Thursday, 26 May 2011

Sham Kamikaze Berubah Ke Arah Kebaikan, Alhamdulillah!

Rasanya semua tau pasal Sham Kamikaze sudah berubah, alhamdulillah! Untung bila ALLAH memberi hidayah kepada beliau, aku happy giler!! Semoga kekal selamanya, insyallah! :)


Suka tengok gambar-gambar terbaru Sham di Facebook beliau, amiinnn :)








Peminat seni tanahair dikejutkan dengan perubahan Sham Kamikaze bekas pemain gitar utama Kamikaze apabila video berdurasi 12:42 beliau bercerita tentang pengalamannya mendapat hidayah mula dimuat turun di blog dan juga laman Facebook tempatan.


Sham juga turut meletakkan jawatannya sebagai pensyarah di sebuah universiti tempatan selepas melakukan perubahan tersebut.


Beliau pernah mencapai pengiktirafan yang diidamkan apabila album Kontroversi memenangi Anugerah Album Rock Terbaik di AIM 2001.


Disamping itu juga, Sham kerap mengiringi persembahan artis artis ternama seperti Siti Nurhaliza, Misha Omar, Syafinaz dan bintang Akademi Fantasia baik di pertunjukan dan persembahan terbuka mahupun di stesen stesen TV.


Antara tugasan yang pernah di pikul termasuklah sebagai Pengarah Muzik untuk program konsert terbitan Astro iaitu Dari Studio Satu Anugerah Seri Angkasa 2006, Konsert Misi Suara Hati dan Konsert Akhir AF3.


sumber: Sinar Harian Online



Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014