Sunday, 5 September 2010

AIDILFITRI KHAMIS INI? USAH CEPAT TERPENGARUH OK!


Orang ramai dinasihatkan tidak terpengaruh dengan khabar angin mengatakan Aidilfitri akan disambut pada hari Khamis, sebaliknya menunggu sehingga pengumuman dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, lapor Berita Harian Online. Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, berkata ia sekadar khabar angin dan tidak semestinya betul. “Saya mendengar khabar angin itu sejak minggu lalu. Orang ramai tidak perlu keliru sebaliknya menunggu pengumuman pada malam 8 September ini,” katanya ketika dihubungi tetapi enggan memberi komen lanjut sebaliknya meminta merujuk ke laman web Jakim.



Laman web Jakim menyatakan tarikh Aidilfitri pada tahun ini ialah 10 September 2010 iaitu pada hari Jumaat.Sementara itu, Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras, Institut Latihan Islam Malaysia (Ilim), Zamihan Mat Zin, menganggap khabar angin itu diada-adakan oleh pihak yang enggan menyambut Aidilfitri pada hari Jumaat kerana perlu melakukan dua solat dan mendengar dua khutbah. Katanya, pemerintah mempunyai kuasa membuat pengumuman mengenai tarikh sambutan Aidilfitri dan orang ramai tidak perlu keliru dengan khabar angin itu.



“Bagi saya, khabar angin ini disebarkan oleh orang yang keberatan melakukan dua solat iaitu solat sunat Aidilfitri dan solat Jumaat. Jarak waktu kedua-dua solat ini membuatkan mereka berasa seolah-olah tidak ada masa untuk berhari raya,” katanya ketika dihubungi. Beliau juga menyatakan Malaysia tidak perlu mengikut ketetapan Arab Saudi kerana negara mempunyai kaedah tersendiri menentukan tarikh hari raya iaitu rukyah dan hisab yang sudah diakui ulama.



Katanya, tidak mustahil anak bulan akan kelihatan pada petang 29 Ramadan tetapi keadaan cuaca di Malaysia yang selalu berawan menyebabkan ia sukar dilihat. “Keadaan itu menyebabkan kita kembali kepada kaedah pengiraan ahli falak,” katanya.



Ketua Bahagian Falak, Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Dr Kassim Bahali, berkata khabar angin seumpama itu selalu muncul pada tahun Malaysia berpuasa genap 30 hari. “Tahun ini kita berpuasa genap 30 hari yang bermakna Aidilfitri akan disambut pada hari Jumaat, 10 September 2010. Selalunya itu yang terjadi. Bila puasa genap 30 hari, akan muncul khabar angin menyatakan puasa cuma 29 hari. Saya tak percaya dengan khabar angin itu dan meminta orang ramai tidak menghiraukannya.



“Saya bertegas dengan pengiraan yang dibuat kita akan menyambut hari raya pada hari Jumaat,” katanya ketika dihubungi semalam. Kassim yang turut menjadi sasaran pertanyaan orang ramai mengenai perkara itu, berkata beliau akan muncul dalam satu program dengan radio Melaka untuk bercakap mengenai khabar angin berkenaan dan dirakamkan dalam bentuk video yang boleh ditonton menerusi laman web www.khawarizmiobs.com selewat-lewatnya petang semalam atau pagi ini. -MALAYSIAKINI.COM

6 comments:

  1. apa-apa pun kita tunggu pengumuman yan rasmi nanti

    Iklan TV3 Dikecam Hebat

    ReplyDelete
  2. tak sabar nak tgu pengumuman raya....terasa mcm jadi kecik balik kalo turn balik kg sendiri..ehehehe

    ReplyDelete
  3. solat jumaat``tak buleh dibuat suami kalo bg alasan mcmtu..huh

    ReplyDelete
  4. hrmmm .. macam confirm jerk diorang nk umum 30th nie raya.. hrmmm

    ReplyDelete
  5. jgn macam2..

    khamis tu la habis kerja baru le balik kg!

    hahahaha

    ReplyDelete
  6. org laa ni kreatif tak bertempat..tarikh raya buat main2. ntah apa2..

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana ketip-ketip jari korang kat sini untuk komen, jap lagi komen lagi eh..ada lagi..ada..betoi..wa talak tipuu wooo..hahahah!

Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014