Tuesday, 30 November 2010

CERITA PASAL GAMBAR

*Elok sangat la tu, tudung macam seluar askar, baju kaler maroon, seluar kelabu asap*


Hhahahahhaha! Tu lah namanya feel tak lepas, bukan kentut je tak lepas, feel pon ada gak jenis yang tak lepas, bila tak lepas jadi macam aku kat atas ni. Pendek kata ala...dok kat umah kat kampung je kot nak pakai macam artis pon buat ape, hehehehe!



Hari tu balik kampung (tak abis-abis cerita balik kampung!), sampai je...terus nampak gambar raya yang lepas terpampang atas katil ruang tamu bawah. Besar gedabak amikkk ko! Gambar family aku, dan gambar-gambar seangkatan dengannya. Kami pergi amik kat studio pada raya ke 4 kot tak silap aku. Semua baru berkumpul masa tu.



Ok, ok, nak jadi cerita dan pendek kata memang tak bagus nak mampus la servis kedai gambar tu! Ingatnya nak tolong 'orang kita' buat bisnes tapi dah jadi macam hampeh, gambar amik masa 2 bulan nak siap. Itu pon setelah ditembak guna senapang gajah, baru nampak gambarnya. Ish...ishh.. tak baik untuk kesihatan betul kalo berniaga sebegini rupa abe wehh...



Habis bab mengumpat. eh...tersasul pulak, hahahhahaa! Tahun depan raya di rumah mertua, dan bertambah lagi ahli bila adik ipar aku nak kahwin bulan 2 ni. Eh, awal gila aku cerita pasal nak raya pulak tahun depan, heheheheheeehe!

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana ketip-ketip jari korang kat sini untuk komen, jap lagi komen lagi eh..ada lagi..ada..betoi..wa talak tipuu wooo..hahahah!

Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014