Wednesday, 27 April 2011

Perghhh...macam tak caye je aku taip macam ni

Kehidupan rumahtangga memang manis tapi adakalanya pahit pasti akan terasa. Setiap pasangan ada pasang surutnya, antara bertahan atau tidak. Antara berkongsi atau tidak. Jika kamu berasa kamu telah tewas, kalah, tidak mampu menahan lagi fikirkan semula. Fikirkan bahawa ada pasangan lain yang lebih teruk. Fikirkan kamu tidak lah seteruk yang disangka. Fikirkan bahawa ini semua ujian Allah buat kamu. Fikirkan semula. Fikirkan anak-anak.








Memaafkan, beri peluang pada pasangan. Sedangkan nabi maafkan umat, inikan korang yang kudus-kudus aje. Memang air mata sudah tidah keluar, kering, hanya menangis dalam hati, tapi ketahui lah, jika kamu berpisah, tidak mungkin kamu mendapat pasangan baru sebaik diri kamu sendiri. Cari punca, sebab. Jika masih tidak mampu, gunakan lah orang tengah untuk membantu. Dan tidak lupa DI ATAS SANA lebih mengetahui jalan hidup kamu dan pasangan kamu.







Sayangilah pasangan kamu, sayangilah keluarga kamu. Jika ada yang luar mencocok, elakkan, kuatkan iman. Ingatlah pada ibu bapa kamu, pasti mereka sedih dan menangis jika melihat keadaan kamu. Perkahwinan juga banyak cobaan, dan kamu akan merasa manisnya jika kamu dapat mampu bertahan. Tapi sampai bila? 5 tahun? 10 tahun? 20 tahun? Dah tua kerepot? ALLAH Maha Berkuasa. Hanya pada-NYA kita meluahkan, hanya pada-NYA kita memohon. Cinta pada ALLAH lebih sejati. 



 Perghhh...macam tak caye je aku taip macam ni, hahahahhaha! Oh, tiada kaitan dengan sesiapa, yang hidup atau mati, hanya dari pandangan, perkongsian bersama teman sahabat handai. :)

17 comments:

  1. Kalau semua sudi memaafkan antara satu sama lain .. dunia nie pasti akan lebih AMAN!

    anastasyea's latest post .. Spamming Hashtag #Maxis10 | Sorry la Bro !

    ReplyDelete
  2. hadoila sis...ko cam tau aje kan aku stress pasai ape..wakawawkawkaka...

    owhhh tetibe cam terleleh sendiri ayer mate kuh...=(

    ReplyDelete
  3. mendalam maksudnya kak. suka entry ni :) tahniah sebab akak yang tulis dan kerah idea :)

    suka part kawin tu. dulu masa zaman sekolah tergedik-gedik nak kawin sekarang tak lagi dah. heheh. bila tau perkahwinan tu bukan satu mainan atau benda yang remeh temeh :)

    ReplyDelete
  4. semoga Allah menyelamatkan rumahtangga kita dan semoga dijauhkan hubungan kita dari org ketiga agar bahagia kekal menjadi milik kita..

    ReplyDelete
  5. pandai..pandai...

    mmg betul pon..kena give n take..kalau dua2 berapi..mau meletup woo..:)

    ReplyDelete
  6. mmg ditaip ke ni? ehehe


    nice

    ReplyDelete
  7. selalu kena buang ego dalam rumahtangga..huhu..

    ReplyDelete
  8. yerla kan.. kena saling memaafi, tolak ansur, percaya mempercayai selebihnya serah aja pada NYA kerana DIA Maha mengetahui..

    bagus lah n3 ni..

    ReplyDelete
  9. ko memang la nyah!!!! aku percaya hahahah.... tq for sharing

    ReplyDelete
  10. terbaek dr ladang la sis..huhuhu

    ReplyDelete
  11. huuu~ye luvly post..kuikui dlm rumahtangga mmg kompromi kene ada..klu x..dussssh..thx for sharing..haha terbuka hati ini..

    ReplyDelete
  12. Kwn suke n3 ni sbb mcm terkena ngan kwn plk,huhuhuhu....

    ReplyDelete
  13. Kalau ada anak dara yang ingin sunting hubby Ieda, apalah agak respondnya?

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana ketip-ketip jari korang kat sini untuk komen, jap lagi komen lagi eh..ada lagi..ada..betoi..wa talak tipuu wooo..hahahah!

Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014