Friday, 9 April 2010

TIPS: PENJAGAAN RAMBUT BAGI YANG BERTUDUNG

Wardina sangat cantik di mata ku :)




Percaya atau tidak, penjagaan rambut bagi wanita bertudung bukan terhad sekadar terhad kepada pemilihan syampu yang sempurna namun fabrik tudung kita juga memainkan peranan penting. Udara yang minima ketika bertudung juga mampu merosakkan rambut kita. Wanita yang bertudung perlu menjaga kesihatan rambut. Jika tidak ada penjagaan rambut akan berbau, kusam, sugul dan tidak bermaya. Walaupun kita bertudung, pastikan rambut kita sentiasa terjaga dengan mengamalkan beberapa tips berikut:




1. Pilihlah tudung dari jenis kain yang mudah menyerap peluh seperti fabrik dari kain kapas. fabrik yang mudah menyerap peluh akan memudahkan aliran udara dikepala anda.



2. Trend pemakaian tudung terkini menyaksikan gabungan beberapa lapis tudung bagi sekali pemakaian. Kita boleh menvariasikan gaya anda begitu namun ingat, jangan melebihi empat lapisan kain. Ini kerana semakin tebal tudung anda semakin sukar rambut anda bernafas.




3. Janganlah memakai anak tudung yang terlalu tebal atau berlapis-lapis kerana ini akan membuatkan rambut sukat untuk bernafas dan mudah lembab dan berbau.




4. Jika kita memakai tudung, sebaiknya potong rambut anda pendek dan biarkan ia lepas mengurai. Jika ingin mengikat rambut, janganlah terlalu ketat. Pilihan terbaik jangan simpan rambut anda melebihi 60sm.




5.Hindari pemilihan kain tudung berwarna gelap seperti hitam jika kita banyak menghabiskan masa di bawah sinar matahari. Warna hitam akan menyerap sinaran matahari lebih banyak dan ini kadangkala akan membuatkan anda tidak selesa, berasa pening dan kulit kepala akan mudah gatal.


Selamat mencuba!!!!

20 comments:

  1. baik....timasih puan...hehee

    ReplyDelete
  2. wahhhh..

    mesti rambut ieda cantek kan!... :)

    ReplyDelete
  3. Aku pakai tudung biasa sahaja. Pemilihan skaf yg utama. tidak terlalu tebal.

    aduhai. yg pakai berlapis2 tu aku tabik betul.. macam mana ye derang pakai?

    TQ atas info :)

    ReplyDelete
  4. gud info....

    psst: wardina memang sangat cantiik...

    ReplyDelete
  5. wah..menarikk
    saya pun nak pakai lah
    he he...

    ReplyDelete
  6. Time kasih tuk info berguna itu =)

    Daku punya anak yg masih perlu didukung..so,tak berpeluang la nak pakai tudung berlapis2 huhu sian kan aku...sob3

    ReplyDelete
  7. owhh..kena suh awex pakai tdg gak lar..ayu jer..;)

    ReplyDelete
  8. wah..tip yg bagus dari puan ieda ! i loike !

    ReplyDelete
  9. teringin nak rambut panjang mengurai..tapi sebab pakai tudung mesti panjang sikit potongT_T

    ReplyDelete
  10. tips yg bagus...


    /eh nape kalo u update..tak naik2 kat bloglist ek blog u update...uhuhuhu

    ReplyDelete
  11. tq Ida... gud info.. eh, i pun suka tgk Wardina.. dah ada anak 3 tp ttp maintain huhu...

    ReplyDelete
  12. tq.. gud info beb... i pun suka wardina..

    ReplyDelete
  13. good info.
    jrg nk jmp tips jage rmbt utk wanita bertudung
    thanx! =)

    ReplyDelete
  14. en zul-misai anda mau taruk mana he3

    ReplyDelete
  15. thnks..sya nk tnya cmna nk mengurangkan rambut gugur??serum utk apa sbnr nye??bleh tlg x??

    ReplyDelete
  16. thx for the info yg sgt menarik dan berguna!nice content ;)

    Just 4 sharing, sini pn bnyk info ttg penjagaan rambut.. http://rambut-gugur.blogspot.com/

    ReplyDelete
  17. thanks for the tips.. sy suka pakai tudung hitam cmane ni?

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana ketip-ketip jari korang kat sini untuk komen, jap lagi komen lagi eh..ada lagi..ada..betoi..wa talak tipuu wooo..hahahah!

Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014