Wednesday, 10 November 2010

ALAHAI EMAK KAWIN KAN AKU...

*Cover perut buncit*


Hari Ahad lepas officemate aku kawin, Sharul. Semua budak-budak bujang dah sampai kul 12.30tengah hari aku, 12.45 baru nak kuar umah, ape lagi, marah betoi diorang tunggu mak budak sorang ni, hahahahha. Aku tepon Nadia - tak angkat. Aku tepon Kak Eyta pulak - angkat.

"Kak, korang dah sampai ke?" tanya aku


"Weh, hang kat ne? Cepat le weh, makeup kami cair dah kene air hujan ni tunggu hang!" kata Kak Eyta


Hahahahahahhaha! Makeup cair kene air hujan. Nasibbaik aku kuar umah lewat sikit, hujan dalam kereta, bila sampai kat dewan tu hujan pon dah berenti. Sampai aje aku pon berlari-lari mak sambil mendukung Amanda. Aku nampak bos aku, amboii..merah mak ngah. Ishh..buat-buat taknampak le, kang kene dok satu meja ngan dia pulak, takmoooo!



Sekali aku nampak bebudak yang lain, hehehehe! Selamat ada. Diorang baru lepas makan. Borak dan borak sampai pengsan menunggu pengantin. Amanda buat perangai macam kampung, takmo kat orang abisss aku nak makan pon susah, asik dok berkepit cium ketiak aku yang wangi ni. Malu betoi dia ngan opismate aku.



Taklame pas tu, tiba lah pengantin kepak kepuk kepak kepuk (bunyi kompang), eh ada kompang ke taim tu? Aku pon tak ingat, memandai je tambah, heheehe!


Sharul & Fida serba kelabu asap rokok. Suke betoi Sharul hehehhe! Orang dah kawin, mane pulak taksukeeeee, hahahahahha! (maleh aku nak tulih caption, hahahhaha!)





Amanda muka basei. Ok, lain kali tinggal ngan ayah kat rumah kalo buat muka basai lagi. Eh, aku pakai baju rama-rama lagi tauuu, lelame jatuh cinta ngan baju ni dan dalam erti kata yang lain aku memang takde baju kurung yang lain, hahahahhaa!




Kalo ke kenduri kawin bukan ape sangat aktivitinyer, makan, sembang, makan, gelak huhahuha, makan lagi, amik gambo klik klik dan last sekali gedik santai memboroi.



Last sekali amik gambo kat banner. Turn sape pulak lepas ni? Alahai emak kawin kan aku... ahaks! (Bukan aku cakap, anak dara dalam picca di atas yang cakap)
Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014