"Untuk menajamkan lagi teknik penghasilan grafik seni yang agak tumpul, baru-baru ini telah membuat satu topik forum di komuniti GengBlogger dengan menjemput para blogger untuk sudi berkerjasama memberi alamat laman blog mereka untuk dijadikan lencana (badge) untuk blog saya sendiri, disamping mencari lebih ramai kenalan blogger dan saling kunjung-mengunjung sesama laman blog (untuk tingkatkan trafik :P). Tambahan pula, ini pun satu langkah untuk mendekatkan diri dalam dunia blog dengan mengenali lebih ramai para blogger dengan blog mereka yang popular dan memiliki kandungan/info yang amat menarik untuk dikongsi...
Berkenaan lencana blog, ianya digunakan sebagai penanda di laman blog sendiri. Jadi, tak perlulah nak tulis laman blog seseorang. Hanya klik saja dan dapat pergi ke laman blog tertentu...Walaupun pada asalnya hanya nak letakkan dalam bentuk teks saja, tapi rasanya macam tak menarik pula..Jadi, lebih baik buat dalam bentuk grafik yang lebih menarik sikit...
Lencana-lencana ini diletakkan dalam 'sidebar' blog ini (lihat sebelah kanan blog). Disebabkan terlampau banyak dan tak nak memanjangkan blog ini, kesemua lencana ini disusun dalam 'scroll box'...
Jadi, bagi sesiapa yang ingin berkongsi link blog anda untuk dijadikan lencana blog ini, bolehlah beri komen di ruangan topik forum GengBlogger di sini:
atau tinggalkan komen di sini. Untuk membuat lencana ini, apa yang diperlukan:
- Nama Blog, atau mungkin nama penuh/samaran anda
* Kalau boleh nama jangan panjang sangat, takut tak muat pula untuk lencana
- Link blog/laman web anda
* Wajib diberi. Kalau tak, dah tentu bukan untuk dijadikan lencana blog, kan?
- Gambar anda atau gambar kartun, haiwan atau apa saja yang berkaitan dengan blog anda
* Gambar yang diperlukan melambangkan rupa blog anda atau tuan punya blog. Dengan kata lain, ianya satu subjek utama blog. Logo pun boleh diterima.
- Selain itu, boleh beri permintaan tambahan seperti jenis font yang disukai atau jenis latar belakang yang lebih mencerminkan latar sebenar blog anda.
Satu lagi, gambar lencana ini anda boleh simpan di komputer untuk diletakkan di laman blog/web anda sendiri. Hanya klik kanan pada gambar lencana dan simpan ke dalam komputer anda. Kemudian, muat naik di mana-mana laman 'image hosting'. Jadi, tak perlu nak risau tentang hak milik pembuatan, sebab ini boleh digunakan secara umum, tak ada hak milik persendirian..Benda sebegini memang patut dikongsi bersama..Tak baik kedekut hanya untuk diri sendiri saja..
Diharap anda boleh teruskan berkongsi laman blog anda untuk dijadikan lencana..."
hajar nak jugak.... ;d
ReplyDeletebaiklah azfar ni..
ReplyDeleteada gak baca thread tu.. :)
InsyaAllah.nanti leh minta tolong dia.. :)
Mcm best jer ieda..
ReplyDeletenak jugak la.. :)
menarik la..nak la jugak! hehe..
ReplyDeleteooo geng blogger ni..rsnya dh subscribe tp xingt..ekeke:D
ReplyDeleteazfar ni baik dan rajin dan kreativ
ReplyDeleteblh la mintak khidmat dia sbb dia glamer
nnt bz memanjang.. hehe
wah lepas nie ada lencana la nyek..clurst kan... i liiikkeee...
ReplyDeleteThanks bagi sesiapa yang support.. ^_^
ReplyDeleteApa pun, kalau rasa nak design yang lain, bagitau je...