Tuesday, 30 November 2010

I LAP U LAH CHIK!




Sapa ada opah / nenek lagi? Aku dah takde. Opah belah mak aku meninggal masa aku umur 13tahun. Belah papa aku lagi aku tak pernah jumpe, dia meninggal sewaktu umur papa aku baru setahun. Ok, ni bukan nak cerita feel sedih sentap. Laki aku punya nenek ada lagi, alhamdulillah masih sihat dan paling mantoppp - ingatan dia sangat kuat, sampai dia boleh kira tarikh aku kawin sampai lah tarikh aku pregnant hari pertama, kuikuikuik!



Aku panggil dia 'Chik'. Pada aku dia sangat kiutttt yang amat! Aku sangat sayang padanya. Paling kelakar baru - baru ni jumpe dia, masa salam, laki aku tanya dia,

" Chik ape khabar? Ingat tak sape ni?" tanya laki aku

Tau ape Chik jawab...

" Entah orang uluuuu mana ntah" hahahahahhahaha! Amik sebijik laki aku! Nak test power nenek dia konon, kan dah dapat jawapan paling mantoppp sekali, hahahah! Aku gelak guling-guling. "Sudah tu Da, jangan gelak guling-guling, buruk betoi Chik tengok," kata Chik, amik aku pulak kene, heheheh!



Yang best aku nak tergelak pasal Chik, adalah satu kisah masa aku baru sebulan dua kawin. Malam tu aku pergi melawat dia, dia ajak tidur umah. Aku boleh aje tapi laki aku pulak takmo.


"Ishh..mana boleh Chik, saya tak boleh tidur kalo Ieda takde," kata laki aku lepas Chik nak mintak pinjam aku teman dia tido.


Tau ape Chik jawab,

" Ala....Sham ngan Ieda tidur la atas katil, Chik tido bawah, buat le apa-apa pon, Chik buat-buat tak dengar laaaa............"


Hahahahahhahahaa! Gelak aku! Korang paham ke aku citer ni weh?



*Sungguh suci wajah tua kedut seribu, sayang Chik!

CERITA PASAL GAMBAR

*Elok sangat la tu, tudung macam seluar askar, baju kaler maroon, seluar kelabu asap*


Hhahahahhaha! Tu lah namanya feel tak lepas, bukan kentut je tak lepas, feel pon ada gak jenis yang tak lepas, bila tak lepas jadi macam aku kat atas ni. Pendek kata ala...dok kat umah kat kampung je kot nak pakai macam artis pon buat ape, hehehehe!



Hari tu balik kampung (tak abis-abis cerita balik kampung!), sampai je...terus nampak gambar raya yang lepas terpampang atas katil ruang tamu bawah. Besar gedabak amikkk ko! Gambar family aku, dan gambar-gambar seangkatan dengannya. Kami pergi amik kat studio pada raya ke 4 kot tak silap aku. Semua baru berkumpul masa tu.



Ok, ok, nak jadi cerita dan pendek kata memang tak bagus nak mampus la servis kedai gambar tu! Ingatnya nak tolong 'orang kita' buat bisnes tapi dah jadi macam hampeh, gambar amik masa 2 bulan nak siap. Itu pon setelah ditembak guna senapang gajah, baru nampak gambarnya. Ish...ishh.. tak baik untuk kesihatan betul kalo berniaga sebegini rupa abe wehh...



Habis bab mengumpat. eh...tersasul pulak, hahahhahaa! Tahun depan raya di rumah mertua, dan bertambah lagi ahli bila adik ipar aku nak kahwin bulan 2 ni. Eh, awal gila aku cerita pasal nak raya pulak tahun depan, heheheheheeehe!

Monday, 29 November 2010

INI BUKAN MASKOT TELCO TERBARU

*Ketua tengah mengajar buat 'peace' sambil diperhatikan oleh geng-geng*




Hahahahahahhaa! Comel tak? Aku nak tergelak pon ade! Tengok budak 3 orang ni. Baju tidur ni mak aku beli dekat FOS, 3 helai - RM11. murah aje buat pakai tido kan! :) Tu yang badan paling besar tulah ketua, si Danish baru umur 3 tahun tapi pakai baju saiz 5 tahun, hehehehe!




Yang kecik 2 orang, Khalis dan Amanda ikut aje ketua nya. Tak abis bebudak ni dengan 'peace' :)
Suka betoi dapat pakai baju sesama. Mak aku ingat nak ambilkan Amanda kaler purple, tapi yang purple tu siap sekali ngan stokin, susah pulak nanti dia nak berjalan, licin.



*Peace lagi* Tak makan saman. hehehehe!







Ni dah tak de mainan lain lah namanya. Abis beg ariani pon berebut jadi topi. Macam-macam imiginasi kanak-kanak kan, heheheh! Aku sekali tengok macam maskot pon ade, eh..takde..takde ;p






Opss...cover telor ke Khalis? Hahahahahah! Dok terjojol sikit sebab baju tu ketat sikit denga dia. Haaa...yang Danish tu tak yah ceritalah, memang ketat betoi, dah macam baju renang, wakakkaka!!! Pandang depan nampak perut terjojol, pandang belakang pulak punggung melentik, hahahahaha! Kesian Danish :)





Danish, suruh wan belikan baju lainlah ketat sikit aunty tengok, hahahahahahah! :) Amanda punya cawat nampak lower, hohohoho! Ekceli terbunjut pada anu tu adalah tempat permulaan zip, so tu pasal nampak macam terbonjot sikit, wakakakaka! :)

MEMILIH JIN

Alah membeli memang memakai...jap...jap..aku rasa salah pulak pepatah ni ngan aku. Tak masuk langsung. Mungkin yang ini baru betul - Orang memberi kita merasa, haa...betoi kot, hahahahaha! Ni bukan merasa penumbuk apatah lagi penampo, ni adalah rasa bila orang belanja kita, yeahhhhh!!!



Disebabkan balik kampung hari tu, adalah orang kaya baru belanja aku dan laki aku seluar jeans Levis. Sungguh kekampungan betoi aku bila masuk ke butik itu sebab selama ini aku pakai seluar cap 'Lipas' saja, hahahahhahahah! Takpelah, bila orang nak belanja, kita pon mesti buat tak tau ape-ape, buat macam tak pernah masuk butik itu, pastinya kita kan dibelanjakan - ye salah satu tips yang menarik untuk hari ini, hurmmm...! :)




Sungguh ghairah mencari yang paling terbaru dan termahal (sebab orang belanja). Eh, berlakon betul! Nape tak panggil je salesgirl, hehehehehe! Sungguh aku tak pandai memilih jeans! Aku hanya beli jeans bila bersama adik aku, Iera. Dia sangat pandailah bab fesyen. Makanya terpaksa aku main sauk yang mane berkenan. Alamak! Takde saiz pulak! Tu la...orang suruh kurus sikit kan...takpe..takpe banyak lagi pilihan, hehehhehe!





Yeahhh! Itulah orang kaya baru - berbaju putih! Dia adalah abang ipar aku merangkap abang kepada suami aku. Aku panggil dia Pok Baq. Oh! Jangan sesiapa terasa nak cuba try test pikat dia, dia sudah berkahwin anak dua. Hehehehhe! Opss...jatuh saham pulak, takpe lah pasni belanja Ieda lain la pulak, kasi up balik saham, hahahhahaha! :)






Laki aku sudah mula bosan! Aku pilih seluar tak abis-abis! Bukan tak abis-abis, aku kan nak tolong Kak Lisa pulak pilih seluar dia, hahahhaha! Eh, nampak tak watson depan tu. Pak Guard dia tak semenggah! Koreng idung jolok 1 meter kedalam, geli aku tengok! Kalo ye pon sopan la sikit, nak korek pon cover lah tangan sebelah macam nak cungkil gigi tu, ehhehehehe! Lantak ko lah Pak Guard, yelah...tengah sedappp kan, layan abis sampai tak sedar orang keliling semua tengok, ekekekeke!!!!




Amanda penat! Ok! Ok! Abis dah sayang...jom balik! :)

Blog Pilihan Malaysia 2010 - Aku VOTE.....

Baru undian peringkat pertama. Seronok betoi main vote-vote ni tapi aku lebih suka bab kalo dah masuk peringkat akhir, macam baca novel, aku baca muka surat terakhir aje, hahahah! Sungguh tak masuk akal, cerita vote pastu terus cerita novel. Tolong, tolong, tolong dan tolong jangan marah aku, sila lah faham sebab hari ini hari Isnin.


Pagi ni baru kali ke3 aku vote dan aku dah lupa siapa yang aku vote 2 hari lepas, hahahahhaha! Eh, acah aje. Buat peringkat pertama ini, pilihan aku adalah...





























































Undi adalah Rahsia - Haahahhahahahahahahha!

Poyo je aku pepagi Isnin ni.


Lagi pon ni baru peringkat pertama, tapi memang sebab aku suka ke rumah mereka -mereka tu, ada je nak membacanya, kalo tak mengomen pon aku mesti tengok blog tu. Rata-rata blog yang tercalon semua yang aku kenal, aku vote semua boleh? hehehehheh :)


Azman Roslan, ko patut bagi hadia pada siapa yang vote tepat, hahahahaha! :)

Mane tak buncit...


LIVE: Mane tak buncitnya,layan ais sebelum titun! Konon nak kurus tapi tabiat kurang moral masih diteruskan!

Badan baru sembuh,so tekak aku ni gelenyo betoi nak makan kueyteaw hor fun malam tadi tapi meslahnya,hujan lebat betoi macam dalam drama,so takdapatlah nak pergi beli. Nak tak nak aku makan maggie aje dengan minum milo ais,sedap betoi milo ais kaw kaw aku ni! Heheheh!

Picca atas adalah sisa milo ais kaw yang penghujung sebelum masuk ke perut godzila. Yum! Yum! Aku pon tak paham ape aku mengarut ni, jap buncit,jap maggie, jap hujan, jap milo ais tetiba muncul godzila plak,hahahaha! Gila!

Saturday, 27 November 2010

GULAI APE TU?


LIVE: Ini namanya gulai kawah. Pernah dengar tak? Biasanya femes kat belah pantai timur. Sedap gila ko! Bukan ko gila tapi sedap gila ko! Eh,terulang lagi pulak ;p

Hari ni aku masak gulai kawah untuk 3 orang dalam umah ni yang badan tak berapa sihat,termasuklah beta. Sedap betoi aku masak! Oppss,terpuji diri sniri plak kat depan orang ramai ni, hahahahahahah! Popoyos betoi.


Jangan sesape berani mintak resipi...



....sebab gulai ni pon mak aku yang bekalkan dari kampung,aku tau panaskan balik ajeee, hahahahahah!

Thursday, 25 November 2010

CERITA SERIBU SATU MALAM (TAJUK SELALU TAKDE KAITAN DENGAN ISI)


*Tayang sikit cerminmatarabunjauhbukanrabunayam baru aku, hahhaha!*



  1. Assalamualaikum!
  2. Setelah genap sepurnama baru kelmarin tiba di Ipoh, acah aje...hehehhe! seminggu je ;p
  3. Seminggu jugak tidak berpoya-poya di alam maya sebab aku demam, anak aku demam, laki aku demam, adik aku demam, anak sulung kak lisa demam, anak kak sha sekaligus 3 orang demam, anak pak long ujung kampung demam, nek lijah kampung pinang sebatang pon demam, pendek kata virus pon sibuk perpoya-poya lebih dari aku.
  4. Anak aku baru baik demam sebab malam tadi pergi hospital masuk ubat ikut bontototot! Mak nya terselamat dari dicucuk bontototot. Tapi apak nya pula tak terlepas dicucuk bontotot! ekekeke!
  5. Aku sambung cuti sampai esok. Bos, marah tak?
  6. Hari raya lepas aku amik bahagian buat qurban, boi le cerita dah basi seminggu lebih, aku nak cerita gak, hehehe :p
  7. Pak cik aku meninggal hari Ahad lepas (21/11/2010) jam 5 ptg, jenazah sampai dirumah pada pukul 8 malam dan dikebumikan pada keesokan paginya. Innalillahh...
  8. Disebabkan kat kampung takde nak buat ape, aku ngan ahkak-ahkak tersayang buat mesyuarat tingkap sampai pukul 3 pagi.
  9. Aku kat umah mak aku sekarang, depan aku ada tv budak-budak tengah layan citer katun thomas n frens (ye kot namanye heheh) yang telah diulang tayang buat kali yang ke lapan puluh lapan kali.
  10. Pening pale ni, petang ni baru nak balik umah aku (kalo betoi-betoi sihat), malam nanti baru update lagi sekali gus ngan gus dur berblogwalking, caiyok! caiyok!

Friday, 19 November 2010

Nganga aje


LIVE: Takde laptop,takde bb,tak dapat nak berpoya poya kat alam maya lah jawabnya! Dok makan,titun,makan,titun saja,heheh!

Bila lepas Asar,dok kt beranda belakang umah,teman pak mertua aku melepak,hehehe! Eh, kata LIVE tapi tu picca petang tadi,ntah hape-hape kan aku, hahahaha! - via SE

Tuesday, 16 November 2010

Aku Merindui Mu!


Kami dah selamat sampai di kampung mertua pukul 7malam tadi. Huishhh.. Penat betoi perjalanan...walaupon tak memandu, hahaha! Dalam kereta tido,tido dan tido,kene pulak hujan sepanjang perjalanan best betoi tido. Rasa macam baby tua tido dalam buai pulak,hehehe!

6 hari berada di kampung,lama betoi! Pasti meroyan rindu pada 'dia'. 'dia' tu yang dalam picca tu lah. Walaupon dia gemuk,tak comei tapi aku sayang giler kot. Lagi-lagi cik streamyx, pasti aku mengigau ngigau 6 malam! Waaa!!! - via SE

SEPI

Sepi.

Tiada kata dapat digambarkan.

Keseorangan.

Sepi.

Penghuni telah hilang.

Hanya tinggal kenangan masa lalu.

Keseorangan dalam segala kepayahan.

Tapi harus kumpul segala sepi.

Tolak ke tepi.

Campak jauh dari dasar hati.

Tinggalkan di gunung yang tinggi.

Buang segala duka.

Kerana masih ada kain putih untuk dicorakkan.

Hati telah mati.

Tapi masih hidup untuk mengharap keredhaan - NYA.


Yuni Shara – Sepi (Ost Sepi)


sepi hati terjadi lagi

mungkin sampai mati aku sepi

biar senyum hadir di hariku

namun ini hanya ada di bibir, di bibir saja

aku ini yang bisa mengerti

walaupun yang lain mau mengerti

namun berat beban hidupku, biarkan saja

biar saja hanya ku yang tahu


reff:

sejarah cinta dan hidupku

penuh duri dan banyak ranjau

butuh kesabaran yang penuh

untuk tetap ku berdiri


ada saatnya ku bicara

bila hatiku telah bulat

sepanjang ku bisa atasi semua

aku tetap diam


repeat reff



Artikel Yuni Shara – Sepi (Ost Sepi) ini dipersembahkan oleh funlirik.com Lirik Lagu Indonesia. Kunjungi Juga Download Mp3 Gratis untuk download lagu indonesia terbaru.

Monday, 15 November 2010

MARI MENYENTAL DAN MENANGKIS SEGALA LEMAK 18SG


Sape dah guna ni? Kalo ada belum yang try lagi, takpe. Aku dengan rela hati jadi akan uji sendiri kat spare tayar aku, ehehehehe! Dulu aku pakai halia mustajab tu. Tak best tang bau dia. Mengit betoi tapi yang ni serius wangi, ada bau-bau cam pencuci baju pulak, hahahahahhaha! Pasti menyental dan menangkis segala lemak 18SG aku ni.



Panas? Memang panas, tapi tak sampai berguling-guling dan mengelupur kepanasan, hahahhaa! Best :) Lepas ni nak cari jamu pulak. Jamu ape yang molek wehhh? Pil Binari? Jamu Mak Dara?



*Entri makin pendek-pendek-pendek, marah tak? T_T

**Esok dah start cuti sampai Isnin depan, makanya update blog via mobile saja, lagi pendek!

SAYA CINTAKAN LABU


Labu oh labu! Ni bukan nama orang macam dalam cerita Labu Labi, hehehhe! Labu dengan nama glamournya Pumpkin. Weh, aku suka giler apa saja masakan berasaskan labu. Sedap dan wangi. Dan kekdahnya adalah aku dengan jayanya nak menunjuk sikit, wakakakka. Sesekali nak menunjuk sikit aku pon masak ok!


Semalam petang aku masak cucur labu. Dah lama mengidam beb. Sedapppppppp! Tapi sesetengah orang tak tahan dengan labu, sebab labu ni jenis berangin jugak tapi aku suka berangin kot, leh prott..prott...dengan semulajadinya, meh kita lawan kentut meh T_T


Selain cucur labu, aku suka Masak Lemak Labu, Lepat Labu, Sira Labu dan Labu Dot Dot. Patutnya aku letak nama belog ni Labu Dot Dot, cam best pulak kot.


Labu oh Labu!

Sunday, 14 November 2010

MISI NAK TENGOK 'SELUAR KECIK'

Suatu tengahari yang sejuk sebab hujan, aku pon pergi shopping complex. Saje jalan-jalan nak tengok 'seluar kecik' yang teman-teman opis dok heboh. Sampai ke tempat yang dituju. Pilih punya pilih. Belek punya belek. Isshhh....apasal yang aku berkenan ni takde haaa? Setelah setengah jam memilih ditempat yang sama, baru perasan. Penuh betul keliling kaum lelaki disekeliling aku sedang mencari 'seluar kecik' jugak.


Salah department rupanya.


Hehehehehehehehe!


Patutlah tak jumpe boxer corak 'love' ♥♥♥. Hahahahahaha T_T


*Gambar sekadar pencantikkan entri. Tolong jangan bayangkan aku dengan nya. hahahhaha*

Saturday, 13 November 2010

SENTAP BETUL

Sentap betul. Sentap, sentap, sentap!




























Sakit perut. Sentap ngan 'Cik Sembelit'. Hehehehhehehehhehe!

Friday, 12 November 2010

motosikal yg diharamkan oleh JPJ Malaysia

yang ni memang haram!!! kene saman dunia n akhirat, ekekekek!!! ;p
I
I
I
I
I

SEKERAT RESIPI

*Seperti gambar tahun 70-an makan kek hari jadi dengan rambut sisir tepi*

T_T



Kali ini meroyan. Bukan aku, laki aku, hahahhahaha! Abang, saya minta maaf. Ada orang nak sangat makan cheese cake, bukan bini tak reti masak cuma cuma cuma cuma, ok, memang takde alasan. So dengan baju kelawar aku masuk ke 'Sekerat Resipi'. Aku kan Superwomen, itulah uniform aku kalo mula menjalankan misi menyelamatkan keadaan.



Inilah Sekerat Resipi yang bakal menjadi mangsa orang mengidam dan orang baju kelawar serta si kecik. Betul betul sekerat.


Kalo nak beli kek sebiji di kedai tuuu, kene cakap "Aku nak pergi beli kek kat Sebiji Resipi". Kalo macam kes aku, sebab beli sekerat-sekerat makanya ayat yang sesuai adalah seperti berikut "Aku nak pergi beli kek kat Sekerat Resipi". Hehhehehehhe!



Apple Cheese Cake untuk Orang Mengidam dan Si Kecik tapi Orang Baju Kelawar tak minat ini.







American Cheese Cake untuk Orang Baju Kelawar. Sungguh ajaib, selepas itu Orang Baju Kelawar cakap kalah orang amerika sendiri, hahahahahah!







Caramel Cheese Cake juga buat Orang Mengidam. Nama pon orang mengidam makanya dia kena la dapat lebih, hehehehehehe! :)



Selamat Maju Jaya :)

Thursday, 11 November 2010

SEDAP SUNGGUH!

Disebabkan terlebih makan dawai kokot, inilah akibatnya. Oh, dawai kokot dengan nama glamernyer 'ubat stapler'. Jangan tanya aku kenapa nama dia begitu bombastik sungguh. Kerja dah selesai, mula lah lapar, hehehehhehe! Lapar, lapar, lapar sungguh. Tapi takmau makan nasi sebab pagi tadi dah makan nasi lemak, mee goreng dan kueh mueh tradisional. Menu-menu ini sungguh menggegarkan salur jantung aku.



Ok. Cukup. Saya sangat lapar sampai saya makan roti dengan mentega kacang. SANGAT ENAK. Makan beramai-ramai bersama teman-teman yang semuanya dalam kondesi yang kebuluq. Ekekekkeke! Makan roti mentega kacang disulami dengan Neslo pagi tadi, nasibbaik belum basi lagi, hehehehehhehe! :)




*sedap sungguh sampai hidung aku naik kembang semangkuk*


LIP LAP LIP LAP ANAK MAMU


Bruppp..kenyang lunch? Haah, aku pon kenyang, kenyang makan pensil, pen, pemadam kat opis ni, nak sedap lagi tambah sikit kertas warna-warni, ibarat keropok moni (sebut dengan nada macam dalam iklan). Nak siapkan semua kerja sebelum nak cuti nak balik ke Besut sempena Raya Aidil Adha next week. Hehheheheheeh :)



Eh, korang nampak tak blink-blink kat sebelah denunnnnn? Comel tak? Comel tak? Kompom bukan aku yang buat seniri, heheheh! Berminat tak? Aku amik dekat belog Bro Jaz, so kalo ada sesape yang berkenan, boleh la ke myjazmanie.com. Dengan berbesar hatinya Bro Jaz nak share ngan kitak kamik semua. Aku suka tang blink-blink tu, lip lap lip lap anak mamu! Hahahhahaha!


*Selamat Hari Raya Aidil Adha*

:)








KESIAN AKU, HENPON BISU

Kesian aku. Henpon senyap ajer, tak berbunyi langsung. Takde sape nak call. Kalo call masuk pon salah nombor. Kesian aku. Kesian aku. Kesian aku.
















































































Lupe pulak, baru tukar nombor. Tak bagi tau kawan-kawan lagi, hehehehehhehehehhe! :)

Wednesday, 10 November 2010

MAMAT DITAHAN KERANA MEMILIKI MOTOR CURI

Acehhhh! Ni gosip artis pulak. Ala..si Mamat tu, kalo cakap Mamat Exist mesti semua kenalkan. Dia ni dah banyak kali kene tahan polis. Masuk keluar balai bukan kisah pon sebab banyak buat hal, dia cam dok ketagih mencuri aje. Buruk perangai wehh...jam tangan levi's pon nak curi. Sekarang ni motor pulak. Siap positif dadah lagi, aiyokkk...sape nak jawab??!


Bawak-bawak le insapp weh...


Sumber : GUA-Mamat Ditahan Lagi

ALAHAI EMAK KAWIN KAN AKU...

*Cover perut buncit*


Hari Ahad lepas officemate aku kawin, Sharul. Semua budak-budak bujang dah sampai kul 12.30tengah hari aku, 12.45 baru nak kuar umah, ape lagi, marah betoi diorang tunggu mak budak sorang ni, hahahahha. Aku tepon Nadia - tak angkat. Aku tepon Kak Eyta pulak - angkat.

"Kak, korang dah sampai ke?" tanya aku


"Weh, hang kat ne? Cepat le weh, makeup kami cair dah kene air hujan ni tunggu hang!" kata Kak Eyta


Hahahahahahhaha! Makeup cair kene air hujan. Nasibbaik aku kuar umah lewat sikit, hujan dalam kereta, bila sampai kat dewan tu hujan pon dah berenti. Sampai aje aku pon berlari-lari mak sambil mendukung Amanda. Aku nampak bos aku, amboii..merah mak ngah. Ishh..buat-buat taknampak le, kang kene dok satu meja ngan dia pulak, takmoooo!



Sekali aku nampak bebudak yang lain, hehehehe! Selamat ada. Diorang baru lepas makan. Borak dan borak sampai pengsan menunggu pengantin. Amanda buat perangai macam kampung, takmo kat orang abisss aku nak makan pon susah, asik dok berkepit cium ketiak aku yang wangi ni. Malu betoi dia ngan opismate aku.



Taklame pas tu, tiba lah pengantin kepak kepuk kepak kepuk (bunyi kompang), eh ada kompang ke taim tu? Aku pon tak ingat, memandai je tambah, heheehe!


Sharul & Fida serba kelabu asap rokok. Suke betoi Sharul hehehhe! Orang dah kawin, mane pulak taksukeeeee, hahahahahha! (maleh aku nak tulih caption, hahahhaha!)





Amanda muka basei. Ok, lain kali tinggal ngan ayah kat rumah kalo buat muka basai lagi. Eh, aku pakai baju rama-rama lagi tauuu, lelame jatuh cinta ngan baju ni dan dalam erti kata yang lain aku memang takde baju kurung yang lain, hahahahhaa!




Kalo ke kenduri kawin bukan ape sangat aktivitinyer, makan, sembang, makan, gelak huhahuha, makan lagi, amik gambo klik klik dan last sekali gedik santai memboroi.



Last sekali amik gambo kat banner. Turn sape pulak lepas ni? Alahai emak kawin kan aku... ahaks! (Bukan aku cakap, anak dara dalam picca di atas yang cakap)

Tuesday, 9 November 2010

TERHERET KE LEMBAH DOT DOT DOT

Dot dot dot bukan lah 18Sx mahupon 18 KEJI, ape daaa....hahahahhaha! Dot dot dot yang dimaksudkan adalah cik burung biru - Twitter.



Serius aku cam batak je tak tau apekebendanyer burung biru ni memula dulu. Orang lain ade, aku pon takmo kalah, nasib baik orang sebelah umah beli gelang emas nalla sampai ke ketiak aku tak kisah. Yang dok kisah sangat kalo dalam alam maya ni.



Ok, dengan muka sengal dan muka tak bersalah(memang tak salah pon kan) aku pon buat twitter gak. Buat-buat tapi tak paham. Haaa...marah diri sendiri, yang aku tau adik aku je dalam list twitter tu, hehehehe. Citt...adik aku hari-hari jumpe, kentut pon sebelah aje.



Pastu terjumpe pulak burung tembam (eh, bunyi cam 18SX pulak) - ChurpChurp, barulah tau berguna betoi Twitter time tu, hahahahaha! Nape gelak tetibe? Entah le, sebab tahape-hape kot.



Pastu jumpe pulak ngan Kak Izan, Kak Noj and CikGeli dalam Twitter, haaa...aku rasa cam baru leh terbang burung biru aku tu, hidup sikit. Ada gak orang nak sembang, kan kan kan, hahahahha! Kalo tak nganga la ku sorang-sorang tengok burung biru tu, ahaks! :)



*Sape nak ronggeng-ronggeng ngan aku dan lain-lain meh le twitter aku beb, aku dah taklayan facebook ni, ape barang... hahahahhahahahahahah! Serius poyo giler ;p

BERITA TERGEMPAR! BERITA TERGEMPAR!



Berita tergempar! berita tergempar! berita tergempar!
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Bos aku tak masuk opis hari ni, dia baru pas telepon.

hahahahahhahahahahahahhahaha!

Ape lagi, aku ngan staff yang lain terus menari macam kat bawah ni





mane boleh Pasha lebih dari kami, hahahhahaha! :)

Monday, 8 November 2010

ARTIS INDONESIA YANG LUPA CUKUR KETEK




Hahahahahahahhahaha! Apakah itu 'ketek'? Mungkin dia nak taip 'ketiak' atau mungkin ini slang orang seberang sebut 'ketiak'. Lucu pon ade, sape lah yang google ni wehhhhhhhh? Ngaku cepattt, cepat bisik kat aku, janji aku tak bagi tau orang lain, hahahahhahaha! :)





Woit, kat blog aku banyak 18sx ke? Oh tidak! :)




YUNA NAK CABAR KEHEBATAN FAIZAL TAHIR?


Ok, ok jangan peminat Faizal Tahir sentap pulak baca ni, hahahaha! Dua-dua hebat ini dicalonkan mara ke peringkat separuh akhir Juara Lagu malam ini.


Tapiiiiii kan, aku kompom la sokong Yuna, hahahahaha! Faizal ni pon aku suka gak sebab vokal dia power tapi aku suka lagi Yuna, hehehehe!


Ok, relax...lagi pon baru nak masuk peringkat separuh akhir, kecoh betul, haa..kecoh betul ko Ieda, wakakakaka! Dan akhir kata


*sambil pakai baju pink dan pompom pink*

Go Yuna Go!
Go Yuna Go!



PesananPenaja : 'Go' bukan bermaksud berambus apatah lagi 'blah'. Haahahahha!

Sumber : Berita Harian

MONDAY BLUES SIKIT SAJE

Haah, betoi. Pagi ni takde monday blues. Eh, tipu. Ada sikit je time nak bangun pagi, hhahahaha! Lepas mandi tu terus segar bugar. Bawak kereta pon siap nyanyi-nyanyi lagu wonder girls kuat-kuat. Eh, wonder girl nak datang Malaysia ek, aku tau pon sebab baca kat blog Donnyien. Pedulikan itu semua, yang aku pelik pehal pulak pagi ni aku takde monday blues.



Eh, seronok gak beb. Aku tengok semua orang muka macam basai je malas nak pergi kerja, aku pulak yang overdos happy nyer, hahahhaha! Pastu dengar radio, dj cakap sikit pastu aku gelak lebih-lebih, suka betoi. ntah hape-hape.





Pastu bukak pulak GOOGLE, ada pulak gambar X-RAY, memula cam seram gak (ntah ape yang nak seram) (ni nak jawab pasal ape seram) seram teringat kat hospital bab X-RAY bagai. Aku kan taksuke ngan spital. Pastu gelak-gelak sebab kat perkataan google x-ray tu ada terselit kunci. Ni mesti kes tertelan kunci, hhihihih(gelak ala-ala sopan sikit)


Urmm...korang dah sarapan ke??? Sampai ati takmo belanja aku...waaa :(

KASI PUSING INI KAPLA

Adoi! Sakit kapla! Kasi pusing ini kapla! Adoi! Macam-macam masalah nagara saya mau pikir. Masalah politik, masalah kawangan nagara, masalah parti, masalah dalam kain pon mau crita kaaa? Yenna deii! Cittt!


*Mano kawe dok ghusing*


err..saya bukan orang pantai timur mahupon dari angin barat daya timur selatan tapi saya suka si kacak Maher Zain, hahhahahahaah! memang takde kaitan. marah ke? tak pelah...

Saturday, 6 November 2010

CHILL..


LIVE:Biskut oreo dan aiskrim layan sensorang selepas ciksomi dan anak dah belayar,hahahah! Tambahan hujan renyai-renyai dialuni dengan ketukan tabla dan tarian india di tv2,huh! Spoil mood. Layankan aje,hahahah!

Nak on komputer,guruh berdentum,takut woo...ni nak off tv plak,bosan woo...

Layan aiskrim tengah hujan,chillllah! Hahaha!

Friday, 5 November 2010

Doa, Semoga Amanda Cepat Sembuh.


LIVE: So sad. Kami baru pulang dari Hospital Pantai Puteri. Amanda cedera dibahagian mulut sewaktu tengah syiok main pada pukul 10.30malam tadi. Bibir bawah dia ada koyak sikit, gusi atas ada luka sikit,pipi lebam. Dia dok main lari-lari dengan cousin, pastu tersepak tikar dan terjatuh,bahagian mulut tersembam pada sofa kayu jati.

Aduhai..melalak la dia. Aku panik,terus bawa ke hospital sebab darah mengalir tak henti-henti. Ok, esok aku update lagi, nak tukar baju dia yang lencun dengan darah.

Thursday, 4 November 2010

ANI SUP UTARA TERANGKAT

Ani Sup Utara. Eh, nama baru aku bukan Ani ek, kang terkonpius pulak korang. Ini nama kedai makan. Ekekekkek! Ekceli, aku tengok ramai rakan blogger buat entri makan pasal Ani Sup Utara. Geram betoi aku tengok gambo yang ditepek-tepek pon vas vas belako.



Dan disebabkan terhasut oleh nafsu makan sangat lah kuat, aku dan member-member pon menghanyutkan nafsu makan kami Ani Sup Utara. Ee..geli pulak aku ayat ni, hahahhaha!


Aku cakap, "Haa..cepat masuk muka, nak masuk belog ni (konon macam best)," hehhehe! Amik ko sekali gelapp daa...Kesian korang, takpe janji perkataan 'Ani Sup Utara' tu lebih jelas dari muka korang yang comei tuuu, hehehehhehe! Tak tahan siap ada sign "LIKE" gitew, hahahahhaha!



Segala semua jenis sup ada, jangan ko mintak sup yang pelik-pelik sudah. Enviroment pon best. Menu special hari tu adalah Nasi Ayam, Nasi Lemak dan Roti Bakar katanya..kata dialah, bukan aku tau. Tapi servis ada lembab sikit sebab aku tengok macam kurang pekerja. Bro tu yang amik order, bro tu gak yang serve, bro tu jugak lah cashier. Mau terkangkang jugak la. Tapi aku tak heran sangat sebab food aku sampai dulu, hahahahahhaa!


Aku makan Soto dan minum air Bandung, wah! Terasa betul sampai ke negeri Bandung, sedappp! Soto dia sedapppp,nak sedap lagi ko letak cilikicap 5 mangkuk, eh 5 sudu je. Kang bebanyak pulak mau tercirit time tu gak. tapi aku suka pedas, barulah ada kick (dengan kaki-kaki pon naik sekali)! Heeheh! :)


Minggu ni kalau waktu lunch, makan banyak betoi. Kesian perut aku, hahhhahahaa! :)

KITA TENGOK SIAPA YANG DAPAT TOPUP SEPLOH HENGGET TUUU!

Morning.Morning. Morning. Esok Deepavali ala gappas, cutiiii! Eh, takmo cerita daun pisang bagai, ni nak tau tak sape jawab betul keronsang tuuuuuuu? Harga sepasang keronsang tu adalah :


RM 1.00




Hehehehhe Murahkan :)




Dan yang teka paling hampir adalah :
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Haiqal - "Ini belog gua, pencinta alam sekitar"

Haiqal jawab RM 1.50

:)

Yeahhhhh! Bro, emailkan no. tepon ko, nanti akak masukkan terus k :)

coolbanana_84@yahoo.com.my

Tuesday, 2 November 2010

MEMBELI HOTDOG


LIVE: Ok,aku ngan laki aku ngan amanda baru nak pergi beli hotdog. Tolong kamu jangan bayangkan 'anjing panas' atau 'seangkatan' dengannya ok! Hahaha! Yummiee!

Pakai saja baju kaftan,dok dalam kereta je pon, tapi jangan la pulak kereta tetiba jadi 3 suku, mau pulak aku menolak kereta dengan baju kelawar! Hohoho!

Pengsan! :-)

PUTERI CAP KIPAS UDANG

Puteri Cap Kipas Udang Galah





Mama Rindu Amanda!

  • Dia suka cubit perut saya sambil cakap 'Adoiiiii!'
  • Dia suka main benda pelik-pelik dan berbahaya, so saya kena lebih alert!
  • Dia suka buat aksi stunt kategori kanak-kanak perempuan bawah 2 tahun.
  • Perkataan peberet dia adalah "Babai" dan "Ayah", weh...mama ko nak campak mane?
  • Dia sekarang hanya mau dodoi si dodoi ala sayang oleh ayahnya saja. Mama di tolak tepi.
  • Dia suka makan aiskrim sambil berebut dengan mama.
  • Dia sangat pemalu.
  • Dia suka berlakon main masak-masak dan suapkan saya, saya terharu! T_T
  • Sambil saya cuci pinggan di sinki, dia suka curi-curi makan garam, mama marah ok!
  • Dia adalah anak saya - Khaira Amanda Binti Badrisham, mama sayang kamu! Muahhh!

TEKA CEPAT! TOPUP RM 10 UNTUK KAMU!

Wehhhhhh, ni nak heboh sekampung cek nuffnang pertama aku dah sampaiiiiiiiii! Hahahhahahaha! Poyo jekan,kan,kan. Aku sampai umah semalm, tengok peti surat, dah ada cek ni. Hari hujan kan, basah sikit tepi tu tapi mujur yang kat dalam tu tak kene, yang dalam tu yang penting! Hehehehhe!






Haa...semua orang nak tayangkan, aku pon nak jugak! Nilai tu walaupon 'sedang-sedang' aje tapi aku totap hepi. Mane taknyer, tangan ni gateiii betoi nak picit butang cashout tu, kang takut peram lama-lama kene futung pulak, haa...sapa mau jawab?? aku terkedu aje lah.



Disebabkan November ni dah ala-ala winter sonata versi malaysia kan, hati aku pon sejuk. Dengan kesejukan ini, aku dengan hati berbentuk 'love' nak bagi korang top up RM10 kat koranggggg. Eh, ok la tu seploh hengget, diman(cam nama indon) pulak, hehehhe! Ikhlas ni, ikhlas ni!! Tengok muka suci aku ni tengah ikhlas :)



Haaa.....ape lagi, korang TEKA BERAPA HARGA KERONSANG INI. Ini keronsang standard yang sepasang (apsal ayat aku nalla punya?). So yang gegurl mesti tau kan, kalo yang boboi ni tak tau, teka ajeeelah. Tak pon tanya la mak ke, aweks ke, kakak korang ke, nenek ke..eh, jangan memain,nenek skang vouge tau, ape kita belum pakai dia dah pakai dah! Hehehheh!


Ok, teka. Klu dia adalah : Harga Tak Masuk Akal. Maybe murah, maybe mahal dari harga biasa.


Hari Khamis aku bagi tau jawapan. Jam tu gak aku masukkan topup untuk kamu.


Jawapan tulis aje kat komen untuk entry ini. Siapa yang tiada blog, boleh tulis jawapan kamu di Facebook page blog ini.


*Adik beradik dan sedara mara tak layak join, sebab dah tau harga, hahahahhahahahhaha! ;p Takpe nanti aku belanja eskrim "mat kool mat kool kawan ku! Marilah ikut mat kool!" Hahhahahahha!

ISTERI SENTIASA DARA

Sharing is caring. Buat sang isteri, marilah kita amalkan petua ini. Bukan untuk orang lain pon, untuk lakiiii kita yang tersayang tu jugak kannnn, hehehhehe! Buat sang suami, sebarkanlah kepada isteri anda yang terchentaaaaaa (ejaan lama lebih mendalam cinta tu) :)


PETUA DARI Dr. Fatimah Az-Zahra


Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.


('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.


Caranya: Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.


Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:

(35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

(36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),

(37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,

(38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan .

Monday, 1 November 2010

ADA APA DENGAN NOVEMBER 2010

Hari ini 1 November 2020.....eh, ter'advance' le pulak, hohoho! Hari ini 1 November 2010. Dah ujung tahun dah kita yek, banyak tak pencapaian korang yang tak maju-maju lagi?? Takyah jawab, aku dah tau, hahahaha! Gurau aje, kalah bomoh, semua aku tau. Acah aje :)



Dalam bulan November ni aku ada 3 kenduri kawin, kawan opis aku, kawan aku dan kawan aku. Banyak betoi orang kawin ujung tahun ye, sebab alasan cuti sekolahkan. semua sedara ceruk rantau tetiba mengaku sedara pon datang nak makan nasi minyak free. Takpe..takpe, tak rugi pon bagi orang makan.




Bulan November cuti sekolah akan bermula pada 19/11. Ape lagi, time ni lah ramai orang opis/makpak nak amik cuti, pergi holiday katanya, nak bawak anak-anak katanye...katanye... Ada pulak yang balik ke kampung. Weh, balik le ke kampung, sian makpak korang tengah tunggu tu...aku takpe, hari-hari aku pergi umah makpak aku,sebab mak aku masak sedappp, hahahhaha!





Bulan November bakal musim tengkujuh mengikut ramalan kaji cuaca. Abang-abang segak beruniform sila bersiap sedia ek, huhuhuhu! Sekarang pon (jenguk skit kapla kat tepi tingkap opis ni) mendung aje, suram aje. Sob..sob..T_T...pehal pulak aku yang tetiba mendung?






Bulan November ni ada 2 hari Public Holiday iaitu pada 5hb - Deepavali dan 17hb - Hari Raya Haji. Best kan cuti, kn! kan! kan! Aku ingat Deepavali ni aku nak cari hadiah untuk Zara. Hari Raya Haji aku tak pasti nak balik Besut ke idak sebab kat ipoh ni kan mak aku cakap dia nak masak Nasi Tomato ngan Ayam Masak Merak eh Merak eh Merah lah. Apsal suka betoi jari aku ni pergi kat 'k', pastu daging masak hitam ngan acar jelatah, sedapppppnyerrr!!!!





Bulan November ni gaji kakitangan awam masuk awal iaitu pada 10/11/2010. Thanxx to Mamalyna sebab bagi tauuuu, hehhehhe! Awal pon tak leh sesukasuki hati bebeno sebab gaji seterusnya lambat deknon,kaknon,abangnon iaitu pada 20/12/2010. Sila ambil perhatian ye, kang makan pasir pulak.





Dan pada November ini Ipoh Race Day jatuh pada....eh, JUDI a.k.a LUMBA KUDA ITU HARAM OK! Ini sebab tengok kalendar kuda ni, dengan kuda-kuda sekali aku baca, hahahhaha!




Dan sepanjang November ini, blog aku telah dipilih 'Blogger Pilihan' oleh myjazmanie.com. Thanxx Bro Jaz :)

*picca amik kat GOOGLE, kalo korang suka pegi la amik kat GOOGLE tapi picca last tu aku amik kat blog Bro Jaz :)
Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014