Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Friday, 24 June 2011

Si Pencuri (bukan kisah curi seluar dalam)




Berapa ramai kah sebegini?  Mudah-mudahan kita semua akan begini, insyallah :)

Wednesday, 18 May 2011

Jangan Tau Main Aje - Niat Mandi Wajib

Aku tak pasti kenapa aku buat entri ini tapi harap dapat membantu buat yang masih samar-samar dalam kelambu Ikea korang. Mulanya sebab terbaca di forum dan ruang celah-celah dada  montok  akhbar, hahahaaa! 







Niat

Niat mandi wajib secara ringkasnya adalah "Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala."Niat itu hendaklah disertakan ketika air sampai ke bahagian anggota badan. Lafaz niat yang lain"nawaitul ghusla liraf'il hadatsil akbari janabati fardlal lillaahi ta'aalaa" (Ertinya: Sahaja aku mandi wajib untuk menghilangkan hadas besar dan mandi wajib kerana Allah Taala)


Untuk wanita yang mandi wajib kerana hadas haid, niat mandi wajib adalah "Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala." manakala bagi wanita yang habis nifas, niat mandi wajib ialah "Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala".


Niat mandi wajib hendaklah dilafazkan apabila mula terkena air kepada mana-mana bahagian anggota mandi. Sekiranya niat dilafazkan selepas dia telah membasuh anggota badannya, mandi wajibnya tidak sah dan dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air ke seluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah dan dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air ke seluruh anggota badannya.


Orang yang tidak berniat mandi wajib tidak memenuhi rukun mandi wajib dan dengan itu tidak boleh dikatakan telah mengerjakan mandi wajib. Dia hanya sekadar mengerjakan mandi biasa (mandi adat), dan masih terikat dengan larangan yang dikenakan ke atas orang yang berhadas besar.


Untuk menambahkan lagi pengetahuan korang, sila baca DISINI, sekiam terimam kasihim! :)

Wednesday, 27 April 2011

Perghhh...macam tak caye je aku taip macam ni

Kehidupan rumahtangga memang manis tapi adakalanya pahit pasti akan terasa. Setiap pasangan ada pasang surutnya, antara bertahan atau tidak. Antara berkongsi atau tidak. Jika kamu berasa kamu telah tewas, kalah, tidak mampu menahan lagi fikirkan semula. Fikirkan bahawa ada pasangan lain yang lebih teruk. Fikirkan kamu tidak lah seteruk yang disangka. Fikirkan bahawa ini semua ujian Allah buat kamu. Fikirkan semula. Fikirkan anak-anak.








Memaafkan, beri peluang pada pasangan. Sedangkan nabi maafkan umat, inikan korang yang kudus-kudus aje. Memang air mata sudah tidah keluar, kering, hanya menangis dalam hati, tapi ketahui lah, jika kamu berpisah, tidak mungkin kamu mendapat pasangan baru sebaik diri kamu sendiri. Cari punca, sebab. Jika masih tidak mampu, gunakan lah orang tengah untuk membantu. Dan tidak lupa DI ATAS SANA lebih mengetahui jalan hidup kamu dan pasangan kamu.







Sayangilah pasangan kamu, sayangilah keluarga kamu. Jika ada yang luar mencocok, elakkan, kuatkan iman. Ingatlah pada ibu bapa kamu, pasti mereka sedih dan menangis jika melihat keadaan kamu. Perkahwinan juga banyak cobaan, dan kamu akan merasa manisnya jika kamu dapat mampu bertahan. Tapi sampai bila? 5 tahun? 10 tahun? 20 tahun? Dah tua kerepot? ALLAH Maha Berkuasa. Hanya pada-NYA kita meluahkan, hanya pada-NYA kita memohon. Cinta pada ALLAH lebih sejati. 



 Perghhh...macam tak caye je aku taip macam ni, hahahahhaha! Oh, tiada kaitan dengan sesiapa, yang hidup atau mati, hanya dari pandangan, perkongsian bersama teman sahabat handai. :)

Monday, 4 April 2011

HATI-HATI DENGAN MUDAH.MY TIRUAN

 

 Haaa...dapat email tadi kan, banyak betoi oarang jahat bebeno skang ni, sampaikan laman mudah.my pon ada tiruan! So hati-hati, baca kat bawah ni :

 

 

 

Perhatian,

Anda mungkin telah diminta untuk melawat laman internet tiruan yang akan mengambil kesempatan untuk akses ke dalam akaun Mudah anda.

Anda mungkin atau sudah menerima email seperti berikut:




Dear Mudah user Recently our servers suffered irreparable data loss.To continue using Mudah.my you are required to confirm your personal details

You have 24 hours to click on the link below and confirm your details.Failure to provide the necessary data will result in account suspension and you will not be allowed to use Mudah in any way

Continue

Thank you.
Mudah Team

Ini ialah laman internet tiruan yang cuba untuk mendapatkan akses butiran anda apabila anda klik Continue.

Sila ambil perhatian kepada alamat internet http://www.mudah.my.mudahmy.net kerana ia TIDAK BERKAITAN dengan http://www.mudah.my.

Kami tidak sesekali akan meminta laluan masuk dan kata laluan anda melalui email.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kemusykilan, sila hubungi kami di abuse@mudah.my.

Sekian terima kasih,

Friday, 11 March 2011

ENCIK SOTONG YANG SEGAK



Merujuk entri semalam Benci Ah! Benci yang bukan macam lagu dangdut Amalina bukan nama sebenar tu (ayat cam kelingggg!), marah abe Relevan Sokmo dan blog buah pinggang sihat, hehehehehe! Katanya umpama rasa mereka pulak tertipu dengan entri pendek tu, hahahhaha, no no no, kawan balik eh? hahahah :)




Hari ni nak citer pasal encik sotong yang segak. Sotong itu merujuk bukan lah pada spender koyak korang tu, apatah lagi bukan sotong yang jenis auuuu! tu. Sotong ni adalah pisang! Huh! Giler kuning pemikiran sebab teringat pisang yang sememangnya warna kuning masak ranum tu, hahahaha! Ni haa... beberapa hari lepas, laki aku belikan majalah Pa & Ma untuk aku, ee..biasalah bila time mengandung lah nak menambah ilmu kat perut ni, kalo tak ngandung buat dono aje, baca lite-lite gitew aje.





 
Keluaran Mac. Ala rabun-rabun ayam gitew, asik nak amik gambo je lupe, so amik je dalam web Pa&Ma
 Encik Sotong Yang Segak ni adalah dalam bahagian Kraf Makanan. Aku ni dah macam budak kecik, kalo beli majalah ni, memang suka tuju bahagian Kraf Makanan ni, sebab suka tengok bentuk-bentuk yang comel diorang ajar. Boleh la konon-konon nya nak buat untuk anak kan, hahahaha :)





Dah siap sotong yang segak, tapi aku tak nampak cam segak, aku takut tengoknyer ade le, hahahah! 



 Yang ni pulak dia ajar buat Arnab Yang Comel macam aku, hahahaha!

Sonang ajo! Ape lagi, buat sekarang murid-murid! hahahaha :)

Tuesday, 22 February 2011

BERHATI-HATI PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA




 Kalau yang tak tau lagi sila lah baca dan berhati-hati. Kongsikan bersama blogger yang lain dan pembaca serta keluarga dan rakan-rakan. Kucing kat rumah dan kambing kat kampung perlu tau, yeke? ;p

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!


" AMARAN DARI PIHAK POLIS - BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA

-- CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN ) Sedarlah semua! Tolong sebar2kan... ... . Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kerata dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur.

Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita.. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi.

Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda.

Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!


BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN

Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca email ini.

Saya harap anda akan hantar email ini kepada kawan2 dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh ketangan orang lain.

Orang jahat sekarang macam-macam helah dan cara. Dulu main baling telur dekat cermin kereta, jual perfume lah, sekarang ini pulak! Dushh!! Dushh!!! ;(

Monday, 13 December 2010

FAEDAH BANYAK SENTUH PASANGAN ANDA


BANYAKKAN bersentuh-sentuhan atau menunjukkan kasih sayang secara fizikal dengan pasangan anda kerana ini boleh meningkatkan kesihatan anda berdua.


Pasangan suami isteri yang melakukan demikian akan meningkatkan hormon oksitosin yang juga disebut sebagai 'hormon cinta' dalam tubuh mereka.


Di samping itu, paras alfa amiles - sejenis petanda stres dalam tubuh manusia - juga berkurang, menurut Dr Julianne Holt-Lunstad dan rakan-rakannya dari Universiti Brigham Young di Salt Lake City di Utah, Amerika Syarikat, yang menjalankan satu kajian baru-baru ini.


Beliau berkata sokongan emosi dan moral penting untuk kesihatan mental dan fizikal. Antara pasangan suami isteri, sokongan begini lebih penting.


Salah satu cara menunjukkan sokongan ini ialah melalui sentuhan tanpa seks, tetapi sekadar sentuhan fizikal sebagai tanda pasangan mengambil berat dan sayang seperti berpimpin tangan, memeluk atau duduk dan berbaring rapat, katanya. Satu lagi dapatan kajian Dr Holt-Lunstad dengan rakan-rakannya dalam jurnal Psychosomatic Medicine menunjukkan bahawa bagi kaum lelaki, sentuhan hangat pasangannya boleh meningkatkan kesihatan jantungnya. - SUMBER


P/S:hehhehehe! :)

Wednesday, 23 June 2010

KERETA WARNA HITAM LEBIH BANYAK TERBABIT KEMALANGAN

Hitam itu menarik. Hitam itu elegant. Hitam itu menawan tapi jangan menuntut ilmu hitam sudahhh...punah la... Aku suka kereta warna hitam, nampak cun jer. Kalo ko pakai spender kaler hitam lagi nampak smart, eh...tersasul pulak, hahahaha!!


Tapi lepas baca artikel ni, rasa cam tak best, ala...kajian kemanusian memang macam tu. Ajal maut bukan atas kajian manusia, semua ditentukan Allah. Kalo ko pakai kereta pink tompok-tompok hitam pon eksiden gak kalo ko mabuk, ekekeke!


====================================================================

LONDON: Kemungkinan kereta hitam terbabit dalam kemalangan adalah 47 peratus lebih tinggi berbanding kereta warna lain.


Kajian yang dijalankan membabitkan kemalangan sepanjang 20 tahun lalu mendapati, pendedahan terhadap bahaya adalah lebih tinggi ketika berada dalam kereta hitam sementara putih, warna keemasan dan kuning adalah paling selamat.


Penyelidik dari Universiti Monash di Melbourne itu berkata, ada beberapa warna yang menjejaskan pemandangan terhadap kereta ketika di jalan raya. Menurut mereka, kereta hitam tidak menyerlah pada warna latar jalan raya, pemandangan sekitar dan trafik lain, lapor akhbar Daily Mail.

Thursday, 20 May 2010

APABILA PINTU BILIK HOTEL ANDA DICEROBOHI - GUNAKAN TUALA SEBAGAI PENYELAMAT!

Bercuti memang seronok! Tambahan kalau tinggal di hotel, tak kisah berapa bintang, ikut kemampuan dan keselesaan masing-masing. Tapi hati-hati ya...Orang jahat + tak betul memang ramai yang nak ambil kesempatan. Kalau cerita hantu kat hotel tu memang biasa, tapi lagi bahaya kalau kita jumpa penjahat yang nak cerobohi bilik hotel kita!


Lagi bahaya kalau anda seorang wanita dibilik hotel bersama anak kecil. Orang jahat sekarang bermacam-macam cara nak masuk ke bilik hotel. Lihat video kat bawah ni, memang senang kalau mereka nak masuk, dan penyelesaiannyer amat mudah - tuala! :)

Thursday, 13 May 2010

JOM BELAJAR HTML, CSS, XML



Hari ni just nak share ngan korang, kat mana korang boleh belajar segala bagai coding HTML, CSS, XML, JAVASCRIPT dan lain-lain yang berkenaan.



Sebelum ni memang aku haprak tak tau ape-ape pasal benda ni semua. So aku try cubit-cubit En. Google dan aku jumpe laman web ni. W3Schools Online Web Tutorial, kat sini semoleknya buat yang baru nak belajar (masih merangkak macam saya, hehehe!), HTML, CSS, XML, JAVASCRIPT dan lain-lain yang berkenaan.



Dah nama pon tutorial, so dia akan ajar korang satu per satu dan siap ada contoh sekali. So kalau rajin dan berminat, silalah selongkar ke W3Schools Online Web Tutorial.

Saturday, 8 May 2010

HATI-HATI LOGO "HALAL" PALSU


Ejaan yang tertera pada logo:

JARATAN KEMA HJAN ISLAM MALAYSIA
ISL AMC DEVELOPMANY DEPAKTMANT OF MALAYSIA






Sangatlah merbahaya, kene berhati-hati, sekali pandang memang cop hal tapi sebenarnya TIDAK!

Friday, 7 May 2010

KERAJAAN TIMBANG BERI LESEN JUDI PIALA DUNIA.

Geram aku laa....SAH-SAH JUDI ITU HARAM!!!


Allah SWT telah memperingatkan dengan tegas mengenai bahaya judi ini di dalam surat Al-Maidah ayat 90 - 91 yang ertinya, "Hai orang-orang mukmin! Sesungguhnya arak dan judi dan berhala dan azlam adalah kotor, berasal dari perbuatan setan; oleh kerana itu, jauhilah supaya kamu beruntung. Sesungguhnya setan hanya bermaksud akan menjatuhkan permusuhan dan kebencian di antara kamu melalui arak dan permainan judi serta akan menghalangi kamu dari ingat kepada Allah dan salat; oleh kerana itu apakah kamu mau berhenti?"



Kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.


Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein berkata jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.


"Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram).


"Kerajaan sedang mengkaji perkara ini dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan memandangkan kejohanan Piala Dunia ini semakin hampir," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen pada Khamis.


Awang Adek berkata jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini.

Awang Adek mengakui sudah ada pihak yang membuat permohonan untuk mendapatkan lesen itu tetapi beliau enggan mendedahkan lebih lanjut maklumat itu sehingga kerajaan membuat keputusan mengenainya.

Terdahulu, isu itu dibangkitkan pada sesi soal jawab oleh Senator Ng Fook Heng yang mahukan penjelasan kemungkinan kerajaan mengeluarkan lesen pertaruhan kejohanan Piala Dunia untuk mengelakkan perjudian haram.


Awang Adek berkata kerajaan memandang serius aktiviti perjudian tanpa lesen yang membabitkan pertaruhan nombor ramalan, permainan mesin slot dan pertaruhan membabitkan bookie bagi permainan bola sepak dan permainan lain.


"Aktiviti perjudian tanpa lesen adalah aktiviti yang boleh mewujudkan kegiatan sampingan lain seperti peminjam wang tanpa lesen, jenayah terancang, penyeludupan dan pengubahan wang haram.


"Oleh itu sebagai sebuah kerajaan yang prihatin terhadap rakyatnya, kerajaan akan memberi pertimbangan sewajarnya dan sebarang langkah perlu dilakukan secara berkesan bagi menangani masalah bookie tanpa lesen termasuk membenarkan pertaruhan bookie bola sepak dilaksanakan melalui perlesenan sah," katanya.


-- BERNAMA

Tuesday, 27 April 2010

BUAT PEMINAT CROCS - WAREHOUSE SALE!

Okeyss...buat peminat kasut cik buaya dengan nama glamer dan masyukkk nye CROCS, cepat!! cepat!! ada warehouse sale! Yeahhhh!!!






Warehouse Sale CROCS

Pre-Sales up to 70% off

*Free RM20 Cash Discount Voucher for purchase above RM200 at the warehouse sale in a single receipt.

10 am - 10 pm

29th April 2010

Location :

IKANO Power Center
2nd floor,
Lot S3
03-62758908
State: Selangor

"AMOI, SAYA MAU TUKAR STYLE LOR..."

Saya suka rambut panjang! :) Tapi cik suami suka saya berambut pendek berstylo, wahhh!!! Macamane tu beb... *wink*wink* Terpaksa menobekkan kepala ku lagi ke salon T_T (takpe, laki punya pasal...huhuhu!!)



Tapi lagi best teringat masa sekolah dulu, aku potong botak, ala-ala Punk Girl gitew, ahaksss!!! Cam haremmmm hahhaha!.....tak cayer tanyer BFF aku masa sekolah dulu, lalalala....ameh (siap kaler merah nama ko, jangan risau..takkan choi punya! hahhaa), menyampah aku ingat waktu sekolah dulu kan, wakakaka!!! :)



Selang sebangku...ala-ala gaduh gitew, hahhahaa!!! :)





Anak aku mula mencari aku, mane mama nih?!?!?!

Dia dah nampak! Menjerit 1 kedai nak kat aku! Waaaaa!!!!






Alololo...cian...nah, gigit pampers! huhuhuhu!!!





Opsss!! cover "pouch" mama ngan watermark! Hiksssss! :)




RAHSIA RAMBUT WANITA

  • Wanita yang rambutnya berjurai ke depan menutup dahinya adalah tanda lurus hatinya dan kerana kelurusannya itu dia selalu diperdaya. Wanita ini juga selalu kehabisan wang.

  • Wanita yang rambutnya berjurai ke belakang menandakan dia keras kepala, panas baran dan terburu nafsu. Dia bersifat ketuanan dan cepat marah jika kata-katanya tidak dituruti. Tapi mereka ini pandai bercerita, baik pula kepada keluarga dan suka memberi.

  • Wanita yang rambut tumbuh rendah di dahinya menandakan bahawa dia adalah wanita yang tamak dan banyak putar belit, tidak bergaul, haloba dan penipu.

  • Wanita yang rambutnya berwarna cokelat muda, panjang lurus dan lembut adalah lembut hatinya tapi cepat marah. Dia punya timbangrasa dalam hubungan dan tubuhnya sihat. Tapi dia tidak begitu bernasib baik dalam hidup.

  • Wanita yang mana rambutnya cerah adalah sehat, punya tujuan hidup, punya cinta berahi yang baik, tapi sukar bila bersamanya. Wanita ini suka dipuji kecantikannya. Dia suka bersukan dan umurnya panjang.

  • Wanita yang rambutnya merah dan panjang itu banyak cekapnya dan sombong pula. Dia pemarah dan tidak sabar. Bila marah dia ganas. Dia juga mempunyai nafsu syahwat yang kuat. Tubuhnya nampak lemah tapi dia sihat dan kuat. Umurnya mungkin tidak panjang. Dia wanita yang suka mendesak dan bersemangat. Fikirannya selalu melayang. Bila merasa kecewa wanita ini jadi dukacita dan kecewa.

  • Wanita yang punya rambut pendek, hitam dan kerinting suka berkelahi, tidak stabil emosinya, berlebihan nafsu syahwatnya, dan tidak boleh dipercayai. Pada awalnya wanita ini nampak sungguh bersemangat tapi akan berubah fikiran selepas itu. Dia adalah mata duitan dan mahu jadi kaya tapi akan merasa hampa kerana niatnya ini.

  • Wanita yang punya rambut pendek lebat berwarna hitam cokelat itu panas baran, sihat orangnya, subur orangnya dan banyak anak. Hatinya selalu gembira. Tapi bersifat tidak mahu mengalah, keras kepala dan degil. Dia wanita yang bersemangat, suka kepada kepelbagaian, bersifat ingin tahu dan kelihatan fleksibel. Dia suka bertemankan lelaki tetapi setia dalam hubungan.

Wednesday, 21 April 2010

75 KES BARU H1N1 DIKESAN


Seram lah! H1N1 ada lagi...

PUTRAJAYA: Sejumlah 75 kes baru Influenza A (H1N1) dikesan sehingga pukul 5.30 petang semalam, menjadikan jumlah terkumpul kes itu setakat ini ialah sebanyak 13,274.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, bagaimanapun berkata tiada kematian baru dilaporkan semalam.


Beliau berkata, bilangan yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula adalah 11 orang dengan lapan daripadanya mempunyai faktor-faktor risiko.


"Jumlah kes penyakit serupa influenza (ILI) yang masih dirawat di wad di seluruh negara adalah sebanyak 624 kes.


"Daripada jumlah tersebut, 85 kes telah disahkan positif H1N1," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Dr Mohd Ismail berkata, sehingga jam 8 pagi ini, pihaknya menerima sejumlah enam laporan kejadian kluster ILI dari dua negeri iaitu Selangor dan Melaka.-myMetro


code - U35HNT2X99TN

Monday, 12 April 2010

BENARKAH AIS / AIR SEJUK MEMBUNCITKAN PERUT?


Teringat dulu ada seseorang cakap " Haa...minum la bebanyak ais, gemuk macam Rotipah tu baru tau!" Errkkk....tetiba je tangan aku dengan slow motion nyer bergerak ke arah teh panas! Takmo gemuk cam Rotipah! Adus...putus haid mood!



Tadi baru aku google, benarkah minum ais sejuk boleh menggemukkan, dalam kata sadis *perut buncit T_T* menci...menci...betul, aku dah le hantu ais batu!



Memang tak jumpe pon. Fine. Dan aku try e-mail member-member kalau mereka ada artikel yang berkaitan, then aku dapat artikel yang sangat berguna. Artikel untuk semua.



Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung SERANGANJANTUNG!!!! Secara logik..., mungkin ada kebenarannya.. Orang-orang China dan Jepunmengamalkan minum teh panas sewaktu makan... dan bukannya air berAIS.

Mungkin sudahtiba masanya kita meniru amalan minum air panas sewaktu menikmati hidangan!!!! Kita tidakakan kehilangan apa-apa... malah akan mendapat faedah dari amalan ini.
Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca (termasuklah aku yang bam-bam ni).

Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan.
Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita. Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, iaakan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemakberkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT.



Dan sebaiknya spare tayar kamu itu, dapat dihilangkan dengan bersenam, insyallah.... Malas pulak bersenam? Dr. Rozmey mungkin membantu! Hikss :)


Monday, 5 April 2010

20 PERIHAL WANITA

1. Doa wanita lebih maqbul dari lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat dari lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."



2. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarah (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca "Alhamdulillahi'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah". Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa."; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.



3. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama akuJustify Full (Rasulullah SAW.) di dalam syurga.



4. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.




5. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (serta menjaga sembahyang dan puasanya)




6. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (10,000 tahun).




7. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.




8. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.




9. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.




10. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.




11. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT




12. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.




13. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.




14. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.




15. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila diahiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.




16. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya,bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya.




17. Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau memandang ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya,memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keridhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya,tiap-tiap langkahnya dan setiap pandangannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi.




18. Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.




19. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.



20. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal dari suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat dari yakut.


Thanxx 2 Teha coz tagged aku dalam notes ni :) So aku nak share jugak ngan teman-teman blogger yang lain. Sharing is caring.....I likeeee :)

Monday, 8 March 2010

10 TANDA PASANGAN ANDA CURANG


1)Layanan dingin- enggan atau lambat membalas SMS dan panggilan anda atas alasan 'sibuk'.


2)Pemarah/ Mencari Salah- kesalahan kecil diperbesar-besarkan sehingga berlaku konflik dan kemudian menggelak perbualan terus meninggalkan anda keseorangan tertanya- tanya?


3)Alasan tak logik- enggan luangkan masa dengan anda sanggup keluar bersendirian atau bersama teman2 nya ke tempat lain tanpa anda.


4)Berahsia- Tidak seperti dulu, gemar berbuat sibuk, diamkan diri, termenung dan tidak suka anda melihat mobile bag atau barangan peribadi yang lain.


5)Panggilan misteri- Kerap dengan urusan kerja- overtime, outstation, kecemasan dan menemani boss katanya. Perbualan telepon dengan si pemanggil dibuat tidak ketika anda disisi, berbisik dan singkat jawapanya!


6)Penampilan berubah- Lain tingkah-lakunya, semakin bergaya, wangi, rapi, sering keluar malam dan rambut/kumis kemas dijaga selalu.


7)Masaalah duit- Tidak mempunyai budget yang cukup untuk anda berdua atau keluarga (bagi yang berkahwin), minyak kereta sering habis dipakai, pelbagai alamat email, sering memadam caller ID, hutang kredit kad diluar pengetahuan anda dan bil/receipt misteri restauran atau barangan 'ajaib' anda terjumpa!


8)Kemesraan hilang- Dia tidak lagi berminat untuk duduk bercerita/mendengar isu remeh, tiada kata- kata manis, gurauan dan tidak bermanja seperti dulu. Tiada buah tangan sebagai tanda ingatan!


9)Teman2 lari- Kawan baiknya menghindari anda seperti lari dari disoal siasat dan rasa bersalah terhadap anda bila bertembung.


10)Naluri- tiba- tiba mengesyaki sesuatu yang tidak kena tapi tiada bukti atau petanda sahih! Perhubungan semakin lama semakin rengang jadinya.


Tapi zaman sekarang ni, pasangan yang curang biasa nya bijak! Susah nak tau...so pandai-andai lah...

Friday, 5 March 2010

10 KEBAIKAN COKE



Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke :



1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!



2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?


3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!


4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.


5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.


6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.


7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap. Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin macam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal! Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!


8. Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis. Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki, pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau "Bahan Penghakis" : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawa kereta, putus 2 sebab hakisan/karat. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!



9. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais! Wahh! rasa macam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah dengan otakpun kena tipu. Semua minuman ringan menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo , F&N dan dll. Sama saja! Anak bapak dan Keluarga 69. Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk meghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. macam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu.




10. Cuba rendamkan gigi dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang/lebur dalamasa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni, agaknya-agaknya gigi tu boleh hilang!


Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama saja! Anda minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.


DiIndia, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak. siapa ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh serangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke agaknya? Cubalah! Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa Yahudi 100%. kat Mekah ada Mecca Cola. Betul ke? Yang pernah pergi Mekah boleh confirm agaknya?


Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama cuci cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas, sembur serangga dll. Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika bahan cuci/pelincir/ penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas anda boleh cuba sendiri dirumah jika tak percaya. Yang mana tak pass sains khasnya kimia dulu masa sekolah bolehlah buat eksperimen sains kimia ni kat rumah.

Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014