Tuesday 27 April 2010

"AMOI, SAYA MAU TUKAR STYLE LOR..."

Saya suka rambut panjang! :) Tapi cik suami suka saya berambut pendek berstylo, wahhh!!! Macamane tu beb... *wink*wink* Terpaksa menobekkan kepala ku lagi ke salon T_T (takpe, laki punya pasal...huhuhu!!)



Tapi lagi best teringat masa sekolah dulu, aku potong botak, ala-ala Punk Girl gitew, ahaksss!!! Cam haremmmm hahhaha!.....tak cayer tanyer BFF aku masa sekolah dulu, lalalala....ameh (siap kaler merah nama ko, jangan risau..takkan choi punya! hahhaa), menyampah aku ingat waktu sekolah dulu kan, wakakaka!!! :)



Selang sebangku...ala-ala gaduh gitew, hahhahaa!!! :)





Anak aku mula mencari aku, mane mama nih?!?!?!

Dia dah nampak! Menjerit 1 kedai nak kat aku! Waaaaa!!!!






Alololo...cian...nah, gigit pampers! huhuhuhu!!!





Opsss!! cover "pouch" mama ngan watermark! Hiksssss! :)




RAHSIA RAMBUT WANITA

  • Wanita yang rambutnya berjurai ke depan menutup dahinya adalah tanda lurus hatinya dan kerana kelurusannya itu dia selalu diperdaya. Wanita ini juga selalu kehabisan wang.

  • Wanita yang rambutnya berjurai ke belakang menandakan dia keras kepala, panas baran dan terburu nafsu. Dia bersifat ketuanan dan cepat marah jika kata-katanya tidak dituruti. Tapi mereka ini pandai bercerita, baik pula kepada keluarga dan suka memberi.

  • Wanita yang rambut tumbuh rendah di dahinya menandakan bahawa dia adalah wanita yang tamak dan banyak putar belit, tidak bergaul, haloba dan penipu.

  • Wanita yang rambutnya berwarna cokelat muda, panjang lurus dan lembut adalah lembut hatinya tapi cepat marah. Dia punya timbangrasa dalam hubungan dan tubuhnya sihat. Tapi dia tidak begitu bernasib baik dalam hidup.

  • Wanita yang mana rambutnya cerah adalah sehat, punya tujuan hidup, punya cinta berahi yang baik, tapi sukar bila bersamanya. Wanita ini suka dipuji kecantikannya. Dia suka bersukan dan umurnya panjang.

  • Wanita yang rambutnya merah dan panjang itu banyak cekapnya dan sombong pula. Dia pemarah dan tidak sabar. Bila marah dia ganas. Dia juga mempunyai nafsu syahwat yang kuat. Tubuhnya nampak lemah tapi dia sihat dan kuat. Umurnya mungkin tidak panjang. Dia wanita yang suka mendesak dan bersemangat. Fikirannya selalu melayang. Bila merasa kecewa wanita ini jadi dukacita dan kecewa.

  • Wanita yang punya rambut pendek, hitam dan kerinting suka berkelahi, tidak stabil emosinya, berlebihan nafsu syahwatnya, dan tidak boleh dipercayai. Pada awalnya wanita ini nampak sungguh bersemangat tapi akan berubah fikiran selepas itu. Dia adalah mata duitan dan mahu jadi kaya tapi akan merasa hampa kerana niatnya ini.

  • Wanita yang punya rambut pendek lebat berwarna hitam cokelat itu panas baran, sihat orangnya, subur orangnya dan banyak anak. Hatinya selalu gembira. Tapi bersifat tidak mahu mengalah, keras kepala dan degil. Dia wanita yang bersemangat, suka kepada kepelbagaian, bersifat ingin tahu dan kelihatan fleksibel. Dia suka bertemankan lelaki tetapi setia dalam hubungan.

8 comments:

  1. aku suka pi salon time cuci rambut.. sedap betul dia urut.. nk tertido je rasanya hihi

    ReplyDelete
  2. klu yg rambut tercacak2???pmpn tu camne lak?

    ReplyDelete
  3. alamak , yg mana satu ek , sebabnya rambut nie kengkadang pendek , kengkadang die , kengdadang da banjang , kengkadang wat perm .. ekkekeke

    ReplyDelete
  4. salam..
    ha ha ha
    pouch bag??
    hu hu biasa dah
    hidup bahagia..
    tak gitu?

    ReplyDelete
  5. hahaha aku pun suka rambut panjang..tapi laki pun xsuka aku rambut panjang..huhuhu rimas katanya...huh`

    ReplyDelete
  6. dr zaman kanak2 smpai lah remaja.. rambut pendek je..
    skrg nk dewasa dah..
    so tgh blaja simpan rmbut pnjg..kdg2 x tahan potong gak =P

    ReplyDelete
  7. rambut pendek nampak kemas...

    ReplyDelete
  8. kakakkk! comelnya armanda!!!! nak pinjam boleyyy? (sambil jeling sebelah kanan. npk banner kite lah. cunnn) hahaha

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana ketip-ketip jari korang kat sini untuk komen, jap lagi komen lagi eh..ada lagi..ada..betoi..wa talak tipuu wooo..hahahah!

Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014