Friday, 2 April 2010

DIN BERAMBOI KESAYANGAN KU TELAH PERGI SELAMANYA....


Al-Fatihah.....


Sedih...Ya....teramat sedih saat ini, dalam kereta nak ke ofis tadi, dengar radio....Din Beramboi telah pulang ke rahmatullah. Aku menangis...ye, menangis....mujur aku tak drive pagi ni, aku pergi kerja ngan papa,papa pon senyap je tengok anak dia sorang ni menangis...



Aku memang minat giler kat Din Beramboi, dari dulu memula aku tengok dia, masa tu aku sekolah menengah lagi, rancangan Raja Lawak pon aku tak pernah miss sebab nak tengok Din Beramboi je, bukan nyer aku nak tengok sangat peserta tu, aku nak tengok Bro Din Beramboi je.



Kalau korang baca Oh!Artis, Din beramboi ada menyatakan rasa tanda-tanda ajalnya melalui twitter beliau.....Sila lah ke Oh!Artis....



Al-Fatihah....
Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014