Thursday, 7 April 2011

KESAN DAN TANDA PENGARUH DADAH SYABU PADA TUBUH

SYABU dadah rekaan, Amphetamine Type Stimulant (ATS) dikenal pasti punca utamapeningkatan kes jenayah termasuk bunuh, rompak dan rogol ini di kalangan generasi muda. 
 
 
 
 
 
KESAN SYABU (DADAH JENIS PERANGSANG)
 - tidak mempunyai rasa takut dan belas kasihan terhadap mangsa ketika melakukan jenayah termasuk membunuh- bertenaga, bersemangat dan penuh emosi secara sementara ( PERCUBAAN KALI PERTAMA)- penagih akan menghadapi keseksaan termasuk gian, mengalami masalah kesihatan dan mental seperti delusi, halusinasi atau sakit mental 
 
 
 
KENAPA PERLU BERHENTI SYABU? 
 Kesan halusinasi adalah seperti mendengar suara asing atau merasa orang mengutuk dirinya delusi adalah berprasangka, merasakan ada orang ingin menganiayainya selain mempercayai isterinya curang,Strok Saluran darah pecah,Tekanan darah tinggi, Lumpuh, Jantung, Menghilangkan nafsu seks, Sakit emosi dan otak menjadi lembap. Sakit jiwa, Kemurungan melampau sehingga mampu membunuh diri. 
  

 
TINDAK BALAS SYABU DALAM BADAN 
Kesan euphoria iaitu keseronokan akibat syabu, individu itu akan mengambil dadah itu secara berterusan bagi terus merasai kesannya sehingga menyebabkan ketagihan.
 
Kesan seronok akibat dadah ini lenyap sebelum kandungan dadah berkurangan dalam darah dan penggunanya akan cuba meneruskan kesan khayal dengan penggunaan dadah itu secara berulangkali.Pengguna mengambil dos lebih dan berulang untuk meneruskan kesan khayal yang dialaminya.Pengguna tidak makan atau tidur tetapi pada masa sama terus menyuntik dadah ini sehingga satu gram setiap dua dan tiga jam dalam jangka masa beberapa hari sehingga bekalannya habis atausehingga mereka tidak berupaya meneruskannya.Syabu tidak perlu diambil setiap hari berbanding pengambilan heroin. Cukup sekadar dua kalidalam seminggu dan ia boleh membuatkan pengguna ketagih dan memudaratkan.  Kesan khayaldan keseronokan dipercayai akibat rangsangan terhadap dopamine iaitu penghantar neuron keotak yang bersifat perangsang. Syabu perlu diambil berterusan bagi terus merangsang dopamine.Jika penagih berhenti mengambil syabu, kadar dopamine dalam otak berkurangan sehinggamencetuskan pelbagai masalah kesihatan dan mental. Bagi mengembalikan dopamine kepadakadar normal seperti manusia biasa, ia memerlukan rawatan dan meninggalkan syabu selamasetahun.Tiada jalan keluar yang selesa sekiranya seseorang sudah terjebak dengan syabu kerana sebaik menagih dadah itu, sama ada untuk berhenti atau meneruskan penagihan, mereka perlumenempuh jalan keseksaan.
 
 
 
TANDA PENGARUH SYABU PADA TUBUH BADAN
Mental dan emosi: Gila akibat halusinasi dan delusi sehingga mampu membunuh diri, gelisah,cepat marah, gementar, kebingungan, fikiran terganggu dan boleh bersifat ganas. Pada dos yangtinggi menaikkan suhu badan kepada tahap membahayakan, mengakibatkan sawan dan akhirnyamaut.Kepala: Mulut kering, berpeluh berlebihan, anak mata menjadi besar, menggeletar dan sakitkepala, dopamine pada otak kurang aktif, urat saraf pada otak putus hingga menyebabkan strok atau lumpuh.Fizikal: Pengguna tidak tidur selama tiga sehingga 15 hari, hilang selera makan dan berat badanmenurun, berpeluh, pucat, pengabaian kesihatan diri, badan berbau, gigi kekuningan, berparutdan luka di badan. Kudis jelas kelihatan akibat pengguna syabu menggaru kulit untuk menghapus bayangan serangga yang disangka berada pada kulitnya. Kurang daya tahan melawanpenyakit akibat pengabaian kesihatan. Lumpuh.Saraf: Kerosakan pada sistem saraf dan otak boleh menyebabkan gejala seperti penyakitParkinson (dengan gangguan pergerakan anggota badan) dan penyakit Alzheimer (dengan fungsiotak menjadi lemah dan nyanyuk 
Jantung dan salur darah: Kerosakan pada jantung akibat degupan kencang, tidak menentu dantekanan darah meningkat hingga mengakibatkan sakit jantung dan maut. Saluran darah pecahakibat bahan kimia syabu menghakis dinding salur darah.Perut dan sistem penghadaman. Mengalami gangguan saluran makanan dan kebuluran berlanjutan sebab tidak makan ketika pengambilan syabu; bahan toksik dalam dadah yang dicampur dengan bahan lain menyebabkan gangguan kepada perut dan sistem penghadaman.Sistem peranakan (wanita): Pengambilan syabu ketika mengandung akan menjejaskan pembentukan bayi, kelahiran sebelum cukup tempoh atau keguguran; bayi dilahirkan adalah kecil, terlalu aktif, mudah gelisah dan dikhuatiri mengalami masalah mental dan tumbesaran.Sistem seksual: Sistem seksual terganggu.
 
 

18 comments:

  1. banyak takut oooo

    ReplyDelete
  2. Bagus info.. dulu kome pernah juga jual.. Time ada kenduri kahwin laku juga..dan juga untuk kenduri doa selamat.. Untung juga dengan menjual Labu ni..

    ReplyDelete
  3. rokok , ganja, syabu dan seangkatan dengannya..memang takde pekdah langsung kecuali menghayalkan dan boleh meragut nyawa...sia2 hidup kalau nampak cm 'bangkai'.

    ReplyDelete
  4. da tukar profession ke kak

    ReplyDelete
  5. salam..
    moralnya jangan hampiri sebarang jenis dadah..perosak masa depan negara..

    ReplyDelete
  6. nyah.. ko tahu aku dulu pernah tinggal satu rumah dengan penagih syabu konon nak jaga badan la.. alahai... budka ni dulu model sambilan. menggong kan. nasib baik masa tahu dia makan syabu tuh dah nak pindah kalo tak pening kepala aku mikkir hal dia

    ReplyDelete
  7. Dah tau mcm tu tapi masih lagi nak ON dgn syabu.... hemmm

    ReplyDelete
  8. Kalau dah macam ni lah kesan bahayanya,hairan mengapa masih ada segelintir mereka yang masih nak menagihnya.

    ReplyDelete
  9. saya penah terjebak dgn semua gejala kurang cehat termasuk dadah,alhmdulillh saya jumper semula pintu keluar dan sinar harapan semula dengan hati yg kuat , cume saya ingin pesan kepada semua PEMBACA DSINI jgn jauhkn diri dengan org yg penah terjebak dunia ini ,tapi bantu mereka spenuh hati dan ikhlas ....

    ReplyDelete
  10. ganja ok lagi kalau nak dibandingkan dengan dadah sintetik yang ada di pasaran Malaysia sekarang ni..cuma satu je..aku takut dengan orang yang cautut@isap ice ni..bukan takut ape..cuma diorang ni susah nak jangka..tiba-tiba je bole tripping..setakt ni aku hidup 38 tahun,tak pernah pulak dengar penagih ganja meroyan,bunuh org dan lain-lain tindakan psyco..rata-rata mereka ni cool je..dah bekerjaya dan smart..cuma rokok tu lain sikit..tu je..yang pengguna ice pulak..semak semacam..sembang macam ahli politik pun ade..kadang-kadang macam jurujual pun ade..pendek kata..susah la nak campur masyarakat..banyak songeh dengan emosi tu..mudah-mudahan..hilang la dadah sintetik di muka bumi ni..buat manusia jadi gile..tension-tension..///

    ReplyDelete
  11. kakak aku amik syabu ni.. br stop.. amik dlm setahun... skrg ni die asyik merapu bkn2... famili aku ignore die dh... laki die yg ajar amik sn tension...dh mcm org giler

    ReplyDelete
  12. kakak aku amik syabu ni.. br stop.. amik dlm setahun... skrg ni die asyik merapu bkn2... famili aku ignore die dh... laki die yg ajar amik sn tension...dh mcm org giler

    ReplyDelete
  13. dari kta sax bh tow bkn dri fktor kwan2 so pndai2 lha fkir mna baik buruk mkn brang ney

    ReplyDelete
  14. Semua jenis dadah dlm dunia ni telah ak tinggalkan..kira kategori ayam sakit jgk ak ni dulu..tipsnya sng je,,pucuk pangkal drp hati je..klu kita nekad nk berubah hati kita kuat tolak benda ni semua ak rs xde hal la..wlupn susah mcmn pn klu kita paksa jd beb..klu mcm lalang kjp nk da tu Xnk susah sikit la..ni bdk2 bru kenal dunia ni,x yah la nk tunjuk hero sgt konon ak ni kaki stim..nnt awk2 jgk yg sush..dpn kwn2 biasa la..skrg ak hidup bebas tanpa dadah dan bahagia d keluarga dan anak..syukur..

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana ketip-ketip jari korang kat sini untuk komen, jap lagi komen lagi eh..ada lagi..ada..betoi..wa talak tipuu wooo..hahahah!

Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014