Thursday, 14 October 2010

TERLEBIH SUDAH. (TAKDE KAITAN DENGAN STACY)

Berapa kali dalam setahun korang beli barang dapur? Maksud aku beli barang dapur dalam kuantiti yang banyak. Aku boleh kira dengan jari, hahahahaha! Ye, aku kadang-kadang aje. Diulang kandang-kadang aje. Eh, sesedap je kata aku tak masak. Aku masak beb! Aku dah insaf, bukan macam dulu tak masak, pas balik koje terus masak. Ceh..bajet baik konon. Hahahahaha!



Sebenarnya depan umah aku ada mini market, so ape-ape yang kurang, aku lari je ngan baju kelawar (nak lawo skit pakai le heels!) pergi kedai depan tu, semua ada, kalah giant. Hahahahhaa. Tu pasal jarang nak ke Tesco or Giant or Badang dan seangkatan dengannya.




Tapi baru-baru ni aku pergi Tesco, sebab laki aku ajak. aku menurut perintah ikut. Kalau time nak shopping barang dapur ni, biar laki aku je pilih, aku takmo pilih banyak-banyak sebab aku takmo kuar duit. Hahahhaha! Kedekut yang amat!


Tengok-tengok. Laki aku pilih aiskrim. Aku kalo boleh dalam freezer tu pon nak berenang sambil pilih aiskrim pujaan. Tapi memandangkan takmo kuar duit, duduk diam-diam tepi troli, jadi bibik dalam masa sejam ;p



Ape ko tunjuk tu Amanda? Jangan banyak songeh, mama tampo kang. Ko amik aiskrim pong sudah. Hahahahahha!



Anak aku bila dah lama sangat dok dalam troli, mula lah sengal lutut macam orang tua. Mulalah nak terjun keluar. Buat perangai. Aku pon mula nak bertukar jadi superwomen yang tak menjadi. Geram betoi. Peace peace no war, aku bukak kan vitagen untuk dia. Lantak le, jap lagi baru bayo.Huhhuhuhu!






Tapi lagi best, bila makpak nya berebut nak minum lebiihhhhhhhh....ahhh, terlebih sudahhhhh! (getik aku stacy)
Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014