Thursday, 16 December 2010

HANTU KAK LIMAH IKUT AKU BALIK RUMAH, LEPAS TU IKUT PERGI OPIS PULAK!

Terbaik dari ladangggggggg. Itu je aku nak cakap, hahhahaha! 99minit dalam panggung tak terasa, sebab best sangat. Aku ni, sanggup amik kerja separuh hari sebab nak tengok Hantu Kak Limah semalam, ekekeke! Tinggal semua kengkawan aku yang banyak aktiviti lain, sekali ngan laki aku pon aku tak tunggu dah kalo nak tengok Hantu Kak Lima, hahahaha! Penuh betul panggung. Gelak guling-guling, kaki pon naik ke atas, siap tepuk tampar orang sebelah (tak kenal), sedar-sedar dah kene lempang Tokyo, haa...baru nak sedar diri, hahahahha!







*Senyum senget, tiru Datuk K, hahaha!*



90% filem Hantu Kak Limah cakap dalam bahasa orang Perak, so so so aku teramat la paham, bahasa teman kann...hahahha! Aku pergi bertiga, dengan Ummi dan adik aku. Ummi cuti sekolah, so boleh la jalan-jalan. Eh, bunyi macam mak aku budak sekolah pulak, tak le..cuti dari mengajar, hehehe :)






*Ummi masih gaya statik, ahahah!*



Penuh betoi panggung, sampai ada yang bersidai kat tangga, tipu aje, hehehe! Masa nak cari seat dalam panggung, tetiba je aku dengar orang panggil nama aku,

"Kak Ieda! Kak Ieda!" suara halus

Ciss...Hantu Kak Limah belum lagi start, hantu mane pulak panggil aku tengah dalam panggung ni. Ah sudah! Kantoi ke? Teleng punya teleng, sekali member aku daa..

"Woit! Kak, hampeh! Sanggup ponteng kerja tengok Hantu Kak Limah!" kata suara halus, hahahah!

"Haah, sebbek kantoi jumpe ko, jangan jumpe bos aku sudahhhhhhh!" kata aku. Ekkekeke!


p/s: pelawok,pelawok,pelawok...sekali hantu kopek pon ada! Hahahahha! Teringat-ingat cerita Hantu Kak Limah sampai ke opis hari ini :)


Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014