Wednesday, 13 October 2010

PROTON WAJA FASA BARU : WAJA CAMPRO CPS


Proton Holdings Bhd. (Proton) telah memperkenalkan Proton Waja fasa baru dengan pengenalan enjin premium Campro 1.6 (CPS), yang direka untuk mereka yang mementingkan pemanduan hebat.


Pengarah Urusan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, Proton sentiasa ingin memperbaiki mutu dalam pelbagai aspek terutama dalam penawaran produk.


‘‘Kami merasakan masanya telah tiba untuk Waja berubah dan kami sangat optimistik dengan sambutan yang akan diterima kelak.

‘‘Waja Campro CPS baru ini, bukan sahaja menyediakan kualiti yang hebat tetapi turut mempunyai ciri-ciri canggih,’’ katanya dalam satu kenyataan.


Campro CPS merupakan gabungan dua teknologi iaitu ‘Cam Profile Switching’ (CPS) dan ‘Variable Intake Manifold’ (VIM) untuk peningkatan kuasa sebanyak 13 peratus kepada 125 kuasa kuda berbanding 110 kuasa kuda bagi enjin Campro sedia ada serta menjimatkan penggunaan minyak.


Selain itu, Waja Campro CPS menawarkan peningkatan pemanduan dengan kadar tork 150Nm yang memberi tindak balas yang baik pada kelajuan enjin rendah antara 2000 hingga 2500 rpm, tambah kenytaan itu.


Proton Waja baru itu juga telah membuat beberapa pengubahsuaian dari segi reka bentuk termasuk sistem brake anti-lock (ABS), rim aloi dan tempat duduk kulit.


Harga transmisi manual RM61,888 manakala transmisi automatik RM64,888 dan boleh didapati dalam enam warna.


Proton Waja baru itu boleh dilihat dan ditempah di bilik-bilik pameran Proton Edar dan EON di seluruh negara mulai esok.


nota*pasar*malam*hari*rabu*rumah*aku : kereta katak tetap dihati =) (buat-buat muka skema)

Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014