Monday, 16 May 2011

Bengkak Giler Hati Opah

Opah rase opah diperkotak tapi tak katik. Oleh sape lagi kalo bukan atok ko, blogspot. Ceh! Penat je opah cat rumah terbongkok-bongkok (kurang kalsium) ari tu, ala...nak feel gegurl macam dulu-dulu, sekali haa.... dia tampal wallpaper kaler hitam balik! Bengkak giler hati opah! Ko tau-tau je lah perasaan orang tua-tua kan cepat sentap rigap!





Tapi hari Jumaat (kot la) opah ada bertanya dengan jiran opah, Releven Sesokmo pasal Wordpress. Haa...kami rasa macam nak pindah je ke taman perumahan baru tu. Dia dah ada umah jugak dekat sana. Opah pon dah ada jugak, berjiran lagi gamaknyer! Kot-kot dia pakai WiFi leh opah menumpang main fesbuk free, hehehehe! Oh..oh...opah sebenarnya tak pindah masuk abis ke wordpress sebab ape...sebab opah sengal-sengal badan (takmo mengaku sengal sebenarnya).


Opah banyak persoalan mengenai Wordpress, antara nya :

  1. Boleh tak opah pindahkan semua kenangan yang konon-konon manis bersama blogspot ke wordpress?
  2. Opah pakai domain dari Netkl.com, bleh tak pakai jugak bila dah pindah ke wordpress?
  3. Apakah opah akan kehilangan follower yang sedia ada, atau adakan poleh dipindahkan ke wordpress agar mereka tak ketinggalan dengan puisi-puisi puitis opah?
  4. Opah pening.


Opah memerlukan jawapan dari ketua kampung dari taman perumahan wordpresssss, siapa? siapa? siapa? Tolongggggggg! Hahahahahahha! :) 
Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014