Showing posts with label Utusan. Show all posts
Showing posts with label Utusan. Show all posts

Monday, 23 May 2011

Tidak Didaftarkan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dipetik berkata, rumah anak yatim terbabit tidak didaftarkan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.




Terbaru, struktur ranap ditimbus tanah runtuh di Hulu Langat itu disahkan MPKJ  tidak memiliki Sijil Layak Menduduki atau CF.


Siapa harus bertanggungjawab?? Haa..jawab..jawab..naya je.. Al-Fatihah. Sedih. Sayu.








Wednesday, 22 December 2010

KEMALANGAN NGERI CAMERON HIGHLANDS - SIMPANG PULAI : MAYAT 25 WARGA THAI DIBAWA PULANG


p/s : Takut juga kalau pelancong takmo dan serik ke Cameron Highlands. Kesian pula kat peniaga di sana nanti...




IPOH 22 Dis. - Mayat 25 warga Thailand yang terbunuh dalam kemalangan bas di Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai dua hari lepas dibawa ke Pangkalan TUDM Subang dari Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk dihantar pulang ke Bangkok.


Menteri Penasihat di Kedutaan Thailand, Somphong Kang Thong berkata, persiapan untuk membawa kesemua mayat itu mendapat kerjasama pihak hospital, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia bagi memastikan perjalanan yang lancar.


Perjalanan dari sini ke Subang dijangka mengambil masa dua jam tiga puluh minit sebelum mayat diterbangkan ke Thailand menggunakan buah pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Thailand.


Somphong berkata, pihaknya belum membuat keputusan sama ada waris-waris dari Thailand yang tiba di Ipoh sejak dua hari lepas akan dibawa bersama.


Beliau berkata, perbincangan sedang diadakan dengan pihak hospital bagi membolehkan lima daripada 10 pelancong Thai yang sedang dirawat di sini dibawa terus ke Hatyai, Thailand, menggunakan ambulans hospital itu. -Utusan

Tuesday, 14 December 2010

KERUNTUHAN RUMAH TANGGA DALAM TEMPOH 10 TAHUN PERTAMA


Komen 1 (Azimi1) :

  • Terlalu banyak godaan dan rangsangankepada pasangan baru berumahtangga. Kena ikut Siirah Rasulullah ~ Amalkan rendahkan pandangan mata, jangan terikut-ikut kepada nafsu, Jangan terlajak dan cari pasal tak tentu pasal ~ Masalah yang sama dihadapi di Amerika Syarikat~ apabila ramai sangat orang muda yang cantik, semua nya saling tergoda dan akhirnya runtuhlah rumahtangga yang baru dibina kerana terikutan godaan, rangsangan dan kepincangan orang lain di sekeliling ~ Di Malaysia pun nak jadi macam tu jaga sebab dah ramai lelaki dan perempuan muda yang semakin hansome dan cantik-cantik belaka.


Komen 2 (tam):
  • kawin muda bukanlah puncanya,sebaliknya kawin muda adalah baik bagi mengelakkan maksiat,,cuma zaman sekarang ni banyak godaan,jadi apa yang paling penting ialah iman kita sendiri..walau seribu godaan kalau kuat iman,kita pasti dapt menghindari segala godaan..tentang kesefahaman lumrah manusia akan berbeza pandangan,sebaik mana satu2 hubungan tu,pasti akan ada salh faham,itu lumrah..cuma yang penting bagaimana cara kita tangani nya..godaan mungkin datng dari atas,bawah depan dan belakang,pokok pangkalnya hati kita sendiri..


Komen 3 (nadia):

  • pengetahuan agama dan tanggungjawab penting dalam menjaga kerukunan rumahtangga. Kadang-kadang kaum lelaki terlalu mengambil jalan mudah. Apabila isteri membantu mereka dalam kewangan , mereka mulalepas tangan, terlalu banyak masa yang mereka buang bersama-samakawan-kawan. Halini menyebabkan para isteri merasa tertekan, seterusnya menimbulkan bibik-bibik kebencian.

Apa pendapat dan komen kamu? Untuk mengundi, boleh lah ke SINI

Thursday, 14 October 2010

INDOMIE DISAHKAN SELAMAT DIMAKAN.....HOHOHO HORLICKS JUGA YANG SEDAP!


Ok.ok. Baru baca tadi, Kementerian Kesihatan kata masih selamat untuk dimakan. Beberapa hari yang lepas aku ada juga terbaca yang Indomie ni kurang selamat. So, kalau sesape yang gemar dengan mee segera ni boleh la tarik nafas lega sambil urut perut korang yang montel tu, hahahaha.



Aku tak berapa gemar sangat mee segera. Sebab masa memuda dulu dah puas makan, hahahahah! Ye, tak baik untuk kesihatan korang yang sedia taksihat tu. Ciss...aku masih muda. Tak tua lagi. Dulu aku suka makan mee segera, badan kurus keding. Sampai ada orang kata aku cam penagih dadah. Cis...cabul bebeno mulut longkang sape le tu.



Pastu yang aku paling tak tahan, ada sorang mamat ni cakap" Isk, kering macam tengkorak!" Hohohoo! Sengal betoi kata aku macam tu, masa tu aku baru form1.



Takpe,takpe. Skang aku dah berisi, sekali ngan perut-perut pon jadi pouch, medium pouch. Eh, betoi tak menyesal, hahahahah! Sesekali feel (disebut dalam bahasa melayu) seksi yang amat sangat, hahahahah! Jangan nak gelak lelebih, kang aku lempang baru tau.



Oh, berbalik ke cerita Indomie, kalaulah tak berapa nak yakin ngan aku cakap ni, sila baca SINI. Haah..aku ni kadang banyak merapu. Kot la tak percaya.Takpe..takpe..dimaafkan. Baca tau. :)


*HatiDukaLara*

Wednesday, 13 October 2010

PROTON WAJA FASA BARU : WAJA CAMPRO CPS


Proton Holdings Bhd. (Proton) telah memperkenalkan Proton Waja fasa baru dengan pengenalan enjin premium Campro 1.6 (CPS), yang direka untuk mereka yang mementingkan pemanduan hebat.


Pengarah Urusan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, Proton sentiasa ingin memperbaiki mutu dalam pelbagai aspek terutama dalam penawaran produk.


‘‘Kami merasakan masanya telah tiba untuk Waja berubah dan kami sangat optimistik dengan sambutan yang akan diterima kelak.

‘‘Waja Campro CPS baru ini, bukan sahaja menyediakan kualiti yang hebat tetapi turut mempunyai ciri-ciri canggih,’’ katanya dalam satu kenyataan.


Campro CPS merupakan gabungan dua teknologi iaitu ‘Cam Profile Switching’ (CPS) dan ‘Variable Intake Manifold’ (VIM) untuk peningkatan kuasa sebanyak 13 peratus kepada 125 kuasa kuda berbanding 110 kuasa kuda bagi enjin Campro sedia ada serta menjimatkan penggunaan minyak.


Selain itu, Waja Campro CPS menawarkan peningkatan pemanduan dengan kadar tork 150Nm yang memberi tindak balas yang baik pada kelajuan enjin rendah antara 2000 hingga 2500 rpm, tambah kenytaan itu.


Proton Waja baru itu juga telah membuat beberapa pengubahsuaian dari segi reka bentuk termasuk sistem brake anti-lock (ABS), rim aloi dan tempat duduk kulit.


Harga transmisi manual RM61,888 manakala transmisi automatik RM64,888 dan boleh didapati dalam enam warna.


Proton Waja baru itu boleh dilihat dan ditempah di bilik-bilik pameran Proton Edar dan EON di seluruh negara mulai esok.


nota*pasar*malam*hari*rabu*rumah*aku : kereta katak tetap dihati =) (buat-buat muka skema)

Monday, 11 October 2010

3 LAGI MANGSA NAHAS BAS, KERETA, VAN MENINGGAL DUNIA


Tiga lagi mangsa nahas kemalangan melibatkan dua bas, tiga kereta dan sebuah van di Kilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka, semalam, meninggal dunia hari ini.


Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha mengesahkan jumlah mangsa yang meninggal dunia setakat ini meningkat kepada 15 orang.


“Tiga lagi mangsa meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di hospital hari ini manakala 12 di tempat kejadian semalam,” katanya di sini hari ini. – Utusan

Wednesday, 22 September 2010

KES BUNUH SYAFIAH HUMAIRA : FAZLI DIHUKUM GANTUNG SAMPAI MATI

Pemandu teksi, Mohd. Fazli Azri Jamil dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini selepas didapati bersalah atas tuduhan membunuh anak teman wanitanya, Syafiah Humaira Sahari.


Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki memutuskan demikian selepas berpuas hati bahawa pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes itu.


Mohd. Fazli, 28, didakwa membunuh Syafiah Humaira, 3, di sebuah padang bola sepak di Jalan Utama, Kawasan Rumah Murah, Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali dekat sini pada 25 Februari lalu. – Utusan

Sunday, 19 September 2010

TERBARU : RAKAN BAIK DATUK SOSILAWATI DITEMUI MATI


Polis akan menyiasat kematian pengasas Aveer Cosmetics, Sarina Jaafar bagi memastikan sama ada kes tersebut berkait dengan pembunuhan rakan baiknya Datuk Sosilawati Lawiya.


Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata, pihaknya akan melihat kes yang berlaku di Pulau Pinang itu daripada semua sudut.


"Apa-apa yang kita dengar, yang berkaitan, kita akan siasat. Kita akan tentukan, bukan sahaja lihat dari satu sudut tapi semua sudut kita akan lihat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri, di Parlimen hari ini.


Sarina, 45, ditemui mati dalam keadaan tergantung di bilik tidurnya di Taman Pauh Jaya, Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada pukul 8.30 pagi semalam, dan media melaporkan wanita itu ada memaklumkan kepada anggota keluarga tentang keinginannya menggantung diri.


Dia juga dilaporkan memberitahu keluarga berasa tertekan dan sedih dengan kejadian yang menimpa Sosilawati yang telah disahkan dibunuh bersama tiga individu lain, sebelum mayat mereka dibakar dan abu ditabur ke dalam sungai di Banting, Selangor. - Bernama

Thursday, 1 July 2010

BRITNEY SPEARS DI SYAKI DERA ANAK


Bintang pop bermasalah, Britney Spears kini berhadapan siasatan berhubung dakwaan dia mendera kedua-dua anak lelakinya.

Pegawai sosial akan menyoal siasat Spears berikutan tuduhan yang dia memukul anaknya dengan tali pinggang dan memberikan makanan alahan yang menjadikan mereka jatuh sakit.


Pihak berkuasa telah dihubungi bekas pengawal peribadi penyanyi itu, Fernando Flores yang sebelum ini mengatakan dia berhenti kerja kerana perangai tidak menentu Spears.


Spears, 28, menafikan semua dakwaan itu dan menegaskan bahawa dia tidak pernah memberi layanan buruk kepada Sean Preston, 4, dan Jayden James, 3 tahun.


Namun, Flores memberitahu Jabatan Perkhidmatan Kanak-Kanak dan Keluarga Los Angeles bahawa Spears dilihat sebagai terlalu tidak stabil untuk menjaga anak-anaknya.


Dia bimbang perangai Spears akan memberi kesan buruk kepada dua-dua budak lelaki itu, yang dijaga secara bergilir-gilir dengan bapa mereka, Kevin Federline.


"Spears tidak mahu menjadi ibu yang teruk. Tetapi Flores merasakan yang dia bermasalah dan tidak dapat dipercayai. Dia mendakwa insiden pertama yang mengejutkan ialah apabila Spears mencarinya dan meminta tali pinggang yang dipakai.


"Dia menyerahkan tali pinggang itu sebelum mengekori Spears dan mendakwa melihat insiden tersebut," kata satu sumber.


Flores turut menuduh Spears memberi makanan yang merupakan alahan kepada anaknya seperti kepah pada Mac dan April lalu. - AGENSI

Monday, 21 June 2010

MEMANG MALANG SUNGGUH BILA BERHENTI KERJA DI CERAIKAN SUAMI PULA.

Semalam laki aku beli surat khabar Utusan Malaysia. Kami jarang beli surat khabar tu, sebab dah habis semua terpaksa lah amik juga. Aku pon tak tau nape kurang gemar dengar Utusan, heheheh!! Jangan marah saya ye...ngee :)



Tapi semalam ada kisah menarik dalam bahagian "Keluarga" dengan tajuk "Diceraikan Selepas Berhenti Kerja". Memula memang takmo baca tapi baca gak le, sebab ayat pertama dia menarik minat aku. Dah baca...ok sedih jugak tapi mujurlah si isteri cekal dan ada nampak bijak dalam mengawal emosi dan keadaan selepas semua dugaan.



Dan malapetaka pula menimpa keluarga si bekas suami bila berkahwin lain. So terbalas juga lah di dunia ye...depan mata, al-padan al-muka, hehehhehe!!



Ok, ini sebagai satu pengajaran sahaja dan tidak semua lelaki begitu, aminn... :) Sila baca DISINI
Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014