Sapa ada opah / nenek lagi? Aku dah takde. Opah belah mak aku meninggal masa aku umur 13tahun. Belah papa aku lagi aku tak pernah jumpe, dia meninggal sewaktu umur papa aku baru setahun. Ok, ni bukan nak cerita feel sedih sentap. Laki aku punya nenek ada lagi, alhamdulillah masih sihat dan paling mantoppp - ingatan dia sangat kuat, sampai dia boleh kira tarikh aku kawin sampai lah tarikh aku pregnant hari pertama, kuikuikuik!
Aku panggil dia 'Chik'. Pada aku dia sangat kiutttt yang amat! Aku sangat sayang padanya. Paling kelakar baru - baru ni jumpe dia, masa salam, laki aku tanya dia,
" Chik ape khabar? Ingat tak sape ni?" tanya laki aku
Tau ape Chik jawab...
" Entah orang uluuuu mana ntah" hahahahahhahaha! Amik sebijik laki aku! Nak test power nenek dia konon, kan dah dapat jawapan paling mantoppp sekali, hahahah! Aku gelak guling-guling. "Sudah tu Da, jangan gelak guling-guling, buruk betoi Chik tengok," kata Chik, amik aku pulak kene, heheheh!
Yang best aku nak tergelak pasal Chik, adalah satu kisah masa aku baru sebulan dua kawin. Malam tu aku pergi melawat dia, dia ajak tidur umah. Aku boleh aje tapi laki aku pulak takmo.
"Ishh..mana boleh Chik, saya tak boleh tidur kalo Ieda takde," kata laki aku lepas Chik nak mintak pinjam aku teman dia tido.
Tau ape Chik jawab,
" Ala....Sham ngan Ieda tidur la atas katil, Chik tido bawah, buat le apa-apa pon, Chik buat-buat tak dengar laaaa............"
Hahahahahhahahaa! Gelak aku! Korang paham ke aku citer ni weh?
*Sungguh suci wajah tua kedut seribu, sayang Chik!
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana ketip-ketip jari korang kat sini untuk komen, jap lagi komen lagi eh..ada lagi..ada..betoi..wa talak tipuu wooo..hahahah!