Tadi pukul 10.30pagi aku lari dari opis kejap nak pergi beli tiket Harry Potter untuk esok petang. Janjinya dalam belog semalam nak terpacak sebelum subuh depan kaunter tapi itu hanyalah penipuan internet dan khayalan dadah semata-mata, ahaks!
Weh! Tengok lah pinggang ku yang separa ramping tu, hahahahhaa! Berrrrbangga sikit, menjadi jugak ubat 'kuat' yang aku pakai tu, hahahahaha! Haaa....tang bawah sikit tu jangan nak tengok dan mengata, memang kembang sebab meneran anak tahun lepas, push! push! push! Hahahhahaha!
Dah lama pulak tak membebel pasal Nuffnang kan. Bulan lepas aku dah dapat cek dari tuan besar. Makanya pagi tadi aku bukak nuffnang lagi, Wah! Sudah boleh cashout lah! Tapi tak mau lagi bawak lari duit tu, simpan lah dulu. Bulan Mei 2011 Insyallah baru aku aku nak bawak lari duit tu, sebab bulan Julai 2011 aku nak pergi jalan-jalan cari jantan eh, kantoi pulak. Hahahah!
Terima kasih Nuffnang dengan berketul-ketul BE tengah jalan tu. Jasa mu ku kenang, aminnn.... :)
*Tajuk seperti al-maklum mesti takde kaitan, tapi yang ni ada sikit laaa...sikit laa....sikit je, hahahhaah!
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana ketip-ketip jari korang kat sini untuk komen, jap lagi komen lagi eh..ada lagi..ada..betoi..wa talak tipuu wooo..hahahah!