Saturday 3 April 2010

KAMI BANYAK PERBEZAAN


Cinta...Kasih Sayang...Keserasian...Cewah! Malam minggu citer pasal cinta pulak, miahahaha!! Tak...kadang aku terfikir, sesetengah orang mengatakan "Saya tak sesuai dengan dia, kami banyak perbezaan lah!" sesetengah orang pulak cakap macam ni, "Kami sangat serasi! Banyak benda kami minat bersama!" wah...suka, suka :)



Tapi aku tidak. Aku dan suami banyak perbezaan, ye...dari segala sudut. Tapi itu lah membuatkan kami bahagia, alhamdulillah...Kadang aku terfikir, kalau mempunyai minat yang sama, tidak kah membosan kan? U suka....I pon suka.... Itu pendapat aku saja, jangan marah :)



Kalau banyak perbezaan, tapi kita cuba serasikan dan belajar menerima satu sama lain, bukan kan lebih menarik ini? hehehhe pandai-pandai je aku :)



Contohnya, suami aku orang Terengganu, aku pula Perak. Banyak beza nya...dari segi pemakanan, aku suka yang pedas-pedas, suami yang manis-manis, pagi dia biasa breakfast nasi dagang, aku pula roti dan telur sudah memadai. Tapi kami saling menerima. Aku cuba cari nasi dagang di sekitar Ipoh untuk breakfastnya. Dia juga terima breakfast aku; roti, telur dan sardine.



Minat pula memang jauh beza. Bola..bola...bola..., aku yang tak tau ape pon pasal bola, sekarang ni dah hafal jadual perlawanan bola, hehehe! Lucu padahal tak minat langsung! Suami faham aku minat melayari internet, dia belikan aku komputer....kadang tu dia pon menyibuk jugak, hahaha!!



Ye...banyak lagi perbezaan, malas aku nak menaip...nanti muntah pulak korang membacanya, hehehe!! Biarlah rahsia...konon! hahahah :) Kadang jangan terlampau yakin yang keserasian dan minat yang sama adalah kunci utama perhubungan. Keikhlasan dan kejujuran adalah yang penting....dan kita berkahwin adalah satu ibadah.

7 comments:

  1. betoi2 tue wei..klu sama jerk semua xmeriah lak rasa kan..aku nan en laki aku pun banyak yang xsama..heheehh yang sama..kitorang nie sama2 orang kedah..yang lain majoriti ke laut la....hehhehe

    ReplyDelete
  2. heheheh paham kadang2 perlu keserasian tapi kontra tu lebih menjamin..kot hahhahaha

    dilema..nak kawen atau tak???
    muhehehehhe

    ReplyDelete
  3. betui..betui...betui.....!!!cayalah ieda...

    ReplyDelete
  4. sangat setuju okeyh!.. ena pun camtu gakkk.. same tp xserupa.. huhuhu..

    ReplyDelete
  5. ha aku lately asek terbaca pasal ni je... perbezaan ni la yg menimbulkan eksaited nk bercinta. baiklah!

    ReplyDelete
  6. sangat la setuju ngan pendapat ieda ni...

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana ketip-ketip jari korang kat sini untuk komen, jap lagi komen lagi eh..ada lagi..ada..betoi..wa talak tipuu wooo..hahahah!

Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014