Showing posts with label macam2. Show all posts
Showing posts with label macam2. Show all posts

Friday, 3 September 2010

CERMINLAH DIRI TU DULU!

Selamat pukul 10 lebih pagi, heheheheh! Weh...nak bagi tau ni, internet aku dah 'sihat' kembali! Hehehhehe! So lepas ni setiap pagi, tengahari dan petang insyallah aku akan berblogwalking seperti biasa, ngehngehngeh :)



Ekceli takde ape dah sangat kerja kat opis ni, ye laa...semua dah dalam mood raya bebudak opis aku ni, ade jugak yang dalam mood kesedihan sebab poket nipis, duit dah abis banyak bershopping. Hahahhaha! Tu lah, kalo nak bershopping pon agak-agak la, ingat sikit lepas raya kang makan pasir pulak.





Ni sebab kerja opis semua dah settle, aku dok belek-belek muka, nak usha jerawat yang beranak pinak kat muka ni. Tenyeh skit. Trim skit bulu idung, hahahaha! Cun kan cermin aku, siap bunga-bunga cinta renda-renda lagi. Rasa cam beauty and the beast punya cermin pulak (aku beauty dan beast tu laki aku, hahahahah!).



Aku suka bercermin, bukan nak tengok rupa elok atau tidak. Kadang kalau marah, cuba tengok cermin, lawo sangat ke muka bila marah? Buat pe nak cepat marah dan melatah, muka kedut seribu!



Kadang kalau tengok cermin, sedar kan lah diri kita,siapa kita dimuka bumi ini dan apa tanggungjawab kita sebagai hamba Allah, isteri/suami,mak/ayah, anak,pekerja/majikan. Bukan aku nak memandai tapi sekurang-kurangnya beringatlah dari bersungut sahaja.


Sekarang aku nak bercermin, jap lagi nak merayap dengan bebudak opisssss, hahahaha!

Thursday, 2 September 2010

JANGAN SALAH IBU MENGANDUNG, SALAH BAPAK TAK PAKAI SARUNG!


Ini perumpamaan moden, miahahahaha! Mungkin tidak boleh digunapakai, eh...bukan mungkin, sememangnya...kot! T_T


Ekceli semalam baca suratkhabar, banyak operasi yang dilakukan untuk membanteras maksiat. Penuh 2,3 page menyiarkan pasangan di tangkap basah yang rata-ratanya remaja melayu, memalukan betul!



Ada yang sanggup menggunakan kad pengenalan ibu sendiri untuk chek-in di hotel murah, kurang asam betol budak perempuan ni!


Ada yang menangis-nangis minta dilepaskan, haiii....takut ke?? Buat perkara terkutuk sedap ko tak ingat tuhan!


Dan ada remaja perempuan yang baru saja hilang dara, dengan kesan tompokan darah masih di atas cadar, aiyakkkkkkk! Memalukan betol! Satu donia tau ko hilang dara malam 31 Ogos! Hohohooh!


Friday, 25 June 2010

JANGAN BANGGA JIKA BERJUTA ORANG INGIN KAWAN DENGAN ANDA MELALUI FACEBOOK!

Owh! Sungguh seram! Orang ramai dinasihatkan jangan approve orang tak dikenali dalam facebook tapi budak-budak sekarang lebih bangga jika beribu-ribu teman dalam facebook! Ape ko bajet ko cun sangat dan sampai beribu-ribu kawan dalam benda tu?? Lupekan lah... Aku terima email ni dah lama cuma tak berkesempatan nak share bersama korang.
______________________________________________________________

Read first…

A reminder to those who are on facebook not to give too much of your personal details!! OK this is all in Spanish so I’ll tell the story quick. The girl in the picture posted the nice looking pictures on Facebook and of course she got like a million friend request she accepted all of them. One of the guys started asking her to meet up and I guess to have sex she deny him but since it was Facebook she had put all her info there too so he had her address phone number etc etc so he showed up at her place and then the last 4 pictures tell the story of what happen













Monday, 21 June 2010

MEMANG MALANG SUNGGUH BILA BERHENTI KERJA DI CERAIKAN SUAMI PULA.

Semalam laki aku beli surat khabar Utusan Malaysia. Kami jarang beli surat khabar tu, sebab dah habis semua terpaksa lah amik juga. Aku pon tak tau nape kurang gemar dengar Utusan, heheheh!! Jangan marah saya ye...ngee :)



Tapi semalam ada kisah menarik dalam bahagian "Keluarga" dengan tajuk "Diceraikan Selepas Berhenti Kerja". Memula memang takmo baca tapi baca gak le, sebab ayat pertama dia menarik minat aku. Dah baca...ok sedih jugak tapi mujurlah si isteri cekal dan ada nampak bijak dalam mengawal emosi dan keadaan selepas semua dugaan.



Dan malapetaka pula menimpa keluarga si bekas suami bila berkahwin lain. So terbalas juga lah di dunia ye...depan mata, al-padan al-muka, hehehhehe!!



Ok, ini sebagai satu pengajaran sahaja dan tidak semua lelaki begitu, aminn... :) Sila baca DISINI

Wednesday, 16 June 2010

GAMBAR PANAS VVIP DENGAN ISTERI ORANG

Serius giler rindu ngan blog aku, facebook tu sipi-sipi je rindu, sebelah mata pon tak memandang, hahahah!! Ni tangan dok terketor-ketor macam kene parkinson tak tahan nak menaip. Aku balik kampung umah FIL & MIL. Takde masa nak menjengok blog, hehehhe!!


Sesekali balik kampung memang best, pergi bawak 2 beg je. Tapi bila balik ke Ipoh balik, berbundut-bundut barang bawak balik, terjongkit kereta ke kebelakang, barang penuh dengan segala rezeki, hehehhe!! amin... :)


Balik kampung laki aku ni best sebab makan sedap, makin comel perut ku tapi takleh lawan laki aku yang dah macam 5 bulan tu, hahahha! Sorry bang, jangan marah arrr :)


Satu pagi kat kampung, sedang aku melayan nasi lemak yang sedang-sedang sedap, tetiba henpon aku masuk mesej.


"GAMBAR PANAS VVIP DENGAN ISTERI ORANG
Ingin melihat aksi dan gambar panas VVIP dengan isteri orang? Taip YA dan hantar ke 012-XXXX...."


"Mak aiii.....gambar Lisa Surihani dengan Farid Kamil takde ke???" kata aku. Ni VVIP yang di promote pulak, selalu VVIP ni boroi, takmau la aku! Hahahahha!!


Tak mauuuu aku! Kang terkeluar balik nasik lemak sedang-sedang sedap yang aku makan ni, ekekeke!!!


Woiiii! Jangan le hantar kat aku, aku tak minattt!!! Lain kali hantar le mesej kat mana ada Sale Giler kat shopping complex, tak pon hantar le mesej aku menang RM 10,000 masuk peraduan Drypers ke....tak pon hantar le gosip hangat si Leman opis aku tu dah kawin 3 ke...kan sedap sikit pagi aku menjadi ceria, yippieeee!!!

Thursday, 27 May 2010

JANDA DICEKUP DALAM KEADAAN BERBOGEL...MIAWWWW!!!!


Ayokk...kalau sudah manyak gersang, lu kawin lorrr....Boleh kasi "cocok" hali-hali wo.....bikin malu saja lor....sikalang sulah lapat cop mohor kemaluk sekss woo!! Hahahahah!
___________________________________________________________

DUNGUN – Seorang janda montel kemaruk seks dicekup dalam keadaan berbogel bersama pasangannya di sebuah bilik hotel murah, dekat sini, pagi semalam.



Ketika serbuan di sebuah hotel murah di bandar Kuala Dungun, kira-kira jam 7.30 pagi itu, pasangan terbabit dikatakan dalam keadaan memalukan dan hanya menutupi badannya dengan selimut dibekalkan pihak hotel.



Dengan pelaburan RM15 untuk menyewa bilik hotel murah, janda beranak satu yang difahamkan sudah dua tahun kesepian setelah bercerai dengan suaminya itu mendaftar masuk kira-kira jam 7 petang sebelum menghubungi teman lelakinya yang tinggal di Kuala Terengganu untuk dijadikan pasangan bagi menyempurnakan aksi panas.



Walaupun terpaksa menaiki bas awam sejauh hampir 80 kilometer, buah hati janda berkenaan yang bekerja di kedai aluminium di Kuala Terengganu itu sanggup datang dari jauh semata-mata untuk memenuhi keinginan seks pasangannya yang bekerja sebagai tukang masak.



Janda terbabit ketika pengakuan beberapa kali melakukan hubungan seks dengan teman lelaki 'import' yang masih bujang itu dan perbuatan terkutuk itu dilakukan di rumah saudara angkatnya di Kuala Terengganu. - Tabik untuk Paapaada :)

Thursday, 20 May 2010

APABILA PINTU BILIK HOTEL ANDA DICEROBOHI - GUNAKAN TUALA SEBAGAI PENYELAMAT!

Bercuti memang seronok! Tambahan kalau tinggal di hotel, tak kisah berapa bintang, ikut kemampuan dan keselesaan masing-masing. Tapi hati-hati ya...Orang jahat + tak betul memang ramai yang nak ambil kesempatan. Kalau cerita hantu kat hotel tu memang biasa, tapi lagi bahaya kalau kita jumpa penjahat yang nak cerobohi bilik hotel kita!


Lagi bahaya kalau anda seorang wanita dibilik hotel bersama anak kecil. Orang jahat sekarang bermacam-macam cara nak masuk ke bilik hotel. Lihat video kat bawah ni, memang senang kalau mereka nak masuk, dan penyelesaiannyer amat mudah - tuala! :)

PEREMPUAN ADA MISAI...EH,BUKAN MISAI, BULU HALUS OK! :)


Petang semalam laki aku call, katanya nak amik kereta dan dia nak pergi Penang kejap, ada hal kerja. Ok, pas laki aku sampai kat ofis, aku pon hulur dengan manja kunci kereta, pastu salam. Pastu laki aku kata "Ok, babai Mek Misai," pastu laki aku gelak berdozen-dozen, hahahahahhaa!!!! Eee....serius aku 10% geram 90% malu sikit (malu kategori sikit sebab dia laki aku) hahahahha!!



Fine! Ekceli bukan misai tebal cam lelaki, tapi bulu-bulu halus manja, hahaha! Dah lama aku tak menebas atas bibir ni,hahahhaa!! Tapi isu ni jarang cakap, padahal aku pon nampak gegirl-gegirl opis aku pon lebat je atas bibir tu, ekekekeke! Pastu aku naik opis, aku tanya Kak Eyta, "Akak, Ieda ada misai ke?"



Yang aku nak tergelak, dia pulak kalut meraba misai dia, "Eh, akak pon ade" kata Kak Eyta, kami gelak, hahahaha!!!



Setengah perempuan memang jelas kelihatan bulu halus atas bibir, mungkin sebab hormon, weh...tapi aku takbanyak ok, ade pon sebab dah lama tak menebas, hahahahaha!!! Kadang ada yang tanya, boleh ke cukur misai? Kita ni perempuan....



Yang ko cukur tu buat pe diknon....ko cabut la, pakai pencabut kening (tapi cabut kening haram ok!) Kalau cukur, dia akan tumbuh lebih tebal dan kasar, itu yang aku nampak sebab aku ade kawan yang cukur, makin lama makin kasar teksture atas bibir dia, kesian pulak aku tengok... udah ghoper jantan pakai skirt pulak, hehehhe!



Percayalah...kadang-kadang lelaki lebih prihatin terhadap penampilan seseorang wanita berbanding dirinya sendiri :)


p/s: dah selamat menebas malam tadi, nak aku tunjukkan foto? hahahaa! :)


Ada citer menarik untuk dikongsi, berlaku pada bulan 2 yang lepas :)

BATAL KAHWIN, ISTERI ADA MISAI DAN JULING

DUBAI: Seorang duta Arab membatalkan perkahwinannya serta merta selepas mendapati isterinya berkumis dan mata juling. Pengantin lelaki tidak dinamakan itu tidak pernah melihat wajah pengantin perempuan kerana dia memakai niqab sepanjang perkenalan mereka, menurut laporan.


Beliau turut membatalkan jamuan perkahwinan dan terus merujuk kes ke Mahkamah Syariah.
Beliau menuntut perkahwinannya dibatalkan serta wang AS$137,000 (RM468,677.20) untuk hadiah perkahwinan dan perbelanjaan lain dikembalikan selain meminta pengantin wanita diperiksa atas ‘kecacatan hormon.’


“Beliau amat terkejut, Pengantin wanita mempunyai personaliti yang baik, namun ada alasan bagus menyembunyikan wajahnya. “Pengantin lelaki terus ke mahkamah meninggalkan pengantin perempuan yang menangis teresak-esak,” lapor akhbar Daily Mail.


Duta itu mendakwa, bakal ibu mentuanya menunjukkan gambar adik perempuan isterinya untuk menipunya berkahwin dengan wanita yang lebih gemar duduk di rumah berkenaan. - Agensi


Wednesday, 19 May 2010

AKSI SEKS DALAM KERETA

GEMAS – Akibat berang, bapa menyerbu dan membelasah seorang lelaki berumur 26 tahun yang leka memadu kasih dengan anak perempuannya di dalam sebuah kenderaan di Felda Jelai 2, di sini, awal pagi semalam.


Dalam kejadian jam 2.45 pagi itu, bapa berkenaan tidak dapat menahan perasaan marahnya apabila mengetahui anak perempuannya berumur 18 tahun melakukan perbuatan tidak senonoh dengan lelaki terbabit yang bekerja sebagai buruh.



Menurut sumber, semuanya bermula apabila seorang penduduk berhampiran menyedari pasangan itu memadu kasih dan memaklumkan kepada bapa gadis berkenaan.



“Tanpa melengahkan masa, bapa gadis itu dan penduduk kampung menyerbu pasangan terbabit.



“Ketika serbuan, berlakulah insiden bapa gadis berkenaan membelasah pasangan anaknya itu, sebelum menyerahkannya ke Balai Polis Gemas untuk tindakan lanjut,” katanya.



Sumber berkata, buruh berkenaan mengalami lebam pada bahagian muka dan bengkak bahagian bibir.



“Remaja perempuan terbabit kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Gemas, jam 9 pagi tadi (semalam) dan mendakwa dirogol sebanyak dua kali.


“Sementara suspek pula dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin untuk siasatan lanjut,” katanya.


Menurutnya, ketika serbuan dilakukan, pasangan itu juga didapati khayal dan keletihan, dipercayai telah melakukan hubungan seks.


“Gadis itu dikatakan keluar rumah pada sebelah petang dan bersiar-siar di pekan Gemas.

“Bagaimanapun, sebelum menghantar gadis berkenaan pulang, pasa­ngannya cuba membawanya ke rumahnya,” katanya.


Sumber berkata, gadis itu enggan naik ke rumah kerana takut perbuatan mereka diketahui keluarga lelaki terbabit.


“Sebab itu, pasangan berkenaan mengambil keputusan melakukan perbuatan tidak bermoral itu dalam kereta,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu dan pihaknya masih menjalankan siasatan mengenai kejadian itu. - SUMBER

Wednesday, 12 May 2010

MALU JE...TENGOK ABANG TRAFIK HENSEM SAMPAI LUPA TUKAR GEAR




Pagi yang gelap kini sudah panas,aku kakak mu dan engkau opah ku....bosan....lalalala....bosan....!


Hidup macam biasa, putaran yang dalam paksi yang sama. Putih saja. Tiada pink tiada biru tiada oren tiada merah.


Ayat mengarut kat atas ni. Pagi tadi buat malu je, selalu memang aku nampak pak cik trafik yang sama tercegat tepi jalan sedang menjalankan tugas. Tapi pagi niiiii.........................



Pak Cik takde, tapiiiiiiiiiii "Abang" muda pulak yang ada! Hahahahah! Masih baru kot sebab naik motor biasa, kulit putih mulus je lagi, hehehehe! Disebabkan abang muda baru yang jaga jalan pagi tadi, dan disebabkan dia senyum kat aku, dan disebabkan itulah aku luperrr nak tukar gear rendah, nasib baik tak mati enjin! Hahahahah!



Cuma slow cam kura-kura skit aku bawak, buat malu je! Lalalala...Pagi yang panas, makin hari makin panas...


* Pesanan penaja - Saya bukan gatal jauh lagi berminat, hahahha!

Wednesday, 21 April 2010

BUANG BAYI CACAT - LAHIR TANPA MATA DAN HIDUNG


Pagi tadi, aku nak bersiap-siap ke pergi kerja, macam biasa...bukak tv, bagi Amanda tengok, sementara aku nak bersiap. Pastu ada berita pagi tadi, Bayi Cacat Tanpa Mata dan Hidung ditinggalkan di rumah Kebajikan Kanak-Kanak Cacat Ipoh.



Ya Allah...sedih, hina sangatkah sampai diserahkan kepada orang lain? Bayi suci dan tak berdosa, memerlukan sokongan dan kasih sayang keluarga saat ini, mengapakah ditinggalkan?? Adakah kamu malu??? Adakah sebab dia tidak sempurna seperti bayi lain??? Janganlah kamu buat begitu!!!! Kamu sungguh kejam sehingga tidak ambil tahu keperluannya!



Sedih....memang sedih....sebab bayi itu memerlukan kasih sayang ibu bapanya saat ini.




Setelah kamu tinggalkan dia di rumah kebajikan, tahukah kamu...lebih ramai orang ambil berat mengenainya, melimpah ruah kasih sayang dari dari insan bukan darah dagingnya, rasa kasihan menggigit hati rakyat Malaysia... - Baca lanjutan di myMetro

Monday, 5 April 2010

AKU BENCI CICAK LANDING BAIK KAT AKU - PART 2


Ini adalah konon-konon kesinambungan entry AKU BENCI CICAK SUKA LANDING KAT AKU, hahahaha!!!


Semalam seperti biasa aku terjaga tengah malam, nak kencing...sudah terkepit-kepit ni, dalam menahan kecing, mata pulak bukan sebelah je, tu pon separuh, jalan ke bilik air. Tekan suis lampu jamban, bukak pintu pastu......................................................



Ada cicak BESAR, di ulang BESAR bapak kat atas lantai!! Oh! Tidakkkk!! Ketahuilah cicak, aku tak tahan nak kencing nih...



Dengan tak semena-mena mulut aku cakap "Mak oih...besoo giler cicak nih!" mata aku yang layu cam isap dadah tu terus bulat. Cepat-cepat aku tarik pintu tandas, takut cicak besoo kejar aku <---rasa cam bengong je tindakan tu, takpe, dimaafkan sebab mamai lagi, hahaha!!


Jangan tak tau...cicak besar tu, cuba nak kuar jugak dari bilik air tu, dia telah mengsondol-sondolkan dirinya bawah pintu tandas, lagi lah aku cuak beb! Bermulalah adegan aku tarik pintu tandas sekuat ati dengan masa yang sama cicak tu cuba meloloskan diri nak kuar jugak, Hampeh je adegan cam tu kul 3 pagi, hahahah!!!


Sapa yang menang??? Cicak besoo tu yang menang, dia dapat lepaskan diri pastu lari belakang washing machine, sabo je la...Aku tak jadi kencing, masuk bilik terus tdo. Bangun pagi-pagi, cerita kat laki aku, dia gelak. Pastu dia cakap,

"Ayang , tu bukan cicak. Mengkarung lah!" kata laki aku

"Eh, yeke....adik beradik le tu, gelilah!" kata aku ;p


Monday, 29 March 2010

PLEASE....DONT THINK DIRTY!

Sape sini otak kuning, jom join saya! Hahahaha!! Eh, takde ek, oo...gigi kuning ramai la ye, miahahaha!!! kekek aku tengok video bawah ni, video blue ray nih, cepat-cepat kumpul sini tengok ramai-ramai. Cis...kalau benda macam ni laju je ye...takpe, itu normal. Eh, dosa sendirian berhad tau, huhuhu!!!



Gurau je weh...dulu ada gak video ni dalam henpon aku tapi yang tu tak berapa nampak sangat kehebatan dia, ni aku jumpe lagi, tapi yang ni lagi best kot... tapi music background dia annoying skit, serabut la beb :)







Wednesday, 24 March 2010

BILA POCONG MELOMPAT- LOMPAT BELAKANG AKU

Ada seram tajuk entry?? Tak seram langsung! Bagus...clap!! clap!!! Sebab kamu tak kene, yang kene, aku. Betoi ke? Hahahaha!!!


Ni cerita 2 malam lepas. Laki aku kerja malam. Anak aku pukul 9.30mlm dah tidur. Aku sensorang dalam bilik tengah melayari blog-blog korang semua. Tak semena-mena....eh jap, ada ke perkataan semena-mena? Ada kot, tapi jarang je guna, hehehe!! Pastukan aku dengar cam benda lompat-lompat, dari dapur, Sumpah!! Aku tak bohong! Dari dapur, bunyi tu makin kuat melompat-lompat melintasi bilik tengah yang tengah aku duduk tu. Aku mula tak sedap hati. Anak aku kat bilik depan. Pastu bunyi lompat-lompat terus berbunyi ke ruang tamu, pastu senyap.


Lepas je senyap, nak tak nak, aku kuar cecepat dari bilik tengah. Dalam hati...Ya Allah...kalau betul-betul terserempak dengan benda tu, kompom aku pengsan! Tapi tak leh, aku kene kuat jugak sebab kalo pengsan kang cian anak aku nak susu tengah malam. Aku pandang kiri, arah dapur. Takde apa-apa.


Pastu aku berjalan ke ruang tamu, tak de apa-apa jugak. Fuhh...lega..alhamdulillah...Pada aku mujur yang lompat-lompat tu tak muncul depan aku, mungkin dia lalu je, lega...Aku takmo pikir bukan-bukan lagi, so aku terus merewang-rewang jadi pocong kat blog korang pulak, ehehehe!!! :)


p/s: aku pikir mungkin katak yang melompat-lompat, heheheh!! :)

Tuesday, 23 March 2010

HARI INI SANGAT SLOW!

Hari ni sangat slow! Segala-galanya...sampai aku pon cam rasa selebet jer, huhuh! Masuk opis jer, internet buat pasal, pastu lembab cam siput sedut lagi sedap, masak lemak lagi,hehehe!! Ok, fine. Pastu nak bukak Geng Blogger hari ni tak boleh langsung, adoiyaiii....sapa pulak buat masalah kali ni...cian Kong, mesti kena settle cepat, ramai yang merungut sebab rindu ngan Geng Blogger, heheheh!!


Hari ni nuff pon asyik tdo je, pagi ada la juga, pastu dah takde....aku tak pasti la orang lain camne, tapi aku punya kurang aktif hari, macam tuannyer, heheheh!! Innity pulak tengah malam semalam sangat lah rancak, yes...memang best! Tapi pagi ni takde pulak.. :(


Buhsan...buhsan...buhsan...malas nak update blog. Eh, yang ni bukan update ke? Miaahahah!! :)



Tdo jap ek...tdo pon mesti senyum, tdo dalam iman...hehehhee!! :)



Thursday, 18 March 2010

KELIWON BERTWIST DALAM KERETA

Semalam aku bz giler kat opis, mula-mula macam tak percaya je banyak keje, lama-lama aku terima gak hakikat, ;p Semalam aku sempat buat satu entry je, disebabkan terlalu bz, perangai aku mula bertukar pelik-pelik, belum jadi hijau oren kuning pon...jangan riso semua...cewah! hahahah!!


Ok2, aku takmo mukadimah panjang sangat, kang jadi macam entry yang sebelum ni, hahahha!! Jangan mara arr.. ;p Ni, kan aku balik kampung jumaat lepas, ada kenduri skit. Pastu ahad tu aku bertolak balik ke Ipoh, hari kan panas, jajan pulak takde dalam kereta. Pastu sampai Bukit Bunga, laki aku berenti nak beli jajan. Ok, aku duk dalam kereta je, malas! <---giler siap tanda seru, memang pemalas! Laki aku amik jajan, pastu aku tengok dia amik air dalam peti, wah!! Laki aku amik twister oren! Suka-suka-suka!! :) Aku yang kengkonon dahaga ni, tak sabo-sabo la nak minum. Laki aku masuk kereta.

Aku : Beli ape?

Sham : Jajan skit, tolong bukak kan kacang tu.


Ok, aku bukak kan. Baik kan aku, isteri solehah, hahahhaha!! Tetiba puji ;p

Aku : Beli air ape bang?
Sham : Mineral ngan oren, tolong bukak kan abang air mineral tu.


Dah siap bagi semua yang laki aku nak, tetiba aku teringat kan air oren tu, dari tadi aku tak pegang pon, Aku selongkar dalam plastik, tetiba....


Aku : La...ingatkan twister oren! Ni tiruan ni bang...
Sham : Mane de tiruan...
Aku : Ye..tengok, made in thailand lagi tu! Meh nak bukak rasa...Ee...manis letin!!!! ;(
Sham : Mane abg tau...cam twister, amik je la, tak perasan pon, hahahhah!!!


Hawaii lagi, tak tahan...huhuhuh!!


Tetiba je rasa nak jadi keliwon time tu, ingatkan twister oren.....rupanya oren thailand! Keliwon bertwist dalam kereta ;p

Saturday, 6 March 2010

AKU BENCI CICAK SUKA LANDING BAIK KAT AKU!


Aku takmo letak pic cicak ori, aku geli! hahaha!!



Tak suke! Tak suka! Aku tak tau nape cicak suka landing baik punya cilok kat aku! Ahahaha!! Cicak ni pon...kalo nak manje-manje ngan aku jangan la depan orang ramai, malu lah! Kang tak pasal-pasal aku joget zapin depan orang ramai, malu aku siot, huhuhuh!!



Mungkin pada pandangan mata sparrow cicak tu, aku ni cam best je nak landing kan, sabo je lah! Kalo kat rumah tak pe jugak, kalo aku jerit melalak takde le malu sangat " Aaaaa!!! Cicakkk!!!!" Geli dowh! Laki aku mesti cakap " Ape?? ape?? Hishh.. buat terkejut orang je lah! " (muka wajib garang, dengan jelingan tajam sebab excersice jantung dengar suara aku menjerit, hahahha!!). Aku pulak dengan ayu nyer tersipu-sipu malu, miaahahahha!! "Maaf bang, terover pulak, hehehe!!"



Kalo kat depan orang ramai, cicak jatuh atas aku automatik gua cool beb! Cool...Chille(betoi ke eja?? dah lama tak jumpa cikgu english aku)...Frezze...Milo ais kaw-kaw...semua jadi satu, ahahah!! Malu aku weh kalo jerit tetiba, mesti orang gelak kat aku, hahahha!! Cicak pon nak takut. Aku bukan takut, geli lah! ;p


*credit to google

Thursday, 18 February 2010

AKIBAT TER"OVER" TEGAR


Hari ni aku takmo ke ofis. Aikk?? Suke hati aku la, ehehhe!! Ye... opis tu bos aku punya, bukan aku yang punya, so suke hati aku nak buat pe, sebab kalo menjadi bos kene susah hati nak menjaga opis, cukup...cukup...cukup...takmo taip perkataan opis lagi :)


Nikmatnya duduk rumah ni, bangun-bangun layan blog dulu, lapoo la pulak....Nak bersilat kat dapo cam awal je lagi (<--ayat permulaan malas masak! ;p) Selongkar dapo...arrr...de roti, nak buat roti bakar makan ngan telur separuh masak lah, sedap gak, lama giler tak makan menu ala-ala orang kaya ni (patut orang kaya banyak mati sakit jantung, banyak makan telor! macam drama melayu pulak, ahahah!!)


Telur dah siap, bakar roti pulak. Eh, aku lupe nak bukak geng blogger lah tadi. Bukak....lepak blog orang lain, beshh..beshh :) Tetibe bunyi "Klikkk..."


Eh, roti aku lah! Lupe pulak. Wah...pagi ni aku dapat cik hitam manis berkilat gitew!



Tengok! Ni lah akibat ter'over' tegar berblogging, wakakak!!!


Aku buat baru la...nanti tak jadi pulak menu ala-ala orang kaya aku tuh ;p

Siap pon! :) Makan dulu ek, eheheh!! :)

Monday, 8 February 2010

BILA LELAKI SENYUM-SENYUM KAT PEREMPUAN...


ADEGAN PEREMPUAN 1 :

Jalan-jalan window shopping ngan geng-geng. Gelak-gelak kuat2, bajet gempak orang nak tengok. Ngan pakai kasut tinggi, baju mesti nak sarung nangka, spek mata belalang atas kepala, lepak pulak dekat starbuck. Uishh...abis glamer lah, poket pokai, ehehe!! Order air 2 gelas share 7 orang. Ada pulak mamat yang tak hensem kat meja sebelah. Dressup pun bajet gempak tapi poket nipis. Mamat yang tak hensem senyum-senyum pada awek yang konon-konon hot. Awek konon-konon hot cakap kat member dia "Ee...ape la mamat sebelah ni, usha-usha i pulak! Geli lah!" "Ko kan cun, hot, mesti lah dia usha, opsss bukan ko je, kami pon! hahahha!!!" pecah satu starbuck bila awek konon-konon hot gelak.



ADEGAN PEREMPUAN 2:

Jalan-jalan kat shopping complex. Tengok-tengok baju, kasut. Lapo pulak, makan kat McD la, nak masuk Mc D ada plak group mamat-mamat sedang usha-usha. Malu..Jalan kengkonon sopan skit, baris nak beli makanan. Betulkan tudung. Suh member cop tempat. Betul tudung lagi, pastu mata tengok kat group mamat-mamat tadi. Dah amik makanan, g kat member. "Tengok mamat tu, dari tadi senyum-senyum lah!" "Ala...di senyum jer, bukan dia raba ko pon, hahha!! Dia suka kat ko kot ". Perempuan tu pon senyum-senyum balik penuh perasaan dan perasan.



Ahahaha!!! Jangan marah tapi slalunyer begitulah, ekeke!! Sebenarnya jangan la salah anggap kalo lelaki senyum/tengok korang, korang, dan korang. Sememangnya lelaki menghargai kecantikan dan kemanisan korang, korang, korang yang gadis ni. Jangan la tuduh tu lelaki gatal pulak dan jangan pulak perasan yang korang tu kengkonon best. Bak lagu SHANTY DAN MARCELL - KU HANYA MEMUJI . ehehehe!! tak caya, meh tengok lirik ni :


"Kuakui, tubuhku melonglai
Sempatku memuji dalam hatiku
Jangan fikir aku kan mencinta
Ku hanya kagumi, hanya memuji"


Kalo yang lelaki pulak tak yah la nak tenung pompuan sampai menembus, tejojol bijik mata, malu la pompuan tuh, kang takut tiba-tiba sedap tengah usha, sedar-sedar tengah makan high heel, amacam, sedap?? erkk..ehehhe!! :)



thanxx my dear google, bagi aku pinjam gambo :)

Tuesday, 2 February 2010

OH! ROMANTIKNYA!



"Oh! Romantiknya dia!"

Sape sini suka kekasihnya romantik? Sila angkat tangan.


Ishh..takyah angkat tangan, bachin ketiak korang, hehhe!! Sesetengah perempuan suka pada lelaki yang romantik dan lelaki berusaha nak menjadi seorang yang romantik. Ape maksud romantik?? Eee...aku pon tak kuase nak selak-selak kamus nak cari maksudnya. Kekadang bley tau kan romantik tu macamane, eh...yeke, aku tak tau pon! ahaha!! Aku tak tau menilai ape itu romantik! Lah...laki tak romantik pon aku tak kisah! Ngee... :)


Sesetengah perempuan mengharapkan keromantikan dari pasanganye, kalo tak mula la...
"Ee... u ni tak romantik langsung! Tengok couple tu, diorang...bla..bla..." yang ko lelaki tadah telinga aje lah yek! ahahaha!! Lainlah kalo ko sememangnyer romantik, puitis, mat bunga, kaki pengayat kira hebat lah ek..eheheh!!


Ada setengah orang pada mereka romantik tu macam bagi bunga sebakul, makan malam bawah cahaya bulan (cicak jatuh dlm pinggan pon kata sedap giler!), menyanyi pegang gitar ditepi pantai (mcm akil hai ngan wahida tu...), buat konon-konon "suprise!!"(yang gegirl tu konon-konon oh! terharunya i...padahal leh baca dah...ngeh...ngeh...) dan seangkatan dengannyer.


Ada member aku pulak cakap " Romantik ni cakap dengan lemah lembut sambil pegang tangan, caring, cakap dengan penuh mengasyikkan (aiseh! menggebu2 la napsu korang ek, eheh!). Romantik ni jugak berkait ngan insan sentimental...bukan sakit mental. Perlakuan romantik lain gak cam ko sanggup naik bas 8jam ke Johor jumpe kekasih ko, itu pon kalo ko dok kat utara. Cukup..cukup..cukup...


Kadang bukan perempuan je harap boypren/suami dia romantik, ada juga sesetengah lelaki suka pasangannye yang romantik. So kalo rase-rase pasangan ko ke arah tu, silalah cuba-cuba beromantika ya wahai kaum hawa, takkan la harapkan kaum adam jer, kasi "suprise" le sikit kat dorang nih! ehehhe!! Tip-tips nak beromantik?? Aku takde, sila lah rujuk pada pakar perubatan yang berkaitan yek! Heeehehe!!



AMARAN: Ini bukan romantik! Ini gersang namanyer...eheheh!! "I love u...(but I tipu)
(ckap dlm hati) ehehe!! Jangan lakukan aksi ini di tepi jalan yek!


* thanxx 2 google..:)


Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014