Wednesday, 22 December 2010

KEMALANGAN NGERI CAMERON HIGHLANDS - SIMPANG PULAI : MAYAT 25 WARGA THAI DIBAWA PULANG


p/s : Takut juga kalau pelancong takmo dan serik ke Cameron Highlands. Kesian pula kat peniaga di sana nanti...




IPOH 22 Dis. - Mayat 25 warga Thailand yang terbunuh dalam kemalangan bas di Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai dua hari lepas dibawa ke Pangkalan TUDM Subang dari Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk dihantar pulang ke Bangkok.


Menteri Penasihat di Kedutaan Thailand, Somphong Kang Thong berkata, persiapan untuk membawa kesemua mayat itu mendapat kerjasama pihak hospital, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia bagi memastikan perjalanan yang lancar.


Perjalanan dari sini ke Subang dijangka mengambil masa dua jam tiga puluh minit sebelum mayat diterbangkan ke Thailand menggunakan buah pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Thailand.


Somphong berkata, pihaknya belum membuat keputusan sama ada waris-waris dari Thailand yang tiba di Ipoh sejak dua hari lepas akan dibawa bersama.


Beliau berkata, perbincangan sedang diadakan dengan pihak hospital bagi membolehkan lima daripada 10 pelancong Thai yang sedang dirawat di sini dibawa terus ke Hatyai, Thailand, menggunakan ambulans hospital itu. -Utusan

16 comments:

  1. ni buat aku takut nak ke cameron ni...

    ReplyDelete
  2. tu lah..nti xde pulak org nak g sn kan..tp tgk kt genting tu..dh byk dah xcident tp org x serik2 mai...
    gamaknye driver tu terlampau laju n bw penumpang yg rmi..scary

    ReplyDelete
  3. salam

    kemalangan paling dahsyat ni... takziah buat keluarga yg terlibat

    ReplyDelete
  4. salam..

    mmg ngeri xcident nih....!!

    ReplyDelete
  5. waaa... dasyat tue...

    ReplyDelete
  6. subhanallah...ucapab takziah kpada alhi keluarga yg terlibat

    ReplyDelete
  7. Semalam kat bulitin utama ada ada terdapat waris yang menerima berita mengatakan magsa yang maut tu keluarga mereka tapi bila tiba di bilik mayat rupanya silap dan mangsa rupannya selamat...
    Ps : bayang kan perasaan mereka masa tu

    ReplyDelete
  8. maut akan datang bila2...bila, bagaimana dan dimana yang kita tidak ketahui..hendaklah bersedia untuknya.

    p/s: ...ingatan untuk aku juga.

    ReplyDelete
  9. takziah tuk semua mangsa...driver bus pun turut terkorban... :(

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    PINGBOX

    ReplyDelete
  10. Dah macam-macam usaha telah dilakukan. Kalau human error susah nak perbaiki kecuali hadir atas inisiatif diri sendiri<--bad attitude

    ReplyDelete
  11. Jangan pegi cameron lagi. Bahaya. Pegi Melaka je.. :)

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana ketip-ketip jari korang kat sini untuk komen, jap lagi komen lagi eh..ada lagi..ada..betoi..wa talak tipuu wooo..hahahah!

Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014