Friday, 3 September 2010

CERMINLAH DIRI TU DULU!

Selamat pukul 10 lebih pagi, heheheheh! Weh...nak bagi tau ni, internet aku dah 'sihat' kembali! Hehehhehe! So lepas ni setiap pagi, tengahari dan petang insyallah aku akan berblogwalking seperti biasa, ngehngehngeh :)



Ekceli takde ape dah sangat kerja kat opis ni, ye laa...semua dah dalam mood raya bebudak opis aku ni, ade jugak yang dalam mood kesedihan sebab poket nipis, duit dah abis banyak bershopping. Hahahhaha! Tu lah, kalo nak bershopping pon agak-agak la, ingat sikit lepas raya kang makan pasir pulak.





Ni sebab kerja opis semua dah settle, aku dok belek-belek muka, nak usha jerawat yang beranak pinak kat muka ni. Tenyeh skit. Trim skit bulu idung, hahahaha! Cun kan cermin aku, siap bunga-bunga cinta renda-renda lagi. Rasa cam beauty and the beast punya cermin pulak (aku beauty dan beast tu laki aku, hahahahah!).



Aku suka bercermin, bukan nak tengok rupa elok atau tidak. Kadang kalau marah, cuba tengok cermin, lawo sangat ke muka bila marah? Buat pe nak cepat marah dan melatah, muka kedut seribu!



Kadang kalau tengok cermin, sedar kan lah diri kita,siapa kita dimuka bumi ini dan apa tanggungjawab kita sebagai hamba Allah, isteri/suami,mak/ayah, anak,pekerja/majikan. Bukan aku nak memandai tapi sekurang-kurangnya beringatlah dari bersungut sahaja.


Sekarang aku nak bercermin, jap lagi nak merayap dengan bebudak opisssss, hahahaha!
Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014