Tuesday 6 April 2010

PEROMPAK KEJAM SANGGUP TEMBAK RAKAN SENDIRI

Suspek...perompak yang menembak mati rakannya sendiri
KUALA LUMPUR: Seorang perompak tergamak melepaskan dua das tembakan sehingga membunuh kawan sendiri selepas mendapati rakan jenayahnya itu parah akibat ditembak pengawal keselamatan sebuah kedai emas. Dalam kejadian kira-kira jam 2.45 petang semalam, perompak berusia 30-an terbabit tidak teragak-agak mengacukan pistol separa automatik ke arah perut rakannya yang terbaring kesakitan sebelum melepaskan tembakan.


Tindakan ganas perompak itu membunuh rakannya dipercayai dilakukan bagi memastikan rahsia kumpulan penjenayah berkenaan tidak terdedah.


Rompakan dikatakan berlaku apabila dua penjenayah berbaju kemeja masuk ke sebuah pusat beli-belah di Taman OUG, Jalan Klang Lama di sini melalui pintu sebuah restoran makanan segera.


Mereka menuju ke arah kedai emas bersebelahan restoran makanan segera itu untuk melakukan rompakan nekad bersenjatakan sepucuk pistol.


Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhamad Sabtu Osman, berkata perompak terbabit kemudian menyerang seorang pengawal keselamatan yang bertugas di hadapan kedai emas berkenaan sebelum merampas senapang patah dipegang pengawal terbabit.


Menurutnya, kedua-dua perompak kemudian meluru ke dalam kedai emas sebelum mengarahkan empat pekerja supaya tidak melawan dan membuka rak pameran.


“Bagaimanapun, dua perompak berkenaan tidak menyedari kehadiran seorang lagi pengawal bersenjatakan senapang patah yang bersembunyi dalam bilik khas yang dibina menggunakan cermin kalis pandang depan.


“Ketika perompak sibuk memindahkan lapan dulang barang emas ke dalam beg galas dibawa, pengawal keselamatan berkenaan mengacukan senapangnya sebelum melepaskan satu das tembakan tepat mengenai perut dan rusuk seorang daripada perompak terbabit,” katanya.

Muhamad Sabtu berkata, kejadian itu menyebabkan dua perompak berkenaan terkejut dan kelam-kabut melarikan diri bersama barang kemas dianggarkan bernilai lebih RM500,000.


“Dalam keadaan kesakitan dan berlumuran darah, perompak yang cedera itu cuba melarikan diri dengan beg berisi barang kemas tetapi tidak berdaya sebelum jatuh di lantai restoran makanan segera berhampiran.


“Agak mengejutkan apabila rakannya yang bersenjatakan pistol lantas melepaskan dua das tembakan ke arahnya.

“Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), perompak itu melepaskan dua das tembakan ke arah perut rakannya menyebabkan lelaki itu mati serta-merta di tempat kejadian.

“Dia kemudian merampas beg berisi barang kemas daripada mayat rakannya sebelum melarikan diri dengan motosikal yang diletakkan di luar pusat beli-belah itu,” katanya.


Menurutnya, sebelum melarikan diri, perompak itu sempat mencampakkan senapang patah milik pengawal keselamatan yang dirampas ke kawasan pokok bunga berhampiran.


“Penjenayah terbabit cukup berani dan berpengalaman apabila tidak memakai penutup muka atau topi keledar ketika melakukan rompakan. Setakat ini, polis tidak dapat memastikan punca dia membunuh rakannya sendiri, namun tidak menolak kemungkinan ia dilakukan bagi memastikan identitinya tidak terbongkar.


“Berdasarkan pemeriksaan awal, perompak yang ditembak mati itu berusia 34 tahun dan mempunyai rekod jenayah kes samun dan penagihan dadah,” katanya.


Sementara itu, polis forensik Kuala Lumpur yang melakukan siasatan terhadap mayat perompak yang mati dalam keadaan tertiarap itu mendapati tubuhnya penuh dengan kesan tembakan peluru penabur.

“Setakat ini polis sudah mendapatkan rakaman CCTV (kamera litar tertutup) kejadian,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian. - myMetro

11 comments:

  1. kenapa agaknya tembak member sendiri tu huhu

    ReplyDelete
  2. huuissshhh.. mengerikan...

    ReplyDelete
  3. Ngeri la kan kes2 camnie.. dorg nie terlalu berani + kejam..
    dah nak sgt rompak tu rompak jer la.. tp jgn la sampai bunuh membunuh kan!>.

    ReplyDelete
  4. salam eida..
    wah betul2 nekad mamat ni

    ReplyDelete
  5. dah tamak sangat la tu...


    http://belogbagus.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. hmm mmg jelas dia xnak identiti dia terbongkar n kwn dia tu melambatkan pergerakan dia...hmm itu bukan kawan namanya, itu namanya pasangan merompak bersama

    ReplyDelete
  7. emm tembak mmber sebab die takut mmber die tu idup n beritahu polis kot.. (tengok filem banyak sangat)ihik!

    apelah.. dah lah merompak, membunuh lagi.. rasakanlah neraka jahanam!

    ish.. nauzubillah..

    ReplyDelete
  8. kejam...sungguh kejam.

    tapi nama pun perompak...memanglah kejam kan. ish,ish,ish....

    bahaya betul la dunia ni. shopping complex bahaya, petrol station bahaya (accident cheras tu baca sini ->http://mariellasays.blogspot.com/2010/04/only-woman-driver-can-do-this.html), duduk umah pun dah tak selamat....

    ReplyDelete
  9. kalau dah namanya perompak..perompak la jugak!

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana ketip-ketip jari korang kat sini untuk komen, jap lagi komen lagi eh..ada lagi..ada..betoi..wa talak tipuu wooo..hahahah!

Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014