Monday, 26 April 2010

APA KAMU RASA BILA DITINDIH?

Siapa ada pengalaman ditindih oleh makhluk halus? oh! Aku dah kene sekali cukup lah masa kat asrama dulu! Sesak! Berat! Dan 'si dia' berada didepan mata! Nak jerit tak boleh! Tapi bila ingat-ingat balik, aku gelak sensorang, hahahhaah!!!! Sedaya upaya menolak dan melawan :) Kuatkan beta, kuikuikuik!!!



Bila bangun jer terus cam hirup udara cam nak mati, siap jerit kat member, "Woit! Aku kene tindih la tadi!" Member aku cakap, " Yeke! aku nampak ko cam tdo mati jer tadi, hehehe!!" Esoknya member aku pulak kene tindih, hahaha!! Gelakkan aku lagi :)



2 hari lepas, laki aku kene tindih. Bukan aku yang tindih dia ek, hahahah!! Dalam pukul 3am, tetiba jer aku dengar dia baca Ayat Qursi kuat-kuat banyak kali, aku terjaga dari tido. "Abang kene tindih" kata laki aku. "Gelap, hitam macam asap dah kuar dari bilik tadi" kata laki aku lagi. Haaahhh!!! Seram aku!!! Seram sebab nanti mesti anak aku bangun nak susu, mesti aku la yang kena pegi dapur buat susu! Wawawwawa!! Meremang jap bulu ketiak aku.



"Ludah belah kiri 3 kali cepat, pegi cuci muka,"kata aku. Pastu laki aku bukak lampu tdo. Silap kami juga tdo dalam gelap sebab syaitan memang suka kegelapan. Esok pagi nya aku tanya laki aku, ada bukak pintu ke tengah malam semalam lepas aku masuk tdo. Sebab laki aku suka hisap rokok bukak pintu. Mungkin benda tu singgah kejap. "Entah la...tak ingat," kata laki aku. Sabo je lah...ye le tu... Kesimpulannya jangan hisap rokok waktu malam, hahahha!!! Takde kaitan langsung! wakakaka! :)
Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014