Thursday 26 May 2011

Sham Kamikaze Berubah Ke Arah Kebaikan, Alhamdulillah!

Rasanya semua tau pasal Sham Kamikaze sudah berubah, alhamdulillah! Untung bila ALLAH memberi hidayah kepada beliau, aku happy giler!! Semoga kekal selamanya, insyallah! :)


Suka tengok gambar-gambar terbaru Sham di Facebook beliau, amiinnn :)








Peminat seni tanahair dikejutkan dengan perubahan Sham Kamikaze bekas pemain gitar utama Kamikaze apabila video berdurasi 12:42 beliau bercerita tentang pengalamannya mendapat hidayah mula dimuat turun di blog dan juga laman Facebook tempatan.


Sham juga turut meletakkan jawatannya sebagai pensyarah di sebuah universiti tempatan selepas melakukan perubahan tersebut.


Beliau pernah mencapai pengiktirafan yang diidamkan apabila album Kontroversi memenangi Anugerah Album Rock Terbaik di AIM 2001.


Disamping itu juga, Sham kerap mengiringi persembahan artis artis ternama seperti Siti Nurhaliza, Misha Omar, Syafinaz dan bintang Akademi Fantasia baik di pertunjukan dan persembahan terbuka mahupun di stesen stesen TV.


Antara tugasan yang pernah di pikul termasuklah sebagai Pengarah Muzik untuk program konsert terbitan Astro iaitu Dari Studio Satu Anugerah Seri Angkasa 2006, Konsert Misi Suara Hati dan Konsert Akhir AF3.


sumber: Sinar Harian Online



23 comments:

  1. Alhamdulillah kan.. rasa macam da semakin ramai artis2 mula berubah.. Alhamdulillah... semoga akan ada makin ramai lagi lepas ni... amin...

    ReplyDelete
  2. moge ALLAh tetapkan atinya berpegang kepada agama nya sendri :)

    ReplyDelete
  3. salam

    saya minat dgn sham kamikaze ni dari dulu sampai sekrng
    alhamdulillah di atas perubahan tersebut.... i likee....

    ReplyDelete
  4. aku dh tgk video dia...alhamdulillah...

    skrg ramai artis yg byk berubah ke arah kebaikan...mayb, mereka dh jemu idop dlm dunia yg penuh kepura2an itu...

    ReplyDelete
  5. ALHAMDULILLAH..

    MOGA KEKAL BEGITU HENDAKNYA..

    ReplyDelete
  6. Salam...
    Alhamdulillah....moga ditetapkan iman pada jalan yg diredhai...

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah....
    moge2 kekei sampei ke akhir hayat......

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah. moga kte pun mendapat hidayah mcm dia gak nanti

    ReplyDelete
  9. syukur....Allah memberikan hidayah kepada setiap hambanya yang dikehendaki. Maka tiada tangan akan dapat menghalangnya

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah..camni la bagus kan..lg bagus klu ramai artis jadi cam dia..

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah..harap2 perubahan ini berpanjangan..Lisa dah bersalin...dua2 gegurl - along lisa

    ReplyDelete
  12. syukur! bertuah bila mendapat hidayah Allah S.W.t.

    ReplyDelete
  13. Kita selalu tak for granted sebab dilahirkan sebagai islam berbanding yang menerima hidayah untuk memeluk islam.

    Harap sama-sama kita semua menjadi good muslim

    ReplyDelete
  14. wahhhhhhhhhhhh alhamdulillah..
    patut lah tengok asik shah slam je yg dijemput akhir2 neh

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah...kwn sebagai saudara sesama islam ni tumpang bersyukur.

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah....tak sangka pula.... baru ke berita ni dan gambar dapat kat mana?


    Posting Terbaru Saya --Scha Dan Awal Bakal Berkahwin

    ReplyDelete
  17. Baguslah sham...muka nampak tenang...

    http://duniadalamjaket.blogspot.com/2011/07/seketika-bersama-mr-sham-kamikaze.html

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana ketip-ketip jari korang kat sini untuk komen, jap lagi komen lagi eh..ada lagi..ada..betoi..wa talak tipuu wooo..hahahah!

Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014