Monday, 5 April 2010

AKU BENCI CICAK LANDING BAIK KAT AKU - PART 2


Ini adalah konon-konon kesinambungan entry AKU BENCI CICAK SUKA LANDING KAT AKU, hahahaha!!!


Semalam seperti biasa aku terjaga tengah malam, nak kencing...sudah terkepit-kepit ni, dalam menahan kecing, mata pulak bukan sebelah je, tu pon separuh, jalan ke bilik air. Tekan suis lampu jamban, bukak pintu pastu......................................................



Ada cicak BESAR, di ulang BESAR bapak kat atas lantai!! Oh! Tidakkkk!! Ketahuilah cicak, aku tak tahan nak kencing nih...



Dengan tak semena-mena mulut aku cakap "Mak oih...besoo giler cicak nih!" mata aku yang layu cam isap dadah tu terus bulat. Cepat-cepat aku tarik pintu tandas, takut cicak besoo kejar aku <---rasa cam bengong je tindakan tu, takpe, dimaafkan sebab mamai lagi, hahaha!!


Jangan tak tau...cicak besar tu, cuba nak kuar jugak dari bilik air tu, dia telah mengsondol-sondolkan dirinya bawah pintu tandas, lagi lah aku cuak beb! Bermulalah adegan aku tarik pintu tandas sekuat ati dengan masa yang sama cicak tu cuba meloloskan diri nak kuar jugak, Hampeh je adegan cam tu kul 3 pagi, hahahah!!!


Sapa yang menang??? Cicak besoo tu yang menang, dia dapat lepaskan diri pastu lari belakang washing machine, sabo je la...Aku tak jadi kencing, masuk bilik terus tdo. Bangun pagi-pagi, cerita kat laki aku, dia gelak. Pastu dia cakap,

"Ayang , tu bukan cicak. Mengkarung lah!" kata laki aku

"Eh, yeke....adik beradik le tu, gelilah!" kata aku ;p


Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014