Wednesday, 18 May 2011

Jangan Tau Main Aje - Niat Mandi Wajib

Aku tak pasti kenapa aku buat entri ini tapi harap dapat membantu buat yang masih samar-samar dalam kelambu Ikea korang. Mulanya sebab terbaca di forum dan ruang celah-celah dada  montok  akhbar, hahahaaa! 







Niat

Niat mandi wajib secara ringkasnya adalah "Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala."Niat itu hendaklah disertakan ketika air sampai ke bahagian anggota badan. Lafaz niat yang lain"nawaitul ghusla liraf'il hadatsil akbari janabati fardlal lillaahi ta'aalaa" (Ertinya: Sahaja aku mandi wajib untuk menghilangkan hadas besar dan mandi wajib kerana Allah Taala)


Untuk wanita yang mandi wajib kerana hadas haid, niat mandi wajib adalah "Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala." manakala bagi wanita yang habis nifas, niat mandi wajib ialah "Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala".


Niat mandi wajib hendaklah dilafazkan apabila mula terkena air kepada mana-mana bahagian anggota mandi. Sekiranya niat dilafazkan selepas dia telah membasuh anggota badannya, mandi wajibnya tidak sah dan dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air ke seluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah dan dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air ke seluruh anggota badannya.


Orang yang tidak berniat mandi wajib tidak memenuhi rukun mandi wajib dan dengan itu tidak boleh dikatakan telah mengerjakan mandi wajib. Dia hanya sekadar mengerjakan mandi biasa (mandi adat), dan masih terikat dengan larangan yang dikenakan ke atas orang yang berhadas besar.


Untuk menambahkan lagi pengetahuan korang, sila baca DISINI, sekiam terimam kasihim! :)

24 comments:

  1. tq 4 the info..walopon kita selalu buat..! hahahaah

    ReplyDelete
  2. er.....errrr....nawaitu....nawaitu....saumaghodin.....an adai .....errr..bukan ye...tak bulih ke gune niat pose???....hehehe.....

    ReplyDelete
  3. selalu terlupa bab mandi wajib...bab tuuuuut...payah nak lupa.....

    ReplyDelete
  4. ramai yg xsure psl ni kan...

    ReplyDelete
  5. Salam ziarah,Entry Cik Ieda buat saya gemuruh je,baca ni sampai habis "sesungguhnya barang siapa yang bangun mandi diwaktu pagi termasuk dalam golongan orang lelaki yang mengerjakan isterinya dimalam hari"...jangan marah yer,mandi betul2
    ratakan air diseluruh badan dan dicelah-celah...

    ReplyDelete
  6. ingat memule kena plkn..suh bebudak mandi wajib dulu

    ReplyDelete
  7. Yup...jangan main-main berkenaan mandi wajib... salah cara... kalau tak sah... maka diri akan berada dalam keadaan tidak suci...

    ReplyDelete
  8. mandi wajib buat malam siap2..hahahaha pgi2 sejuk nk mandi lama..kekeke

    ReplyDelete
  9. ahh,..thanks for sharing

    sharing is caring kan..hehe

    ReplyDelete
  10. thanks for sharing...perkara penting yang wajib kita tahu,,,

    ReplyDelete
  11. bagus info mak yung dedek....

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum, yaa nampak cam kita selalu buat tp betoi ke cara mandi? Elok diperingatkan selalu...tima kasih Yong!

    ReplyDelete
  13. Betul...niat dalam bahasa Melayu pun OK..jangan tak buat nanti semua ibadat zero...

    ReplyDelete
  14. time kaseh akak info yg menarik

    ReplyDelete
  15. info yang baik...memberi 1001 manfaat untuk semua.... thanks...

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana ketip-ketip jari korang kat sini untuk komen, jap lagi komen lagi eh..ada lagi..ada..betoi..wa talak tipuu wooo..hahahah!

Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014