Aku rasa semua ibu-ibu sedunia macam tu. Hhehehhe! Bahaya beb kalau budak demam, takut kalau suhu terlampau panas boleh kene sawan pastu takut leh terencat akal, Ya Allah! Jauhkan lah! Risau beb...cancel! cancel! semua yang negetif dalam pale otak!




Amanda happy giler masa nak balik kampung hari tu.


Wednesday 22 September 2010

SLOT LAGENDA - SINOPSIS SITI KELEMBAI


Cerita peberet aku, Ular Emas dah abisss, tapi ending dia macam aku tak puas hati jer sebab Mona tu tak mampus lagi, mesti ada sambungan lagi ni. Lagi tak puas hati bila Ustaz Smart kawin ngan Raudhah, jelesssss beb!!! Hahhahahah! Gilosss! Aku ni penakut giler, takut ular tapi boleh pulak layan cerita tu, wakakkaaka!



Ular Emas tamat, dan sekarang digantikan pula dengan cerita Siti Kelembai. Konon nak melayan laa...sebab cerita ni ala-ala mengarut macam aku jugak, miahahaha! Jom baca sinopsis Siti Kelembai :)



Slot Lagenda Siti Kelembai membariskan pelakon hebat seperti Liyana Shamsudin, Fizo Omar, Amran Omar, Farah Lyana, Jasmin Hamid, Eizlan Yusof dan ramai lagi. Bermula 20 September, drama 20 episod arahan Bob Hashim Ismail akan disiarkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 4.30ptg TV3, ulangan 8.30malam di TV9.



Diadaptasi daripada cerita rakyat, Sang Kelembai, Siti Kelembai versi moden pula berkisar Siti Ratna, anak perempuan tunggal kepada Alang Saidi dan Siti Mayang Sari yang sangat kuat berkhayal dan berimaginasi dalam kelas. Pada zahirnya Siti Ratna memiliki rupa paras cantik warisan ibundanya, namun kecantikan itu tidak terserlah kerana dia seorang gadis yang selekeh dan tidak pandai menjaga penampilan diri.



Ketika dalam kelas, Siti Ratna sering hilang tumpuan kerana tatkala gurunya sedang mengajar, fikiran Siti Ratna sering melayang entah kemana dan seolah dirinya berada di alam lain. Di kolej, satu-satunya kawan rapat Siti Ratna adalah Moin yang lurus bendul dengan tabiat pelik dan sering dibuli rakan sekuliah.




Menjelang ulang tahun yang ke-18, Siti Ratna tiba-tiba ada satu kuasa yang agak luar biasa. Kuasa itu adalah satu kelebihan yang tidak disedari oleh Siti Ratna sendiri dan jika disalahguna atau tidak dikawal boleh menyebabkan suasana haru-biru.




Siti Ratna tidak boleh marah atau terdetik dalam hati memahari sesiapa kerana boleh menyebabkan seluruh tubuh orang yang dimarahi menjadi gatal. Dapatkah Siti Ratna mengawal kuasa saktinya. Apakah kaitan kelebihan dirinya yang dengan ibunya yang dipercayai mati selama ini tetapi sebenarnya masih hidup berkelana di hutan rimba? Sama-samalah kita saksikan...
Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014