Sunday 31 October 2010

Dah Boleh Ikat!


LIVE: Rambut amanda dah boleh ikat! Yeahhh! Sebelum ni rambut dia kontot. Masa memula lahir rambut memang sikit, tak lebat.

Sekali pandang macam 'makcik' pulak picca ko ni amanda, hahahaha!

Saturday 30 October 2010

Kelantan 2 Negeri Sembilan 1, Tahniah Kelantan!


Hoyyehhh! Sangat berbaloi bila sang suami pulang tanpa suara,banyak bersorak! Hahahah!

Kejor yob kejor!

Eh,tu Perak la... hohoho! Tahniah Kelantan :-)

Ini Bukan Kaki Santa Claus


LIVE: Comel kan stokin tu, tu kaki orang dalam pantang, heheh. Sekarang kat umah ummi aku, nak tengok Zara, lagi pon hari ni laki aku takde. Dia pegi KL, tengok bola malam ni.

Dan disebabkan laki aku takde, hari ni enjoyyy! Hahaha!

Friday 29 October 2010

TAG DAN NAMETAG ADALAH TIDAK SAMA

"Once you have been tagged, you are supposed to write a note, with 25 random things, fact, habits, or goal about you. at the end, choose 25 people to be tagged. you have to tag the person who tagged you. if i tag you, its because i want to know more about you. your cooperation is highly appreciated. haha"



Ape ni? ape ni? Aku sekolah Jepun so aku tak paham ape tulisan kat atas ni. Hahahahhaha! Getik betoi aku si Faizal ni main pas-pas tag kat aku pulak. Yee...aku tau aku sekolah dulu memang taksuka pakai nametag, ko kan pengawas nak denda aku lah tu. Dah tua-tua pon nak denda aku lagi.



Hahahahha! Tipu.Tipu. Ko bukan pengawas pon. Aku je memandai. Ok, untuk pengetahuan, aku dah 5 tahun tak jawab tag. Lagi skali tipu sebab blog ni baru je nak masuk 2 tahun, hahahahha!



Ok! Ok! Jangan marah aku jawab sekarang walaupon aku takpaham :)

  1. Aku rabun jauh! Tapi hanya pakai cermin mata waktu tengok tv dan memandu tapi disebabkan 'sunglass' aku nak ala-ala nak lawan Fasha Sendat, so aku membuat keputusan untuk memakai 'sunglass' dari cermin mata sewaktu memandu, mane bley kalah beb! Hhahahaha!
  2. Saya memandu perlahan. Jangan risauu...saya pasti duduk di lane kiri, tak baik susahkan orang lainkan. Tapi jangan tanya kalau tetiba je saya memandu lajuuuuuuuuuu, adele yang tak kene tuuuu (mulut joyah)
  3. Saya memandu...eh, pekehal nak cerita memandu aje. lain...lain... habit saya sangat suka tak susun kasut depan pintu rumah, sebab laki saya akan susun. Ini bukan habit, ini pemalas namanya. Jangan tiru ye adik-adik.
  4. Ketinggian saya lebih tinggi dari Nadia Mustafa, dan kecomelan saya lebih sikit dari Nora Danish dan saiz kasut saya sama dengan Lisa Surihani. Anda suka Lisa Surihani? Pasti anda suka saya juga! Hahahahah! Giler.
  5. Mula berblog pada Disember 2008 sewaktu mengandung anak pertama dikala kandungan mencecah 6 bulan.
  6. Pagi-pagi kalau sampai ofis, saya terus on komputer, bukak blog dan facebook. Pukul 9.00am turun makan dan makan dan kerja.
  7. Saya suka pening-peningkan bos saya yang sedia pening. Padan muka dia kan, hehehe!
  8. Kalau bangun dari tidur, saya terus bangun tengok anak. Kalau belum kawin dulu, bukak mata aje, terus cari mak saya.
  9. Minat giler Harry Potter.
  10. Dulu saya peminat tegar Powerpuff Girls tapi sekarang dengan muka takmalu tetap mengaku ...suka lah!;p
  11. Saya benci orang buang anak, kaki disco, kaki pukul, kaki perempuan, orang menonton video lucah.
  12. Kalau bercuti saya lebih gemar bergambar dari bershopping.
  13. Suka giler high heels walaupon tak baik untuk kesihatan.
  14. Pernah sekali jumpa hantu waktu duduk asrama.
  15. Sewaktu dikolej, hari Sabtu dan Ahad saya dihabiskan bekerja sebagai waitress di Hotel apentah aku pon tak ingat nama dia, huh! ;p
  16. Aku kawin umur 24, dapat anak umur 25 dan perut makin comel umur 26, hehehhe!
  17. Saya suka makeup! Teringin nak pegi kelas makeup!
  18. Saya sangat suka melepak dan minum-minum waktu lewat tengah malam. Tapi sejak berkahwin dah lama tak buat macam tu...
  19. Teringin nak anak lelaki :)
  20. Saya seorang yang cemburu bertempat, kalu tak bertempat, pandai-pandailah menempatkanya seperti yang telah ditempatkan. Paham? paham? Aku pon tak paham, hahahaha! :)
  21. Saya sukakan sesuatu yang lucu dari romantik.
  22. Saya suka berada di opis sebab rakan-rakan di opis sangat lucu, selamba dan hoyehhhhhhh (ntah hape-hape aku ni)
  23. Saya lebih gemar makan roti dari nasi. Tapi nasi ganja dalah peberet saya.
  24. Pilih la Daia-Lupakan Yang Lain (takde kaitan tapi nak bagi tau gak aku suka sabun pencuci baju Daia, hahahahha!)
  25. Aku buat tag ni amik masa sejam, lamaaaa tu!
Takmo tag sesape sebab malam ni malam sabtu. Kaitan???? Lu pikir la sniri! Heehehe! :)

SIAPA NAK KAWIN?

Kecik-kecik dulu sape ada main kawin-kawin? Gateiiiiiiii....hahhahahaa! Aku pon ada main, konon duduk atas pelamin la, jadi atok, nenek, anak dan macam-macam lagi. Pas masuk darjah enam jarang dah main sebab nak UPSR, so kene le study.



Dah...aku bukan nak cerita masa kecik-kecik tu, ni nak cerita pasal member-member yang nak kawin. Aku rasa cam ramai je member aku yang kawin tahun ni. Budak opis aku 2 orang. Bagus-bagus, tambah sikit geng 'laki bini' kat opis ni, hahhahahaha! Kawan sekolah aku pon kawin.



Ada pulak kawan kolej aku yang kawin tapi anto kad setem tak cukup sen! Hadoiiiiii ko Cda wehhhhhhhh......aku ni plak maleh nak mengelaim kat pejabat pos tu sebab abang pejabat pos yang gemok tu sesuka je nak bukak pos opis lewat, so takdo mase aku nak menunggu dia beli milo ais dan nasi lemak kat warung Jamal Abdillah tu pagi-pagi. Janji bukak pejabat pos pukul 9.00am tapi 10.15am pon tak nampak tong gerabak ko bang. Saya ni masuk opis 8.30am, kang tak magik pulak.



Mencik-mencik-mencik abang gemok. Abang gemok tak salah, mungkin aku yang banyak songeh. Hahahahahahha! Janganlah marah aku wehhh! Aku baik sejati, ekekekeke!



Eh, aku dapat kad kawin dari rakan blogger. Ceh, skema plak ayat aku ni, ntah pehal ari ni skema betoi. Takpelah..hari ini dalam sejarah, hehhehhe! Aku dapat kad ni last week dari YANI - Sok Sek Sok Sek OneYani. Gitew lah nama rakan blogger aku ni.



Aternyer comei betoi kad, udah macam kad Muszphar ngan Harlina pulak, hahahhaha! Ok, gurau aje, ko jangan le marah aku, aku nak datang ni! Nak datang ni! Kat Seberang Takir, Terengggganu, terover pulak 'g' tu, tandanya jauhhhhhhhhh! Hohohoh! Ko jangan riso, aku insyallah datang sebab aku memang nak balik umah mak mertua aku kat besut denun.



Kalo pergi kat belog Yani, korang tengok ado macam-macam kaler riben dia. Weh, pesal ko bagi aku yang purple, aku nak yang warna-warni tuuu. Giler diman, hahahhahaha! Asal tengok kad kawin, teringat pulak kad kawin aku yang lepas. warna gold tuuu...ala-ala feel raja hahahhahaha :)



*Tahniah Yani, Selamat Pengantin Baru*

:)


MUSHROOM SOUP KAWIN DENGAN GARLIC BREAD

Semua sudah sarapan? wah, baku sungguh aku pagi ini, dan sekali lagi, hehheheh! Sarapan sangat penting, so jangan lah skip makan tapi dulu kalau sekolah aku memang tak sarapan. Ummi aku cukuppppp marah kalau tak sarapan, terpaksa jugak telan roti bakar sekeping letak gula ngan butter, lama-lama jadi sedap la pulak! Subuh-subug dah selongkar dapor. Hohohoho!



Memula dulu kena paksa kalau bersarapan. Alasan taknak sarapan sebab nanti sakit perut pastu berak, ntah hape-hape alasan, hohoho! Tapi bila dan abis sekolah, mulalah nak bersarapan sajeeeeeee, bertukar-tukar menu, takmo yang sama, dah naik tahap mengada-ngada, hohohoho!





Sarapan yang baru je aku makan adalah mushroom soup ngan garlic bread. Pergi makan kat kedai. Padahal kat umah pon boleh buat sendiri. Dasar pemalas. Eh, bukan malas, nak cepat, hehehhee! Aku ingat kedai tu nak bagi french loaf tapi dia bagi roti gardenia. Boleh tahan gak kenyanggggggg! :)

Thursday 28 October 2010

HARI INI

Hari ini update blog lambat.

Hari ini pertama kali update blog pukul 5.00 petang.

Hari ini sewaktu menaip entri ini aku masih di opis.

Hari ini aku tak makan breakfast.

Hari ini aku terserempak dengan kawan laki aku kat kedai makan.

Hari ini festaim aku pergi kedai Sattini.

Hari ini blusher dan gel peramping yang aku order dah sampai (hoyehhhhh!)

Hari ini sekali je masuk jambam.

Hari ini sakit perut tapi tak berak-berak pon.

Hari ini aku taksempat melawat blog kawan-kawan.

Hari ini aku bawak kereta laju sebab hari ini hari gaji.

Hari ini nak pergi umah mak aku nak main dengan Zara.

Hari ini adalah hari ini.

Esok adalah esok.

Lusa adalah lusa.

Tulat adalah tulat.

Dan setiap saat pasti ada kematian dan kelahiran. Wallahualam....

Wednesday 27 October 2010

SEMUA ORANG ASYIK CERITA ALEXA

Semua orang asik cerita alexa, eh bukan semua eh tapi ada la juga. Hehehhehe. Masa berblog memula dolu-dolu aku tak paham apekah alexa tu. Nama samaran Alex raja lawak kah? Oh tidakk...lepas membaca dan melompat dan bergayut dari satu blog ke blog yang lain, barulah aku paham. Hohoho! patut le keme suke bebeno ek, tapi aku masih berlagak tak suka, poyo kan. Hakikatnya aku poyo sebab blog aku masih pening-pening, hahahhahaha!!



Ok, semua asik nak tayang je alexa korang, aku pon nakkkkkkkk gakkkkkkkkk boleh? hahhahahaha! Jangan le getik dengan aku, tak baik untuk kesihatan, hehehehee!





Inilah alexa rank aku setelah 5 bulan bertukar domain pada bulan Mei 2010. Bulan Jun dan Ogos berblog 'on' dan 'off' sebab ada beberapa masalah yang takdapat dielakkan. Adakah pencapaian ini ok bagi blog cikai cam aku? Geli je soalan. Hahahhahah! suam-suam kuku aje kan :)



*masih pening dengan alexa, dengan siapakah aku patut berguru? *wink*wink*

SELAMAT DATANG KE DUNIA EL-ZARA MARISSA

Berdebar-debar-debar-debar tak? Macam lagu dangdut pulak, berdebar-debarnya hati rindu ku datang lagi ah! ah! ah! hahahhahaha! ok.poyo giler! Ingat tak entri 'Siapa Nak Datang?'. Yeahhhhhhhhhhhhh! Orang comel itu telah tiba! Semalam dengan tak mandi balik dari kerja terus menunggu dan menunggu. Kat hospital.



Dah la, malas pulak aku nak buat ayat konon-konon suprise, hohohoho! Adik aku, Teha Al-Habsyi telah selamat bersalin semalam pukul 7.18 malam. Babyyyy girl - El-Zara Marissa!


Alhamdulillah, mak anak semua sihat dan masih di hospital. Zara adalah cucu no.4, hehehhehe! So Amanda lepas ni ada geng, hohohoh! Kepit rambut same-same, pakai lipstick same-same, pakai heels mama same-same, main masak same-same, best kan! kan! kan!



Giler aku teruja giler! Setiap setengah jam aku mesej teha dan ummi untuk tau perkembangan teha dan baby, hehehhehe! Kompom rimas mak haku, lalalalla! :)



Paling suka dengan status facebook adik aku, Iera Rahman

"allhamdullilah.semua selamat.aku jadik mak cik skali ag..dan lagi.dan lagi..hahaha..el zara marissa no keahlian keluarga anda adalah 012..heheh..come!"



hahahhahahahahhahaha! gelak over. suka sensorang. boleh kan :))))) (senyum gembira sungguh!)

Menunggu Penuh Debaran


Kami penunggu. Eh tak, kami sedang menunggu dengan penuh debaran. Berdebar-debar dengan masing-masing muka dok tersengih, pastu ketawa terbahak-bahak kahkahkahkah macam tu.

Sampai yang amik gambo ni pon ketawa juga,sekali bergegar gambar la..

Nantikan kemuncak debaran esok pagi!

*ceh..poyo skandal betoi ayat!

Tuesday 26 October 2010

YAHUDI KURANG AJAR! KAABAH DI ANGGAP JAMBAN!



Sangat kurang ajarrrrrrrrrr bukan! Sudahlah mengata Islam macam-macam hakikatnya golongan kamu lagi hinaaaaaaa yang amat!



*Celaka lah kaum kaum Yahudi!

*jumpa entri ini di blog makbudak.

PENCAPAIAN CEMERLANG BALIK OPIS LAMBAT


Tau tak hari ni aku balik dari opis lambat? 6.50pm, lambat kan! Lambatkan! Lambatkan! Pada aku itu lah yang lambat. Selalunya perkara begini terjadi dalam 4 kali setahun, hahahaha! Tak lucu. ada orang balik pukul 10malam pon tak kecoh.



Selalunya 5.30pm aku dah ada atas jalanraya. Opis tutup pukul 5.30pm, magik kan?! Aku adalah juara balik awal! Tapi hari ini kejuraan ku kecundang, cisss....gara-gara bos aku nak ke Kolumpo esok, terpaksa aku siapkan adangan teknikal kewangan, mencik! mencik! mencik! hentak kaki! Cerita Chinta pon aku terlepas.



Perghh...paling tak tahan bila opismate aku cakap, "Ieda, pencapaian cemerlang hari ini, balik lewat dan tak main blog!" Hhahahah" berderai ketawa. Aku pon tergelak sekali :)



Huh! Suka ek korangggg aku balik lewat, takpe..takpe...5-0 (aku 5, korang 0, hahahaha!) Tapi hati sejuk sikit sebab opismate buatkan neslo cicah biskut kering, mantopppppp! :)

Monday 25 October 2010

BARAH PAYUDARA - LELAKI PON TIDAK TERLEPAS OK!



Tetek oh tetek! Kasar gilo kot kalo sebut perkataan tu, aku pon malu T_T huhuhu! Payudara cam sopan sikit kan kan kan! Hohohoho! Last week bos aku panggil aku masuk bilik dia, eh jangan bimbang, bos aku perempuan, makanya tak terjadilah gangguan seksual, hahahahha! Pastu dengan ala-ala muka kepochi nak bergosip, dengan suara dengar tak dengar, dia mula cerita pasal anak dia.



Katanya anak dia ada ketulan di payudara. Aku cakap pergilah periksa dulu, sebab ketulan bukan semuanya breast cancer. tapi kalau biar pon takut melarat pulak. Katanya, anaknya takut, haishhhhhhhhhh.....aku mengeluh panjang macam tu. Nak marah pon ada sebab jumpe doktor pon takut adoiiii....Ok, ok...ko punya pasal tapi aku ni pulak yang runsing bagai pekehallll??? hahahhaha!




Aku ada tengok dalam facebook pasal breast cancer treatment, menggunakan ulat. Memang geli tapi nak baik kan. Dan aku baca gak kat paper utusan semalam, orang lelaki pon tidak terlepasssssss. Dengar tu, takut tak? takut tak? takut tak? So korang boleh baca kat SINI.




Ok, aku nak pergi picit-picit tetek laki aku jap, kot-kot ada ketulan. eh takpe, kami dah kawin. Yang tak kawin sila bawa bersabar ye, hahahhahahahhah!


*Blogger perempuan, cepat picit-picit korang punya sekarang. Kalo yang dekat opis tu, masuk toilet dulu yek, kang gersang pulak lelaki meja depan tuuu, hahahhahaha!

Sunday 24 October 2010

Dendam Dalam Diam

Dalam manisnya madu, terselit juga pahit hempedu. Madu manis padamu pahitnya sunggu bagi diriku.


Suka ataupun tidak aku terus memendam rasa. Ingin sekali aku pergi bawa diri tapi ke mana arah. Rasanya sudah tak kuasa lagi, persoalan inilah yang silih berganti, hidup bersama bayangan saja oh indah hanyalah khabar, bukan yang sebenar.


Dendam didalam diam bagaikan api membakar sekam. Senyum dalam paksaan sekadar lindung kedukaan ku.

Thursday 21 October 2010

Baby Bucuk 143


LIVE : Selamat malam buat baby bucuk! Hehehe!

BIAR BURUK RUPA JANGAN KEJI RASA

Puas hati aku bila ada Dominos kat Ipoh ni. Ari tu kan aku dok komplen pasal Pizza Hut yang cam hampeh, sabo je lah. Mujur dah ada Dominos sekarang kat Ipoh ni, baru je bukak dalam 2 bulan. Eh..eh...jangan nak mengata aku ek, aku tauuu kat tempat korang tu dah berlambak dominos dan seangkatan dengannyer. Dengan bangganya aku nak bercerita gak, hahahahhaha! Kembang hidung sikit ^oo^........... eh, silap itu idung khinzir.





Dengan lajunya aku tepon bang pijja. Bang pijja sampai sangatlah cepat, I likeeee! pijja tu untuk aku, chicken wings tu untuk laki aku, hehheheheh! Komen? Komplen? :

Kesedapan: 40%
Kepantasan: 10%
Kerangupan:10%
Ke"Cheese"an: 40%

Total : 100%

ok la 100%....ape??!! wahhh! tahniahhhh tak sedar pulak 100% menambat hati saya, hohohoho!!! aku suka betoi chillie flakes dia (betoi ke eja chillie tu, konon nak taip omputih, hahahhaha!) Haah, suka betoi sebab pedas giler. Bagus gak dia bagi lebih, leh aku simpan dalam handbang, kot-kot orang jahat datang nak merompak or rogol, meh aku tenyeh kat mata dia.




Nilah rupenyer, walaupon tak semenggah, tak pee...biar burok rupa jangan keji rasa, hehehehe!

ROZALIYA LARI SEBAB TAKMAU KAWIN


Eh, korang baca tak cerita budak Rozaliya yang hilang di syaki di culik tu?? Baca tak? Baca tak? Aku baca gitu-gitu aje, hehhehe! Lepas tu pulak tup tup dah jumpe kat Bukit Bintang. Rupenyer bukan kene culik tapi dia lari dan buat cerita sebab takmau kahwin dengan tunangnye....



Hoooo...gitew lah ceriternyer. Siapa tak risau, dia dah la comei putih gebu, mujur masih selamat. Tapi perkara macam ni masih boleh diselesaikan dengan perbincangan kedua-dua pihak. Takmau le lari pastu buat cerita camtu, gempar satu dunia, eh..Malaysia.



Cerita selanjutnya kat SINI


*comei gak rambut pelesu tu, hhehhehe!

Wednesday 20 October 2010

TERJATUH MACAM NANGKA BUSUK, MALU BETOI...


Pagi tadi, lepas kunci pintu rumah, dengan dukung anak belah kanan, kiri pulak pegang beg baju Amanda ngan handbang ngan botol air sekali. Ruang nak lalu masuk ke kereta sempit la pulak.



Tengah terkocoh-kocoh, gedebukkkkkk! Nangka busuk jatuh, eh bukan. Ieda Al-Habsyi yang cun melecun nak pergi kerja terjatuh. Adoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii! Sakit ko tau tak! Sakit! Sakit! Tolong le jangan gelakkan aku tau. Tapi biar aku gelak dulu, hehehhehehe! Nak tergelak pon ada lepas jatuh. Kesian pulak anak aku. Aku pegang anak aku kuat-kuat. Anak aku siap cakap,"Adoiiiiii!"



Sabo jelah. Panjang adoiiii ko Amanda, dah le ko pon jatuh terduduk atas pinggang mama, hohohoho, aku ni yang bertimpa-timpa, hehehehe!



Malu!



Malu kat lantai, kereta, pasu bunga, penyidai baju, kotak peti surat, rumput dan semua-semua yang ada depan mata. Ada pulak kucing lalu depan pagar, malu aku. Mujur pagi tadi tak ramai orang sebab semua dah pergi kerja, hahahahhaha! Tak la malu sangat pon! =p



Sampai opis terus masuk toilet. Sekali ada lebammmm laaaa.....luka sikit, takpe lah.... :)

MELETOP DAS DAS PAKAI BAJU MERAH CILI


Sungguh cuncantik betoi Nasha Azizi ni walaupon umur hampir 40 tahun. Masih belum berkahwin. Ramai yang tanya, nape tak kawin lagi?? Ada sesetengah wanita cukup sensitif dengan soalan tu, aku pon tak suka. Ala kak Nasha...tak yah pening kepala, ada jodoh insyallah suatu hari nanti kan :)



Kalau kawin pastu cerai pon buat ape, buat sakit hatiiii aje. Jadi biar lambat asal berbahagia, cewahhh..pandai je aku tolong jawabkan. Heheehe!



Perghh..meletop letop das das kak ko pakai baju merah cili, I likeeeeeeeee! Sesuai bebeno dengan kulit putih gebusss tu!



*Gambar dan cerita selanjutnya sila klik SINI*

JERSI BOLA

Aku tak paham nape orang laki minat jersi. Ececececeeee yang orang pompuan minat calit peh peh makeup kat muka tu takpe pulak ek! Hahahahahaha! Janganlah marah aku wahai lelaki, aku gurau aje. Sebenarnya bukan kisah pon, hehhehehe!!



Al-kisah laki aku minat bebeno dengan jersi bola. Ok. Aku tak kisah. Kalau pergi beli jersi mesti kami terpisah kejap, aku akan ke tempat lain. Pastu tetiba mesti laki aku tepon, "Kat mane? Meh kat tempat jersi jap,"



Huh! Kompom dia nak tanya perunding kehenseman sorang ni. =p Mesti laki aku tanya ok ke idok. Pada aku suuuuma ok! ok! ok! cepat bayar. Pastu leh kita ke kedai baju aku, hahahaha!




Banyak jersi bola baru aku kenali sejak berkahwin.


Ni baru separuh. Laki aku punya jersi menimbun, aku rasa bukak bundle pon aku leh kaya. Paling banyak dia beli masa waka-waka yang lepas. Ikut suka la banggg oii....hehhehhe!!!



Ada lagi dalam bakul kotor tak basuh lagi. Basuh pakai tangan.



Dulu masa memula kawin, selalulah bertekak sebab terkantoi aku basuh jersi guna mesin, hahahahhahaha! Buat jahat tak pandai tol nak cover, hohohoh! Kan dah kena marah, hehehehe! ^o^






Ni jersi peberet aku. Bukan sebab team or color or lambang lompat bintang tu. Ni jadi peberet aku sebab jersi ni adalah jersi pertama dia pakai dating ngan aku. Dating kali ke-2 dia pakai jersi ni. Eh, takde le dating pon, just amik aku lepas kerja pastu pergi makan.



Jersi ni dah lusuh, dari kaler putih terus jadi kuning-kuning dah. Siap ada lobang terkena puntung rokok, uhuhuhu! Berlobang hati laki aku tengok jersi kesayangan dilobangkan tuan sendiri =p




weh aku suka jersi ni gak. Sebab dia fit, ikut body, hahahhahah! Bang, bagi saya ek jersi ni :)

Tuesday 19 October 2010

NASI GORENG DAGING KOKO


LIVE: Sekarang tengah lunch. Entah kenapa tengahari ni aku turun makan. Sebab lapar lah! Hahaha! Ok,tak kelakar.

Teringin nak makan nasi goreng daging merah. Tapi yang sampai nasi goreng koko. Tengok la kaler dia, tak merah. Koko.

Ok2, takpe. Aku tak kisah, janji makan. Eh, bau dia sedap tau :-)

3 ARTIS DIDAKWA MURTAD


Rianti berkahwin di geraja di NYC




Lepas satu, satu. Eh, lepas satu dua lah, korang tadika mane nih? Haishhhhh.... Lepas si PeterPorn punya hal timbul pulak gosip baru, murtad!



Tapi di Indonesia ni agama aku tengok macam main-main aje, kalau artis lah... Yang Islam kahwin dengan bukan Islam. Yang sedia Islam tapi cara hidup macam bukan Islam, adoiii... Kalau betullah.. cecepat la bertaubat,pintu taubat masih terbuka...



Klik SINI untuk berita penuh.

sihatgempakcunmeletopabis! INI BUKAN IKLAN CELCOM, TERIMA KASIH.

Terima kasih. Jasa mu kukenang. Bila marah akan ku tendang, ececece..takde lah. Hahahaha! Eh, I sopan santun, u jangan risau, I takkan tendang U, :)



Ok, sebab membuat surat cinta pada streamyx, ramai teman-teman cadangkan luahkan perasaan cinta membara tu melalui telefon. Ye, dengan mengumpul segala kekuatan dan menutup segala kemaluan (lain macam bunyi), dengan separa ayu aku call streamyx.



Dating dalam telepon berjalan lancar. Lancar sungguh sampai ailio tersembui-sembui. Nasib baik takde depan mata, kalo tak malu I. Aucchhhh! Pembetulan, ingatkan cik streamyx, rupanya abang streamyxxx....*kenyit mata sikit* ..ishh..taknampak pulak, dalam tepon rupanya.


Dengan gigih peluh-peluh masam kuar aku dok depan komputer dengan tangan sebelah pegang talipon. Ikut segala perintah dari yang amatur.....kononnya. Takpe. Last-last setelah setengah jam, tau ape dia kata..........


"Sebenarnya, sistem dalam proses upgrade Puan,"kata abang tu. Abang?!! Ciss...mimpilah aku panggil ko abang!


Tau tak macam mane rupe, wajah, muka aku time tu?


Macam ni.



T_T


Selebet. Nape tak bagi tau awal-awal sistem tengah upgrade...takde le aku nak kisah sangat line udah macam kena asma....................


Lepas 3 minggu baru line ok, alhamdulillah! Malam-malam boleh aku blogwalking.

Tapi

Tapi

Tapi


Ye..ada tapi


Terkena pula kawasan opis aku pulak kena upgrade sekarang.


Sekali lagi muka macam ni



T_T



Tunggu lagi 3 minggu baru line sihatgempakcunmeletopabissssssssssss yeee :)


*Tak marah pon. Baru nampak kemajuan dalam kerja opis, hahahahha! :)

RAMA-RAMA MALAM HARI


Rama-rama kesayangan. Tapi rama-rama tipu. Nak bela yang hidup, ntah bila masa boleh tangkap.

Rama-rama ini mengendong nama-nama yang disayangi.

Entri jiwang malam hari,hahah!B-)

Monday 18 October 2010

CLUTCH BAG YANG MENJADI PILIHAN HATI MAK BOMOH

Dalam dok merayau-rayau kat shopping complex, dengan berbekal 20 hengget dalam poket,dengan seronoknya aku masuk ke kedai kasut dan aksesori wanita. Eh, bersilau betul mata tengok kasut yang cun-cun. Cis, bersilau sungguh mata! Sampai tak boleh bukak, kalau bukak rasa nak beliiiii ajeeeeeee. Takpe lah, pakai sunglass sudah memadai :)



Oh! Baru perasan, semua kasut dan aksesori adalah new arrival dan berkonsepkan ala-ala ganas. Tapi aku tengok dah design macam orang batu, tengkorak sana sini, tulang jadikan rantai. Hahahahhaha! Terlebih kreatif ke tak de idea designer ni? Heheheheh!





*Clutch Bag ni pasti menjadi pilihan hati MakBomoh nak pergi party hardcore*

^__^

Sunday 17 October 2010

DOKTOR GIGI DI INDIA

Huh! Kalau sebut doktor gigi aje, mesti sesetengah orang lari 100meter macam dalam komenwel. Nak best lagi siap ada aksi lompat pagar. Ntah hape-hape. Apa yang ditakutkan ntah aku pon tak paham.



Tapi lepas tengok video ni, rasanya kita patut lebih bersyukur sebab negara kita menyediakan sistem perubatan yang lengkap. Tidaklah daif seperti di India. Aku tengok pon geli. Nak cakap doktor, bidan apelah lagi bukan. Hahahahha! Pasti skill turun menurun nenek moyang a.k.a resipe keluarga, heheheh!



Eh, dah lunch belum? Jangan muntah sudah tengok video ni! Hahahahha!





Saturday 16 October 2010

SIAPA NAK DATANG?

Dalam seminggu ni, adik beradik aku sibuk mengemas bilik bawah. Sape nak datang tu?


Sape?


Sape?


Tak misteri langsung.


Gambar di atas bukan budak kene dera. Jangan buat report polis. Budak dipaksa menjadi rajin. Huhuhuhu! :)

Thursday 14 October 2010

KONSERT MAHER ZAIN ESOK

Sebulan yang lepas.



Disatu pagi Isnin yang lemau.



Opis senyap sunyi. Masing-masing layan perasaan hari Isnin. Hanya berkumandang lagu nasyid berbahasa inggeris dari laptop budak pratikal. Lagu baru ke? Ke aku yang baru dengar? Sangat asing tapi sangat menarik perhatian ku.



"Luqman (sebut penuh qolqolah), sape nyanyi lagu ni? Baru ke?"tanya aku.

"Maher Zain kak. Lama gak le...sedap kan...," kat Luqman.




Google Maher Zain. Giler hebattttttt! Ensem belakang kira tapi nasyid dia dan liriknya buat jatuh cinta. Esok konsert Maher Zain, ruginya takdapat tengok live....ada sesape nak jual tiket pada aku ngan laki aku tak? Hohohoho! :)




Maher Zain - Baraka Allahu Lakuma



peberet giler!





For The Rest of My Life





Open Your Eyes






Hold My Hand






*Gelek pak arab jap, ewah...ewah...!*






TERLEBIH SUDAH. (TAKDE KAITAN DENGAN STACY)

Berapa kali dalam setahun korang beli barang dapur? Maksud aku beli barang dapur dalam kuantiti yang banyak. Aku boleh kira dengan jari, hahahahaha! Ye, aku kadang-kadang aje. Diulang kandang-kadang aje. Eh, sesedap je kata aku tak masak. Aku masak beb! Aku dah insaf, bukan macam dulu tak masak, pas balik koje terus masak. Ceh..bajet baik konon. Hahahahaha!



Sebenarnya depan umah aku ada mini market, so ape-ape yang kurang, aku lari je ngan baju kelawar (nak lawo skit pakai le heels!) pergi kedai depan tu, semua ada, kalah giant. Hahahahhaa. Tu pasal jarang nak ke Tesco or Giant or Badang dan seangkatan dengannya.




Tapi baru-baru ni aku pergi Tesco, sebab laki aku ajak. aku menurut perintah ikut. Kalau time nak shopping barang dapur ni, biar laki aku je pilih, aku takmo pilih banyak-banyak sebab aku takmo kuar duit. Hahahhaha! Kedekut yang amat!


Tengok-tengok. Laki aku pilih aiskrim. Aku kalo boleh dalam freezer tu pon nak berenang sambil pilih aiskrim pujaan. Tapi memandangkan takmo kuar duit, duduk diam-diam tepi troli, jadi bibik dalam masa sejam ;p



Ape ko tunjuk tu Amanda? Jangan banyak songeh, mama tampo kang. Ko amik aiskrim pong sudah. Hahahahahha!



Anak aku bila dah lama sangat dok dalam troli, mula lah sengal lutut macam orang tua. Mulalah nak terjun keluar. Buat perangai. Aku pon mula nak bertukar jadi superwomen yang tak menjadi. Geram betoi. Peace peace no war, aku bukak kan vitagen untuk dia. Lantak le, jap lagi baru bayo.Huhhuhuhu!






Tapi lagi best, bila makpak nya berebut nak minum lebiihhhhhhhh....ahhh, terlebih sudahhhhh! (getik aku stacy)

INDOMIE DISAHKAN SELAMAT DIMAKAN.....HOHOHO HORLICKS JUGA YANG SEDAP!


Ok.ok. Baru baca tadi, Kementerian Kesihatan kata masih selamat untuk dimakan. Beberapa hari yang lepas aku ada juga terbaca yang Indomie ni kurang selamat. So, kalau sesape yang gemar dengan mee segera ni boleh la tarik nafas lega sambil urut perut korang yang montel tu, hahahaha.



Aku tak berapa gemar sangat mee segera. Sebab masa memuda dulu dah puas makan, hahahahah! Ye, tak baik untuk kesihatan korang yang sedia taksihat tu. Ciss...aku masih muda. Tak tua lagi. Dulu aku suka makan mee segera, badan kurus keding. Sampai ada orang kata aku cam penagih dadah. Cis...cabul bebeno mulut longkang sape le tu.



Pastu yang aku paling tak tahan, ada sorang mamat ni cakap" Isk, kering macam tengkorak!" Hohohoo! Sengal betoi kata aku macam tu, masa tu aku baru form1.



Takpe,takpe. Skang aku dah berisi, sekali ngan perut-perut pon jadi pouch, medium pouch. Eh, betoi tak menyesal, hahahahah! Sesekali feel (disebut dalam bahasa melayu) seksi yang amat sangat, hahahahah! Jangan nak gelak lelebih, kang aku lempang baru tau.



Oh, berbalik ke cerita Indomie, kalaulah tak berapa nak yakin ngan aku cakap ni, sila baca SINI. Haah..aku ni kadang banyak merapu. Kot la tak percaya.Takpe..takpe..dimaafkan. Baca tau. :)


*HatiDukaLara*

Wednesday 13 October 2010

KALAULAH KAMU HEBAT, GAMBAR APAKAH INI?


Adakah aku sorang yang nampak? Adakah aku terlalu menembus? Adakah hanya aku nampak benda-benda ghaib ini? Atau apakah ini halusinasi? Hahahahahhahahaha! Eh, suka betoi dia...ok. fine. takde pape. Hanya Junior Jazz Dance Club.

Ye.

Ye.

Ye.


Tapi aku masih nampak. Kamu taknampak? Sah-sah 3kali jumaat lagi boleh hidup, ekekekek! Chop! chop! Jangan lempang aku! Masih taknampak?


Sila tutup mata kamu sebelah............nampak tak????????? ^o^


Larikkkkk naik vespaaaa! :)

PROTON WAJA FASA BARU : WAJA CAMPRO CPS


Proton Holdings Bhd. (Proton) telah memperkenalkan Proton Waja fasa baru dengan pengenalan enjin premium Campro 1.6 (CPS), yang direka untuk mereka yang mementingkan pemanduan hebat.


Pengarah Urusan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, Proton sentiasa ingin memperbaiki mutu dalam pelbagai aspek terutama dalam penawaran produk.


‘‘Kami merasakan masanya telah tiba untuk Waja berubah dan kami sangat optimistik dengan sambutan yang akan diterima kelak.

‘‘Waja Campro CPS baru ini, bukan sahaja menyediakan kualiti yang hebat tetapi turut mempunyai ciri-ciri canggih,’’ katanya dalam satu kenyataan.


Campro CPS merupakan gabungan dua teknologi iaitu ‘Cam Profile Switching’ (CPS) dan ‘Variable Intake Manifold’ (VIM) untuk peningkatan kuasa sebanyak 13 peratus kepada 125 kuasa kuda berbanding 110 kuasa kuda bagi enjin Campro sedia ada serta menjimatkan penggunaan minyak.


Selain itu, Waja Campro CPS menawarkan peningkatan pemanduan dengan kadar tork 150Nm yang memberi tindak balas yang baik pada kelajuan enjin rendah antara 2000 hingga 2500 rpm, tambah kenytaan itu.


Proton Waja baru itu juga telah membuat beberapa pengubahsuaian dari segi reka bentuk termasuk sistem brake anti-lock (ABS), rim aloi dan tempat duduk kulit.


Harga transmisi manual RM61,888 manakala transmisi automatik RM64,888 dan boleh didapati dalam enam warna.


Proton Waja baru itu boleh dilihat dan ditempah di bilik-bilik pameran Proton Edar dan EON di seluruh negara mulai esok.


nota*pasar*malam*hari*rabu*rumah*aku : kereta katak tetap dihati =) (buat-buat muka skema)

Tuesday 12 October 2010

BAJU RAMA-RAMA

Kalau pergi makan kenduri, selalunya aku bukan kenal pon pengantin baru tu, hahahahahaha! Serius. Sebab semua kenduri yang aku pergi kebanyakannya kawan makpak aku, kawan laki aku, kawan anak aku...eh, anak aku kecik lagi, mane de kawan dia kawin. Kawan aku banyak muda cocok langit, susah nak kawin awal. Kali ni aku ikut papa, kenduri staff dia. Budak sebaya aku, cewah..budak, aku perasan konon masih budak 18tahun, miahahaha!



Kalau pergi kenduri jangan harap nak amik gambar pengantin. Bukan pe, pengantin cun abiss...jatuh saham aku kalo tepek picca pengantin dalam blog, hahahahha! Hati busuk betul, taklah...gurau aje :)



Tapi yang harus adalah gambar anak dan mak nyer. Masih tahap harus, bukan wajib lagi, ye..bukan wajib :)


Gambar mulut muncung aku paling benci, macam tenuk. Tak tau la nape aku ter...ter...ter...ter... buat cam tu, hahahah. Ter...ok! Amanda sangat obses dengan cermin mata hitam. Kalau tak hitam pon takpe, coklat sikit pon boleh macam dia punya tu. Ye..tu dia punya, RM5 je aku beli untuk dia. Asik amik aku punya pastu patah, bila dapat dia punya sendiri tak patah pulak, haishhhh.....takpe nanti ko dah besar, dah kerja, mama nak claim balik, hahahahahah!



Cun tak baju kurung kawe tu? Hahhahahahaha! Muka tak malu tanya. Tak malu kot, korang bukan nampak aku, ahahhahaha! Baju kurung tu ada corak rama-rama besar, so aku amik feel konon seperti puteri rama-rama yang konon-konon lembut terbang di tepi bunga dan kumbang busuk melintas depan mata.



Paling taksuka taksuka taksuka bila adik aku nyanyi"Rama-rama-Ella" bila aku pakai baju tu. Heh! Nasib baik aku pakai baju corak rama-rama, kalau corak berbulu gorilla ada orang nak dekat???! Kompom orang tengok aku cam nampak makhluk halus yang berbulu! :p





SELAMAT SELAMAT SELAMAT PAK SELAMAT

Runsing.

Anak dah pandai menangis melalak.

Aku pening.

Minum untuk breakfast pon tak tau nak minum ape.

Hishhh....

Tadi nak breakfast pon pegang sudu terbalik

Haiiii...teruk bebenor rupernyer...

Jap lagi nak kuar kejap, pergi amik borang SOCSO

Pehal pulak SOCSO tak hantor borang bulan ni

Harap selamat

Jangan esok aku claim SOCSO sudah!

Selamat

Selamat

Selamat

Pasti selamat

Harap tak jumpa Pak Selamat

Monday 11 October 2010

3 LAGI MANGSA NAHAS BAS, KERETA, VAN MENINGGAL DUNIA


Tiga lagi mangsa nahas kemalangan melibatkan dua bas, tiga kereta dan sebuah van di Kilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka, semalam, meninggal dunia hari ini.


Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha mengesahkan jumlah mangsa yang meninggal dunia setakat ini meningkat kepada 15 orang.


“Tiga lagi mangsa meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di hospital hari ini manakala 12 di tempat kejadian semalam,” katanya di sini hari ini. – Utusan

LAPTOP ZAMAN TOK KADUK



Huh! Bolen anak aku, hahahhaha! Semalam lepak umah mak aku. Tak tau nak bagi anak aku main ape, nak ajak main aci kejar, kang tak terkejar aku. Bukan dia tak terkejar aku, aku yang tak terkejar dia. Aku selongkar mainan buruk adik aku, huh! Berhabuk giler kooo....dah, adik aku umur 13 tahun sekarang, dah berapa lama tak bersentuh tapi mak aku cakap sebelum simpan dulu, dah basuh semua mainan.

Ok.


Korek-korek.


Bukan korek idung.


Korek-korek bakul mainan.


Jumpe!


Nasib baik tak jumpe anak jin tengah main mainan, kalau tak mau aku pon join sama main sekali.



Aku jumpe yang ni...............



Laptop mainan lama, hehehhehehehe!


Dengan harapan takyah le amanda lepas ni kacau aku nak main komputer, hahahhaha! Canggih lagi mama bagi, laptoppp gitew, ahakss! :)


Tahan lama betoi, dulu aku bising gak buat ape la mak aku dok beli mainan mahal untuk adik aku tu, manja kan sangat! Tapi memang berbaloi sebab masih boleh guna lagi, cuma tukar bateri aje. hohohoho!


Amanda suka betoi. Ceh tak tahan tengok siap ada email lagi, hahahaha!





BLUE...BLUE...SINI TIADA JUAL DVD BLUE

Justify Full

Adoii.. sakit perut bebeno sekarang ni. Ni agaknya pasal makan banyak sangat kenduri kawin. 101010 kan semua orang nak kawin tarikh ni, tok kadi pon masyuk. Pakcik katering pon melengit ketiak masak beribu riban orang nak makan. Pak abu? Sah-sah anak orang kaya tempah,poket lebat tak pak abu?? hahahhaa!



Rumah dah cat baru. Seminggu yang lepas tukar. Blueeeeeeee, hehehhe! Kasi sejuk sikit mata korang yang selalu tengok citer blue tu, miaahhahaa! Heh! Sini blog biru tapi takde jual dvd blue tau, haipp!! haipp!! Dushh!dush!!



Eh, header baru tu ok tak???? Jawabbbb la cun! Memang jawab paksa, ngan muka ketat ek, hahahahah! Aku tempah tauuu! Freee lagi, ahhahaha! Cakap tempah macam bayo beratus-ratus la ek, hahahaha! Skandal betullah korang ni! =p



Aku amik dekat BigHandDesign, kalau berminat, dengan muka tak malu macam aku, pergilah ke blog bighanddesign k :)

Thursday 7 October 2010

KALAU DEPAN AWEKS, JANGAN PANGGIL ATOK, PANGGIL BRADER OK!

Aku paling nak tergelak kalau papa selalu pesan pada cucu-cucunya,"Kalau depan orang ramai, jangan panggil atok "atok" tau, panggil 'brader'," Huh! Ini kes perasan muda lah tuuuuu! Hahahahahahah!



Amanda ngan Khalis bukannyer amik kisah sangat tapi Danish yang pot pet pot pet comel ni akan jawab ok! Lulus! Hahahhaa!! Ape lagi gelak miahahahaha la papa aku.



Tapi hari tu masa kuar nak pergi makan, papa pesan macam biasa, "Danish, nanti depan orang jangan panggil atok tau, panggil 'brader' tau" tapi Danish cam nganga aje tengok atok nya.



Tetiba Danish cakap, "Atok, mana gigi atok? Mummy nape gigi atok takde?" Danish tanya mummy dia, gelak besar semua.



Heheheheh! Aku cakap,"Brader ek, gigi pon dah takde, jawabnya tittle atok tu tetappp!" Hahhahaha! Gelak papa :)

INI BISKUT AISKRIM. ADA NAMA LAIN TAK?

Semalam aku tak pergi kerja, amik cuti. Sebab ape? Sebab baby tua aku demam. Baby tua - laki aku a.k.a Sham. Hhahahaha! Dia amat memerlukan jururawat yang seksi dan gebu (aku!) disisinya semalam. Takpe 18sx, dah kawin. Tak kawin lagi? Sila langkau ke perenggan terakhir. Miahahahaha! Gurau aje beb! :)


Semalam lepas masak tengah hari, baru aku teringat sesuatu. Sesuatu yang aku dah beli tapi lupa nak makan. Bukak kabinet dapur pastu main seluk-seluk, harap tak salah seluk, kang dapat penampo pulak hehehehhe! jumpeee! ^o^





Yee...aku beli 2 minggu lepas, lupa nak makan. Aku panggil biskut ni biskut aisrim, kecik-kecik dulu suka makan. Sekarang baru jumpa balik, hikhikhik! Sekarang aku cam susah je nak jumpe, budak sekarang yang tau biskuat tiger ajer, hohohoh....eh, itu horlicks lah! Kawan aku panggil biskut ni, biskut aising. Korang panggil biskut ni biskut ape?


*Dah lama tak makan, manis bebeno rasanya...leh potong kaki! :(

Wednesday 6 October 2010

EYESHADOW SALES GIRL TU BUAT AKU GETIK AJE


Tak betah dok umah kalau duit tengah ada, tapi skang dah elekkpochi, hohohoh! Ini semua gara-gara elianto. Sememangnya aku tak pernah mencuba dan dicubai(ada ke perkataan ni?) tapi pada beberapa hari lepas aku telah tergoda. Ni gara-gara adik lelaki aku, apekehaiii nyer ngko masuk kedai nike yang berhadapan dengan kedai makeup elianto ni?!! Kan aku dah jadi keruan je, tetiba je hantu makeup merasuk memanggil aku masuk kedai depan tu.



Mujur lah bukan hantu cina yang sambut aku kat kedai tu, mauuu aku lari tak pijak eskelator. Aku tengok ada potongan harga pada setiap barang. Kononnya nak tengok aje....(sambil dukung amanda)....tetiba ada salesgirl tempek tepi aku, amoi cina...dah amoi mestilah cina takkan india pulak. Macam biasa kerja salesgirl tanya nak ape? Dah tau aku kat kedai makeup takkan nak cari sayur sawi pulak. Aku tak pandang muka dia lagi tapi mulut ni tetiba je gatai tanya,"makeup removal mana yang paling best?" Aduss...apasal mulut nak bermesra alam plak nih! Pap! Pap!



Ape lagi....amoi tu cadangkan yang ini. Disebabkan ada potongan 50% aku pon amik lah. Pastu aku terpandang mata dia, mak aiii...cunnya eyeshadow! Getk aku! Mau tak getik, mesti aku nak beli, abiss la duit aku "Eyeshadow u lawa, u pakai yang mana?" Tak tau betoi ke idak, dia cadangkan amik yang makeup-kit - spring forest. Ciss...kedekut, cadangkan aku barang yang tengah offer aje, tapi aku beli gak sebab cun jugak yang dia cadangkan tu, siap ada diskaun 50% lagi.





Beli juga eyeliner untuk kelopak atas. Suka pakai yang liquid untuk atas kelopak dan bawah aku prefer pakai KAJAL yang beli dekat Little India,best hitam dan waterproof.





Last one, berus gigi....hotak hang! Berus mata ok, hahahahhaa!!!




Opss...lupa pulak, ni la eyeshadow yang konon-konon best. Aku belum cuba lagi, cam sayang je nak guna, wakakakaka! Bengong! Dah beli pakai aje lah kan kan kan! :)



Hah! Sudah-sudah tu ieda, ingat sikit susu ngan lampin anak tuuuuuuuuu, ahahahhahaha! :)
Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014