Monday, 1 November 2010

ADA APA DENGAN NOVEMBER 2010

Hari ini 1 November 2020.....eh, ter'advance' le pulak, hohoho! Hari ini 1 November 2010. Dah ujung tahun dah kita yek, banyak tak pencapaian korang yang tak maju-maju lagi?? Takyah jawab, aku dah tau, hahahaha! Gurau aje, kalah bomoh, semua aku tau. Acah aje :)



Dalam bulan November ni aku ada 3 kenduri kawin, kawan opis aku, kawan aku dan kawan aku. Banyak betoi orang kawin ujung tahun ye, sebab alasan cuti sekolahkan. semua sedara ceruk rantau tetiba mengaku sedara pon datang nak makan nasi minyak free. Takpe..takpe, tak rugi pon bagi orang makan.




Bulan November cuti sekolah akan bermula pada 19/11. Ape lagi, time ni lah ramai orang opis/makpak nak amik cuti, pergi holiday katanya, nak bawak anak-anak katanye...katanye... Ada pulak yang balik ke kampung. Weh, balik le ke kampung, sian makpak korang tengah tunggu tu...aku takpe, hari-hari aku pergi umah makpak aku,sebab mak aku masak sedappp, hahahhaha!





Bulan November bakal musim tengkujuh mengikut ramalan kaji cuaca. Abang-abang segak beruniform sila bersiap sedia ek, huhuhuhu! Sekarang pon (jenguk skit kapla kat tepi tingkap opis ni) mendung aje, suram aje. Sob..sob..T_T...pehal pulak aku yang tetiba mendung?






Bulan November ni ada 2 hari Public Holiday iaitu pada 5hb - Deepavali dan 17hb - Hari Raya Haji. Best kan cuti, kn! kan! kan! Aku ingat Deepavali ni aku nak cari hadiah untuk Zara. Hari Raya Haji aku tak pasti nak balik Besut ke idak sebab kat ipoh ni kan mak aku cakap dia nak masak Nasi Tomato ngan Ayam Masak Merak eh Merak eh Merah lah. Apsal suka betoi jari aku ni pergi kat 'k', pastu daging masak hitam ngan acar jelatah, sedapppppnyerrr!!!!





Bulan November ni gaji kakitangan awam masuk awal iaitu pada 10/11/2010. Thanxx to Mamalyna sebab bagi tauuuu, hehhehhe! Awal pon tak leh sesukasuki hati bebeno sebab gaji seterusnya lambat deknon,kaknon,abangnon iaitu pada 20/12/2010. Sila ambil perhatian ye, kang makan pasir pulak.





Dan pada November ini Ipoh Race Day jatuh pada....eh, JUDI a.k.a LUMBA KUDA ITU HARAM OK! Ini sebab tengok kalendar kuda ni, dengan kuda-kuda sekali aku baca, hahahhaha!




Dan sepanjang November ini, blog aku telah dipilih 'Blogger Pilihan' oleh myjazmanie.com. Thanxx Bro Jaz :)

*picca amik kat GOOGLE, kalo korang suka pegi la amik kat GOOGLE tapi picca last tu aku amik kat blog Bro Jaz :)
Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014