Thursday, 16 December 2010

LAKI BINI BEREBUT

Di dalam kereta. Hari panas terik. Singgah di kedai. Laki turun nak beli air dan jajan. Bini mula minta benda pelik-pelik. Laki kata mane tak gemuk. Hahahahah! Bini gelak jahat tak jahat sangat. Lima minit kemudian laki masuk kereta sambil bawa air dan jajan. Wah! Laki beli air idaman qalbu si bini. Dah lama bini mengidam sampai mimpi jatuh katil nak minum air tu.


Bini kata,"Eee..Twister Blackcurrant lah! Nak!!"





Laki kata, "Haa...tak boleh, tu abang punya, awak ambil Twister Apple"



Bini tak peduli laki. Dah tau bini suka, laki pandai beli satu nape. Dengan rakus bini minum sampai setengah botol. Gulp..gulp... Eh, ada setengah lagi lah, minum lagi lah. Gulp..gulpp...haa..sedap betoi minum Twister Blackcurrant tengah hari rembang ni. Eh, ada suku lagi lah, minum lagi...gulp..gulp...eh, dah ter..ter..ter..ter...habissssss la pulakkk!!!


Mak aii...kompom terbakar laki aku ni, hahahhahaha!


Laki muka tak terkejut, tau bini memang rakus, hahahah! Epal..pon epal lahh... (sayu ke?)


p/s: Twister Blackcurren sedap!
Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014