Thursday, 21 October 2010

BIAR BURUK RUPA JANGAN KEJI RASA

Puas hati aku bila ada Dominos kat Ipoh ni. Ari tu kan aku dok komplen pasal Pizza Hut yang cam hampeh, sabo je lah. Mujur dah ada Dominos sekarang kat Ipoh ni, baru je bukak dalam 2 bulan. Eh..eh...jangan nak mengata aku ek, aku tauuu kat tempat korang tu dah berlambak dominos dan seangkatan dengannyer. Dengan bangganya aku nak bercerita gak, hahahahhaha! Kembang hidung sikit ^oo^........... eh, silap itu idung khinzir.





Dengan lajunya aku tepon bang pijja. Bang pijja sampai sangatlah cepat, I likeeee! pijja tu untuk aku, chicken wings tu untuk laki aku, hehheheheh! Komen? Komplen? :

Kesedapan: 40%
Kepantasan: 10%
Kerangupan:10%
Ke"Cheese"an: 40%

Total : 100%

ok la 100%....ape??!! wahhh! tahniahhhh tak sedar pulak 100% menambat hati saya, hohohoho!!! aku suka betoi chillie flakes dia (betoi ke eja chillie tu, konon nak taip omputih, hahahhaha!) Haah, suka betoi sebab pedas giler. Bagus gak dia bagi lebih, leh aku simpan dalam handbang, kot-kot orang jahat datang nak merompak or rogol, meh aku tenyeh kat mata dia.




Nilah rupenyer, walaupon tak semenggah, tak pee...biar burok rupa jangan keji rasa, hehehehe!
Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014