Thursday, 7 October 2010

INI BISKUT AISKRIM. ADA NAMA LAIN TAK?

Semalam aku tak pergi kerja, amik cuti. Sebab ape? Sebab baby tua aku demam. Baby tua - laki aku a.k.a Sham. Hhahahaha! Dia amat memerlukan jururawat yang seksi dan gebu (aku!) disisinya semalam. Takpe 18sx, dah kawin. Tak kawin lagi? Sila langkau ke perenggan terakhir. Miahahahaha! Gurau aje beb! :)


Semalam lepas masak tengah hari, baru aku teringat sesuatu. Sesuatu yang aku dah beli tapi lupa nak makan. Bukak kabinet dapur pastu main seluk-seluk, harap tak salah seluk, kang dapat penampo pulak hehehehhe! jumpeee! ^o^





Yee...aku beli 2 minggu lepas, lupa nak makan. Aku panggil biskut ni biskut aisrim, kecik-kecik dulu suka makan. Sekarang baru jumpa balik, hikhikhik! Sekarang aku cam susah je nak jumpe, budak sekarang yang tau biskuat tiger ajer, hohohoh....eh, itu horlicks lah! Kawan aku panggil biskut ni, biskut aising. Korang panggil biskut ni biskut ape?


*Dah lama tak makan, manis bebeno rasanya...leh potong kaki! :(

Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014