Showing posts with label artis. Show all posts
Showing posts with label artis. Show all posts

Thursday, 4 August 2011

Musim Putus Tunang - Ally Iskandar Pulak Putus Tunang?

Lama tak menyibukkan diri dalam gosip artis kannnn, baru tadi baca dekat Oh!Artis pasal Ally Iskandar putus tunang, ye ke noksss??? Diorang tunang awal tahun ari tu, pastu putus sebab masing-masing sibuk dengan kerjaya, pulakkk....masa bercinta takkan tak sibuk kot?? 





Last year jumpa Ally Iskandar dekat airport masa raya nak balik ke Ganuuuuu :) Oh! Amanda sangat lucu masa kecik-kecik! Hahahahahah!



Takpe lah, kalau takde jodoh kan...pasti ada yang lebih baik yang menanti. :)

Credit : Oh! Artis

Thursday, 26 May 2011

Sham Kamikaze Berubah Ke Arah Kebaikan, Alhamdulillah!

Rasanya semua tau pasal Sham Kamikaze sudah berubah, alhamdulillah! Untung bila ALLAH memberi hidayah kepada beliau, aku happy giler!! Semoga kekal selamanya, insyallah! :)


Suka tengok gambar-gambar terbaru Sham di Facebook beliau, amiinnn :)








Peminat seni tanahair dikejutkan dengan perubahan Sham Kamikaze bekas pemain gitar utama Kamikaze apabila video berdurasi 12:42 beliau bercerita tentang pengalamannya mendapat hidayah mula dimuat turun di blog dan juga laman Facebook tempatan.


Sham juga turut meletakkan jawatannya sebagai pensyarah di sebuah universiti tempatan selepas melakukan perubahan tersebut.


Beliau pernah mencapai pengiktirafan yang diidamkan apabila album Kontroversi memenangi Anugerah Album Rock Terbaik di AIM 2001.


Disamping itu juga, Sham kerap mengiringi persembahan artis artis ternama seperti Siti Nurhaliza, Misha Omar, Syafinaz dan bintang Akademi Fantasia baik di pertunjukan dan persembahan terbuka mahupun di stesen stesen TV.


Antara tugasan yang pernah di pikul termasuklah sebagai Pengarah Muzik untuk program konsert terbitan Astro iaitu Dari Studio Satu Anugerah Seri Angkasa 2006, Konsert Misi Suara Hati dan Konsert Akhir AF3.


sumber: Sinar Harian Online



Saturday, 1 January 2011

PELAKON FAIZAL YUSOF MENINGGAL DUNIA




PETALING JAYA
: Pelakon Faizal Yusof telah meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Pusrawi Kuala Lumpur pagi Sabtu.
Menurut bekas isterinya, Siti Nordiana, Allahyarham Faizal mengadu sakit jantung dan pelakon drama Tiramisu itu pengsan di rumah Faizal.
"Saya dan isteri Faizal terus membawanya ke Hospital Pusrawi dan dia dimasukkan ke wad ICU. Keadannya pada ketika itu sudah kritikal," katanya yang dihubungi mStar Online, Sabtu.
Jenazah masih berada di hospital dan akan dibawa ke rumah Faizal di Sentul petang nanti. - mstar online

Thursday, 23 December 2010

10 PALING HOT 2010!

*Abang kurang gagah menguasai carta!*





Tengah cuaca redup stim kan..ada lah pulak hot nyer! Kain umah aku tak abis kering lagi dah ada hot nyer! Hahhahaha! Ikuti 10 Paling HOT B*POP :)


  • Kontroversi Raja Lawak musim kedua - Nabil

  • Maya Karin bercerai

  • Raja Azura bercerai

  • Raja Azmi dan tutttt dalam botol dan abang badminton!

  • Keretakan rumahtangga Rita Rudaini

  • Datuk Sharifah Aini berbaik sakan dengan Siti Nuhaliza, hebat noks!

  • Benjy dan tuduhan memiliki dadah

  • Perkahwinan Bung Mukhtar dan Zizie Ezzati, grrrrrrr, miawwww!

  • Dr. Rozmey dan filem 2 Alam nya...

  • Fasha Sendat dan Jejai! T_T

Segala penerangan dan maklumat lanjut untuk bergosip ala-ala cik kiah sila rujuk SINI

hot kerrrr?

Monday, 20 December 2010

KACAK LUAR, KACAK DALAM, KACAK SANA SINI


*Gambar khas untuk tatapan Ieda*

Hahahahha!

Giler kentang spring perisa cheese perasan!


Ryzal Jaafar! Perghhhh! Jambu abis! Ini lah jenis muka, ciri-ciri aku paling minat masa zaman sekolah dulu, hahahahha! Muka jambuu tak hengat! Bila tengok dia berlakon dalam drama Hani tv 3 tu, teringat pulak masa zaman sekolah dulu. Haishhh...muka jenis camni memang ramai budak-budak ala-ala gegurl suka! Tapi dulu aku comot, kurus kering macam isap dadah, jalan macam lelaki. Mane ada laki jambu macam ni nak pandang, hahahahah!



Tapi semakin hari semakin berubah 'taste' aku. Ewah..nak bercerita kepoh sekampung, hahhaha! Ape barang muka jambuuuu! Hahahahhaa! (Ryzal jangan marah, i kelik likeeee kat pesbuk u!) hahahaha!



Sekarang ni, dia ni pada aku, memang lelaki abisss, maskulin! Dashing! Giler puji melambung tersedak la ko Remy Ishak! Hahahahha! I likeeeeee!



*I likeeeee! Maskulin abisss u!*


Jangan lah taste aku berubah lagi mengikut arah angin pasang. Tup..tup...tup...minat misai Datuk K, pengsannnnnnn! T_T


No.No.No. Namooo ok! :)

Wednesday, 8 December 2010

CERAI SUDAH TALAK 1 - SEIN DAN NANA


Ok ok, aku memang tak suka bab cerai pisah ni tapi kalo korang dah nak cerai aku tak leh buat ape. Sein hensem , Syed lagi tuu..hahahah...puji aje, Sein U takmo kat adik I ke? adik I pon Syarifah! Hahahhaha! Giler perasan!



Dulu tengok Trek Selebriti, tunjuk pasal pasangan ni, alahai...rumah cun betoi! Leh tahan kayap nyer tapi dah tak sehaluan katanyaa...Pendek kata jodoh pertemuan ajal maut ditangan Allah. Semoga mereka bahagia dengan haluan masing-masing. Amin..


Cerita original meletup vasvas DISINI

Wednesday, 10 November 2010

MAMAT DITAHAN KERANA MEMILIKI MOTOR CURI

Acehhhh! Ni gosip artis pulak. Ala..si Mamat tu, kalo cakap Mamat Exist mesti semua kenalkan. Dia ni dah banyak kali kene tahan polis. Masuk keluar balai bukan kisah pon sebab banyak buat hal, dia cam dok ketagih mencuri aje. Buruk perangai wehh...jam tangan levi's pon nak curi. Sekarang ni motor pulak. Siap positif dadah lagi, aiyokkk...sape nak jawab??!


Bawak-bawak le insapp weh...


Sumber : GUA-Mamat Ditahan Lagi

Monday, 8 November 2010

YUNA NAK CABAR KEHEBATAN FAIZAL TAHIR?


Ok, ok jangan peminat Faizal Tahir sentap pulak baca ni, hahahaha! Dua-dua hebat ini dicalonkan mara ke peringkat separuh akhir Juara Lagu malam ini.


Tapiiiiii kan, aku kompom la sokong Yuna, hahahahaha! Faizal ni pon aku suka gak sebab vokal dia power tapi aku suka lagi Yuna, hehehehe!


Ok, relax...lagi pon baru nak masuk peringkat separuh akhir, kecoh betul, haa..kecoh betul ko Ieda, wakakakaka! Dan akhir kata


*sambil pakai baju pink dan pompom pink*

Go Yuna Go!
Go Yuna Go!



PesananPenaja : 'Go' bukan bermaksud berambus apatah lagi 'blah'. Haahahahha!

Sumber : Berita Harian

Wednesday, 20 October 2010

MELETOP DAS DAS PAKAI BAJU MERAH CILI


Sungguh cuncantik betoi Nasha Azizi ni walaupon umur hampir 40 tahun. Masih belum berkahwin. Ramai yang tanya, nape tak kawin lagi?? Ada sesetengah wanita cukup sensitif dengan soalan tu, aku pon tak suka. Ala kak Nasha...tak yah pening kepala, ada jodoh insyallah suatu hari nanti kan :)



Kalau kawin pastu cerai pon buat ape, buat sakit hatiiii aje. Jadi biar lambat asal berbahagia, cewahhh..pandai je aku tolong jawabkan. Heheehe!



Perghh..meletop letop das das kak ko pakai baju merah cili, I likeeeeeeeee! Sesuai bebeno dengan kulit putih gebusss tu!



*Gambar dan cerita selanjutnya sila klik SINI*

Wednesday, 28 July 2010

TAIK TAK COMEL SURI CRUISE



Hahhahahaha!! Tahi pon boleh di abadikan, besauuu betol! Aku rasa nak dibandingkan ngan tahi Amanda yang pertama (wakakakaka!) kecik lagi tahi anak aku, hahhahaha!



Anak artis, tahi pon jadi perhatian! Ahakssss! :)

Friday, 16 July 2010

MAYA KARIN, SUAMI SAH CERAI.

Iskk...iskk..sedih! Apsal aku pulak yang over emo! Tapi sedih la...aku tak suka rumahtangga yang bercerai - berai. Sedih ko tau tak! Ahakzz..ter emo lagi :p


Mungkin ada hikmah di sebaliknya...



Kenangan manis berlalu...



--------------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR, 16 Julai — Pelakon dan pengacara TV terkenal Maya Karin dan suaminya Muhammad Ali Abdullah hari ini secara rasminya bercerai dengan talak satu.Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Mohd Amran Mat Zain.


Menurut sumber terdekat pasangan tersebut hadir ke mahkamah hari ini adalah untuk bercerai.

“Maya (gambar, kiri) dan suaminya datang untuk membuat permohonan penceraian dan mereka secara rasminya bercerai dengan talak satu hari ini,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Bagaimanapun kedua-dua mereka enggan komen.

“Hari ini adalah hari yang sedih tapi saya lega.

“Maaf saya tidak boleh cakap apa-apa,” kata Muhammad Ali atau nama asalnya Steven David Shorthose.


Maya yang sejak akhir tahun lalu dikaitkan dengan desas-desus masalah rumah tangga, muncul di Mahkamah Tinggi Syariah hari ini untuk membuat permohonan penceraian.Pasangan itu berkahwin pada 14 Ogos 2008 di Villa Corte de Lago, Itali.


“Minta maaf saya seperti biasa tidak boleh cakap apa-apa mengenai perkara ini.

“Bila sampai waktunya nanti saya akan beritahu. Kalau nak tahu apa-apa mengenai perkara ini boleh hubungi pengurus saya esok,” kata Maya kepada The Malaysian Insider sebelum meninggalkan mahkamah.

Pasangan itu hadir secara berasingan di mahkamah.Muhammad Ali tiba di mahkamah kira-kira 2 petang manakala Maya yang berbaju kurung dan bertudung tiba kira-kira 3 petang.


Maya yang kini merupakan duta baru tilam Vono dan Muhammad Ali, seorang guru matematik di sebuah sekolah antarabangsa di Seri Kembangan, bernikah pada 14 Ogos 2008 selepas tujuh tahun bercinta.


Perkahwinan mereka berlangsung dalam suasana romantis di tepi Tasik Como, Bellagio, Itali dan disusuli majlis resepsi di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia, Kepong pada 26 Ogos tahun sama.


Awal bulan ini Mahkamah Rendah Syariah telah mengesahkan pernikahan mereka selepas dua tahun berlangsung. - THE MALAYSIAN INSIDER


GELI, GELI, GELI!

Hikhikhik! Aku cuti tetiba lagi! So skang berada di rumah untuk memasak dan mengemas umah bersama Amanda, ngeeee :)



Geli, geli, geli! Ahaks! Ini bukan kisah malaam jumaat, ni yang buat aku geli....

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

Ini yang buat aku geli, rambut dia!

Ahaksss! Tak suka ini styleee maaa.... :)

Opss...jangan marah ye peminat Jehan :)

Thursday, 1 July 2010

BRITNEY SPEARS DI SYAKI DERA ANAK


Bintang pop bermasalah, Britney Spears kini berhadapan siasatan berhubung dakwaan dia mendera kedua-dua anak lelakinya.

Pegawai sosial akan menyoal siasat Spears berikutan tuduhan yang dia memukul anaknya dengan tali pinggang dan memberikan makanan alahan yang menjadikan mereka jatuh sakit.


Pihak berkuasa telah dihubungi bekas pengawal peribadi penyanyi itu, Fernando Flores yang sebelum ini mengatakan dia berhenti kerja kerana perangai tidak menentu Spears.


Spears, 28, menafikan semua dakwaan itu dan menegaskan bahawa dia tidak pernah memberi layanan buruk kepada Sean Preston, 4, dan Jayden James, 3 tahun.


Namun, Flores memberitahu Jabatan Perkhidmatan Kanak-Kanak dan Keluarga Los Angeles bahawa Spears dilihat sebagai terlalu tidak stabil untuk menjaga anak-anaknya.


Dia bimbang perangai Spears akan memberi kesan buruk kepada dua-dua budak lelaki itu, yang dijaga secara bergilir-gilir dengan bapa mereka, Kevin Federline.


"Spears tidak mahu menjadi ibu yang teruk. Tetapi Flores merasakan yang dia bermasalah dan tidak dapat dipercayai. Dia mendakwa insiden pertama yang mengejutkan ialah apabila Spears mencarinya dan meminta tali pinggang yang dipakai.


"Dia menyerahkan tali pinggang itu sebelum mengekori Spears dan mendakwa melihat insiden tersebut," kata satu sumber.


Flores turut menuduh Spears memberi makanan yang merupakan alahan kepada anaknya seperti kepah pada Mac dan April lalu. - AGENSI

Thursday, 6 May 2010

BENJY MASUK PUSAT PEMULIHAN


KUALA LUMPUR - Permohonan habeas corpus pelakon Khaireyll Benjamin Ibrahim atau Benjy (gambar) untuk dibebaskan segera daripada ditahan mengikut Akta Dadah Berbahaya, Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985 ditolak Mahkamah Tinggi di sini semalam.


Hakim Datuk Mohd. Sofian Abd. Razak ketika memutuskan perkara itu berkata, penahanan semula Benjy, 32, oleh polis adalah sah dan sejajar dengan undang-undang mengikut Seksyen 3 akta tersebut.


Terdahulu, Peguam Kanan Persekutuan, Najib Zakaria memberitahu, Benjy kini ditahan mengikut Seksyen 6 (1) LLPK yang membolehkan pelakon itu ditahan di pusat pemulihan akhlak di Muar, Johor bagi menjalani tempoh tahanan selama dua tahun.


*credit 2 KOSMO

Tuesday, 4 May 2010

AFDLIN SHAUKI BUAT AKU TERGULING-GULING DENGAN KANTOI WHATEVER!

Lagu Kantoi tu memang fevret aku dah lama, siap pakai ringtone tuuu, wakakaka!! Suka ngan lagu ni sebab lirik dia dan memantapkan lagi dengan suara Zee yang memang kena sangat. Hehehee!!



Pastu bila tengok AIM 17 hari tu, Bro Afdlin pulak nyanyi, lucu! Wakakaka!! Bro Afdlin memang hebat! Tergelak aku ngan cara dia nyanyi, tambahan tengok muka Adibah Noor sebelah Bro Afdlin waktu tu, hehehehe!




Semalam You Call I, I tak answer,

Tak paham ke memang i dah tak suka,

Dari dulu I cuba nak break dengan you,

Tapi you ugut nak tunjuk video itu,

Sudahlah pyscho, jangan ganggu,

You pakai bomoh u ingat i tak tau,

You memang slalu buat i berbulu,

No wonderlah mak I pun tak suka you!

Tuesday, 13 April 2010

CINCIN NIKAH BERDARAH NIA RAMADHANI



Aku suka lakonan dak pompuan ni cerita bawang Putih Bawang Merah, jadi jahat memang betoi-betoi jahat! Hahahaha! Best..best, aku tak suka watak baik-baik,cam pura-pura baik pulaks, hehehe!!


Budak Nia dah selamat nikah dah, aminn....yang menariknya bab cincin kawin ni pasangan ini,



"Cincin perkahwinan pasangan ini berbeza berbanding pengantin lain kerana bertatahkan darah. Ia diambil daripada darah Nia dan Ardie yang kemudian disatukan di atas batu cincin sebagai lambang mereka kini telah hidup bersatu dan akan setia selamanya."



Wawawaw....Dasat korang, hehehe :) Jangan lepas kawin jadi Dracula ye, hehehe!! Ape-ape pon hati yang suci sukar dicari, eh....cam ayat iklan pencuci baju pulak, hahahha!!!


Untuk cerita yang panjang lebar kiri kanan, meh lepak SINI

Thursday, 8 April 2010

AZIZ M OSMAN BERCINTA LAGI, GADIS 21 TAHUN JADI PILIHAN


KUALA LUMPUR, 8 April — Kegagalan dalam perkahwinan terdahulu, tidak melunturkan semangat pengarah filem Aziz M. Osman untuk mencari cinta baru.

Selepas perkahwinan ketiganya dengan seorang guru agama berakhir dengan kontroversi, pengarah berusia 48 tahun ini bakal bertemu jodoh pula dengan gadis 21 tahun.

Aziz bakal menamatkan zaman duda dengan Puteri Sarbainun Lokman (gambar) atau Puteri Lily pada Jun depan.

Pasangan berkenaan akan mengikat tali pertunangan pada 18 April ini.

“Biarpun bakal isteri saya muda setahun daripada anak sulung saya, Puteri Nurul Fateha, namun dia sangat matang dalam banyak aspek.

“Saya sangat bersyukur dan gembira kerana dia (Puteri Lily) boleh menerima bukan saja saya tetapi juga anak saya seramai enam orang,” kata beliau dipetik Utusan Malaysia hari ini.

Puteri Lily juga seorang pelakon.

Aziz dipetik berkata pada awalnya hasrat beliau untuk berkahwin kali keempat ditentang oleh ibunya, seniwati Afida Es.

Menurut Aziz, ibunya menentang keputusannya itu kerana bimbang bakal menantunya tidak dapat menerima kehadiran cucu-cucunya.

“Saya faham perasaan bonda (panggilan buat ibunya) yang sangat mengambil berat tentang saya dan juga cucu-cucunya.

“Mujur tidak lama selepas itu, bonda dapat menerima hakikat yang saya dan Puteri Lily saling menyayangi antara satu sama lain,” kata Aziz lagi.

“Pertama kali mata duda ‘gatal’ ini terpandang Puteri Lily, bagai ada kuasa besi berani yang menarik saya.

“Setiap kali berehat untuk babak berikutnya saya sentiasa mencuri pandang ke arah Puteri Lily walaupun dia tidak memandang saya,” kata Aziz lagi. — Oh!Bulan

Monday, 5 April 2010

BUDAK KURANG AJAR KUTUK KEMATIAN DIN BERAMBOI!



Pagi - pagi dah buat aku panas...budak kurang ajar ni mengutuk kematian Arwah Din Beramboi...

Astaghfirullah....


Ni link BUDAK KURANG AJAR dan ini link ke KAMI BENCI RAFIQIN DARWISH MENGUTUK KEMATIAN DIN BERAMBOI


Budak ni memang mulut cammm haremmm!! Setan betul!!

Friday, 2 April 2010

DIN BERAMBOI KESAYANGAN KU TELAH PERGI SELAMANYA....


Al-Fatihah.....


Sedih...Ya....teramat sedih saat ini, dalam kereta nak ke ofis tadi, dengar radio....Din Beramboi telah pulang ke rahmatullah. Aku menangis...ye, menangis....mujur aku tak drive pagi ni, aku pergi kerja ngan papa,papa pon senyap je tengok anak dia sorang ni menangis...



Aku memang minat giler kat Din Beramboi, dari dulu memula aku tengok dia, masa tu aku sekolah menengah lagi, rancangan Raja Lawak pon aku tak pernah miss sebab nak tengok Din Beramboi je, bukan nyer aku nak tengok sangat peserta tu, aku nak tengok Bro Din Beramboi je.



Kalau korang baca Oh!Artis, Din beramboi ada menyatakan rasa tanda-tanda ajalnya melalui twitter beliau.....Sila lah ke Oh!Artis....



Al-Fatihah....

Monday, 29 March 2010

PELAKON BADRUL MUHAYAT PUKUL ISTERI


AMPANG: Jika dulu dia menjadi idola peminat serta rebutan pengarah untuk membintangi filem dan drama, kini lain pula jadinya apabila pelakon kacak yang pernah mengecapi kehidupan glamor, Badrul Muhayat Ahmad Jailani, 41, menjadi antara orang paling dikehendaki polis.

Pelakon terbabit dikehendaki polis bagi membantu siasatan empat kes masing-masing dua jenayah ugutan dan dua kes pukul yang dilakukan terhadap isterinya, sekali gus memungkinkan dia bakal ditahan di mana-mana tempat.


Malah, Badrul Muhayat boleh dianggap licik kerana setiap kali polis ke rumah untuk menahannya, pelakon terbabit seolah-olah dapat ‘menghidu’ kehadiran pihak berkuasa itu sebelum menghilangkan diri.


Sebelum ini, pelakon terbabit pernah dilaporkan menjadi buruan polis dan terbaru, dia sekali lagi membuat hal apabila didakwa membelasah isterinya selepas menyedari wanita berkenaan mungkin sudah mengetahui dia mempunyai hubungan sulit dengan perempuan lain.


Kejadian Rabu lalu seolah-olah mengulangi kelakuan panas baran Badrul Muhayat kerana dia sebelum ini pernah dilaporkan melakukan perbuatan sama terhadap isterinya.


Dalam kes terbaru ini, isteri pelakon terbabit mendakwa dia diperlakukan dengan kejam apabila dipukul, ditumbuk serta ditendang selain dicekik leher.


Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan, berkata dalam kes terbaru itu, Badrul Muhayat naik angin selepas isterinya mengesyaki dia menghisap dadah dan mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain ketika mereka berada di rumah di Kampung Cheras Baru di sini, kira-kira jam 7 pagi.


“Ketika itu, pelakon terbabit baru pulang ke rumah selepas sekian lama menghilangkan diri dan isterinya yang mengesyaki dia mengambil bahan terlarang cuba bertanyakan perkara itu.


“Selain itu, isterinya terbaca kandungan SMS dan meminta penjelasan sama ada dia mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain,” katanya.


Menurut Abd Jalil, ketika itu berlaku perselisihan faham dan pelakon terbabit yang tidak dapat mengawal kemarahan mula naik angin dan terus memukul isterinya.


“Ketika pergaduhan itu, isteri mangsa terpaksa melontarkan pinggan untuk mempertahankan diri dan keadaan kecoh itu turut didengari jiran.


“Mangsa yang cedera kemudian dibantu dan dibawa jirannya untuk membuat laporan di balai polis,” katanya.


Menurutnya, polis berharap Badrul Muhayat segera menyerah diri dan memberikan kerjasama bagi membantu siasatan kes terbabit yang disiasat mengikut Seksyen 506 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan.


Pada masa sama, polis berusaha menjejaki pelakon terbabit bagi membantu siasatan kes berkenaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat atau pernah ternampak suspek diminta menghubungi balai polis berhampiran.


Harian Metro pernah melaporkan kes membabitkan pelakon terbabit yang berlaku dua tahun lalu apabila dia didakwa pernah mengugut membunuh dan mencederakan isterinya. Selain itu, dia dilaporkan pernah memukul isterinya dan menendang perut wanita terbabit yang ketika itu mengandung sehingga mengalami keguguran. - myMetro

Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014